💎 Hari ini genap 3 tahun Pak Su Mid meninggalkan kita (Wafat 11.11.2022). 🤲🏻 Hadiahkan bacaan al-Fatihah dan 3 Qul kepada almarhum ya sahabat-sahabat.
Sedikit manaqib beliau:
Tok Wali Pak Su Mid, Kuala Nerang ( 1926 - 2022 )
Catitan : Tengku Yusuff
✨ *Nama sebenar Pak Su Mid ialah Syeikh Haji Abdul Hamid Bin Haji Ismail* dan beliau dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada tahun 1926. Ayahnya bernama Haji Ismail Bin Jabugis manakala ibunya Selasiah Binti Lebai Yusof.
Allahyarham mempunyai 5 orang adik beradik, 4 diantaranya ialah :
1. Fatimah
2. Mohamad
3. Mad Salleh
4. Haji Abdul Hamid
Keturunan asal Pak Su Mid berasal dari Banjar. Allahyarham mula tinggal di Bukit Tembaga, Kuala Nerang pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973.
Ketika hayatnya, beliau telah menuntut ilmu dari beberapa orang ulama tempatan seperti Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin di Ayer Hitam. Dikatakan bahawa beliau juga turut belajar dari seorang wali Allah yang disebut dengan nama Syeikh Abdullah Harun, di Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sungai Korok.
Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.
Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:
1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
3) Khozinatul Asror
Beliau pernah berkata kepada penulis bahawa, beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja.
Amalan utama Pak Su Mid hanya al-Quran dan puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sewaktu keadaannya sihat, Allahyarham telah berpuasa lebih dari 30 tahun.
Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.
Di antara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :
1. Pastikan diri sentiasa berwuduk.
2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.
3. Malam-malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api Neraka.
4. Bila ada Istiqomah, baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli Syurga.
5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat.
6. Siapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah.
7. Semua ilmu ada dalam al-Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam al-Quran.
Syeikh Haji Abdul Hamid telah pergi meninggalkan kita pada 11 November 2022, jam 6 petang dalam usia 96 tahun.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Kajian peribadi dan dari sumber orang ramai seperti Anuar Gaharu dan lain-lain.
#HaulUlamak
https://www.facebook.com/share/1T2rQ9mG6U/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan