Jumaat, 10 Jun 2011

Kenali Tuhanmu...

Di dalam ajaran Islam, mengenal Tuhan lebih dahulu


Adalah perkara yang pertama dan utama


Selepas itu barulah mengenal syariat-Nya pula


Tujuan mengenal Tuhan agar hamba-hamba-Nya




Di kalangan manusia cinta kepada-Nya


Pepatah Melayu ada berkata:


Tidak kenal maka tak cinta


Percaya sahaja adanya Tuhan tapi tidak kenal Tuhan




Sudah tentu cinta tidak berbunga


Tidak cinta kepada Tuhan


Syariat-Nya orang tidak akan menghormati


Mari kita mengenal Tuhan




Agar kita cinta kepada-Nya


Tuhan adlah ALLAH yang mencipta dunia


Akhirat dan seluruh isinya


Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya




Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui


Maha Melihat, Maha Mendengar


Maha Berkehendak dan Kehendak-Nya


Tertunai segala-galanya




Tuhan adalah mengadakan dan mentiadakan


Mematikan dan menghidupkan


Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat


Kerana keadilan-Nya




Tuhan adalah segala-galanya


Dialah yang memberi makan dan minum


Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan


Memiskinkan dan mengkayakan




Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa


Memberi rahmat dan nikmat


Memberi nikmat dan bala bencana


Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan




Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka


Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan


Dan undang-undang-Nya


Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya




Siapa yang masuk Syurga adalah dengan rahmat-Nya


Tuhan adalah Zat yang Maha Esa


Tidak ada bandingan dan tandingan


Tidak ada penyamaan dan penyerupaan




Maha Suci daripada penyerupaan


Dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan


Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang menetahui


Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui




Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa


Dapat menguasai


Kuasa atau Qudrat-Nya bukan dengan tenaga


Kehendak-Nya bukan dengan perasaan-Nya




Tuhan tidak ada perasaa macam manusia


Yang berkuasa dan berkehendak adalah zat-Nya


Begitu juga melihat, mengetahui


Mendengar adalah Zat-Nya




Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya


Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Maha Qahhar dan Jabbar


Tuhan adalah sumber segala kebaikan




Mintalah apa sahaja kalau Dia menerima


Dia boleh bagi apa sahaja


Dia adalah cahaya langit dan bumi


Petunjuk kepada manusia menuju Tuhannya




Dia adalah Maha Agung, maha Besar, maha Hebat


Maha Cantik mengikut ukuran Tuhan


Bukan ukuran makhluk


Cantik secara Khaliq bukan secara makhluk




Dia adalah maha Sempurna tidak perlu disempurnakan


Dia adalah penentu segala-galanya, Dia tidak ditentukan


Kekayaan-Nya tidak berkesudahan


Pemberian-Nya tidak akan berkurangan




Tuhan adalah pemimpin bagi orang yang bertaqwa


Dan menjadi musuh kepada orang kafir


dan orang yang ingkar


Dia adalah Cinta Agung




Sepatutnya semua manusia mencintai-Nya


Sepertimana dia juga patut ditakuti


Dia adalah pemimpin, Dia adalah idola


Dia patut diagungkan, disembah dan dipuja




Dia tempat bermesra dan tempat bermanja


Tempat mengadu, tempat meminta


Tempat menyelesaikan segala masalah


Dia adalah penenang jiwa




Tempat harapan tiada kecewa

Khamis, 9 Jun 2011

Rokok Haram..>!

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikum


Kepada tuan yang dirahmati,
Semoga sentiasa dalam keredhaanNya.


Tuan,

PERINGATAN BERKENAAN DENGAN HUKUM MEROKOK
Adalah diingatkan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 pada bersidang pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa:

“Amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam”.

Huraian : Majoriti ulama mengharamkan perbuatan merokok kerana merokok boleh memudaratkan kesihatan selain dari melakukan pembaziran yang jelas haram disisi Islam. Hanya mereka yang mempunyai kepentingan akan berpendapat bahawa merokok adalah dibolehkan.

Berhentilah merokok mulai sekarang agar anda tidak menyesal di hari kemudian.


“Transforming Ummah for a Sustainable Tomorrow”

“Membangun Bersama Islam”



Yang benar,


______________________

Hamba Allah

Surat Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Nora Elena

Surat Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Nora Elena

Pernahkan korang menonton drama Nora Elena?...iaitu sebuah drama yang tengah top kat TV3 sekarang ni...sampaikan aku pun layan sekali (walhal tak pernah pon layan cita kat slot Akasia ni), tepat pukul 7.00 jer aku terpacak depan tv nak tengok drama ni..haha

Serius sebelum ni aku tak layan sangat slot Akasia ni...tapi, drama ni yang membuatkan aku layan....terbaik!kan...haha. Lagipun drama ni adaptasi novel  iaitu Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha memang patut pon best, sampaikan sold out la novel ni....(CikHaney pinjam novel kau..hehe)

Tapi, tahukah anda ada juga yang tak suka drama ni siap buat surat bantahan lagi..haha, korang nak tengok tak? ni ha...bawah ni sila baca ....kelakar kot.



_________________________________________________________________

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
 Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya
________________________________________________________________

Sebelum tu nak bagitau korang...ini hanyalah entry suka-suka jer, bukan betul2 pon...haha. surat ini dikarang oleh CikGeli...ni link entry tersebut di blog beliau << SINI! >>

Yang aku jelos tu...surat bantahan CikGeli ni siap masuk portal Gua lagi., yang best tu Gua nak  bagi  hadiah kat dia lagi tu...huhu (jelos). Mencanak traffic blog dia naik pasni...haha

Rabu, 8 Jun 2011

matrikulasi vs meritokrasi

PUTRAJAYA: Pemilihan 35,000 pelajar yang merayu untuk memasuki program matrikulasi sesi 2011/12 dibuat secara telus dan berdasarkan merit bagi memastikan hanya mereka yang layak serta memenuhi syarat saja diterima masuk. Mereka yang merayu termasuk 113 pelajar diploma tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menolak tawaran dan ingin mengikuti pengajian dalam program matrikulasi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jumlah yang merayu adalah besar namun pihaknya tidak mempunyai cukup tempat untuk menampung semua pelajar.
Katanya, isu mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak diterima ke program berkenaan juga tidak timbul kerana pemilihan dibuat berdasarkan merit ditetapkan.

“Ada yang mempertikaikan kenapa ada pelajar yang mendapat 8A diterima masuk, sedangkan pelajar yang mendapat keputusan 10A tidak diterima.

“Sebenarnya, kita melihat kepada empat subjek utama untuk diterima masuk ke program matrikulasi iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik serta Biologi, jika pelajar 8A mendapat A + dalam empat mata pelajaran berkenaan, sudah pasti dia akan diterima.
“Tetapi jika pelajar yang mendapat 10A hanya mendapat A+, 2A- dan 1A dalam keempat-empat mata pelajaran itu kita tidak terima, dan syarat itu membabitkan semua pelajar sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Sesi 2011/2012 kepada parti komponen Barisan Nasional di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, beberapa wakil daripada MCA, MIC, Gerakan dan PPP hadir untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa kekeliruan yang timbul mengenai pengambilan pelajar matrikulasi bagi sesi berkenaan. Dr Mohd Puad berkata, taklimat berkenaan dibuat selepas mendapat arahan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya semua pihak jelas mengenai pengambilan pelajar matrikulasi terutama bagi bukan Bumiputera.

Menurutnya, selain rayuan, pelajar juga keliru mengenai pengkhususan dalam program berkenaan. Katanya, isu pelajar tidak diberitahu mengenai pengkhususan tidak timbul kerana perkara itu tidak pernah wujud dan ia timbul berikutan kekeliruan pelajar sendiri.


Saringan ketat masuk matrikulasi



PUTRAJAYA 8 Jun - Kementerian Pelajaran melaksanakan saringan yang cukup ketat dan telus dalam membuat keputusan berhubung 35,000 kes rayuan bagi kemasukan ke program matrikulasi sesi 2011/2012 di bawah kendaliannya. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, antara saringan yang digunakan adalah latar belakang keluarga calon dan mereka juga perlu memperolehi A+ dalam empat subjek iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi.

Menurutnya, keputusan itu turut bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada serta penglibatan calon rayuan itu dalam aktiviti kokurikulum. ''Walaupun keputusan rayuan telah dikeluarkan pada 4 Jun lalu tetapi kami merasakan penjelasan perlu dibuat bagi memastikan tidak timbul sebarang persepsi negatif yang seolah-olah kami tidak telus. ''Jumlah yang merayu ada 35,000 calon dan ia satu jumlah yang besar, maka sebab itulah kita pilih mereka berdasarkan merit yang ketat serta telus," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini. Taklimat lebih sejam yang bermula 11 pagi itu dikhususkan kepada MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP). Program tersebut menawarkan 25,000 tempat di 15 buah pusat matrikulasi di seluruh negara dan sesi pengajiannya bermula bulan depan.

Pada sidang akhbar sama, Dr. Puad memberitahu, program matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran tidak pernah menawarkan sebarang pengkhususan bidang pengajian kepada calon yang layak. Menurutnya, apa yang ditawarkan oleh program tersebut adalah tiga jurusan pengajian iaitu sains, perakaunan dan teknikal. ''Ia samalah seperti program matrikulasi universiti awam yang lain. Mana ada pengkhususan bidang pengajian kecualilah institut pengajian tinggi swasta (IPTS), mungkin kerana mereka berniaga," katanya.

Punca Tan Sri Ani Arope Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TNB

ani arope Punca Tan Sri Ani Arope Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TNB15 tahun yang lalu, Tan Sri  Ani Arope mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), akhirnya rakyat tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan TNB semasa beliau memgang tampuk.
Mungkin 15 tahun dulu, ramai yang menganggap perletakan jawatan Tan Sri Ani Arope adalah disebabkan perkara biasa iaitu faktor umur dan prestasi kerja,Namun akhirnya beliau sendiri membuka mulut dengan mengatakan ianya adalah disebabkan ketidakpuasan hatinya berhubung dengan perjanjian berat sebelah TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik).
Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff,  semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen  kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.
“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.
“Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak  lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
“Bagus EPU — Unit ‘Plundering’ Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Kami bersetuju bahawa, sememangnya semakan semula perlu kerana ianya banyak melibatkan pembaziran wang ke atas rizab kuasa yang kita tidak perlukan buat masa sekarang.Dengan jumlah RM 19 bilion setiap tahun yang terpaksa ditanggung, ianya memang tidak berbaloi.Kami tak heran sekiranya berita sebegini dipandang sepi oleh pemimpin atasan.
Kebanyakan pemimpin dalam kerajaan sedia ada memang tidak pernah hendak mengambil peduli tentang hal rakyat.Kebanyakan mereka hanya jadi “yes man” kepada kuasa yang lebih besar.Mereka tak kisah pun penderitaan rakyat alami sekarang, asalkan kepentingan mereka terjaga.Inilah rupa pemimpin kita yang ada sekarang.
Mengejar jawatan hanya berebutkan kuasa.Bukan sebab untuk membela nasib rakyat yang semakin terhimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.Apakah kita masih lagi mahu pemimpin seperti ini, yang tidak mahu ambil pusing lagi pasal rakyat di bawah? Kalau pasal nak bantu rakyat, habis dipusing ayat sampai terbentuknya “pelarasan harga”, bagi menutupi maksud sebenar hasrat kerajaan.Bagi mereka, rugi agaknya bantu rakyat bawahan.Sampai nak tarik subsidi minyak dan banyak lagi subsidi yang lain.
Kami cadangakan agar sebenarnya kerajaan menghapuskan lagi “pemberian subsidi” kepada syarikat-syarikat IPP ini terlebih dahulu untuk membuktikan ketelusan mereka.Kalau benda ini pun mereka tak boleh nak buat, ini merupakan kerajaan bacul sama sekali.Hanya tahu menekan rakyat apabila dalam kesusahan, dan melupakan rakyat bila dah senang dan kekenyangan.
Kami amat suka dengan petikan kenyataan Tan Sri Ani Arope ini,
“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,”