Memaparkan catatan dengan label proton savvy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label proton savvy. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Julai 2011

Proton Savvy

proton savvy Pengeluaran Proton Savvy Dihentikan?Isu terbaru berkenaan syarikat automotif pertama milik negara, PROTON ketika ini ialah berkenaan laporan daripada media yang menyebut tentang model kompakProton Savvy yang akan dihentikan pengeluarannya. Antara faktor utama kenapa keputusan tersebut diambil ialah disebabkan kualiti Savvy yang teruk dan menjejaskan imej syarikat.
Pengarah Urusan Proton, Dato’ Seri Syed Zainal (DSZ) dilaporkan mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada media seperti mana laporan di dalam akhbar Oriental Daily News, anda boleh baca dan translatenya di sini. Agak mengelirukan berita yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa cina tersebut kerana hasil carian kami di dalam Google gagal menemui berita yang sama dilaporkan oleh akhbar lain.
Jika benar Proton Savvy dihentikan pengeluarannya, kami tidak berapa bersetuju dengan khabar tersebut.Ada banyak kritikan yang telah dilemparkan kepada Proton Savvy, sejak dari ia mula diperkenalkan,baik dari segi rekabentuk dan juga ketahanan,mahupun pengurusan enjinnya yang dikatakan tidak mesra pengguna.Ini adalah pandangan peribadi kami semata-mata.
Tentang kritikan terhadap rekabentuknya, sebenarnya ia berbentuk subjektif.Tak semua orang akan suka dengan rekabentuk Savvy,dan juga bukan semua yang tak menyukainya.Ada yang minat dan ada yang tidak.Walaubagaimanapun, kami mengakui, kebanyakan rekabentuk bagi kereta Proton, sememangnya tidak berapa menarik.Namun itu bukan halangan kepada orang yang mampu untuk memberikan nilai kreatif dan estetika mereka terhadap kereta yang mereka miliki.
SavvyR3 01 Pengeluaran Proton Savvy Dihentikan?Dipasangkan dengan bodykit R3, ianya akan tampak lebih menarik dan sporty.Begitu juga dengan enjin Renault 1.2 yang berada di dalam “engine-bay” Savvy.Rata-ratanya, ramai daripada kita akan menganggap bahawa setiap kereta proton yang menggunakan enjin Renault, pasti akan berdepan dengan masalah alat-ganti yang mahal serta sukar mendapatkannya.
Itu kami setuju, namun kenapa masalah begitu terhasil?Ianya adalah daripada akibat Proton sendiri.Tidak ramai pengedar alat ganti di Malaysia yang membawa masuk alat ganti bagi enjin ini,jadi memang tugas Proton adalah untuk membawa masuk alat ganti kenderaan Savvy.Kalau jual kereta sahaja,tapi tidak banyak sediakan alat ganti pun tak guna.
Kereta sekarang bukan macam kereta zaman dulu.Kereta zaman dulu dibuat untuk ketahanan.Ada yang dah berusia sehingga 40 tahun pun, masih lagi boleh bergerak dengan lancar dan megah dijalanraya.Enjin renault ini, seperti yang anda tahu, merupakan enjin yang sangat bagus sebenarnya.
Dan untuk pengetahuan,enjin yang dipakai oleh Team Rally Proton S2000 merupakan ubahsuai daripada enjin 1.8 liter yang ada di dalam enjin Proton Waja Premium.Untuk menidakkan bahawa enjin Savvy ini tidak bagus dan sebagainya, kami kurang bersetuju.Ianya memang bagus,cuma kekurangan alat ganti menyebabkan harga barang Savvy ini melambung tinggi.
Suka atau tidak saya perlu menyebut, imej PROTON dikalangan sesetengah minda rakyat Malaysia ketika ini kurang memuaskan, malah ada yang langsung tidak percaya terhadap produk keluaran PROTON. Kualiti antara faktor utama kenapa rakyat Malaysia beralih kepada kereta keluaran syarikat lain walaupun PROTON menawarkan antara segmen terbaik dalam kelas sedan dan MPV seperti Saga FL, Persona, Inspira dan Exora.
Kami tidak pasti pula sama ada DSZ mengeluarkan kenyataan mengarut seperti itu, yang dipetik berdasarkan laporan media tersebut. DSZ seperti yang kita tahu seorang yang bersemangat untuk memajukan PROTON dan pastinya beliau tidak akan mengambil risiko untuk mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu.
Jika benar bagai dikata, kenyataan seperti itu hanya mengesahkan lagi pandangan umum rakyat Malaysia bahawa kereta keluaran PROTON sememangnya tidak berkualiti. Saya berharap sangat media tersalah memetik kenyataan tersebut dan PROTON perlu mengeluarkan siaran akhbar (press release) rasmi bagi menafikannya. Adakah ini satu lagi komplot bagi menjatuhkan imej PROTON?
Dua isu utama di sini ialah berkenaan kenyataan DSZ tentang kualiti Savvy yang dikatakan teruk sehingga terpaksa dihentikan pengeluarannya dan isu kedua ialah kualiti komponen/part kenderaan PROTON yang tidak diperiksa (QC) dengan teliti disebabkan PROTON tidak mempunyai masa disebabkan terlalu sibuk mengeluarkan kereta baru setiap 98 saat.
Adakah anda percaya kenyataan media tersebut? Benarkah DSZ sendiri mengakui kualitiProton Savvy sangat teruk dan menjejaskan imej syarikat? Juga adakah benar DSZ mengatakan kualiti komponen/part setiap produk PROTON tidak diperiksa dengan teliti disebabkan mereka tidak mempunyai masa? PROTON sedang menghadapi masalah besar nampaknya.