Ahad, 10 April 2011

AkU, UbAh & sIKAp


AkU, UbAh & sIKAp

Kajian yang dilakukan oleh Harvard Business School dalam menentukan faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang manusia menunjukkan bahawa 7 peratus sahaja faktor yang menyumbang kepada kejayaan ialah ilmu, pengetahuan dan kemahiran. Selebihnya…? 93 peratus daripada faktor yang membawa kepada kejayaan ialah sikap.

Apa makna semuanya ni? Apa yang berlaku pada seseorang pelajar yang cerdik, akalnya pintar, kawannya ramai dan seumpamanya, tetapi M A L A S. Boleh berjaya ke si dia? Apa pula yang berlaku pada seseorang pelajar lain yang kurang berada, kurang pandai, tetapi rajin, bersemangat dan tabah. Berjaya? Insya 4W1. Ini bermakna kejayaan ditentukan oleh S I K A P. Kalau anda sebagai pelajar KMPk mampu mengubah sikap ke arah yang lebih baik maka anda akan mampu dan berjaya mencapai kejayaan dalam PSPM I dan PSPM II. Mari kita lihat kedudukan sikap. Ia boleh diumpamakan sebagai bongkahan aisberg di lautan yang mana di atas permukaan air itu lebih sedikit berbanding yang tidak kelihatan atau yang berada di bawah lautan. Inilah sikap. Pada bahagian atas itulah akhlak.

Manakala pada bahagian bawah yang tidak kelihatan itulah sikap yang terdiri daripada sistem nilai, pandangan hidup dan sistem kepercayaan. Akhlak itu ialah tindakan luaran yang terbentuk dan terhasil daripada soal dalaman @ hati iaitu sikap. Apakah yang akan berlaku jikalau sebuah bongkah ais itu dipotong pada bahagian di antara atas permukaan dan bawah permukaan air? Cuba fikirkan… Justeru itu, yang menentukan kita semua ini di atas atau ke bawah ialah sikap (attitude). Kalau kita semua ini sistem nilainya tidak benar, pegangan hidupnya songsang, sistem kepercayaannya palsu, maka kita semua juga akan jatuh ke bawah. Kerana tindakan atau akhlak itu terhasil daripada sikap kita. Kenapa malas buat jawapan soalan tutoran kimi’A’? Kenapa tidak boleh fokus dalam kuliah kimi’A’? Kenapa suka main-main bila studi kimi’A’? Semua persoalan ini di atas atau di bawah? Persoalan ini jika tidak dijawab dengan baik, dengan sebab itu result UPSI seseorang pelajar itu huru-hara. <<memang bencana alam sungguh>>

Marilah ambil analogi begini. Katakanlah seorang pelajar dihukum kerana tidak menyiapkan jawapan tutoran kimi’A’. Lihat apakah hukuman yang dikenakan contohnya dirotan, dimarah, didenda dan sebagainya. Persoalannya adakah pelajar ini akan buat jawapan tutor sendiri jika dirotan, dimarah, didenda dan sebagainya? Jadi, marilah kita lihat bersama-sama apakah sebenarnya masalah pelajar tadi tidak membuat jawapan tutoran kimi’A’nya. Adakah masalah di atas (luaran) atau di bawah (dalaman)? Konfem. Pasti. Sahih. Puncanya tak lain tak bukan: masalah yang di bawah iaitu dalaman. Hukuman hanyalah pada bahagian atas (luaran) sahaja. Namun, pada bahagian dalaman itu (sikap) pula langsung tak terusik, tidak diperbetulkan dan tidak berubah. Maka sebab itulah pelajar tersebut tidak akan berubah sampai bila-bila. Malah tidak pernah dilihat sebelum ini yang seseorang pelajar itu akan buat jawapan tutor kimi’A’nya sendiri kerana dihukum atau tindakan-tindakan seumpamanya sama ada yang bersifat fizikal atau mental. Nota: dalaman merujuk kepada isi hati @ budi seseorang. Hati pula ada 3 peringkat. Pertama manusia yang hatinya hidup. Kedua manusia yang hatinya sakit samada boleh diubati atau tidak. Ketiga pula manusia yang hatinya langsung mati. <<<Manusia yang ‘mati’ sebelum mati inilah keadaannya>>> boleh bayangkan tak…??

Sikap apabila diulang-ulang menjadi tabiat. Tak kisah lah sikap baik atau sikap yang buruk. Apabila sikap sudah berubah menjadi tabiat, maka ianya akan sukar diubah. Kalau pelajar itu sendiri sikapnya yang langsung tak suka nak buat jawapan tutor kimi’A’, maka lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian dari tabiat hidupnya selama setahun berada di KMPk. <<< maaf pada yang terasa…. sapa makan KFC dia yang rasa ayam …hehe hehe>>> Oleh yang demikian, sebenarnya apa sahaja yang dipupuk oleh sikap itu pasti akan berubah menjadi sebahagian dari hidup atau peribadi anda sebagai seorang pelajar matrik. Kalau negatif sikap anda, maka buruklah keputusan PSPM anda. Namun, kalau sikap positif yang dipupuk, maka akan lahirlah pelajar KMPk yang cemerlang, gemilang dan terbilang seantero alam. Insya 4W1 Jika kita ingin memperkatakan tentang modal insan itu, modal insan ini, maka kaedahnya atau penyelesaiannya atau tindakannya perlu bermula darihal S I K A P seseorang pelajar itu sendiri. Dengan lahirnya insan-insan yang cemerlang dan kamil, maka barulah negara boleh berbicara tentang umat atau masyarakat atau negara bertamadun di pentas dunia. Anda M A M P U mengubahnya....!!!! NAK dengan TAK nak ajer sebenarnya kan.... ??

So..............apa lagi wahai anak didikku sekalian.... pergilah wat jawapan tutor kimi’A’ tu....!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan