Rabu, 6 April 2011

Adakah kebetulan...???

Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.

Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.

Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu.. (UMT sekarang)





Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross


Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya



Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar..



Di Alamanda, Putrajaya.





Presint 5, Putrajaya.



Yang ini jelas "mata"nya



Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?




Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrivaldengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah./GB

Ulasan Tok

Apakah semuanya itu hanya kebetulan???
sumber: http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=6677

Alfatehah...

kiriman : Penguu

 Sekali lagi negara di kejutkan oleh berita kematian seorang yang sedang dalam siasatan SPRM di Pejabat SPRM. Yang berbeza kejadian dulu di Pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam dan yang terbaru di Pejabat SPRM di Jalan Cochrane.


Berikut kiriman berita dari seorang kakitangan Kastam Pelabuhan Utara, Pelabohan Kelang.
Allahyarham Sarbaini dalam kenangan 
Allahyarham Sarbaini berasal dari Perak berusia 56 tahun dan berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kastam di Pelabohan Utara Bahagian Import. Beliau adalah diantara Pegawai Kastam yang baik, jujur dan beramanah semasa menjalankan tugas.
Beliau telah di tahan reman pada hari jumaat lepas dan telah di bebaskan setelah beliau terpaksa mengaku dengan tuduhan yang di kemukakan setelah beliau tidak tahan dengan keadaan lokap yang kecil dan disumbat dengan 10 orang tahanan. Beliau di pakaikan baju tahanan lokap dan  di gari.  Beliau tidak reda dengan pengakuan beliau.
Kelmarin Selasa beliau hadir sebentar  bertugas shift petang  setelah beliau dibebaskan. Pagi tadi Rabu beliau di panggil semula ke pejabat SPRM untuk soalsiasat lagi sehinggalah rakan-rakan sepejabat beliau di kejutkan dengan berita kematian setelah 'terjatuh' dari tingkat tiga di Pejabat SPRM. Jenazah beliau  tiba di rumah beliau sekitar jam 9.30 malam tadi.
Sementara itu dikhabarkan di pejabat Kastam Pelabuhan Utara berlakunya satu demontrasi dikalangan Agen Forwerdding yang menuntut Ketua Cawangan Eksport dan Import meletakan jawatan. Pendemo tidak berganjak dari bangunan pejabat sehingga tuntutan mereka di penuhi.
Untuk makluman anda antara Cawangan Jabatan Kastam yang di syaki banyak berlakunya rasuah ialah Cawangan Eksport dan Import. Allahyarham, ketua cawangan  Import dan Eksport serta ramai lagi pegawai dan kakitangan kastam ini memang tegas, jujur dan bertanggungjawab. Oleh kerana mereka ini tidak boleh 'dibeli' oleh agen-agen Forwedding maka mereka di jadikan sasaran oleh mereka-mereka yang tidak bersekongkol dengan mereka. Pegawai yang tidak amanah selalunya bersekongkol dengan agen-agen ini dalam mengikrarkan barangan yang hendak dieksport atau diimport dengan ikrar palsu.
Untuk Allahyarham Sarbaini kita titipkan alfatehah dan bagi yang hidup jangan kita ceritakan hal keburukan simati. Percayalah beliau adalah seorang Pegawai yang jujur dan amanah.

Rintihan Kakitangan Kastam  Pelabohan Utara.

Ulasan Tok 
Begitulah maanusia, mereka tidak suka kepada orang yang engan bersubahat dengan mereka. Mereka yang jujur menjadi sasaran. Semoga isteri, anak dan kaum keluarga beliau bersabar dengan dugaan berat yang di tanggung. Alfatehah dari Tok untuk almarhum Sarbaini. Semoga di himpunkan rohnya dikalangan suhadak was solihin. Amin.

sumber: http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=6687

Luahan isteri...

Ingatlah para suami bahawa…
Isteri dan anak-anak itu adalah amanah ALLAH kepada kamu…jadi Sayangi mereka sentiasa kerana kasih sayang yang abadi menjamin kebahagiaan...



1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

5. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

6. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

7. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

8. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

9. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

10. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak ngurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jangan berkata yang tidak sedap di dengar seperti 'si tua','si gemuk''si anu'.Panggil nama manja & berkata kata manja seperti semasa berkasih di bawah lampu minyak tanah.

13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Bersihkan diri selalu. Jaga kebersihan. Susah sangat ke?

14. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

15. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

16. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Fikirkan jika isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

17. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

18. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

19. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

20. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. !

Rare earth... :)

Oleh Ust Saiful Bahri

KUANTAN, 6 April — Kerajaan UMNO-BN tetap dengan pendirian bagi membenarkan Lynas Corporation bakal beroperasi dan kekal di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini melainkan loji pemprosesan RM700 juta itu gagal memenuhi keperluan keselamatan.

Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (AELB)mengakui tiada satu keperluan keselamatan tetap berhubung aspek radiasi mengenai operasi loji itu yang akan bermula suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun tegas beliau, Lynas bertanggungjawab kepada standard yang ia janjikan. “Jika kadar torium dalam bahan mentah melebihi 0.16 peratus, kami akan menarik balik lesen,” kata beliau kepada 300 orang yang menghadiri dialog semalam. Raja Aziz juga memberitahu pemberita bahawa Lynas harus berpegang kepada 500 ppm torium dalam bahan buangan dan jika tidak akan diminta menutup operasinya. Bagaimanapun katanya, pengajaran dari krisis Bukit Merah di Perak dan asas kes-kes kanser yang dibangkitkan akan diambil kira.

Pertemuan malam tadi dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Negeri Pahang selepas penduduk Kuantan, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat-wakil rakyat membantah operasi loji atas alasan bimbang dengan risiko bahaya radiasi. Kebimbangan itu meningkat selepas krisis loji tenaga nuklear ekoran bencana berganda tsunami dan gempa bumi di Jepun bulan lalu.

Sebelum berbagai pihak telah mengadakan bantahan sehingga protes turut juga diadakan dibangunan parlimen untuk dihantar memorandum kepada PM. Semalam MCA menggesa supaya kerajaan supaya membekukan kerja-kerja pembinaan loji pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Kuantan, Pahang, sehingga ia terbukti ia benar-benar selamat pada alam sekitar.

Akhirnya akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang, akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit setelah dengan ‘harga’ yang cukup mahal; nyawa dan kesihatan.

Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?". Nampaknya kerajaan tetap ingin meneruskan projek tersebut walaupun banyak persoalan yang tidak terjawab. Yang dibicarakan keuntungan dan isu bahaya ini hanya mainan pembangkang.

Bahan mentah kilang tersebut akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, (Mt Weld), New South Wales sebelum diproses di Gebeng. Manakala keuntungan bagi negeri dan negara dijangka mencecah sehingga RM4.7 billion daripada pelaburan bertempoh 15 tahun yang pertama.

Persoalannya ialah mengapa Lynas sendiri yang sebelum ini beroperasi di negeri Cina telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses rare earth ke negara ini, kenapa mereka terpaksa mencari lokasi baru, keluar dari Negeri Cina, Lynas juga enggan membuat pemprosesan bahan ini di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia? Kenapa Malaysia pula menjadi negara yang mahu menerima projek berbentuk begini?. Kenapa Kerajaan Negeri Terengganu telah menolak untuk diadakan projek ini di Telok Kalong Kemaman, Terengganu pada bulan July 2007? Tidak lain melainkan selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa manusia serta juga selepas mendapat maklumbalas dari ngo-ngo.

Hakikatnya siapa yang banyak mendapat faedah daripada projek RM700j itu? Siapa yang dapat keuntungan daripada 4billion nanti? Bebaloikah kita dengan keuntungan sebanyak itu demi sebuah pembangunan dengan mencagarkan keselamatan rakyat Negara kita. Apakah ini maknanya slogan rakyat didahulukan?

Tetapi jika berlaku radiasi bakal dilepaskan kilang ini, bukan rakyat Australia yang terkena akibatnya. Rakyat Pahang yang merasa dan generasi akan datang menghadapinya. Sepatutnya cukuplah sekali terkena di Bukit Merah, Perak. Apapun kesannya nanti tak terlepas dari Terengganu yang bersempadan di Gebeng. Selamatkah kita nanti nak makan kepok lekor kat kemaman?
sumber: http://ustsaifulbahri.blogspot.com

telur tiruan

Awasi telur tiruan di pasaran
SM Mohamed Idris   
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP