Sabtu, 14 Mei 2011

Andai Lelaki tahu...?

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Jumaat, 13 Mei 2011

Salam hari Guru 2011

Sila klik utk ucapan anda
http://www.facebook.com/topic.php?topic=15833&uid=47129962451

Salam...

Khas utk sumer pelajar dan anak2 didik matrix KMM, KMPk dan KMS-hehdi ku tidak kira di mana jua anda berada...

silalah tuliskan ucapan hari guru anda utk sumer guru2 yg telah mengajar anda amnya dan utk diri saya khas.... teman doakan kalian berjaya dunia dan akhirat menjadi insan yg beriman ... Insya Allah...

P/s- jemput la datang ke KMS-elangor... :)



Cincin di jari manis

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis
Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar)

Permainan dimulai. 5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking  anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

Tanam lah pokok jiwa

"Adik.. Bangun la.. Tak elok tidur lepas subuh ni.."
Si Angah mengejut Si Adik yang menarik selimut selepas selesai solat subuh.

"Laa.. Tidur lagi.. Oit.. Bangun la.. Orang dah siap mandi dah.. Sejukkkk!!"
Si Along keluar dari bilik air kesejukan.

"Angah gi la mandi dulu.. Nanti dah sudah mandi kejut adik eh.. Mandi lama-lama sikit.."

Si Adik menarik semula selimut menyelubungi seluruh badannya.

Pagi itu, suasana ceria dengan tiga beradik berkumpul semula. Setelah sekian lama mereka tidak berkumpul dan bermesra begitu. Pagi itu juga mereka bersarapan sekeluarga bersama. Si Ayah cuti dan Si Emak pun menyediakan sarapan yang amat menyelerakan. Sambil makan, Si Ayah dan Si Emak mengambil tahu keadaan anak-anak mereka. Masa yang terluang bersama dimanfaatkan.

Antara faktor masalah sosial di kalangan anak-anak adalah disebabkan kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Si Ayah dan Si Emak cukup memastikan keluarga ini tidak akan melahirkan anak-anak yang menyumbang kepada masalah tersebut.

"Mak, ada nak wat apa-apa ke pagi ni, mak?"
Si Adik bertanya setelah selesai pinggan yang terakhir dibasuhnya.

"Tu halaman rumah tu, nak kemaskan sikit. Nak tanam pokok-pokok sikit.. Adik nak tolong ker?" Si Emak bersiap-siap untuk mengemas halaman rumah.

"Tu abah dah ada kat luar tu.. Pergi la tengok kot-kot ada apa-apa yang boleh ditolong."
Tambah Si Emak lagi. "Laa.. Dah kat sini rupanya."

Si Adik tengok Si Along dan Si Angah dah sedang menolong Si Ayah.

"Nak tolong jugak.." Katanya.
"Ha.. Meh sini tolong... Tolong tengok.."
Si Along menyakat Si Adik sambil mengangkat batu bata terakhir untuk di susun buat alas pasu-pasu bunga Emak.

"Tolong tengok wat pe.. Tu kucing tu dari tadi dah tecongok kat situ tolong tengokkan.."
Si Adik geram tak dapat tolong apa-apa lagi. Si Adik pun mendapatkan Si Ayah yang sedang menguis-nguis tanah menggunakan penyodok kecil.

"Hmm.. Macam menarik.." Monolog Si Adik dalam hati.
"Abah wat pe, bah?" Tanya Si Adik kepada Si Abah.

"Macam best je.. Nak tolong.."
Si Adik menghulurkan tangan meminta penyodok kecil untuk menolong.

"Nah.. Baik-baik.. Buat lubang untuk tanam anak pokok ni.."
Si Ayah menghulurkan penyodok kecil kepada Si Adik.

"Anak pokok apa ni, abah?"
tanya Si Adik sambil menguis-nguis tanah dengan penyodok.

"Pokok mangga.. Dah besar nanti boleh la kita wat pangkin, berteduh bawah dia.."
kata Si Ayah sambil mengesat peluh di dahi. Matahari sudah mula menunjukkan sinarnya.

Si Along dan Si Angah yang telah selesai dengan kerja mereka datang merapati Si Adik. Si Ayah melemparkan pandangannya jauh.

"Tapi.. lambat la nak tunggu dia besar.." Si Adik mencebik muka.
"Nak kena jaga elok-elok lagi.." Si Angah menambah.

"Pastu rumput ni senang-senang jer tumbuh dekat sekeliling dia.."
Si Along pula bersuara.

"Mula-mula memang la macam leceh...."
Suara Si Emak kedengaran dari muka pintu.

"Tapi bila dah berbuah nanti, korang jugak yang dapat rasanya."
Sambung Si Emak sambil meletakkan air minuman yang dibawanya ke atas meja.

"Mula-mula, kena jaga elok-elok anak pokok tu.. Jangan bagi kena pijak, jangan bagi kucing kais-kais tanahnya. Rumput-rumput kat sekeliling pokok tu pun kena cabut selalu."
Si Emak memberitahu.

"Bagi akar dia kuat dulu, bagi tumbuh daun-daunnya, bercambah dahan-dahannya. Nanti bila pokok tu dah besar, dah merimbun, baru la dapat kita buat pangkin duduk kat bawah dia, pastu sambil-sambil tu boleh makan buah dia. Ha.. Sebelum tu, nah.. kita minum jer air kordial mangga yang mak buat ni." Si Emak menghulurkan gelas berisi air mangga kepada Si Ayah, Si Along, Si Angah, dan Si Adik, kemudian Si Emak meneguk air mangga dari gelasnya bersama-sama.

"Tu la ciptaan Allah.. Akhirnya kebaikannya dapat kat kita jugak.." kata Si Along.
"bukan pokok mangga je macam tu tau...."
"memang la.. pokok-pokok lain pun sama jugak."
Si Angah mencelah sebelum sempat Si Ayah menghabiskan kata-katanya.

"Maksud abah, ada jugak pokok lain selain tumbuh-tumbuhan ni yang macam tu.."
Si Ayah cuba menerangkan.

"Pokok apa, abah?" Si Along, Si Angah, dan Si Adik serentak.
"Pokok jiwa.." Si Emak yang menjawab.
"Pokok jiwa?" tiga beradik itu sekali lagi serentak. Tidak faham, dan ingin tahu.

"Jiwa.. Jiwa kamu semua.. Jiwa manusia.."
Si Ayah mula berbicara.

"Muslim cemerlang jiwanya kuat. Nak memperoleh jiwa yang kuat, bukan senang. Jiwa yang kuat perlu disemai dan dijaga dengan elok dan berhati-hati. Rumput-rumput yang tumbuh disekeliling anak pokok mangga, samalah anasir-anasir luar yang mengancam pokok jiwa. Baja yang ditabur dan air yang disiram untuk anak pokok mangga, samalah dengan nasihat, motivasi, dan ilmu yang perlu diberikan kepada pokok jiwa. Sukar dan lama untuk membina akar yang kuat untuk anak pokok mangga, Sukar dan lama juga untuk membina keyakinan pokok jiwa. Tapi.. apabila sudah terbina akan ia, akar yang kuat itu, maka ia akan terus bercambah sehingga dahan dan daunannya menjadikannya sebuah pohon yang rendang, rimbun, menaungi dan memayungi manusia yang berteduh di bawahnya serta mengeluarkan buah-buah yang sedia dipetik dan lazat dimakan. Begitu juga pokok jiwa, apabila sudah terbina keyakinan yang kukuh padanya, berserta dengan proses tarbiyah yang berterusan maka manusia itu akan menjadi tempat rujukan dan menjadi teman serta mendatangkan manfaat pula kepada orang lain." Panjang lebar bicara Si Ayah.

"Dan.. Macam-macam pokok kita boleh tanam.. Pokok mangga, pokok rambutan, pokok apa pun.. Buahnya tetap ikut pokok tersebut.. Dan di jiwa kamu? Tanamlah pokok jiwa yang akan membuahkan keimanan, keilmuan, semangat jihad, dan lain-lain."

Si Ayah mengakhiri bicaranya sambil menghabiskan air mangga di gelasnya. Si Along, Si Angah, dan Si Adik mengangguk-angguk mendengar nasihat daripada Si Ayah. Di dalam hati mereka berkobar-kobar untuk menyemai pokok jiwa

Tanda2 Kiamat

Kthubah Wida' Nabi S.A.W.

 قَالَ اللّهُ تَعَالَى : بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ {1} يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ {2} وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَرِيدٍ {3}-سُوْرَةُالحخ

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara Yang amat besar. pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa Yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak Yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan Yang mengandung akan gugurkan anak Yang dikandungnya; dan Engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. dan ada di antara manusia Yang membantah perkara-perkara Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap Syaitan Yang telah sebati Dengan kejahatan.

 قَالَ اللّهُ تَعَالَى : بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ {17} فَهَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً ۖ فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا ۚ فَأَنَّىٰ لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ {18} فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ {19} - سُوْرَةُ محمد

Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. (Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya.

Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).

 فَقَلَ سَلْمَانُ: وَيَكُوْنُ هَـٰذَا يَا رَسُوْل اللهِ؟ قَالَ: نَعَمْ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، فَعِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ تَكُوْنُ اَلزَّكَاةُمَغْرَمًا وَالْفَىءُ مَغْنَمًا، وَيُصَدَّقُ الْكَاذَّبُ، وَيُكاذِبُ الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ الْخَائِنُ، وَيَخُونُ الأَمِيْنُ، وَيَتَكَلَّمُ الرُّوبَيْضَةُ، قَالَ: وَمَا الرُّوَبَيْضَةُ؟ قَالَ: يَتَكَلََّمُ فِيْ النَّاسِ مَنْ لَّمْ يَتَكَلَّمُ، وَيُنْكِرُ الْحَقِّ تِسْعَةَ أَعْشَارِهِمْ، وَيَذْهَبُ الإِسْلاَمُ فَلاَ بَيْقىٰ إِلاَّ اسْمُةُ، وَيَذْهَبُ الْقُرْآنُ فَلاَ بَيْقىٰ إِلاَّ رَسْمُهُ، وَتُحَلَّى الْمَصَاحِفُ بِالذَّهَبٍ، وَتَتَسَمَّنُ ذُكُوْرُ أُمَّتِي، وَتَكُوْنُ الْمَشْوَرَةُ لِلإِمَاءِ، وَيَخْطُبُ عَلىٰ الْمَنَابِر الصِّبْيَانُ، وَتَكُوْنُ الْمُخَاطَبَةُ لِلِّنسَاءِ، فَعِنْدَ ذٰلِكَ تُزَخْرَفُ الْمَسَاجِدُ كَمَا تُزَخْرَفُ الْكَنَائِسْ وَالْبَيْعُ، وَتَطُوْلُ الْمَنآئِرُ، وَتَكْثُرُ الصُّفُوْفُ،مَعَ قُلُوْبٍ مُتَبَاغِضَةٍ، وأََلْسُنٍ مُخْتَلِفَةٍ، وَأَهْوَآءٍ جَمَّةٍ. قَالَ سَلْمَانُ: وَيَكُوْنُ ذٰلِكَ يَارَسُوْلَ الله؟ قَالَ:نَعَمْ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، عِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمََانُ يَكُوْنُ الْمُؤْمِنُ فِيْهِمْ أَذَلَّ مِنَ الأَمِة يَذُوْبُ قَلْبُهُ فِيْ جَوْفِهِ كَمَايَذُوْبُ الْمِلحُ فِيْ الْمَاءِ مِمَّايَرٰى مِنَ الْمَنْكَرِفَلاَ يَسْتَطِيْعَ اَنْ يُغَيِّرَهُ، وَيَكْتَفِيْ الرِّجَالُ بِالرِّجَالِ، وَالنِّسَآءُ بِالِّسَآءِ، وَيُغَارُ عَلىٰ الْغِلْمَانِ كَمَا يُغَارُ عَلىٰ الْخَارِيَةِ الْبِكْرِ، فَعِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ أُمَرَاٌء فَسَقَةٌ، وَوُزَرَاٌء فَجَرَةٌ وَاُمَنَاٌء خُوْنَةٌ يُضَيِّعُوْنَ الصَّلَوَاتِ وَيَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ، فَإِنْ أَدْرَكْتُمُوْهُمْ فَصَلُّوْا صَلاَتَكُمْ لِوَقْتِهَا.عِنْدَذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ يَجِيءُ سَبِيٌّ مِنَ الْمَشْرِقِ وَسَبِيٌّ مِنَ الْمَغْرِبِ جُثَآؤُهُمْ جُثَآؤُ النَّاسِ وَقُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الشَّيَـٰطِينِ لاَيَرْحَمُوْنَ صَغِيْرًا وَلاَيُوَقِّرُونَ كَيْرًا، عِنْدَ ذٰلِكَ يَاسَلْمَانُ يَحُجَّ النَّاسُ إِلىٰ هَـٰذَا الْحَرَامِ َتَحُخُّ مُلُوْكُهُمْ لَهْوًا وَتَنَزُّهًا وَأَغْنَيَاؤُهُمْ لِلتِّجَارَةِ وَمَسَاكِيْنُهُمْ لِلمَسْأَلَةِ وَقُرَّاؤُهُم رِيَاءً وَسُمْعَةً. قَالَ: وَيَكُوْنُ ذٰلِكَ يَا رَسُوْلَ الله؟ قال: نَعَمْ وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ، عِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ يَفْشُوْ الكَذْبُ وَيَظْهَرُ الْكَوْكَبُ لَهُ الذُّنُبُ، وَتُشََارِكُ الْمَرْأَةُ زَوْخَهَا فِيْ التِّجَارَةِ وَتَتَقَارَبُ الأَسْوَاقُ. قَالَ: وَمَا تَتَارُبُهَا؟ قَالَ: كَسَادُهَا وَقِلَّةُ إَرْبَاحِهَا عِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ بَيْعَثُ اللهُ رِيْحًا فِيْهَا حَيَّاتٌ صَفَرٌأ فَتَلْتَقِطُ رُؤُسَاءُ الْعُلَمَآءِ لَمُنْكَرَ فَلَمْ يُغَيِّرُوْهُ قَالَ: وَيَكُوْنُ ذٰلِكَ يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: نَعَمْ وَالِّذِيْ بَعَثَ مُحَمَّدًا بِالْحَقِّ - كتب الدُّرُّ المَنْشُوْرزِ.

Terjemahan Ibnu Mardawih RA telah mengeluarkan daripada Ibnu Abbas R.A katanya: Rasullullah SAW telah mengerjakan Haji Perpisahan. Baginda membuat halaqah dihadapan pintu Kaabah, Baginda bersabda: “Wahai Manusia! Mahukah kamu beritahu alamat Qiamat?", Maka bangunlah Salman R.A sambil berkata: Sila beritahu kami, ayah dan emak saya menebus(membela) diri Tuan. Baginda bersabda: Setengah daripada alamat Qiamat itu adalah:
1. Mencuaikan Sembahyang.
2. Dan menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat).
3. Dan memuliakan hartawan. Salman R.A bertanya: Apakah berlaku perkara ini? Baginda menjawab: Ya demi Allah SWT yang mana diriku ditanganNya Ketika itu wahai Salman R.A: 4. Dan memuliakan hartawan.
5. Dan Hasil kekayaan yang diambil daripada peninggalan orang kafir atau sebagainya menjadi rebutan.

6. Dan dipercayai kata-kata pembohong.
7. Dan didustakan (ditolak) kata-kata orang benar
8. Dan memberi amanah kepada orang yang khianat.
9. Dan dikhianatkan orang yang amanah.
10. Dan bercakap dikhalayak ramai oleh orang yang tidak sepatutnya bercakap.

11. Dan ditolak akan kebenaran Al-Quran dan Sunnah oleh 9 dari 10 mereka.
12. Dan lenyaplah Islam, hanya tinggal namanya sahaja.
13. Dan Al-Quran diabaikan kehendak dan tuntutannya, Hanya tinggal tulisannya sahaja.
14. Dan dihiaskan Al-Quran dengan tinta Emas
15. Dan kaum lelaki menjadi gemuk(lemak).

16. Dan pendapat kaum wanita dipatuhi didalam mesyuarat.
17. Dan anak-anak muda(remaja) membaca khutbah diatas mimbar.
18. Dan akan berkhutbah oleh kaum wanita.
19. Dan ketika itu dihiaskan masjid sepertimana dihiaskan gereja Kristian dan Kuil Yahudi. 20. Dan ditinggikan binaan menara masjid.

21. Dan akan ramai orang yang mengunjungi masjid tetapi hati mereka saling benci membenci.
22. Dan mereka bertengkar/bertikam lidah didalam masjid.
23. Dan mereka berkumpul untuk hawa'.

Salman R.A lagi: Apakah perkara ini akan berlaku demikian itu, wahai Rasulullah SAW? Baginda menjawab: Ya demi Allah SAW yang mana diriku ditanganNya:

24. Ketika itu keadaan orang mukmin lebih hina daripada hamba sahaya perempuan. Hancur hatinya bagai hancurnya garam dalam air kerana terlalu sedih melihat amalan mungkar yang berlaku yang tidak berdaya disekat dan diubahmya.
25. Dan kaum lelaki didalam memuaskan nafsunya pada kaum sejenis (Amalan kaum Lut) manakala kaum wanita juga pada kaum sejenisnya.
26. Dan dicemburui kepada remaja comel bagaimana dicemburui anak dara.
27. Ketika itu wahai Salman, Pemerintah terdiri dari golongan fasik.

28. Dan manakala menterinya pula dari golongan yang jahat.
29. Dan Pemegang amanah pula dari golongan pengkhianat, Mereka mencuaikan sembahyang dan menurut hawa nafsu. Sekiranya kamu berada dizaman itu, maka kerjakan sembahyang ketika masuk waktunya.
30. Ketika itu Salman! Datanglah tentera-tentera upahan dari timur dan barat, Tingkah laku mereka seperti maanusia manakala hati mereka seperti syaitan(sentiasa merancang kejahatan), Mereka tidak kasihan belas kepada golongan muda dan tidak menghormati golongan tua, Ketika itu wahai Salman R.A!, Ramai orang berkunjung ke Baitullah kerana mengerjakan Haji.

31. Raja dan Pemerintah berkunjung ke Baitullah untuk berseronok dan makan angin/melancung.
32. Dan manakala golongan kaya dan korporat pergi ke Baitullah kerana urusan perniagaan. 33. Dan disamping itu golongan miskin pula kerana memohon derma dan sedekah
34. Dan manakala golongan Ulama' dan Qori mencari nama dan kemegahan. Bertanya Salman dengan perasaan hairan: Apakah berlaku perkara seperti itu?, Baginda menjawab: Ya demi Allah SWT yang mana nyawaku ditanganNya. Ketika itu wahai Salman RA:
35. Dusta dan pembohongan menjadi perkara lumrah dan tersebar dengan meluas.

36. Dan akan muncul bintang berekor.
37. Kaum wanita giat membantu suami mereka dalam perniagaan.
38. Pasar dan kedai berdekatan Salman RA bertanya: Apakah dimaksudkan dengan berdekatan? Baginda menjawab: Merosot perniagaan dan kurang keuntungan, Ketika itu wahai Salman RA!, Allah akan membangkitkan ular kuning yang akan menyambar kepala Ulama'-ulama' yang melihat amalan-amalan mungkar dilakukan tetapi tidak emnghalangnya dan mengubahnya. Bertanya Salman RA dengan perasaan hairan: Apakah berlaku perkara yang sedemikian? Baginda menjawab: Ya demi Allah SWT yang membangkitkan Muhammad yang dengan Agama yang benar.

Tafsir Al-Dhuree Manthur(Al-Iman Al-Syayuhi rah.)