Khamis, 2 Jun 2011

jauhi Fitnah..>!

"Fitnah lebih tajam daripada mata pedang. Kisah berikut dapat menjelaskan kepada kita tentang bahana fitnah kepada pelakunya. Mungkin pada zaman mutakhir ini, Allah tidak menyegerakan balasan kepada orang yang melakukan fitnah. Jangan silap sangka bahawa cerita fitnah adalah satu kebenaran hanya kerana tidak berlaku sesuatu bala kepada penyebar fitnah. Sebenarnya, apabila Allah membiarkan pemfitnah berumur panjang, sihat dan sebagainya, itulah bala sebenarnya.

 Pemfitnah jadi tidak takut melakukan fitnah dan sebarang dosa. Dia akan lakukan fitnah dan dosa dari satu kes ke satu kes dari semasa ke semasa. Inilah sebenar-benar bala. Allah membiarkan dia melakukan fitnah hingga ke hujung hayatnya tanpa sempat memohon maaf dari mangsa fitnahnya. Berikut merupakan kisah yang menarik untuk direnungi oleh orang yang beriman mahupun yang tidak beriman. 

Kisahnya ialah tentang insiden  melekatnya tapak tangan si pemandi mayat pada kemaluan mayat perempuan yang dimandikannya. Kisah ini berlaku pada zaman Imam Malik. Apabila insiden aneh itu berlaku, seseorang telah berjumpa dengan Imam Malik untuk mendapatkan pandangannya. Apakah kemaluan mayat itu perlu dihiris atau tangan si pemandi mayat itu yang harus dipotong?

Apabila diminta pandangannya, Imam Malik menyuruh ditanyai si pemandi itu sama ada dia telah melakukan sesuatu perkara yang salah dari segi agama. Setelah diajukan soalan itu, lalu terlintaslah jawapan dalam ingatan perempuan si pemandi mayat itu. Katanya bahawa semasa dia membasuh bahagian kemaluan mayat itu, datang terlintas satu fitnah di hatinya iaitu dia merasakan kemaluan mayat  ini agaknya banyak melakukan maksiat semasa hidupnya.
Apabila disampaikan jawapan perempuan ini kepada Imam Malik, lantas Imam Malik menghukumnya qazaf atas fitnahnya tanpa saksi itu. Lalu dijatuhkan sebat sebanyak 80 rotan ke atas pemandi mayat itu. Apabila selesai menerima hukuman, terlepaslah tangannya yang melekat  pada kemaluan mayat tadi.
Moral daripada kisah itu ialah betapa besarnya dosa fitnah. Kalau dalam hati pun sudah dikira berdosa, apalagi perbuatan manusia mutakhir ini yang sewenang-wenangnya membuat dan menyebarkan fitnah. Fitnah sudah jadi seperti sarapan waktu pagi. Selamba sahaja manusia membuat fitnah.  Insaflah wahai sahabat-sahabatku, para forumer, bloggers dan sekaliannya. Berhati-hati dalam berkata dan menulis agar kita tidak menjadi sebahagian daripada rantaian fitnah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan