Ahad, 26 April 2026

Haji

 Kenapa Jemaah Malaysia buat haji sampai 40 hari. Bukan ke 6 hari je dah selesai buat haji?


Enam hari itu betul jika kita mempunyai pintu sesuka hati. Boleh pergi dan balik pada bila-bila masa 😆


Tapi situasinya berbeza jika jemaah haji perlu berangkat dalam jumlah yang sangat ramai.


Bayangkan Tabung Haji perlu menguruskan 31,000 orang untuk ke satu tempat yang jauhnya 7,000km atau 8 jam perjalanan. 


Untuk hantar 31000 orang tersebut perlukan sekitar 100 penerbangan. Balik juga perlukan lagi 100 flight.


Akan tetapi sehari TH paling banyak boleh uruskan maksimum 3 flight sahaja. 


Sebab urusan ground, transportation di tanah air dan di Mekah, urusan hotel, makanan dan lain-lain sekitar 1000 orang jemaah.


Jadi berapa hari diperlukan untuk hantar kesemua 31000 orang jemaah? Kebiasaannya ambik masa 30 hari untuk selesaikan semua urusan penghantaran jemaah haji ke Saudi.


Selain itu, airport di sana juga ada had maksimun. Sebab yang nak mendarat di Saudi bukan jemaah Malaysia sahaja. Ada berjuta orang yang tiba dalam tempoh sebulan serentak. Massive.


Disebabkan itulah, ada jemaah yang perlu bertolak awal sebulan sebelum wukuf di Arafah, supaya semua jemaah haji yang 31 ribu orang tadi akan berada di sana sebelum Hari Wukuf.


Nampak tak kenapa ia menjadi sehingga 40 hari?


Tapi berbeza dengan negara yang kuota haji mereka tak ramai. Contoh kita ambil Singapura. Kuota Haji mereka biasanya sekitar 900 orang sahaja.


Itu hanya memerlukan sehari pengurusan untuk membawa kesemua jemaah. Dan disebabkan itu mereka boleh pergi lebih lewat dari jemaah Haji Malaysia.


Secara kesimpulannya..


Kalau anda tergolong dalam kumpulan yang awal, maka anda juga akan pulang lebih awal. Begitulah sebaliknya.


Secara purata ia memerlukan tempoh masa sekitar 40 hari untuk menyelesaikan kesemua urusan tersebut.


Melainkan jika pergi dengan Pakej Swasta/VIP atau Visa Mujamalah yang biasanya mempunyai tempoh singkat (14–21 hari). Mereka tidak terikat dengan sistem FIFO Tabung Haji kerana menggunakan penerbangan komersial atau sewaan khas yang berbeza.


Dan melainkan juga jika kita sememangnya tinggal di Arab Saudi. Tak Sampai satu minggu dah selesai urusan Haji kita Insya Allah.


Hari 1 (8 Zulhijjah): Bermula dengan niat ihram haji dan bergerak ke Mina (Hari Tarwiyah).


Hari 2 (9 Zulhijjah): Wukuf di Arafah dan bermalam di Muzdalifah.


Hari 3 (10 Zulhijjah): Melontar Jamrah Aqabah, bercukur (Tahallul Awal), dan Tawaf Haji.


Hari 4 (11 Zulhijjah): Bermalam di Mina dan melontar ketiga-tiga Jamrah.


Hari 5 (12 Zulhijjah): Melontar ketiga-tiga Jamrah. Jemaah boleh memilih untuk Nafar Awwal (keluar dari Mina sebelum Maghrib).


Jika anda ambil Nafar Awwal, haji anda selesai di sini 5 hari sahaja.


Hari 6 (13 Zulhijjah): Jika tidak keluar pada hari ke-5, jemaah akan melontar sekali lagi dan melakukan Nafar Thani.


Ini melengkapkan tempoh 6 hari Haji anda jika mampu melakukan kesemua rukun tersebut seperti yang dinyatakan.


Pesan Atok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan