Ahad, 3 April 2011

banjir di perlis

Oleh pipitkampung

KANGAR 1 April – Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir seluruh Perlis meningkat kepada 4,761 orang sehingga 6 petang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata angka itu meningkat sebanyak 531 orang berbanding 4,230 mangsa yang dicatat pada sebelah pagi.


Kebanyakan mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan ialah dari kawasan Kangar membabitkan 3,474 mangsa manakala selebihnya adalah dari kawasan Padang Besar dan Arau.

Mereka ditempatkan di 30 pusat pemindahan banjir yang diwujudkan.

Kebanyakan mangsa banjir yang baru dipindahkan ialah dari kawasan selatan bandar Kangar. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan