Rabu, 8 Jun 2011

Punca Tan Sri Ani Arope Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TNB

ani arope Punca Tan Sri Ani Arope Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TNB15 tahun yang lalu, Tan Sri  Ani Arope mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), akhirnya rakyat tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan TNB semasa beliau memgang tampuk.
Mungkin 15 tahun dulu, ramai yang menganggap perletakan jawatan Tan Sri Ani Arope adalah disebabkan perkara biasa iaitu faktor umur dan prestasi kerja,Namun akhirnya beliau sendiri membuka mulut dengan mengatakan ianya adalah disebabkan ketidakpuasan hatinya berhubung dengan perjanjian berat sebelah TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik).
Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff,  semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen  kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.
“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.
“Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak  lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
“Bagus EPU — Unit ‘Plundering’ Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Kami bersetuju bahawa, sememangnya semakan semula perlu kerana ianya banyak melibatkan pembaziran wang ke atas rizab kuasa yang kita tidak perlukan buat masa sekarang.Dengan jumlah RM 19 bilion setiap tahun yang terpaksa ditanggung, ianya memang tidak berbaloi.Kami tak heran sekiranya berita sebegini dipandang sepi oleh pemimpin atasan.
Kebanyakan pemimpin dalam kerajaan sedia ada memang tidak pernah hendak mengambil peduli tentang hal rakyat.Kebanyakan mereka hanya jadi “yes man” kepada kuasa yang lebih besar.Mereka tak kisah pun penderitaan rakyat alami sekarang, asalkan kepentingan mereka terjaga.Inilah rupa pemimpin kita yang ada sekarang.
Mengejar jawatan hanya berebutkan kuasa.Bukan sebab untuk membela nasib rakyat yang semakin terhimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.Apakah kita masih lagi mahu pemimpin seperti ini, yang tidak mahu ambil pusing lagi pasal rakyat di bawah? Kalau pasal nak bantu rakyat, habis dipusing ayat sampai terbentuknya “pelarasan harga”, bagi menutupi maksud sebenar hasrat kerajaan.Bagi mereka, rugi agaknya bantu rakyat bawahan.Sampai nak tarik subsidi minyak dan banyak lagi subsidi yang lain.
Kami cadangakan agar sebenarnya kerajaan menghapuskan lagi “pemberian subsidi” kepada syarikat-syarikat IPP ini terlebih dahulu untuk membuktikan ketelusan mereka.Kalau benda ini pun mereka tak boleh nak buat, ini merupakan kerajaan bacul sama sekali.Hanya tahu menekan rakyat apabila dalam kesusahan, dan melupakan rakyat bila dah senang dan kekenyangan.
Kami amat suka dengan petikan kenyataan Tan Sri Ani Arope ini,
“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan