Jumaat, 8 April 2011

Selamatkan Teluk Rubiah...

Tapak Perkuburan Islam Teluk Rubiah Yg Terjual & Akan Dipindahkan


Bonda...

 (HAYATILAH KISAH INI) :(  

Begitu kelam malam yang suram, hatiku luluh dalam titisan air mata, Melihat dirimu berjasad kaku, kelopak mataku mula menangis, Saat terbayang ukiran senyumanmu, dihiasi tirai pelukan cintamu.  ... Wahai mutiara insan, Engkau membesar umat dunia, tanpamu manusia binasa sengketa, Semuanya lapar, dahaga, letih merana.   Dulu... Saatku mula menangis engkau mengusap kepalaku, Saatku ingin dilayar mimpi kau biarkan kuterlena disisimu, Sanggup dirimu berjaga malam menemani diriku ditangisan malam, Tepukan lembutmu menyambung semula mimpi indahku, Saatku mula mengerti dunia, Engkau mengajarku satu persatu, abjad terawal hingga terakhir,

Nombor satu hingga sepuluh, dari ‘alif’ hingga ke ‘ya’, Dari perkataan ke perkataan, bermula aturan susunan ayat, Hingga menjadi karangan sempurna, senyuman gembira terukir dibibirmu.         Ketika mana mula menjejak langkah, menhadirkan diri ke alam persekolahan, Engkau mengejutku agar bersolat, engkau siapkan pakaian untukku, Sarapan terhidang hasil keringatmu, kulahap semuanya bersama kesyukuran, Kau iringiku melangkah ke sekolah, memegang tanganku selembut kasih sayang, Tidak kira panas atau sejuk, terik atau hujan, kau pegang tanganku dari rumah ke meja kelas, Engkau pergi bersama doa, tinggalkan aku untuk belajar, Datang semula menjemputku pulang, walaupun letih menyaluti tubuhmu.   

Aku temuduga ke alam remaja, sedikit demi sedikit memahami dunia, Engkau menyokong dari belakang, aku terus maju kehadapan, Engkau membimbing setia disisiku, aku menyahut setulus ikhlasku, Tapi kerana sikap berubah, setitik demi setitik hatiku bertompok hitam, Aku mula berubah, engkau bimbang akan diriku, aku langsung tidak mempedulikanmu.   Aku mula terikut rakan, aku mula tinggalkan rumah, aku mula kehilangan adab, Terjebak dalam kehinaan, dibelenggu hasutan syaitan, Padahal ketika itu, Engkau menangis siang dan malam, merapatkan kedua tanganmu, Lantas mengucap kalimah ampun, dalam doamu kau ampuni aku, Aku langsung tidak tahu.   Sedang aku bergembira, memikirkan keindahan perhiasan dunia, Terbaca risalah rintihan seorang ibu, aku menghayati satu persatu, Makin dibaca makin sayu, makin dihayati makin pilu, Terasa sesuatu dibenak kalbuku, terbayang daku raut wajahmu, Wajah suci berkulit bersih, berpakaian telekung serba putih, 

Dalam mimpiku engkau hadir, melafazkan ucapan di lorong hatiku.   “Anakku.. ibu merinduimu...ibu amat mengasihimu.. Pulanglah kepangkuanku, rasailah sesuap air tangan ibu, selesalah tidurmu dalam usapanku, bangunlah bersama suara ibu,   ''Anakku.. ibu sudah tua, Dari kecil ibu membelaimu, Ibu rindu ucapan sayangmu, ibu rindu ukiran senyumanmu, Ibu rindu kelembutan tanganmu, ibu rindu suara manjamu,Kembalilah.. kembalilah kepada ibu..”   Satu malam ibu dikunjungi jiran, Menolong menyediakan ketupat raya, dihidangi juga rendang yang kusuka, Engkau jahitkan baju untukku, mengharap kupulang memakai pakaian baru, Walaupun bertahun-tahun kau ulangi perkara sama, mengharap aku pulang bersama,

Walaupun bertimbun baju baru, baju yang masih berbau wangi, Engkau tetap menjahit baju baru, semata-mata menunggu kupulang, Jiran menyifatkan anakmu ini jahil, engkau membelaku seperti ku disisi, Jiran memaki anakmu ini, engkau menafikan semua itu, Semuanya kerana aku anakmu, yang tidak pernah pulang menjenguk ibu, Tapi kau pertahankan aku, seperti aku sedang memeluk anggotamu.   Aku tersedar dari bayangan, ingati semula kayangan indah, Sinaran wajahmu terangi malam, harum mewangi kelilingi mahligai, Bulan purnama kembali suram, menambah luka terulit duka, 

Aku ingati kesalahanku, aku sesal perbuatanku, menjauhi ibu mendekati nafsu, Sudah lama tidak mendengar suara ibu, suara yang mengejutkan aku, Suara yang memujukku, suara yang pernah bersyair sebelum tidurku, Sudah lama aku tidak melihat ibu, dari remaja hingga bekerja, Apakah ibu sihat, atau ibu sebaliknya.   Perasaan hiba menemani aku, dalam perjalanan pulang menuju ibu, Tidak terasa perlahan atau laju, juga pandu ataupun tidak, Segalanya kerana ku merindui ibu, Aku mula mencari halaman di situlah kenangan bersama ibu, Terpandang kiri dan kanan, aku dikelilingi ingatan lalu, Sawah itu kuditemani ibu, pohon itu kuditemani ibu, Sungai itu kuditemani ibu, tiada tempat lain yang tiada ibu, Ibu benar-benar menyayangi diriku.   

Oh, ibu!!!! Aku sudah sampai ke mahligaimu, mahligai yang pernah kubersemayam di dalamnya, Mahligai yang meninggalkan seribu kenangan silam, kenangan manja, kenangan pahit, Kenangan manis, kenangan yang terindah dalam kehidupan, Tapi mengapa? Mengapa ramai yang mengunjungi ibu? Adakah ada kenduri di sini? Ataupun ibu ingin menyambut kepulanganku mungkin ibu gembira aku sudah pulang, Aku dekati muka pintu, tapi aku berasa hairan, mengapa terlalu ramai? Mengapa ada bulatan manusia? Mengapa ada bacaan Yaasin? Apakah semua ini? Apa yang sedang berlaku? Dimanakah ibu?   Kakiku melonjak tiga langkah, mataku tertumpu satu jasad, hidungku terbau kasturi mewangi, Telingaku terdengar ayat-ayat Yaasin,lisanku terdiam wajahku pucat, Apa benarkah yang aku lihat? 

Harapku bukan pada saat ini, Harapku bukan sekarang, mengapa saat kupulang ini yang terjadi? Satu jasad tidak bernyawa, dibaluti kafan putih, dikelilingi insan tidak dikenali, Apakah ibu sudah mati? Apakah ibu tinggalkan aku kini? Apakah ibu tidak berjumpa lagi? Insan mulia penuh budi.   Ibu mengapa kau tinggalkan aku? Apakah engkau sudah tidak sudi melihat diriku? Apakah engkau sudah tidak sudi mendengar suaraku?  Apakah engkau sudah tidak sudi membelai tanganku?  Apakah engkau sudak tidak sudi mengucapkan sayang padaku? Ibu, jawablah soalanku.           Ibu.. Kini aku sedar akan kasihmu padaku, Perit hatimu menunggu kupulang, hampir lapan belas tahun ku tinggalkan dirimu, Tapi aku tidak berdaya, menahan peritnya hatiku menunggu kepulanganmu, Padahal baru satu purnama kau meninggalkan aku, membiarkan diriku belayar sendirian.   Ibu.. 

Aku rindu suapan air tanganmu, aku rindu usapan dikepalaku, Aku rindu suara lunakmu di awal pagi, aku rindu lirikkan senyumanmu,   Ibu.. Ketika kecil aku sering menyusahkanmu, Aku minta mainan, kau carikan untukku, Aku minta pakaian, kau carikan untukku, Aku minta makanan, kau carikan untukku, Aku minta kasihan, kau berikan padaku, Aku mintakasih sayang, kau berikan padaku, Berjuta perkara aku minta padamu, Tetapi aku lupa bahawa engkau juga meminta kepadaku, Bukan sepuluh, bukan seribu,  Tapi Cuma satu.. iaitu kejayaan.   Ibu..Dulu kau melahirkan aku, kau menyusui aku, kau membelaiku,

Kau mengusap dahiku, kau mendidik aku, segalanya terbayang di langit biru,Kotak cintaku terbang, terbang kesyurga mencari ibu,Cintaku menyentuh tanganmu ibu, tangan itulah yang membelai diriku,Cintaku menyentuh lembut bibirmu, bibir itulah yang mencium pipiku,Cintaku menyentuh kelopak matamu, mata itulah yang menusuk kalbuku,Cintaku menyentuh sekeping hatimu, hati itulah penawar kehidupanku.   Ibu.. Inilah warkah terakhir buatmu, Inilah risalah terakhir buatmu, Inilah surat cinta terakhir untukmu, Akan kusemadikan warkah ini dalam diari silamku.   Ibu.. maafkan aku..       PesaNan Hana :) -''wahai sahabat... hargailah bonda kita slagi dia masih di sisi jgn pula menyesal setelah dia pergi meninggalkan kita-

Jumpa salah orang...??

Terkadang kita terfikir : Adakah kita bertemu dengan orang yang salah? Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study? Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi? (atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?) ((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka. Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini. Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu.. Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain. Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain. Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain. Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya. Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah.. Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali? Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan... Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah. Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita. Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita. Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.' Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab. Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah, Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan. Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman. Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih. Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah? Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita. Itulah dia Allah. Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh. Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah. And He Knows best.

Wallahua'lam. Bersabar, dan teruslah berdoa. Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis

Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland

Mama papa...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

peribahasa Arab

ومن نسي زلة نفسه إستعظم زلة غيره
Sesiapa yang lupa (tak nampak ) kesilapannya, maka ia akan membesarkan(menzahirkan ) kesilapan orang
lain

ومن رضي برزق الله لم يحزن على ما في يد غيره
Sesiapa yang redha dengan rezki yg Allah kurniakan kepadanya maka ia tidak akan dengki dan bersedih
dengan apa yang orang lain perolehi

العالم يعرف الجاهل لأنه كان جاهلاً ، والجاهل لا يعرف العالم لأنه لم يكن عالماً
Orang alim itu mengenali perihal orang jahil kerana ia pernah menjadi jahil, tetapi orang jahil tidak
mengenali perihal orang alim kerana ia tidak pernah menjadi alim

المرأة ترى فى الرجل بطلا قبل الزواج واسير بعد الزواج.
Perempuan menganggap lelaki itu sebagai pahlawanya sebelum kahwin dan sebagai tawanannya setelah
kahwin

عندما لا ندري ما هي الحياة كيف نعرف ما هو الموت؟
Sekiranya kita tidak memahami erti kehidupan bagaimana pula kita akan memahami erti kematian

لا يجب ان تقول كل ما تعرف ..ولكن يجب ان تعرف كل ما تقول
Kamu tak perlu cakap semua yang kamu tahu tetapi kamu perlu tahu semua yang kamu cakap

حياتنا احلام لا تنتهي الا بالموت
Hidup kita adalah suatu mimpi , ia tidak akan berhenti kecuali dengan kematian

أن الكلمة الطيبة تغلق باب الكره وتفتح باب الود
Sesungguhnya perkataan yang baik itu menutup pintu kebencian dan membuka pintu kasih sayang

أن من شغل بعيوب الناس كثرة عيوبه وهو لا يدري
Sesungguhnya orang yang sibuk dengan keaiban orang lain itu banyak keaibannya yang dia tidak sedari

pepatah Cina mengatakan “seorang pemuda baik tidak akan menjadi seorang askar seperti besi keluli
tidak akan diguna untuk buat paku”.

dialog paling best di kampung “Alaa, naiklah harga berapa pun, kitorang bubuh lima ringgit saja.”

قلب المرأة يرى أكثر من عيون عشرة رجال
Hati wanita mampu melihat lebih dari mata sepuluh orang lelaki

المُؤْمِنُ مَنْ كانَ حُبّهُ لِلّهِ وَبُغْضُهُ لِلّهِ و أخْذُهُ لِلّهِ و تَرْكُهُ لِلّهِ
Mukmin ialah orang yang sukakan sesuatu kerana Allah, marah kerana Allah, Melakukan sesuatu kerana
Allah dan meninggalkan sesuatu kerana Allah s.w.t

الجاهِلُ مَنْ أطاعَ هَواهُ في مَعْصِيَةِ رَبِّه
Si jahil pula ialah orang yang menuruti hawa nafsunya dalam melakukan maksiat kepada Allah s.w.t

قد يجمع المال غير آكله . . ويأكل المال غير من جمعه
Kadang-kadang orang yang mengumpulkan harta tidak akan memakannya dan orang yang memakan harta itu
bukan orang yang mengumpulkannya

لا تنظر إلى صغر الخطيئة .. ولكن انظر إلى عظم من عصيت
Janganlah kamu memandang kepada kecilnya sesuatu dosa yang dilakukan tetapi pandanglah kepada
kebesaran yang ada pada Dia(Allah) yang engkau lakukan dosa kepada-Nya

إن الذي يصحبك لا ينصحك والذي ينصحك لا يصحبك
Sesungguhnya orang yang selalu bersahabat dengan mu tidak akan menasihatimu dan orang yang selalu
menasihatimu tidak akan menjadi sahabat mu

يختبر الذهب بالنار وتختبر المرأة بالذهب
Emas diuji dengan api tetapi perempuan diuji dengan emas

أخر زوجات النبى هى ميمونة بنت الحارث رضى الله عنهما
Isteri Rasulullah s.a.w yang terakhir ialah saidatina Maimunah binti Haris r.a

Al-Quran mengandungi 114 surah,6236 ayat, 79000 perkataan,323670 huruf dan 14 ayat tempat sujud.

الشجرة التى تعيش الف عام شجرة الزيتون
Pokok Zaitun adalah pokok yang hidup sehingga 1000 tahun

اطول عظمة فى جسم الانسان عظمة الفخذ
Tulang paha merupakan tulang yang paling panjang dalam anggota manusia

خير الكلام ما قل ودل
Sebaik-baik percakapan itu ialah ringkas dan padat (bermakna)

الرجل لاينسى اول امراة احبها والمراة لاتنسى رجلا خانها
Lelaki tidak dapat melupakan perempuan yang pertama dicintainya sementara perempuan tidak dapat
melupakan lelaki pertama yang mengkhianatinya

أغبى امراة تستطيع ان تخدع اذكى رجل
Sebodoh-bodoh perempuan akan dapat memperdaya sepandai-pandai lelaki

لا تصحب من لا يرى لك من الحق مثل ما ترى له
Jangan kamu bersahabat dengan orang yang tidak dapat melihat kebenaranmu sebagaima kamu dapat
melihat kebenarannya

لا يفرح الإنسان لمجرد أن حظه سعيد فقد تكون السعادة طريقًا للشقاء
Janganlah seseorang insan itu terlalu gembira dengan sesuatu kebaikan yang didapati kerana
kadang-kadang sesuatu kebaikan itu mungkin akan membawa kepada keburukan

عامل الناس كما تحب ان يعاملوك
Buatlah kepada orang lain apa yang kamu hendak orang lain lakukan kepada mu

استقبال الموت خير من استدباره
Berdepan dengan maut itu lebih baik daripada melarikan diri daripadanya

العلم عند الصغر كالنقش على الحجر
Mengajar sesuatu ilmu kepada seseorang sewaktu kecil ibarat mengukir di atas batu

الصلح بعد العداوة أطيب من الحلاوة
Perdamaian selepas sesuatu permusuhan lebih manis daripada madu

اذا اردت ان تحيا بعد موتك ... اكتب شيئاًيستحق ان يقرأ
Jika kamu ingin hidup sesudah mati, maka tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca oleh orang lain

والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه
Dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang Allah larang

من لا يرحم لا يرحم.
Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain maka ia tidak akan dikasihi

ليس العمى طول السؤال وانما تمام العمى طول السكوت على الجهل
Tidaklah bodoh orang yang panjang soalannya tetapi orang bodoh itu ialah orang panjang diamnya drp
kejahilan.(tidak bertanya)

لكل مقام مقال
Cakap biar bertempat

قلب الجاهل وراء لسانه و لسان العاقل وراء قلبها
Hati seorang jahil di sebalik lidahnya(kata-katanya) tetapi lidah seorang yang berilmu di sebalik hatinya

غاب القط العب يا فار
Apabila tiada kucing, maka tikus pun menari

شباب دون أخلاق كالشجر دون أوراق.
Pemuda tanpa akhlak bagaikan pokok tanpa daun

في العجلة الندامة و في التاني السلامة
Gopoh - gapah itu akan membawa kpd penyesalan dan tertib - terning itu membawa keselamatan

المرء حيث يضع نفسه
Seseorang itu tergantung kepada di mana ia letakkan dirinya

من استوى يوماه فهو مغبون
Barang siapa yang hari-harinya sama sahaja iaitu tiada perubahan atau penghijrahan maka dia adalah
tergolong daripada orang yang terpedaya atau tertipu dengan keseronokan dunia

مرارة الدنيا حلاوة الآخرة .. وحلاوة الآخرة مرارة الدنيا
Kepahitan dunia adalah kemanisan akhirat dan kemanisan akhirat adalah kepahitan dunia

صديقك من يصارحك بأخطائك لا من يجملها ليكسب رضاءك
kawan anda ialah mereka yang memberitahu kesalahan anda bukan mereka yang mencantikkan kesalahan anda untuk mencari keredhaan anda

لا تنظر إلى من قال، وانظر إلى ما قال
Jangan pandang kepada orang yang memberi nasihat (dari segi statusnya) tetapi lihatlah apakah yang
dinasihatinya. Kata-kata Saidina Ali

شر الناس من لا يبالي أن يراه الناس مسيئا
Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak mempeduli orang lain melihat kejahatan yang dia
lakukan.(Tiada perasaan malu)

شرُّ الناس من
باع آخرته بدنياه، وشرُّ منه من
باع آخرته بدنيا غيره
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunianya dan yang lebih jahat
ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunia orang lain

الناس أبناء الدنيا , ولا يلام الرجل على حب أمه
Manusia itu anak kepada dunia ,sebab itulah manusia  tidak boleh lari daripada mencintai ibunya (dunia)

كل اناء يضيق بما فيه الا وعاء العلم فانه يتسع .
Setiap bekas akan menjadi srmakin sempit setelah diisi dgn sesuatu kecuali bekas ilmu ia sentiasa
menjadi semakin luas

لا تكرهوا أولادكم على أخلاقكم , لأنهم مخلوقون لزمان غير زمانكم
Jangan kamu benci dengan perangai anak-anak kamu kerana mereka hidup bukan di zaman kamu

كثرة الطعام تميت القلب , كما تميت كثرة الماء الزرع
Makan banyak merupakan punca matinya hati insan sebagaimana pokok akan mati apabila banyaknya air.

اذا خرجت الكلمة من القلب دخلت في القلب ، واذا خرجت من اللسان لم تتجاوز الآذان
Sekiranya sesuatu perkaaan itu(nasihat) keluar dari hati(ikhlas) maka ia akan masuk ke hati tetapi
sekiranya sesuatu perkataan itu keluar dari mulut sahaja (tidak ikhlas) maka ia akan masuk ke telinga
sahaja ( tidak memberi faedah)

الإخوان ثلاثة ..أخ كالغذاء تحتاج إليه كل وقت ، وأخ كالدواء تحتاج إليه أحياناً ، وأخ كالداء لا تحتاج اليه أبداً.
Sahabat itu ada 3 jenis iaitu: seperti makanan yang kita perlu kepadanya setiap masa, seperti ubat yang
kita memerlukannya pada masa tertentu sahaja, seperti penyakit iaitu yang kita tidak perlu
langsung kepadanya. Kata-kata ahli falsafah

من زاد في حبه لنفسه ... زاد كره الناس له
sesiapa yang lebih mencintai dirinya maka manusia akan lebih membencinya

الثروة تأتي كالسلحفاة وتذهب كالغزال
Kekayaan itu datang kepada kita seperti kura-kura (lambat) tetapi pergi meninggalkan kita seperti
rusa (laju)

إذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
Sekiranya percakapan itu adalah perak, maka berdiam diri itu adalah emas

اربع خصال تميت القلب: كثرة الضحك، كثرة الأكل، كثرة النوم، و كثرة
الكلام
Empat perkara yang boleh mematikan hati : Banyak ketawa,banyak makan,banyak tidur dan banyak cakap

مثل الدنيا كمثل ماء البحر، كلما شرب منه العطشان ازداد عطشاً حتى
يقتله
Dunia ini ibarat air laut setiap kali orang yang dahaga meminumnya tidak akan menghilangkan dahaga
tetapi bertambah dahaga sehingga apabila ia diambil dalam jumlah yang banyak ia akan membawa kematia

روى البخاري ومسلم عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذي يملك نفسه عند

الغضب " .
Bukanlah dinamakan kuat dengan bergusti, tetapi orang yang kuat itu ialah yang dapat mengawal dirinya ketika marah

أعرف الناس بالله أرضاهم بما قسم الله له
Orang yang paling mengenali Allah s.w.t ialah orang yang paling redha dengan apa yang telah Allah
kurniakan kepadanya yakni qada' dan Qadar-Nya