Ahad, 10 April 2011

Tenang vs Hati


Tenang vs Hati
Ketenangan dapat dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.

Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (At Tahrim: 8). Firman Allah lagi: "... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara: 1) Rasa kehambaan. 2) Rasa bertuhan.
3) Memahami maksud taqdir. 4) Mendapat hikmah di sebalik ujian. Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa Kehambaan
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah: "Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (At Taubah: 51)

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau. Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Al-Baqarah: 156)

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?
Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Rasa Bertuhan
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah: "Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." ( Al-Baqarah). Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang.

Firman Allah: "Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Al-Fath: 4). Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya: Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

Memahami Maksud Taqdir Allah
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah taqdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah H A T I. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua taqdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditaqdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud B A I K.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya: "Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya."
(Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam taqdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... Tuhan akan bersangka sebagaimana hamba bersangka kepada-Nya. Mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditaqdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentaqdirkan begitu.

Kalau kita ada jawatan contoh P E N G A R A H, Allah inginkan kita melaksanakan ke A D I L an. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua taqdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik taqdir itu. Jadi, kita tidak akan merungut, stres atau tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (taqdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Sebagai pelajar matrikulasi, ingatlah dengan sebenar-benar ingat yang beri anda kejayaan dalam UPS dan PSPM adalah ALLAH SWT. Yang bagi gagal pun Allah. Yang bagi anda faham pun Allah. Pensyarah anda hanyalah sebagai asbab semata-mata. Ilmu milik Allah. Ilmu untuk diamalkan dan disebar-sebarkan. Bukannya ilmu itu untuk diperdagangkan dan dibangga-banggakan. Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah taqdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Mendapat Hikmah Bila Diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!" Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji. Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat. Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain. Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri

Teknik belajar kimi-'A'! berkesan...


TEKNIK PEMBELAJARAN
kimi’A’ itu MUDAH yang BERKESAN
Ada Matlamat dan cita-cita
Kehidupan seseorang pelajar di matrikulasi adalah ibarat sebuah kapal di tengah lautan yang menghadapi pelbagai dugaan, halangan dan rintangan. Tanpa ilmu pengetahuan dalam pelayaran dan bekalan yang secukupnya serta halatuju (pelabuhan) yang jelas, maka kita akan menjadi pelayar (pelajar) yang terumbang-ambing di lambung ombak kehidupan yang ganas membadai lalu lemas dalam dunia yang anda sebagai pelajar cipta sendiri

Begitulah halnya dengan setiap pelajar matrikulasi. Anda mesti mempunyai matlamat dan cita-cita dalam hidup. Di samping itu, matlamat hanya akan tercapai apabila ianya disertakan dengan daya usaha yang kental dan berterusan.Matlamat adalah inspirasi perjuangan yang boleh membantu kita mencapai kejayaan hidup. Manakala, usaha adalah intipati yang jelas membawa kita kepada matlamat. Yang penting usaha, doa, tawakkal dan ikhtiar... opss lupa lak... ikhtiar adalah usaha secara mental.

"MATLAMAT tanpa USAHA sering dikaitkan dengan jiwa ANGAN-ANGAN";
"USAHA tanpa MATLAMAT sering dikatakan jiwa SIA-SIA";
"MATLAMAT disertakan USAHA Insya 4W1 membawa KEJAYAAN".
Usaha yang jitu (Istiqomah)
Orang yang berusaha akan melakukan apa sahaja untuk mencapai apa yang dihajati. Jangan biarkan diri anda dikuasai rasa bosan, malas dan jemu. Anda mampu mengubahnya... Insya 4W1

Untuk melawan perasaan negatif (caj elektron) ini, maka sayugialah anda MESTI :
1.       Biasakan diri melakukan sesuatu sehingga selesai, jangan tidur selagi tak siap buat jawapan tutor.
Contohnya, jika anda perlu menyiapkan soalan tutoran dengan menjawab 25 soalan kimi’A’ itu MUDAH, cuba habiskan kesemua soalan berikut dalam satu masa dan elakkan membuat latihan tersebut secara berperingkat-peringkat. Ini akan menyebabkan kerja anda tertangguh dan tumpuan juga terjejas. Anda akan dihinggapi penyakit ‘tak rajin..’
2.       Hadkan masa yang cukup untuk menyiapkan sesuatu kerja.
Ini bermaksud, anda perlu memberikan ruang masa yang sesuai dan berpadanan dengan bebanan kerja yang dilakukan. Seperti contoh di atas, jika anda dikehendaki menyiapkan 20 soalan kimi’A’ itu MUDAH, cuba tetapkan masa yang bersesuaian dengan usaha yang perlu diberikan bagi menyelesaikan latihan tersebut. Ikutlah arahan soalan dan minta nasihat daripada pensyarah kimi’A’ itu MUDAH kesayangan anda.
3.       Adakan satu matlamat yang mesti dicapai pada setiap hari.
Anda perlu menetapkan satu matlamat yang jelas untuk dicapai setiap hari. Jika menggunakan contoh tadi, anda boleh tetapkan bahawa untuk hari ini, anda ingin menjawab 4 soalan past year UPS I kimi’A’ itu MUDAH. Itu matlamat yang anda ingin capai hari ini. Berusahalah dengan mengikuti dua langkah di atas, anda akan berjaya mengatasi masalah tadi. Insya 4W1... Gambatte....!!!! Chaiyok.....3x
Berfikiran positif .... macam proton di dalam nukleus suatu atom....
Pelajar matrikulasi yang inginkan 4.0 mesti mempunyai semangat, ciri-ciri, citarasa dan sistem pemikiran yang sentiasa mahu maju dan positif. Dalam usaha ke arah ini, pelajar perlu membina konsep kendiri yang positif. Justeru itu, matlamat dan ciri-ciri pelajar yang mempunyai fikiran yang positif ialah :
·         Mencintai ilmu dan inginkan kejayaan. Logik la.... sapa kat dunia ni yang nak gagal... cipan pun nak berjaya.
·         Sentiasa berdoa dan berserah kepada 4W1 dalam apa jua masa dan keadaan
·         Tidak mudah berputus asa. Mat saleh kata never never ever give up...!!!
·         Ada perasaan mesti mencuba dan tak takut gagal....
·         Sentiasa berusaha membaiki kesilapan.
·         Berani menghadapi risiko yang munasabah.
·         Berkeyakinan tinggi tetapi sentiasa merendah diri @ tawadduk.
·         Bijak memanfaatkan peluang dan menguasai ruang tetapi jangan sesekali pijak kepala kawan-kawan yang lain
·         Bijak bertindak balas secara spontan di samping redha dan sabar atas segala musibah....

Gunakan strategi khusus (taktikel)
Untuk mencapai kejayaan, para pelajar mesti bijak dulu kini dan selamanya mengatur strategi di dalam belajar ilmu kimi’A’ itu MUDAH. Bagaimana? Ikutilah langkah-langkah seperti di bawah:
·         Tulislah MATLAMAT DIRI anda dengan jelas, nyata dan terang.
Contoh: Aku mesti skor 4.0 dalam PSPM I dan II. Aku mesti boleh...!!! Insya 4W1
·         Susun STRATEGI PEMBELAJARAN anda.
Contoh: Semak sukatan pelajaran, cuba mencari kumpulan belajar yang berkesan, meneroka tempat yang sesuai untuk belajar, menyusun jadual waktu yang baik, dan memilih bahan rujukan yang bermutu. Satu lagi... buat semua soalan dari hand out kimi’A’ itu MUDAH  yang diberikan dan juga soalan ‘past year’. Satu hari satu soalan. Bukan salin balik soalan tau... jawab soalan..
·         Sentiasa Laungkan KATA-KATA POSITIF untuk memotivasikan diri.
Contoh: kimi’A’ itu M U D A H Insya 4W1.........A..!! so siapa kata kimi’A’ itu MUDAH tu susah...??? Aku soarang ajer yang kata kimia tu susah...
·         Cari INDIVIDU CONTOH yang dikagumi.
Contoh: Pensyarah kimi’A’ itu MUDAH kesayangan anda yang rajin menasihati anda, membantu di kala memerlukan. Ikuti sifat-sifat positif beliau. Yang buruk tu jangan lah ikut...ok. No body is perfect... think about it..!! klu nak pilih pak gad atau makcik cafe pun boleh... no problem...
·         Jadi AHLI STRATEGI yang tenang.
Contoh: Menyusun masa belajar kimi’A’ itu MUDAH dengan baik dan teliti dengan memanfaatkan masa sebaiknya dengan solat 5 waktu berjemaah dan banyakkan amalan sunat
·         Beri GANJARAN kepada diri anda sendiri.
Contoh: Jika anda berjaya menyiapkan soalan tutoran kimi’A’ itu MUDAH lebih awal, ganjarannya anda dapat keluar bersama rakan di hujung minggu. Tak pun outing belanja diri sendiri makan mee sizzling kat Ipoh Parade atau Giant Tambun.
·         Sentiasa MUHASABAH...bukan MUHA’SARAWAK’
Contoh: Sentiasa menyemak matlamat diri, pencapaian diri, kekuatan diri dan kelemahan diri. Cari kesalahan diri sendiri dan ingat kebaikan orang lain. Sentiasa ingat kimi’A’ itu MUDAH lagi lah bagus...!!!
Kaedah mengingat Teknik SQ3R
Proses pembelajaran kimi’A’ itu MUDAH memerlukan daya usaha yang jitu dan berterusan untuk mengingati apa yang hendak dipelajari. Topik ini akan memberikan kaedah khusus untuk memudahkan anda mengingati apa yang telah anda baca di dalam nota kimi’A’ itu MUDAH yang anda fotostat ataupun buku rujukan (tak kiralah cap ayam ker... over c ker...).
·         SURVEY
Mendapatkan gambaran awal keseluruhan topik kimi’A’ itu MUDAH yang hendak dipelajari dengan membaca perenggan pertama dan juga terakhir pada malam sebelum pergi ke kuliah esok nya.
·         QUESTION
Mengenalpasti konsep penting yang hendak disampaikan di dalam topik kimi’A’ itu MUDAH tersebut. Sebagai contoh: Apa beza molar mass dengan relative molecular mass...??
·         READ
Membaca secara proaktif dengan menghayati keseluruhan bahan kimi’A’ itu MUDAH yang dibaca, baris demi baris sehingga habis topik kimi’A’ itu MUDAH tersebut.
·         RECALL & RECITE
Mengingat, dan cuba menerangkan kembali dengan perkataan atau ayat sendiri tentang isi kandungan yang telah dipelajari dan difahami daripada topik kimi’A’ itu MUDAH yang telah dibaca itu kepada roomate anda. Tak baik tau kedekut ilmu... sapa2 suka kedekut ilmu... nanti kena panah petir... kebaboommm..
·         REVIEW
Membaca sekali lagi bagi memastikan konsep kimi’A’ itu MUDAH yang telah dipelajari dan difahami tadi terus tersimpan di dalam otak dan ingat sampai mati. P/s- klu esok anda lupa maknanya ilmu kimi’A’ itu MUDAH anda belajar TAK BERKAT.!! Hampes... asbestos... useless...!!
Kaedah Mendengar
Tahukah anda bahawa penggunaan "kaedah mendengar" yang baik boleh menjimatkan masa anda untuk mengulangkaji? Ini adalah disebabkan otak kita akan menyimpan lebih banyak maklumat melalui pendengaran yang teliti terhadap isi atau fakta yang didengari. Tambahan pula, sistem pembelajaran di negara kita banyak berpandukan kaedah pengajaran secara percakapan langsung (verbal) contohnya pensyarah menyampaikan ilmu kimi’A’ itu MUDAH di BP 7. Kemahiran mendengar dengan tekun dan teliti sangat membantu di dalam proses pembelajaran ilmu kimi’A’ itu MUDAH di kuliah dan juga kelas tutoran.

Untuk mempertajamkan kemahiran mendengar ilmu kimi’A’ itu MUDAH  semasa di tutoran atau kuliah, ikutilah langkah berikut :
·         Berikan SELURUH TUMPUAN kepada apa yang dikatakan oleh pensyarah kimi’A’ itu MUDAH anda. Tumpuan yang lebih perlu diberikan semasa permulaan kuliah dan semasa di akhir kuliah. Ini kerana pada permulaan pelajaran, biasanya pensyarah kimi’A’ itu MUDAH akan memberikan gambaran keseluruhan tentang apa yang akan diajarnya pada hari itu. Pada akhir kuliah pula, beliau akan merumuskan isi penting keseluruhan topik yang telah diajarkan.
·         Pandang & tenung anak mata pensyarah kimi’A’ itu MUDAH yang sedang mengajar. Di samping tutur katanya, bahasa badan (body language) juga memberikan maksud tertentu yang berkaitan dengan topik pelajaran. Sebagai contoh, jika pensyarah kimi’A’ itu MUDAH itu cuba menekankan sesuatu konsep penting kimi’A’ itu MUDAH, maka seluruh badannya akan terarah untuk memberi gambaran kepentingan fakta yang dikatakannya itu, seperti menggenggamkan tangan, menunjukkan berulang kali pada OHP dan menggariskan apa yang telah ditulis olehnya. Anda sebagai pelajar perasan ker...??? ker buat-buat tak perasan...?? atau anda langsung tak berperasaan...??
·         Ketahui konsep utama kimi’A’ itu MUDAH yang sedang disampaikan. Sebagai contoh, konsep mole. Dah tentulah dia citer cara nak kira mol. Apa bahagi apa..??? dah dapat nilai mol nak darab dengan apa nak dapatkan jisim bahan... tak der maknanya klu dia citer tentang jantung cipan atau pun citer tentang virus selesema babi.... tak gitu..???
·         Dengar dengan teliti konsep penting kimi’A’ itu MUDAH  yang diperkatakan. Sebagai panduan, sekiranya pensyarah kimi’A’ itu MUDAH mengulangi konsep yang sama berkali-kali, itu mungkin sesuatu yang penting yang perlu diberi perhatian. Pensyarah kimi’A’ itu MUDAH yang berpengalaman akan memberitahu pelajarnya bahawa apa yang sedang diterangkannya itu sering keluar dalam PSPM.
·         JANGAN SEKADAR MENDENGAR. Nanti lupa. Catatkan isi, fakta atau maklumat penting yang telah diperkatakan oleh pensyarah kimi’A’ itu MUDAH pada buku catatan. Ia akan menambahkan daya ingatan anda terhadap apa yang dipelajari di kuliah pada hari itu. Ramai yang tersilap dengan menganggap bahawa jika mencatatkan isi atau fakta, ia bermaksud mencatatkan segala apa yang dituturkan oleh pensyarah, perkataan demi perkataan. Ini salah! Catatkan hanya key word, sebagai contoh, jika pensyarah kimi’A’ itu MUDAH anda berkata "defination for orbital is.. bla bla bla...", anda hanya perlu catatkan "high probility find elektron". Itu sahaja isi pentingnya. P/s - kat kuliah tu... duduk la di kerusi paling hadapan....
Membaca cepat
Anda mengalami masalah dalam membaca nota kimi’A’ itu MUDAH? Terlalu banyak yang perlu dibaca? Bahan rujukan yang bertimbun perlu ditelaah?. Teknik ini akan membantu anda di dalam mengatasi masalah untuk membaca banyak bahan bacaan di dalam masa yang singkat, sekiranya dipraktikkan dengan betul. Niat pun kena betul mesti jujur dan ikhlas kerana 4W1....
Ikutilah langkah seperti di bawah:
·         Berikan tumpuan penuh kepada fakta kimi’A’ itu MUDAH yang dibaca dengan melalui mata dan fikiran yang betul-betul difokuskan kepada apa yang dibaca. Jangan berfikir perkara lain selain daripada apa yang sedang dibaca. Orang ganu kata Koya... <dreaming>
·         Letakkan jari telunjuk di atas baris pertama pada perkataan pertama. Ini membantu anda memfokus tempat yang sedang dibaca. Sama macam anda belajar mengaji Iqra’ masakat TASKI.. dulu-dulu la...
·         Gerakkan jari telunjuk ke kanan dengan cepat tanpa menggerakkan kepala dan bibir. Ini kerana kepala dan bibir merupakan antara gangguan kepada tumpuan untuk membaca dengan cepat.
·         Sambil membaca nota kimi’A’ itu MUDAH, ingatkan isi penting dan jika perlu, gariskan kata penting ‘key word’ bagi memudahkan proses ulangkaji dan bacaan semula.
·         Kadar kelajuan bacaan boleh ditingkatkan melalui latihan yang kerap. Practice makes perfect
Teknik pengurusan masa
Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita harus bijak mengurus dan memanfaatkan masa. Setiap pelajar di matrikulasi diberi masa 24 jam sehari oleh 4W1 dan mereka perlu menguruskan masa tersebut dengan baik dan berfaedah serta memberikan pulangan yang maksimum kepada matlamat yang ingin mereka capai setiap hari.
Sebagai seorang pelajar kimi’A’ itu MUDAH, kita perlu menggunakan setiap saat,setiap detik, setiap minit, setiap jam dan setiap hari dengan cara yang paling efektif agar ia memberikan faedah kepada kita di masa hadapan, terutamanya pada peperiksaan UPS & PSPM yang semakin hampir.Justeru itu, bagaimanakah caranya untuk menguruskan masa?
1.       Menggunakan "Rancangan Bertindak"
                                                         i.            Adakan "rancangan bertindak" setiap hari. Susunkan segala tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan; sebagai contoh, "MESTI dilakukan" dan "MAHU dilakukan". Jika anda seorang yang sukar menyusun keutamaan di dalam kotak fikiran, tuliskan sahaja kesemua perkara yang ingin anda lakukan pada sekeping kertas lepas tu tampal kat soft board atau cermin kat bilik asrama. Kemudian, susunkannya mengikut keutamaan, daripada paling penting kepada paling kurang penting.
                                                        ii.            Kemudian cuba habiskan perkara yang ingin anda lakukan seperti yang tertulis di kertas tersebut, satu persatu mengikut keutamaan yang telah dibuat tadi. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok.
2.       Hapuskan tabiat "tangguh dan tunggu" dengan mengingati 3 perkara. ingat bertangguh pencuri masa
i. Kelmarin sudah berlalu biarkan lah ia berlalu jangan dikenang-kenang
                            ii. Esok masih belum berlalu dan belum pasti kita dapat hidup sampai hari esok
                           iii. Hari ini peluang masih ada maka rebutlah peluang jangan disia-siakan
1.       Penuhkan masa lapang anda seperti sedang menunggu bas, dalam perjalanan ke kuliah, semasa mengambil nasi di cafe, terminal siswa, nak kuar duit kat ATM BSN, dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan dan mudah seperti membaca, menulis nota atau setidak-tidaknya, berfikir. Fikir tentang apa...?? Kebesaran Tuhan... Nikmat Tuhan... Dosa sendiri.. tak pun persoalan yang membelenggu benak pemikiran anda selama ini...kenapa kimi’A’ itu MUDAH.....????
2.       Tahu dan pandai untuk mengatakan "TIDAK" kepada perkara yang anda anggap mengganggu rutin. Apa contohnya... yang nie fikirlah sendiri... pelajar yang ada gewe @ marka @ bf / gf mesti faham.
3.       Merancang jadual waktu belajar dan juga jadual harian agar hidup lebih tersusun. So susunlah diri anda sebelum orang lain menyusun nama anda dalam senarai pelajar matrikulasi yang GB... hehhehe adios amigos....