Rabu, 18 Mei 2011

Doktor dan ISlam :)

Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden   


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. 


Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-       1
Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!. 


Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. 


Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.   


2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.   


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. 


Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.    


 4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. 


Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. 


Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana,   


5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. 


Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut. Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.       


TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS N

Selasa, 17 Mei 2011

Sejarah UKM--->> ulang tahun ke-41

Peta perjalanan sejarah untuk membina sebuah universiti yang berteraskan kaum Melayu cukup lama, bersimpang siur, bermasalah dan penuh kesulitan. Ia telah melalui pelbagai tahap perkembangannya serta melibatkan ramai cendikiawan dan pemikir. Oleh itu, apabila Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi pada 18 Mei 1970 ditubuhkan, ia mengungkapkan bukan sedikit bingkisan sejarah dan impian bangsa Malaysia sendiri.
Dengan pembinaan tapak sementara Universiti di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kemudian di kampus tetapnya di Bandar Baru Bangi sangat dinanti-nantikan oleh pejuang jati negara ketika itu. Hasil cetusan idea pada dekad kedua abad ke-20 oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba) dan Abdul Kadir Adabi juga hasil kesedaran terhadap kedhaifan pendidikan rakyat terbanyak (Mohd Zahari Daud).
Pendeta Za’ba (1895-1973) yang merupakan seorang ahli bahasa yang banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu ketika itu telah menyarankan penubuhan sebuah pusat pengajian bertaraf universiti ditubuhkan untuk menampung ribuan lulusan sistem persekolahan melayu yang ketika itu tidak dapat meneruskan pengajian. Beliau sangat yakin dengan keupayaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu tinggi telah menyarankan penggunaan Bahasa Melayu secara menyeluruh sepanjang pengajian. Kenyataan beliau ini telah disokong Encik Abdul Kadir Adabi  (1901-1944) yang mencadangkan supaya sebuah universiti ditubuhkan khusus untuk orang Melayu. Walaupun Encik Abdul Kadir tidak menyebut secara jelas berkenaan bahasa pengantar bagi universiti ini, tetapi para pengkaji sejarah menyimpulkan Encik Abdul Kadir secara bijaksana telah mengaitkan idea penubuhan universiti ini dengan keperluan pendidikan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Cetusan idea bersejarah ini bagaimanapun tidak menarik perhatian penjajah British dan pembesar melayu yang rapat dengan British. Mereka memberi alasan rakyat kebanyakan tidak akan yakin dengan idea ini,  walhal dasar penjajah itu sendiri tidak  memberi ruang pelajaran tinggi kepada rakyat di Tanah Melayu ketika itu. (Mohd Zahari Daud)
Idea ini bagaimanapun disambut baik oleh Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung yang mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di segenap peringkat universiti biarpun idea ini tidak mendapat restu pemerintah ketika itu. Idea gagasan ini terus dihangatkan sepanjang sekitar dekad empat puluhan dan lima puluhan oleh pihak Persekutuan yang berusaha untuk mengangkat bahasa Melayu di pentas pendidikan kebangsaan negara sendiri. Pihak Persekutuan Guru-Guru Semenanjung gigih meningkatkan darjat persekolahan aliran Melayu sehingga ramai di kalangan para pelajar Melayu berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti khususnya ke luar negara.
Ia membuahkan hasil apabila ramai anak bangsa yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dahulu kembali berkhidmat di dalam negara selepas era kemerdekaan dan melontarkan idea-idea yang bernas. Pada tahun 1963,  Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Resolusi di akhir seminar ini adalah menuntut penubuhan sebuah universiti  ‘benar-benar bercorak kebangsaan’ dengan dikemukakan hujah-hujah jelas yang dipetik daripada fakta dan kenyataan sejarah negara. Juga tuntutan kepada penubuhan sebuah ‘Universiti Islam’ juga turut dibahaskan. Tuntutan-tuntutan ini diulang-ulang dan perbincangan mengenai penubuhannya dibentang kembali secara terperinci sehingga ia dimuktamadkan pada tahun 1968.
Jawatankuasa Penubuhan UKM ditubuh
Pada Jun 1968, beberapa orang cendekiawan Melayu telah bertemu, bersumbang-saran lalu menggabungkan pemikiran dan pendapat masing-masing di samping membawa isihati rakyat negara ketika itu. Zainal Abidin Wahid. A. Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Zain A. Majid, Mohd. Ghazali A. Rahman, S. Husin Ali dan sekadar menyebut beberapa nama kemudiannya menukilkan konsep Universiti yang dituntut oleh mereka dalam konteks realiti negara yang baru berusia sepuluh tahun ketika itu. Tidak ketinggalan golongan yang menuntut penubuhan sebuah universiti Islam yang dipimpin oleh Allahyarham Dr. Ungku Omar turut berganding bahu dengan kumpulan penaja penubuhan universiti beraliran kebangsaan ini. Kata sepakat dicapai. Tuntutan penubuhan sebuah universiti aliran Melayu dan "universiti yang benar-benar bercorak kebangsaan" dan sebuah "Universiti  Islam" telah berpadu yang kemudian melahirkan penubuhan bermakna selang tiga tahun kemudian.
Dalam pada itu, idea gagasan bersejarah ini telah disambut dengan baik oleh persatuan-persatuan penulis, budaya, belia, pelajar, mahasiswa dan pendidik, lalu dikembangkan dalam kesedaran dan pandangan sejarah bangsa Melayu. Dikisahkan pada detik tersebut kemaraan kehendak dan gelojak hati rakyat tidak lagi dapat ditahan. Di mana-mana rakyat sibuk berbicara akan penubuhan sebuah universiti bercorak kebangsaan, di mana pensyarahnya sendiri bakal mengajar anak bangsa mereka sendiri. Rakyat ketika itu juga menginsafi akan hak mereka untuk menubuhkan sebuah universiti ‘rakyat’ mereka sendiri.
Pada 25 Ogos 1968, sebuah Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi telah ditubuhkan. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain. Hasil usaha yang komited daripada jawatankuasa penaja ini telah melakarkan sebuah sejarah yang sangat bermakna buat semua.
18 Mei - Tarikh Keramat
Tarikh keramat 18 Mei 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Bandar Baru Bangi setelah bangunan siap. Universiti ini hasil gabungan citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Terdapat tiga buah fakulti perintis iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam.
Penubuhan UKM ini telah disulami dengan pasak yang jelas iaitu Falsafah UKM yang menjadi kebanggaan warga Universiti. ‘Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan’ Universiti’ adalah jelas implementasi visi yang jelas yang mudah dihadami setiap warganya agar bergerak seiring dengan aspirasi hasrat mulia pelopor penubuhan UKM suatu ketika dahulu yang menginginkan sebuah ‘Universiti Islam bercorak Kebangsaan’.
Juga asas penubuhan Universiti yang disebut di semasa perasmian Universiti pada 18 Mei 1970 lalu, yang terang-terang menyebut, ‘penubuhan UKM adalah demi mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.’ UKM juga diletakkan sebagai kemuncak dalam mengukuhkan sistem pelajaran kebangsaan di samping meletakkan sasaran melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini. Di samping UKM berperanan menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu ,ia juga memainkan peranan mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.
Bak kata Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM yang juga merupakan Profesor Ulung Negara, Prof. Dato' Dr. Shamsul Amri Baharuddin, “Universiti ini merupakan tapak semaian ahli akademik universiti baru di Malaysia.”
Sungguhpun asas sejarah penubuhan universiti ini bertitik-tolak daripada tuntutan rakyat Bumiputera di Semenanjung Malaysia dan berakarkan konsep nasionalisme, namun hasil yang timbul dari pemikiran ini adalah sebuah ‘Universiti Kebangsaan’ untuk seluruh rakyat Malaysia. Idea ini ialah tunas pertama yang amat penting yang tumbuh dari semaian benih gagasan pejuang terdahulu.
Selamat Hari Ulang Tahun Ke-41 , UKM.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti.
Mohamad Ezuan Mohd Saad,
Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UKM
Sesi 2010-2011

Petrokimi-'A'!----------->>Kesan kepada manusia dan alam sekitar


Media Taiwan melaporkan sebuah syarikat Petrokimia Taiwan, Kuo Kuang Petrochemical akan membina kilangnya di Malaysia atau lebih tepat lagi Negeri Johor setelah Presiden Taiwan, Ma Ying Jeou menolak permohonan mereka untuk membina kilang di Negara tersebut. Laporan tersebut turut mendakwa bahawa kilang ini akan dibina di sekitar daerah Pontian atau Pasir Gudang.
Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mustapa Mohamad berkata Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) masih lagi belum menerima permohonan rasmi daripada syarikat tersebut. Namun begitu, berdasarkan kepada laporan Central News Agency, Taiwan, Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata Malaysia mengalu-alukan Syarikat Kuo Kuang Petrochemical Technology untuk melaburkan di Negara ini dan membina loji minyak dan naphtha cracking. Beliau turut dipetik sebagai berkata Kerajaan bersedia menawarkan persekitaran yang kondusif dan memenuhi kehendak industri petrokimia.
Sementara itu, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Daerah Pontian turut dilaporkan menyambut baik cadangan pelaburan ini walaupun belum menerima permohonan rasmi sehingga kini. Premier Taiwan, Wu Den Yih dalam satu kenyataan pada 23 April yang lepas turut mendedahkan bahawa beliau tidak menolak sebarang kemungkinan industri ini akan dipindahkan ke Malaysia.
Kesan terhadap manusia dan alam sekitar
Sebelum kita membuat keputusan untuk menyokong atau membantah pelaburan syarikat Kuo Kuang Petrochemical ini, kita seharusnya membangkitkan persoalan mengenai mengapakah Kerajaan Taiwan sendiri menolak rancangan pembinaan kilang petrokimia ini di Negara mereka?
Hal ini adalah kerana, kilang petrokimia ini akan melepaskan toksik berbahaya seperti Toxic Dioxin, Sulfida dan pelbagai lagi toksik kimia yang mengancam alam sekitar dan kesihatan manusia. Industri Petrokimia ini melibatkan penggunaan sumber tenaga, air dan pelepasan gas nitrogen dioksida yang sangat tinggi.  Operasi kilang Kuo Kuang Petrochemical ini  mengakibatkan tahap pencemaran udara yang tinggi di Taiwan.
Profesor Zhuang Bing Jie dari Jabatan Kejuruteraan Alam Sekitar, National Chung Hsing University, Taiwan mendedahkan bahawa penilaian risiko penyakit kanser semakin buruk ekoran dari pembukaan operasi kilang petrokimia. Hasil kajian beliau mendedahkan seramai 339 hingga 565 orang mati ekoran dari masalah jantung, kanser paru-paru dan juga peningkatan di dalam penyakit  berkaitan pernafasan.
Indeks Pencemaran Udara mencatatkan bacaan PM2.5 zarah – zarah halus dilepaskan ke atmosfera sekitar Taiwan. PM2.5 ini kebiasaannya mengandungi  Polycyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH), Polychlorinated biphenyls (PCB), logam-logam berat, bahan radioaktif, sulfur dan nitrogen dioksida yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit. Menurut Prof. Zhuang Bing Jie, indeks pencemaran PM2.5 ini boleh mengurangkan umur rakyat sebanyak 23 hari. 
Jenis Bahan Kimia
Risiko Kesihatan
Polycyclic Aromatic Hydrocarbon
Pelbagai jenis kanser
Polychlorinated Biphenyls (PCB)
Ruam, kerosakan daya imunisasi, kanser hati, penuaan, pertukaran jantina
Kadmium
Penyakit tulang, osteoporosis
Merkuri
Kerosakan sistem saraf, pertumbuhan terencat, kehilangan ingatan
Uranium, Radium
Kerosakan ginjal, anemia, kanser
Sulfur dan Nitrogen Dioksida
Penyakit bronchitis, asma
Pestisid
Mutasi DNA, penyakit barah, kerosakan imunisasi
 Dunia turut telah mencatatkan kejadian-kejadian yang meragut nyawa manusia dan juga menjejaskan kesihatan ekoran dari industri petrokimia ini.
 Hampir 10,000 orang yang mati disebabkan oleh kebocoran gas toksik daripada tapak petrokimia di Bhopal, India pada 3 Disember 1984.
Letupan petrokimia mengeluarkan bahan toksik ke dalam Sungai Songhua, Harbin di China pada 13 November 2005, dengan melepaskan 100 tan benzene, nitrobenzene dan bahan toksik lain. Pencemaran ini mempengaruhi kawasan sebanyak 80 km sepanjang sungai. Kira-kira 10,000 penduduk Jilin telah diminta berpindah dari kawasan tersebut.
Di Kaoshiong, Taiwan, sebanyak 171 kes penyakit leukemia telah didapati menjangkiti penduduk-penduduk yang tinggal dalam lingkungan 3 km dari kilang penapisan petroleum antara tahun 1997 dan 2003. Kejadian kelahiran bayi kurang matang menjadi kelaziman pada ibu-ibu yang tinggal berdekatan tapak penapisan minyak.
Letupan kilang petrokimia di Texas, USA pada 24 Mac 2005 telah membawa maut kepada sekurang-kurangnya 14 orang dan terdapat 70 orang yang mengalami kecederaan.
Letupan di kilang pembuatan ethylene Sasol di Secunda, Afrika Selatan telah membawa maut kepada 6 orang pada 1 September 2004.
Letupan kilang petrokimia di Gresik, Indonesia telah mencederakan berpuluh puluh orang.
Kesan pencemaran terhadap alam sekitar cukup membimbangkan oleh kerana bahan-bahan toksik ini boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan sepsis hidupan laut yang sejurusnya menjejaskan rezeki golongan nelayan.
Di Sungai Mutiara, China, PCBs daripada penapisan minyak menyebabkan kesan yang buruk kepada kesihatan dan jelas mengurangkan populasi kupang hijau (Perna viridis), tiram (Crassostrea rivularis) dan udang (Penaus orientalis).
  • Di Tarragona, Sepanyol, paras kadmium, plumbum, vanadium dan naftalena adalah tinggi dalam tanah di mana ia akan mempengaruhi industri pertanian.
  • Di Lanzhou, China, kajian mendapati kodok yang didedahkan kepada bahan pencemar petrokimia akan mengalami kerosakan genetik.
  • Di Turkey, kajian mendapati bahawa industri penapisan petroleum mencemarkan Sungai-sungai Kizilirmark dan menyebabkan peroksidaan pada otot dan tisu hati dalam ikan.
Penutup
Projek pelaburan berkaitan petrokimia  ini boleh membawa peluang perniagaan yang sangat besar, pemindahan teknologi dan juga peluang pekerjaan yang banyak, namun begitu, kita turut membayar harga yang sangat mahal apabila alam sekitar, perairan dan kesihatan terjejas ekoran daripada perlepasan gas dan sisa toksik yang berbahaya. Kerajaan Taiwan sendiri menolak permohonan syarikat Kuo Kuang Petrochemical untuk membuka kilangnya di Taiwan atas alasan berbahaya kepada alam sekitar dan manusia namun, dua Pihak Berkuasa Tempatan di Johor ini sanggup menerima dengan tangan yang terbuka. Persoalannya apakah kaedah Penilaian Awal Kesan Persekitaran (PEIA) yang digunapakai di Negara ini lebih rendah piawaiannya berbanding Taiwan sehingga membolehkan Pihak Berkuasa Malaysia menerima projek ini dengan berlapang dada?
Penduduk di sekitar Tanjung Bin, Pontian juga pernah menghantar memorandum bantahan kepada YAB Perdana Menteri berhubung isu pembinaan kilang petrokimia di kawasan mereka pada 10 Ogos 2009 namun, dengan pendedahan yang dilakukan oleh media – media Taiwan beberapa minggu yang lepas mengesahkan bahawa pihak Kerajaan sememangnya berminat untuk meneruskan projek petrokimia berbahaya ini tanpa mengambil peduli kemaslahatan rakyat.
Kerajaan seharusnya menolak sebarang rancangan pelaburan yang jelas boleh mendatangkan bahaya kepada alam sekitar, menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan yang lebih teruk lagi mengancam kesihatan rakyat.
Er Teck Hwa,
Ahli Parlimen Bakri
17 Mei 2011

Penghuni flat Singapura minum air mayat


BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang selepas mayat seorang amahIndonesia ditemui dalam sebuah tangki air kelmarin.

SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.
Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.
Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.
Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.
Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.
"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.
Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.
Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.
Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

Amal 500 Tahun

Dari Jabir r.a, berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah S.A.W katanya: Wahai Muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai Nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 hasta kali 30 hasta dan di sekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.

Dan di situ Allah S.W.T mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit serta Allah S.W.T juga telah menghidupkan sepohon pokok delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya. Setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah S.W.T supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh bumi atau apa-apa sahaja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah S.W.T pun menerima permintaannya.

Berkatalah malaikat lagi: Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud. Kami mendapat dalam ilmu bahawa dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah S.W.T. Lalu Allah S.W.T menyuruh malaikat, “Masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku”. Maka orang itu berkata: “Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah S.W.T menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang telah dibuat hamba itu selama 500 tahun telah habis dihitung hanya dengan sebelah mata sahaja, yakni nikmat penglihatan yang Allah S.W.T berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah S.W.T berfirman: “Masukkanlah dia ke ke dalam neraka”. Apabila dia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu”. Lalu Allah S.W.T berfirman kepada malaikat: “Bawakan dia ke mari”. Kemudian Allah S.W.T bertanya kepada hambanya itu: “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada?”. Lalu hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah”. Kemudian Allah S.W.T bertanya lagi: “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?” Jawab hamba itu: “Ya Allah, dengan rahmatMu”. 

Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?”. Jawab hamba itu: ” Engkau ya Allah”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang menempatkan kamu di atas bukit yang ditengah-tengah lautan. Dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin. Serta siapakah yang menumbuhkan sepohon pokok delima yang mengeluarkan sebiji buah delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali, lalu kamu meminta supaya Aku mematikan kamu dalam keadaan sujud, jadi siapakah yang berbuat semua itu?”

Lalu orang itu berkata: “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukannya”. Allah S.W.T berfirman: “Maka semua itu adalah dengan rahmatKu dan kini Aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatKu”. Maka malaikat Jibrail berkata: “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah S.W.T”.

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah S.W.T berikat kepada hambanya. Oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah S.W.T sebaliknya mohonlah dengan rahmatNya. Sebab hanya dengan rahmat Allah S.W.T sahajalah seseorang itu dapat memasuki syurgaNya.

Apabila kita memohon doa kepada Allah S.W.T supaya kita dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNya, maka mintalah supaya Allah S.W.T memasukkan kita dengan rahmatNya ke dalam syurga Firdaus.