Jumaat, 10 Jun 2011

Sifat seorang hamba

Bagaimana sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya

Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin

Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna

Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka

Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya

Setiap lepas mengerjakan ibadah hatinya sentiasa sedih dan susah

Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya

Setiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada Tuhan

Hatinya menangis atau matanya menangis

Kerana itulah hamba ini dia lupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikannya

Dia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikan

Kalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanya

Hatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanya

Dengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannya

Bahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannya

Taubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putus

Untuk mengambus dosa-dosanya

Dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan

Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya

Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri

Tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya

Maka dia baik sangka sahaja dengan orang

Tetapi jahat sangka dengan diri sendiri

Begitulah sikap seorang hamba yang baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan