Rabu, 11 Mei 2011

GSTT

Saban hari sentiasa kita mendengar keluhan guru, antaranya berhubung bebanan kerja perkeranian, kenaikan pangkat dan kelemahan pentadbiran sekolah.

Bagaimanapun, surat ‘kemarahan’ GSTT berhubung sikap pegawai JPN ketika ditanya mengenai kedudukan mereka, termasuk jawapan ‘belum menerima surat siaran atau waran lantikan GSTT daripada Kementerian Pelajaran’ mengatasi e-mel yang diterima sejak sebulan dua ini.

Muhyiddin sebelum ini menjelaskan kerajaan sudah meneliti perkara itu dengan terperinci dan meminta Ketua Pengarah Pelajaran mengambil tindakan segera.  Jika arahan beliau sudah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, kita tidak nampak kenapa alasan standard belum menerima surat siaran atau waran lantikan GSTT yang digunakan kakitangan JPN di seluruh negara bagi menjawab pertanyaan GSTT terus digunakan.

Dua surat pembaca yang diterima melalui e-mel – masing-masing satu dari Ipoh, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyebut JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) memberi alasan ‘belum menerima waran lantikan’, manakala ‘JPN Wilayah tidak mendapat hitam-putih mengenainya’.

Pada masa sama, tiada kenyataan lanjut mengenai nasib GSTT yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran, selepas pengumuman dibuat Muhyiddin, sekali gus memberi tekanan kepada GSTT yang sudah berkeluarga mengenai masa depan mereka, apatah lagi kalau suami dan isteri, kedua-duanya GSTT.

Malah, kebanyakan GSTT yang sudah berkeluarga menyatakan kesediaan untuk ditempatkan di mana-mana kawasan yang memerlukan khidmat mereka di seluruh negara, hanya menunggu surat daripada JPN mengenai kawasan penempatan mereka.

Tekanan ini turut dirasai GSTT bujang, khususnya yang sudah membeli kenderaan untuk kemudahan pengangkutan ketika berkhidmat dulu, selain membawa pelajar untuk menyertai pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan peringkat sekolah, zon dan daerah.

Akibat ‘digantung tidak bertali’ oleh kementerian, sudah ada kes guru berkenaan terpaksa menjual semula kereta kerana gagal menjelaskan bayaran bulanan kepada institusi kewangan.

Hakikatnya, kekurangan guru di Wilayah Persekutuan sebenarnya meruncing, khususnya guru Bahasa Melayu dan Sejarah. Disebabkan penumpuan berlebihan kepada penyediaan guru Sains dan Matematik di sekolah, akhirnya berlaku lambakan guru yang mengajar kedua-dua subjek ini di Kuala Lumpur.

Tidak dinafikan ada GSTT yang ditawarkan tempat di sekolah sejak April lalu, namun kebanyakan GSTT yang diambil bukan daripada mereka yang mengajar di sekolah asal, sebaliknya dari sekolah lain. Bukankah pengetua sekolah asal ada mencadangkan GSTT yang berkhidmat sebelumnya disambung perkhidmatan di sekolah berkenaan? Inilah antara persoalan yang perlu dijawab JPN berhubung soal ketelusan dalam pengambilan semula GSTT.

Isu GSTT sebenarnya bukanlah rumit untuk diselesaikan. Timbalan Perdana Menteri sudah membuka jalan penyelesaian ke atas isu penempatan guru tidak terlatih ini. Bagaimanapun, pengumuman Muhyiddin tidak disambut dengan tindakan proaktif baik pada peringkat kementerian mahupun jabatan

Istidraj

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. 


Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.   manusia bertanya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?   Maka saya hendak bertanya kepada anda.   Adakah anda tahu apa itu istidraj?   


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? 


Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? 


Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.   Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. 


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,   “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”   Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.   


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.   Nah… Apakah itu yang kita mahu?   Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. 


Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?   Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. 


Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.   Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.   Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. 


Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.   Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.   “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” 


ALLAH menjawab,   “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”   Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.


 ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,   “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”   Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. 


InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?  


 Saya yakin tidak..   Anda tenang sekarang?   Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.   Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.   Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

kubur menanti kite

Dari buaian dunia yang terang benderang
kepada kegelapan liang lahat...

...Dari keceriaan bermain dengan keluarga dan anak-anak
kepada kekerasan tanah dan ulat-ulat ...

Dari kenikmatan makanan dan minuman
kepada timbunan debu dan tanah...

Dari kelembutan pergaulan di tengah-tengah keluarga
kepada bersendirian yang mengerikan...

Dari tilam yang empuk
kepada tempat pergulatan amal yang sangat menakutkan.

Di dalam kubur, liang yang sangat sempit itu, tak lagi berbeda antara pelayan dan sang majikan, yang kaya dan yang miskin, semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Dan segenap umat manusia bersependapat bahawa kematian itu tidak mengenal umur tertentu, waktu tertentu atau sakit tertentu. Hal mana agar manusia selalu waspada dan terus bersiap-siapkerananya.

Kengerian kubur Dari Hani' Maula Utsman, ia berkata, 'Jika Utsman ra. berdiri di samping kuburan maka beliau menangis hingga basah
janggotnya'.Maka dikatakan kepada beliau, 'Jika engkau mengingat Syurga dan Neraka tidak menangis, mengapa engkau menangis kerana ini?

Maka beliau menjawab, 'Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Kuburan adalah awal kehidupan akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka setelahnya menjadi lebih mudah. Dan jika ia tidak selamat daripadanya, maka setelahnya lebih mengerikan."

Kemudian Utsman ra. berkata, 'Rasulullah saw. juga bersabda, 'Aku tidak melihat suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan daripadanya."
HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasihati para sahabatnya, diantaranya beliau berkata:

Jika kalian melalui kuburan, panggillah mereka jika engkau boleh memanggil. Lihatlah, betapa berdempetnya ( sempit ) rumah-rumah mereka. Tanyakanlah kepada orang-orang kaya dari mereka, masih tersisakah kekayaan mereka?
Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah kemiskinan mereka? Tanyakanlah tentang lisan-lisan yang dengannya mereka berbicara, sepasang mata yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan?. Tanyakan pula tentang kulit-kulit lembut dan wajah-wajah yang cantik jelita, juga tubuh-tubuh yang halus mulus, apa yang diperbuat
oleh ulat-ulat di balik kafan-kafan mereka?

Lisan-lisan itu telah hancur, wajah-wajah yang cantik jelita itu telah dirobek-robek ulat, anggota badan mereka telah terpisah berserakan.

PEDIHNYA SAKARATUL MAUT

Sakaratul maut adalah saat-saat yang sangat menyakitkan dan hanya dirasakan oleh orang yang akan mati, dan tingkat rasa sakitnya tergantung kepada kualitas keimanannya. Terkadang ada yang cepat dan ada yang lambat, hal itu tergantung kepada amalannya selama hidup. Semakin banyak dosa semakin sakit dan lambat proses kematian yang ia alami. 

Ibnu Abi Ad-Dunya rahimahullah meriwayatkan dari Syaddad bin Aus Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Kematian adalah kengerian yang paling dahsyat di dunia dan akhirat bagi orang yang beriman. Kematian lebih menyakitkan dari goresan gergaji, sayatan gunting, panasnya air mendidih di bejana. Seandainya ada mayat yang dibangkitkan dan menceritakan kepada penduduk dunia tentang sakitnya kematian, niscaya penghuni dunia tidak akan nyaman dengan hidupnya dan tidak nyenyak dalam tidurnya". 

Riwayat lain dari Ibnu Abi Dunya bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan rasa sakit saat kematian itu seperti orang yang ditusuk dengan 300 pedang. Sabda Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari) 

Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam.Ka’b al-Ahbar berpendapat : “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.

Daulatkan Islam sebagai AGAMA MU...!!

Wahai sahabatku sayang,
Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam dimata dunia.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak,
maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...

Walau dimana juapun kita semua kan tercampak jauh,
hiduplah di atas satu landasan kebenaran iaitu Islam