Ahad, 10 April 2011

Jam Allah


Saya teringat ketika saya masih kecil dahulu, ketika "orang-orang dewasa" masih memanggil saya dengan gelaran "budak" (gambar ni bukan gambar saya ye), seringkali apabila dikejutkan dari tidur, saya melihat jam di dinding.

Alah, baru pukul 6.00, awal lagi".
"Along kena la bangun, nak solat subuh".
"Alaah, ngantuk la".
"Nanti lepas solat subuh boleh la tidur balik".
"Ye lah.....".

"Cepat sikit, dah pukul 6.15 ni, nanti waktu subuh habis pulak".
Demikianlah kisah benar antara saya dengan emak yang saya baru reka tadi. Demikianlah dialog-dialog yang perlu dihafal dan diulang-ulang setiap kali masuk waktu subuh.

Nasib baiklah saya dah besar. Tak payah susah nak hafal skrip tu lagi.
Sebenarnya, ada satu perkara yang rumit sedang berlaku. Saya berfikir. Ada orang kata, kita kena kejar waktu, jika tidak, waktu akan pergi meninggalkan kita. Ketika itu kalau tidak silap pukul 5.45 pagi, sipi-sipi lagi nak masuk waktu subuh. Ketika itu saya masih di bangku universiti.

"Apa itu waktu?". Saya melihat jam saya pula. 5.46 am. Saya dah membazir seminit. Eh silap, tak membazir sebab saya tengah berfikir. "Kenapa saya mesti bangun pukul 5.45 am setiap hari?".

Lama jugak saya termenung, eh silap, bukan termenung, tapi berfikir. Jam menunjukkan 5.47 am. Seminit lagi dah bergerak. Saya ada jadual. Dalam jadual kata saya mesti bangun 5.30 am. Ni dah lajak ni. Jam pun di kunci pada 5.30 am. Lalu saya rasa macam orang bodoh sebab saya selama ini hanya hidup mengikul jadual tanpa diketahui pun apa sebabnya. Fikir punya fikir, tiba-tiba saya terpandang di luar tingkap, melihat langit.

Ada cahaya. Bukan wahyu ye, tapi cahaya matahari. Emm tak nampak matahari pun, cuma langit dah agak cerah-cerah. Akhirnya saya terfikir jugak sesuatu. Akhirnya saya dapat jugak apa yang saya cari selama ni sejak kecil lagi. Alhamdulillah, misteri terbongkar. Dan saya sedar, perbuatan saya melihat jam setiap kali bangun dari tidur adalah satu tindakan yang SALAH.

Hah, habis tu bangun-bangun tak boleh tengok jam ke?
Nak tahu apa jawapannya? Teruskan membaca.
Pertama sekali, sebelum membongkar misteri alam ini, cuba anda perhatikan dahulu jadual hidup anda.

7.00 am : Mandi, bersiap-siap untuk kerja/belajar dan sarapan
8.00 am : Masuk kerja/kelas
1.00 pm : Rehat dan makan tengah hari
2.15 pm : Sambung kerja/kelas
5.00 pm : Balik
6.00 pm : Mandi, rehat-rehat
8.00 pm : Makan
11.59 pm : Berdengkur depan tv

Ya, secara kasarnya, macam ni la jadual hidup kita lebih kurang. Kadang-kadang, walaupun kita sudah mengantuk, tetapi sebab kita lihat jam masih menunjukkan pukul 9.00 malam, kita tidak mahu tidur lagi kerana rasa macam awal lagi. Kalau kita berasa lapar pun, tetapi baru pukul 11.00 pagi, kita biarkan perut kita terus menyanyi dengan suara sumbangnya itu. Dan lain-lain hal, kita banyak mengaitkan kehidupan seharian kita dengan jam dan jadual kita.
(Alamak, terasa macam nak buang air la. Eh, belum pukul 6 lagi. Tahan dulu la)

Cuba anda fikir, kenapa kita mesti bangun pukul 6 atau 7 pagi? Kenapa pukul 7 petang pula kita mesti mandi, bersiap-siap dan lain-lain? Ada orang cakap kat saya (mungkin dia ni seorang motivator tapi "name tag" dia terjatuh dalam lubang tandas waktu dia buang air tadi kot), "awak mesti susun jadual hidup awak. Tetapkan, pada waktu sekian-sekian, apa yang awak nak buat".

Kalau berfikir pakai otak, memang ada logiknya apa yang dia cakap. Tetapi cuba anda fikir guna hati. Adakah kita perlu gantungkan hidup kita pada jam? Sedangkan jam itu sendiri tak tahu kenapa dia mesti berpusing 24 jam, kenapa kita mesti ikut je jarum tu?

Jam. Apa itu jam? Jam adalah alat yang digunakan untuk mengukur waktu. Kenapa kita perlu mengukur waktu?

Supaya kita dapat menguruskan segala pekerjaan kita seharian. Sekarang, cuba anda bayangkan, kalau dunia ni takde jam seperti yang kita guna sekarang, boleh tak kita uruskan kehidupan kita?

Fikir..Fikir la,  Jawapannya, kita boleh hidup di dunia tanpa jam seperti yang kita dengan guna ni.

Bagaimana?
Iaitu, dengan menggunakan alat pengukur waktu yang paling hebat di dunia dan paling besar di yang boleh dilihat dan dirasai oleh semua orang di dunia ini.

Apa dia?
Matahari.
Apa?
Biar betul? Nak guna jam matahari balik ke?

Well, I afraid to say so but the answer is "YES".
Biar betul?
Betul la. Takkan nak tipu kot.

Kenapa jam matahari? Sebenarnya bukanlah jam matahari pun, tapi sebenarnya pengukur waktu kita yang paling tepat ialah matahari itu sendiri.

Kenapa?
Kerana hidupan semua bergantung pada matahari.

Kenapa kita bangun tidur?
Kerana hari sudah pagi.

Kenapa kita tidur?
Kerana hari sudah malam.

Kenapa kita berhenti bekerja?
Kerana hari sudah hampir gelap.

Mungkin ada orang akan kata jam matahari ini banyak kelemahan, contohnya kalau hujan dan lain-lain.
Itu hanya alasan. Kelemahan-kelemahan tersebut boleh diatasi kecanggihan zaman sekarang. Malah orang-orang zaman purba juga boleh mengatasi kelemahan jam matahari dengan menggunakan jam air yang masih menyamai fungsi jam matahari.

Ingin mengetahui kehebatan sistem waktu yang berasaskan matahari?

Teruskan membaca.
An-Naba' ayat 10-11. " dan Kami jadikan malam sebagai pakaian "" dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan "

Apabila membaca ayat Al-Quran di atas, hati saya lebih yakin. Waktu kita sepatutnya diukur dengan siang malam dan peredaran matahari.
Kenapa kita perlu bersiap-siap pada pukul 7 pagi untuk ke kerja, sedangkan pada sesetengah waktu, pukul 7, matahari sudah pun terbit keseluruhannya dan hari telah cerah. Sedangkan untuk sesetengah waktu pula, pukul 7 pagi masih gelap. Adakah anda uruskan hidup anda berdasarkan siang malam? Atau mengikut jam yang ia sendiri pun tidak tahu kenapa ia harus berpusing?

Mungkin di Malaysia, kesan perbezaan antara jam dengan matahari tidak ketara. Tetapi bagi sesetengah negara, terutama yang mengalami 4 musim berbeza, perbezaannya amat ketara. Pada musim panas, waktu siang panjang, sehinggakan waktu kerja sudah habis, tetapi matahari masih lagi memancar. Pada musim sejuk pula, siangnya pendek, kerja tak habis lagi hari sudah gelap. Kelemahan sistem ini semakin ketara apabila sistem "Day Light Saving Time" terpaksa digunakan di sesetengah negara untuk menampung kelemahan sistem jam bodoh yang sedang digunakan di seluruh dunia sekarang.

Kenapa? Kerana kita hidup bergantung pada jam dan bukan lagi matahari.
Apabila kita hidup mengikut jam, kita seolah-olah tidak nampak alam sekeliling. Ini kerana jam yang kita gunakan sekarang tidak terikat dengan alam sekeliling dan perubahan siang malam.

Mari kita lihat "jam" ciptaan Allah pula.
Jika mengikut "jam" ciptaan Allah, kita ada beberapa waktu. Subuh, Syuruk, Dhuha, Zuhur, Asar, Maghrib & Isya

Demikianlah waktu-waktu yang natural ciptaan Yang Maha Agung. Jika jam ciptaan manusia berbunyi setiap jam, contohnya jika pukul 8, jam akan berbunyi 8 kali, dan akan berbunyi 24 kali sehari, manakala "jam" ciptaan Allah pula berbunyi 5 kali sahaja sehari iaitu setiap kali masuk waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya (bunyinya ialah azan dilaungkan).

Apa simboliknya 5 waktu tersebut? Simboliknya, Allah nak bagi tahu kepada manusia-manusia yang lemah ni akan perubahan waktu. Apabila waktu malam tamat dan waktu pagi muncul, untuk memberitahu semua manusia, Azan Subuh dilaungkan, sebagai tanda perubahan waktu. Apabila udara-udara nyaman pagi telah habis diganti dengan kehangatan matahari yang pada kemuncaknya, maka Azan telah diperintahkan untuk dilaungkan pada waktu Zohor, menandakan matahri sudah mulai garang. Sebab tu lah kita disunatkan tidur sekejap sebelum atau selepas Zuhur (qailullah).

Kemudian, apabila matahari yang garang dan menghangat tadi sudah mulai reda, panas pun berkurang, maka Azan Asar pun dilaungkan. Anda boleh bandingkan sendiri bagaimana bezanya panas Zohor dan panas Asar. Panas selepas Asar agak reda kerana itu kita boleh bersukan.

Kemudian apabila petang ingin melabuhkan tirainya, memasuki waktu senja, Azan Maghrib dilaungkan. Apa beza petang dengan senja? Anda boleh rasa sendiri. Ketika senja, otak anda akan terasa "fresh" sikit berbandaing waktu petang tadi.
Kemudian, apabila waktu senja tamat, memasuki waktu malam, Azan Isya' pun dilaungkan.

Demikianlah Allah telah menetapkan kejadian siang dan malam sebagai petanda buat mereka yang berfikir. Apa pentingnya susunan waktu mengikut matahari? Jawapannya kerana keupayaan anggota fizikal kita termasuklah otak amat-amat bergantung pada matahari. Otak kita sesuai untuk melakukan sesetengah aktiviti pada waktu pagi dan aktiviti lain pada waktu petang. Ada perkara yang tubuh badan anda sesuai untuk melakukannya pada waktu siang dan tidak malam. Dan begitulah.

Tetapi sistem jam yang diguna pakai dalam sistem kapitalis ini, tiada lain tujuannya selain untuk menjadikan kita robot. Sistem ini telah memaksa kita melakukan satu kerja yang sama dari pagi hinggalah ke petang. Kerana itulah jam yang digunakan dalam sistem kapitalis moden ni tidak terikat pada perubahan matahari. Supaya apa? Supaya segala tugasan-tugasan pekerja-pekerja dapat dilakukan semaksimum mungkin tanpa dipengaruhi oleh perubahan siang malam. Mereka tidak perlu lagi mencipta robot kerana mereka telah berjaya mengubah manusia menjadi robot yang boleh bekerja tanpa mengira waktu!

Cuba anda perhatikan bagaimana jam dalam tamadun-tamadun purba dicipta? Jam-jam mereka dicipta kesemuanya bersandarkan pada perubahan siang malam dan peredaran matahari. Perubahan pagi petang. Satu fakta yang terpaksa saya bagi tahu ialah, "Orang-orang zaman dahulu lebih arif tentang kepentingan siang malam berbanding orang sekarang yang hanya hidup bagaikan robot".

Allah yang Maha Penyayang telah mengetahui kepentingan siang malam sering mengingatkan hamba-hamabaNya melalui azan-azan yang dilaungkan dari masjid-masjid. Tetapi hamba-hambaNya yang hina ini sering kali sombong, menangguhkan panggilan tersebut untuk meneruskan kerja masing-masing. Allah mengetahui kita akan menyeksa badan kita apabila terus melakukan kerja dengan melanggar sempadan perubahan waktu dan menyuruh kita berhenti seketika untuk solat.

Dalam sistem dunia baru ciptaan Dajjal ini, manusia-manusia akan ditutup daripada melihat dunia yang sebenar, sehingga manusia menjadi robot. Anda boleh lihat sendiri betapa jauhnya anda dengan alam ciptaan Tuhan. Dari bangun tidur, sehingga tidur kembali, anda melalui dunia ciptaan manusia. Segala apa yang anda lalui, anda hanya akan menemui ciptaan-ciptaan manusia.

Tetapi satu perkara yang tidak mampu dihalang oleh Dajjal, iaitu siang malam. Maka untuk mengekalkan manusia dalam dunia ciptaannya, supaya manusia tidak sedar akan perubahan siang malam yang telah dicipta oleh Allah, maka sistem jam moden telah diperkenalkan.

Jam-jam telah digantung di tempat-tempat yang tinggi, tempat-tempat yang strategik dan hampir di setiap ceruk dunia. Maka dengan itu, apabila manusia ingin melihat waktu, manusia tidak lagi memandang ke langit, tetapi memandang ke arah jam. Sehinggakan untuk menentukan waktu solat sekalipun umat Islam tidak pandai untuk melihat langit, tetapi mereka hanya tahu waktu solat dah masuk ke belum hanya berdasarkan jam semata-mata.

Manusia tidak lagi pandai untuk melihat waktu berdasarkan pergerakan matahari. Wallahu A'lam

Bukan Milikmu...


bukan milikmu
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa. Istiqomah dalam menunaikan solat fardhu 5 waktu berjemaah di awal waktu.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Sayugia manusia diciptakan mempunyai kehendak serta punyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita  t a n g i s i. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak sekadar hanya satu (1) hukum: harus berjaya, harus bahagia, harus kaya, harus pandai, harus cantik rupa paras atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak terengkuhnya dan tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, jodoh, anak-anak dll pasti Allah akan berikan. Bersangka baiklah dengan Allah. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya. Samalah macam makanan. Klu dah Allah taqdirkan memang bukan rezeki kita, dah dekat tekak pun boleh kuar balik. Klu dalam perut boleh termuntah. Biasa kena kan…? Cuba renungkan
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu. Maka pesanan ini ditujukan khas untuk semua  pelajar yang teman ajar samada di KMPk sem I atau KMS-hehdi sem II khasnya dan seluruh warga pelajar matrikulasi seluruh Malaysia sempena pengumuman keputusan PSPM II lagi sebulan lebih. Yang dah lepas …lepas lah. F o k u s masa depan anda di universiti. Anda mampu mengubahnya. Bersama-samalah kita membuktikan yang Kimi-‘A’! itu MU D A H…Insya Allah… A…!!!

Biodata Nabi Muhammad SAW


 Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St.. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya (penulis) berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW BIODATA RASULULLAH SAW
::> Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
::> Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Ka’abah)
::> Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
::> Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
::>Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
::> Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
::> Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
::> Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


USIA 5 TAHUN
::> Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
::> Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
::> Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
::> Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
::> Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
::> Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
::> Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
::> Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
::> Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.


USIA 25 TAHUN
::> Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
::> Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
::> Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
::> Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
::> Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
::> Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar dan penduduk Mekah.
::> Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu.
USIA 40 TAHUN
::>Menerima wahyu di gua Hira’ - perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
::> Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
::> Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
::> Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ ..Khadijah Binti Khuwailid
§ ..Saudah Binti Zam’ah
§ ..‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ ..Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ ..Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ ..Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ ..Zainab Binti Jahsy
§ ..Maimunah Binti Harith
§ ..Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ ..Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
o Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah *** 5. Al-’Abbas *** 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama  asalnya ‘Abdul ‘Uzza) 8. Abdul Ka’bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13. ‘Atiqah ##  14. Arwa ##  15. Umaimah  16. Barrah  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”                                                                       (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Baca bile sedih.... sob...sob...


baca bile sedih
WAHAI diri, engkau hanya mencintai Allah ketika kamu memperolehi nikmat. Sebaliknya apabila datang suatu bencana atau cubaan kepada engkau, engkau segera lari seakan-akan Allah itu bukan kekasihmu. Semestinya seorang hamba itu akan nyata siapa dia, ialah ketika menerima ujian daripada Allah. Tak begitu wahai pelajar kimi-‘A’! ku, KMS-hehdi?
Apabila datang suatu ujian atau cubaan daripada Allah, sedangkan engkau tetap bertahan dan tabah menerimanya, maka engkau ialah orang yang mencintai Allah dengan sebenar-benarnya. Sebaliknya jika laluanmu berubah, maka jelas dan terserlahlahlah kebodohanmu, musnahlah perbuatanmu yang pertama dan ia berlalu entah ke mana.
Bukanlah kudrat hamba melawan segala takdir-Nya. Luka di hati memang tidak terucap. Tidak tergambar. Meskipun perasaan ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut. Lalu luka itu biarlah dia yang merasainya. Kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya.
Tidak pula Allah menimpakan ujian untuk menzalimi hamba-Nya, melainkan untuk mendidik dan menyedarkan bahawa tidak ada satu pun di dunia ini adalah milik manusia yang kekal lagi abadi meskipun sesuatu itu teramat kita sayangi, teramat kita kasihi. Datang dan pergi segala yang ada di dunia ini adalah dengan kehendak-Nya. Siapa yang cipta syurga dan neraka..?? Allah atau makhluk…???
Wahai diri, janganlah cita-citamu hanya sekadar pada yang engkau makan dan engkau minum, pada yang engkau pakai dan engkau kahwini, pada yang engkau diami dan engkau kumpulkan sahaja kerana semua itu hanya cita-cita hawa nafsu dan naluri insaniyyah.
Kalau hanya demikian, dimanakah tekad hati dan batin, yakni mencari Allah Al-Haq? Nilai sebuah cita-cita itu ialah apa yang engkau cita-citakan. Maka jadikanlah Tuhanmu dan apa-apa yang di sisi-Nya sebagai tumpuan cita-citamu. ... carilah didalam dirimu… begitu hampir!!!

AkU, UbAh & sIKAp


AkU, UbAh & sIKAp

Kajian yang dilakukan oleh Harvard Business School dalam menentukan faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang manusia menunjukkan bahawa 7 peratus sahaja faktor yang menyumbang kepada kejayaan ialah ilmu, pengetahuan dan kemahiran. Selebihnya…? 93 peratus daripada faktor yang membawa kepada kejayaan ialah sikap.

Apa makna semuanya ni? Apa yang berlaku pada seseorang pelajar yang cerdik, akalnya pintar, kawannya ramai dan seumpamanya, tetapi M A L A S. Boleh berjaya ke si dia? Apa pula yang berlaku pada seseorang pelajar lain yang kurang berada, kurang pandai, tetapi rajin, bersemangat dan tabah. Berjaya? Insya 4W1. Ini bermakna kejayaan ditentukan oleh S I K A P. Kalau anda sebagai pelajar KMPk mampu mengubah sikap ke arah yang lebih baik maka anda akan mampu dan berjaya mencapai kejayaan dalam PSPM I dan PSPM II. Mari kita lihat kedudukan sikap. Ia boleh diumpamakan sebagai bongkahan aisberg di lautan yang mana di atas permukaan air itu lebih sedikit berbanding yang tidak kelihatan atau yang berada di bawah lautan. Inilah sikap. Pada bahagian atas itulah akhlak.

Manakala pada bahagian bawah yang tidak kelihatan itulah sikap yang terdiri daripada sistem nilai, pandangan hidup dan sistem kepercayaan. Akhlak itu ialah tindakan luaran yang terbentuk dan terhasil daripada soal dalaman @ hati iaitu sikap. Apakah yang akan berlaku jikalau sebuah bongkah ais itu dipotong pada bahagian di antara atas permukaan dan bawah permukaan air? Cuba fikirkan… Justeru itu, yang menentukan kita semua ini di atas atau ke bawah ialah sikap (attitude). Kalau kita semua ini sistem nilainya tidak benar, pegangan hidupnya songsang, sistem kepercayaannya palsu, maka kita semua juga akan jatuh ke bawah. Kerana tindakan atau akhlak itu terhasil daripada sikap kita. Kenapa malas buat jawapan soalan tutoran kimi’A’? Kenapa tidak boleh fokus dalam kuliah kimi’A’? Kenapa suka main-main bila studi kimi’A’? Semua persoalan ini di atas atau di bawah? Persoalan ini jika tidak dijawab dengan baik, dengan sebab itu result UPSI seseorang pelajar itu huru-hara. <<memang bencana alam sungguh>>

Marilah ambil analogi begini. Katakanlah seorang pelajar dihukum kerana tidak menyiapkan jawapan tutoran kimi’A’. Lihat apakah hukuman yang dikenakan contohnya dirotan, dimarah, didenda dan sebagainya. Persoalannya adakah pelajar ini akan buat jawapan tutor sendiri jika dirotan, dimarah, didenda dan sebagainya? Jadi, marilah kita lihat bersama-sama apakah sebenarnya masalah pelajar tadi tidak membuat jawapan tutoran kimi’A’nya. Adakah masalah di atas (luaran) atau di bawah (dalaman)? Konfem. Pasti. Sahih. Puncanya tak lain tak bukan: masalah yang di bawah iaitu dalaman. Hukuman hanyalah pada bahagian atas (luaran) sahaja. Namun, pada bahagian dalaman itu (sikap) pula langsung tak terusik, tidak diperbetulkan dan tidak berubah. Maka sebab itulah pelajar tersebut tidak akan berubah sampai bila-bila. Malah tidak pernah dilihat sebelum ini yang seseorang pelajar itu akan buat jawapan tutor kimi’A’nya sendiri kerana dihukum atau tindakan-tindakan seumpamanya sama ada yang bersifat fizikal atau mental. Nota: dalaman merujuk kepada isi hati @ budi seseorang. Hati pula ada 3 peringkat. Pertama manusia yang hatinya hidup. Kedua manusia yang hatinya sakit samada boleh diubati atau tidak. Ketiga pula manusia yang hatinya langsung mati. <<<Manusia yang ‘mati’ sebelum mati inilah keadaannya>>> boleh bayangkan tak…??

Sikap apabila diulang-ulang menjadi tabiat. Tak kisah lah sikap baik atau sikap yang buruk. Apabila sikap sudah berubah menjadi tabiat, maka ianya akan sukar diubah. Kalau pelajar itu sendiri sikapnya yang langsung tak suka nak buat jawapan tutor kimi’A’, maka lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian dari tabiat hidupnya selama setahun berada di KMPk. <<< maaf pada yang terasa…. sapa makan KFC dia yang rasa ayam …hehe hehe>>> Oleh yang demikian, sebenarnya apa sahaja yang dipupuk oleh sikap itu pasti akan berubah menjadi sebahagian dari hidup atau peribadi anda sebagai seorang pelajar matrik. Kalau negatif sikap anda, maka buruklah keputusan PSPM anda. Namun, kalau sikap positif yang dipupuk, maka akan lahirlah pelajar KMPk yang cemerlang, gemilang dan terbilang seantero alam. Insya 4W1 Jika kita ingin memperkatakan tentang modal insan itu, modal insan ini, maka kaedahnya atau penyelesaiannya atau tindakannya perlu bermula darihal S I K A P seseorang pelajar itu sendiri. Dengan lahirnya insan-insan yang cemerlang dan kamil, maka barulah negara boleh berbicara tentang umat atau masyarakat atau negara bertamadun di pentas dunia. Anda M A M P U mengubahnya....!!!! NAK dengan TAK nak ajer sebenarnya kan.... ??

So..............apa lagi wahai anak didikku sekalian.... pergilah wat jawapan tutor kimi’A’ tu....!!!!