Sunday, 10 April 2011

Matrikulasi, program asasi & diploma

Ramai pelajar yang bertanya manakah di antara ketiga-tiga program lepasan SPM ini, mana yang lebih baik. Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma ----> terus ke ijazah sarjana Muda. Matrikulasi adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Ada 13 yang sedia ada (termasuk matrikulasi teknikal) + 2 lagi akan dibuka pada sesi akademik 2013.


Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang pelajar lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track).

Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika
cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 atau 4 tahun kecuali perubatan 5-6 tahun) atau perundangan (4 tahun) dan perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 22-23 tahun.<tu pung klu tak kantoi la kat U… hee heh he..>.

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun (6 sem). Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains / teknikal atau aliran sastera / sains sosial. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi.
Sebagai contoh, pelajar diploma sains selepas tamat pengajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja.<menganggur pun kira kerja tau…!!!> boleh ke camtu?

Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPTA. Jika mereka memilih untuk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelulusan tertinggi SPM. (starting gaji kerja kerajaan N17 P1T1 RM  820.38) Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan. 

Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, <pointer kurang dari 2.5 akan ditawarkan program diploma IPTA) dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang dari seluruh negara. Ini kerana dipercayai pelajar yang cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat, padat dan mampat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester (satu sem ada 18 minggu sahaja dan kena amik 4 subjek wajib). Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. harap betullah telahan teman.... tapi realitinya sangat2 xbegitu...

Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal (dengan kata lain sebab terpaksa) mengikuti program matrikulasi mahu pun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima  perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi. yang penting berprestasi dalam REDHA Ilahi tak gitu?

Tetapi harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi, diploma dan juga sijil sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambat memasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.

Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2011 (keputusan terbaek dalam masa 5 tahun) kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan program matrikulasi PST di Kolej Matrikulasi Selangor KMS, pelajar B ditawarkan diploma sains / teknikal di IPTA / IPTS. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang (paling kurang SPM 6A dan ke atas) dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah sains / teknikal / perubatan di IPTA.

Pada usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan ‘pengembaraan’ <gerunnya>. Bermula pertengahan akhir Mei 2012 ini. (pelajar matrik KPM mendaftar pada Isnin 28 Mei 2012 serentak seluruh negara).Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma di IPTA.<mendaftar xpasti bile rujuk laman web KPT> Jangan langsung tak daftar mana2 sudah ler

Hujung bulan April 2013 - Pelajar A menamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 (result diumum lepas sebulan) dan Sept 2013 mula mengikuti program ijazah Muda di IPTA sem I tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma. Sept 2014 - Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah pertama IPTA. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga
(terakhir) program diploma beliau.

Sept 2015 - Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah pertama IPTA. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan akhir 2015 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah pertama IPTA / IPTS. Pelajar A sekarang ini senior 2 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior. Pertengahan tahun 2016 - Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah pertama IPTA. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah pertama IPTA / IPTS juga. 

Mei 2017 - Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA kepujian kelas pertama, menunggu konvokesyen dan sejak Julai dah bekerja difirma perunding pembinaan sebagai jurutera pelatih . Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah pertama IPTA. Hujung tahun 2017 - Pelajar A masih bekerja <belum sambung ijazah sarjana> dan katalah rezekinya murah  beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belajar di tahun keempat sem terakhir (sem 8), tahun terakhir ijazah pertama IPTA.

Pertengahan tahun 2019 - Pelajar A masih bekerja di firma pembinaan dan memasuki tahun ketiga bertugas. Pelajar B tamat pengajian juga dengan 
CGPA kepujian kelas pertama dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Oktober 2019. Mula bekerja di mana-mana firma pembinaan sejak Julai 2019 dan bakal mencipta kerjaya sebagai jurutera bertauliah juga. Dan begitulah seterusnya.


Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Diharapkan, dari penerangan dan contoh yang diberikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya.

Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan. Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM, sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit, dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2 tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).

Jika anda sanggup menghadapi program SATU TAHUN PST matrikulasi, dengan matlamat jelas nak cepat dapat belajar ke ijazah maka pilihlah matrikulasi. INGAT! matrikulasi sememangnya bakal menguji kemampuan adrenalin anda. Ada segolongan individu takut ke matrikulasi kerana takut gagal. Peluang gagal jika gagal merancang kejayaan sendiri... tak gitu. peluang boleh mike pilih... tapi kesan dan akibat tak boleh pilih. Imam Syafie ada berkata "Jika kau x tahan lelahnya belajar.. kau akan menanggung perihnya KE B O D O H an



Apa pun, jangan takut pada kegagalan. Matrikulasi adalah program khas, program pantas masuk ke peringkat ijazah. Dalam usia 19 tahun anda dah menjejak kaki dalam tahun pertama program ijazah, berbanding program diploma yang memakan masa 3 tahun. Ketika usia 21 tahun (paling awal) barulah menjadi pelajar ijazah di tahun pertama. Nampak tak bezanya. Matrikulasi untuk dinikmati keseronokan belajarnya… bukannya takut dengan ranjau durinya…tak gitu? Tanyalah mana2 bekas pelajar saya seluruh Semenanjung Malaysia... anda boleh cari diorang di laman FB saya.

Matrikulasi memang satu program yang sungguh mencabar tetapi berbaloi kerana dengan itu anda berpeluang (dengan syarat berjaya dengan cemerlang di matrikulasi dan ijazah) memotong pelajar lepasan diploma yang baru belajar ke ijazah dengan memasuki dunia pekerjaan lebih cepat. Di usia 22 tahun (paling awal) anda dah boleh mencari pekerjaan bersandarkan ijazah anda. berbaloi la anda ke matrikulasi. Memang berbaloi-baloi Tetapi pastikan anda mengubah kaedah belajar dan strategi belajar, matrikulasi bukannya SPM lagi. Ingat tagline tu. So fikirlah sendiri, nak laju ke ijazah atau mulakan langkah perlahan di diploma. Seperti kata Nabil, “Lu pikirlah sendiri!” heheh

Setakat ini, pelajar matrikulasi hanya ‘laku’ untuk IPTA dan IPTS. Kalau adapun bekas pelajar matrik ke luar negara, ia adalah program khas untuk pelajar cemerlang tetapi dari ucapan pengarah bahagian matrikulasi, ianya untuk menjadikan pelajar cemerlang itu tenaga pengajar Matrikulasi. Lagi satu, Matrikulasi hanya tawarkan program persediaan sebelum ijazah, selalu nya digelar pra-universiti. 


Dari segi persaingan ia akan bersaing secara langsung dengan pelajar STPM dan program asasi kerana ketiga-tiga ini adalah program pra-U ke ijazah. IPTA dan IPTS adalah organisasi pendidikan peringkat tinggi, yang menawarkan program diploma, ijazah, masters dan PhD. <Diploma tak semua U menawarkannya…>> kena pulak USM sebagai U APEX... 4 Research U ---> UM, UPM, UKM DAN UTM. UPU hanya uruskan ijazah pertama kecuali USM. Boleh pilih 4 course di RU dan 8 IPTA lain (jumlah 12 pilihan jurusan)

salam sayang dan salam kecemerlangan yang berpanjangan untuk semua anak didik KMS PDT sesi 2011 / 2012 dan Kohort Kedua sesi 2012/2013.

P/s- Setiap perkara ada kuncinya…. Kunci Kecemerlangan KIMI’A” adalah
       anda sentiasa set dalam minda anda <<<KIMI’A’ itu M U D A H…  
       Insya 4W1… A>>!!!-----> sila share tagline nie dengan makcik klener.. :)

10 comments:

  1. jumpa jugak akhirnya..
    terima kasih sebab at least terbukak minda ni.
    :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...thank ye tlg saya

    ReplyDelete
  3. sama2... teman yang menurut perintah :)

    ReplyDelete
  4. best gak matrix niee nak g ke x nak errr??????

    ReplyDelete
  5. pergilah... pastikan matrik selangor

    ReplyDelete
  6. sy dpt matrix selangor...sy nk tnye kalau matrix ni laku utk satu tahun je ke?or dua thun?sbb sy nak ulang beberapa sbjct spm lepas matrix...sy prlu ulang utk ambk medic..

    ReplyDelete
  7. utk setahun. contoh pelajar spm 2010. masuk matrik sesi 2011/12. guna result matrik utk kemasukan IPTA sesi 2012/13 sahaja. klu gitu saya cadangkan amik PDT (program Dua Tahun). sambil tu amik semula subjek SPM

    ReplyDelete
  8. tak boleh cpt lgi eh progam ijazah for enginee kalau amik diploma? mmg 3 tahun jgk? tak bole 2 tahun ke 2 tahun setengah?

    ReplyDelete
  9. kalau saya nak ulang asasi boleh x?

    ReplyDelete
  10. Tu kena tanya pada IPTA masing2

    Asasi pun kena tanya U masing2

    ReplyDelete