Jumaat, 20 Mei 2011

Kunci Syurga (The Key To Kingdom Of Heaven)

Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatican, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies).

Setiap Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung' (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatican.

Pope John Paul II

Pope Benedict XVI

Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.

Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan saya beritahu ini adalah bertaraf'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).


Para pengikut Freemason itu sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya 'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.




Juga, para pengikut Kristian juga tidak tahu tentang Dua Rahsia Terbesar yang mati-mati disorokkan paderi-paderi besar mereka.Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatikcan sehingga diwujudkan banyak kod rahsia, lorong rahsia dan bilik rahsia dan segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah ( The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung'.

Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis. Ingin saya maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasiKabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Skrol Nag Hammadi



Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.


The Keys To Kingdom Of Heaven


2 Orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota. Ini adalah antara kod-kod rahsia yang ditinggalkan.

Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada ap yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee ,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dlm tulisan-tulisan ,melakarkannya dalam lukisan-lukisan ,mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang



“Every great truth begins as a blasphemy.”
-Bernard Shaw


Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam 'secret societies' yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APA YANG ANDA INGIN BUAT JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan untk menakluk dunia.KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD YANG DIGERUNINYA.


Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya.Jika tidak ,dikhuatiri mereka akan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s) dan beramai-ramai mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t,agama yg benar, Islam.Sebab itu siapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi The AntiChrist.Amat penting.Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi.Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar.Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.



Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar..Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope atas arahan Church of Lucifer supaya jangan diketahui oleh para pengikut Kristian. Sudah tentu anda ingin tahu dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini.Sudah tentu anda ingin tahu apakah petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang.The Papal Crossed Key yang penuh rahsia.Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel,untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer.Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat 'Angels' yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.



Untk menjejak rahsia The Crossed Key,mari kita sama-sama telusuri apakah maksud di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.

The Secret Beyond The Crossed Key

Lambang ni berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dlm bahasa Aramaik Kuno,Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah,Simon Peter,Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam'un)..Seorang Yahudi Galilee (arab, al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan.Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican,St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dlam 12 sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.

St. Peter Basilica


"Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri"
-Surah Ali Imran 3:52.

"Dan (ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepadaAlHawariyyun,’ Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang2 yang patuh (kepada seruanmu)"
-Al-Maidah 5:111.

Sudah pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu.Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:

The Twelve Apostles.

1. Peter

2. Andrew

3. James

4. John

5. Philip

6. Bartholomew

7. Matthew

8. Thomas

9. James

10. Thaddeus

11. Simon the Zealot

12. Judas Iscariot

St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan Nero (Nero's Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya diletakkan di hdapan St. Peter Basilica pada hari ini.

Obelisk Vatican


Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepadaKUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter)

"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven."
-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)

Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."

Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci utuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter?Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan keranaDUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI.Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?


APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?

1Sen...

Pagi 20hb Mei 2011, kedengaran berita radio dan di dalam akhbar yang antara lain mendedahkan hasrat kerajaan untuk menggunakan semula syiling 1 (satu) sen bagi mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi fenomena kenaikan harga barang. Mendengar berita ini, perasaan Rakyat bercampur baur antara pelik, bingung, tidak faham, marah dan sakit hati. Tidak faham kerana memikirkan kaitannya antara kenaikan harga barang dan penggunaan duit satu sen!!! Beginikah caranya  kerajaan mengatasi masalah kenaikan harga barang? Tak de ker cara lain yang lebih bijak... Cian student2 melayu di U. Terpaksa ikat perut...

Ini bukanlah kes pertama mereka melakukan tindakan goblok dalam mengatasi sesuatu isu yang melibatkan kesengsaraan rakyat. Merekalah yang mensengsarakan rakyat. Merekalah yang mencipta isu dan polemik. Merekalah yang mengapi-apikan sentiment perkauman. Sekonyong-konyongnya mereka berlakon kononnya menjadi juara untuk mengatasi semua kebuntuan ini. Semua ini dilakukan untuk kepentingan politik jijik dan durjana mereka. kerajaan (kononnya) cuba menyelesaikan dengan tidak (dan tidak akan) melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat dari akar umbinya. 



Sikap kerajaan yang suka memperbodohkan rakyat akan kekal sejak dulu, kini dan selamanya. Kita lihat kes lain di mana kerajaan mengambil kaedah penyelesaian secara goblok demi meneruskan misi dan projek penipuan dan pembahlolan mereka khususnya kepada orang Melayu. Antaranya ialah isu hutang dengan Along, saman ekor, masalah guru, masalah air, gula, masalah ketiadaan rumah, tol dan sebagainya.--->> maaf, kasar sket bahasa

Untuk pengetahuan semua, duit siling satu sen telah dihentikan kegunaannya pada April 2007. Bermula dari 1April 2007 semua transaksi yang melibatkan jumlah 1sen akan dibundarkan.--->> Bukan 1mesia tau. Masalah kenaikan harga barang adalah berpunca dari kerajaan yang menaikkan harga petrol, gula dan letrik (akan menyusul)--->> 25 Mei. Tapi mereka memilih untuk menggunakan semula duit siling satu sen untuk mengatasi masalah ini!!?? Adakah kerajaan menganggap nilai kita semua hanya berharga 1 sen sahaja.?? Dulu tahun 50-an dan 60-an lakulah....

Peratus rakyat marhaen berhutang di Malaysia adalah tinggi. Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) 2009 mendedahkan hutang isi rumah negara tahun ini jika dinisbah pada Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara (KDNK) adalah tertinggi di Asia. Kenapa kita berhutang? Memang tidak dapat dinafikan ada segelintir manusia yang suka berhutang dan tidak berupaya mengurus kewangan mereka. 



Hakikatnya ialah oleh kerana pendapatan bulanan tidak mencukupi, kita terpaksa berhutang. Gaji guru fresh graduate yang baru bekerja di Singapura dan Brunei masing-masing ialah RM5200 dan RM5600 sebulan. Di Malaysia bermula pada tangga gaji P1T4 RM1967.20 sebulan???!! Ini belum kita ambil kira gaji kakitangan awam dari gred yang lebih rendah. PAR, PAP, R3... lebih kurang RM700 sebulan.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri pernah mendakwa bahawa kakitangan daripada kumpulan Pekerja Am Rendah (PAR) dikesan paling ramai ponteng kerja dipercayai kerana melakukan kerja sambilan. Tetapi kerajaan enggan menaikkan gaji sebaliknya menubuhkan AKPK untuk mengatasi masalah ini. Bukannya selesai masalah... semakin bertambah masalah adalah...

Kadar kemalangan jalanraya di Malaysia mencatatkan peratusan yang tinggi. Kerajaan dikatakan mengalami kerugian berbilion ringgit akibat kemusnahan harta benda dan pengurusan jalanraya akibat kemalangan ini. Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) mendedahkan, 52,742 kes rakyat Malaysia terbunuh atau cedera dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2008 sementara Indonesia dengan bilangan penduduk 10 kali lebih daripada populasi Malaysia, hanya mencatatkan 22,702 kes pada tahun yang sama. --->> Adakah ini boleh dikatakan satu bala dari Allah kerana mengabaikan perintah-Nya????



Polis telah menjalankan Ops Sikapnya (kononnya) bagi mengatasi masalah kemalangan sejak 1997 (klu tak silap). Di Malaysia, dengan mengakui faktor manusia sebagai utama, Rakyat marhaen ingin menegaskan bahawa tol, saman polis & JPJ dan kualiti jalanraya adalah sebab utama berlakunya kemalangan jalanraya. Jalanraya di Malaysia, disamping seperti ular kena palu, juga kualiti pembinaannya tidak layak diberi markah gred F pun. 


Tak de gred nak bagi. Tampal esok jalan yang berlubang... semalam dah pecah balik... Bagi mengatasi atau mengurangkan kemalangan, kerajaan telah mengarahkan polis menyaman rakyat dan mereka memperolehi ganjaran lumayan hasil dari ‘rompakan halal’ ini. Tetapi masalah kemalangan tetap tidak terselesai. segala kesalahan kompaun maksimum rm300--->> gaji makcik klener untuk 1/2 bulan... abih utk bayar saman???? klu bulan tu kena 2x saman katakan saman lesen mati dan insuran motor mati rm600---> tak berasap le dapur...!!

Masalah guru-guru di sekolah terbeban dan terus dibebankan dengan tugas perkeranian, gaji yang tidak setimpal dengan beban kojer, lambat naik pangkat dll sudah kedengaran dari dulu dan kini. Tetapi bagaimana kerajaan  mengatasinya? Mereka menambahkan (bukan meringankan) lagi beban guru dengan projek Satu Pelajar Satu Sukan dan memaksa guru menulis refleksi dalam Buku Rekod. Pada 16 Mei 2011 baru-baru ini, mereka bagi kenaikan gaji dan pangkat kepada 1.53% guru sahaja. 98.5 % lagi bilangan guru hanya menggigit jari??!!---->> itu pun klu ada jari tangan... klu tangan kudung sebab kemalangan..?? gigitlah jari kaki...

Masalah air bersih dan pengurusan air yang tidak professional diatasi degan melantik syarikat-syarikat kroni mereka dan diberi kontrak bertahun-tahun untuk memerah duit dari rakyat. Malangnya masalah air tidak terselesai juga. Begitu juga masalah harga gula. kerajaan mengatasi masalah ini dengan menaikkan lagi harga gula dan memperbodohkan rakyat dengan rasional gilanya kononnya untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan obesity. Selain itu... pelarasan harga dan juga rasionalisasi subsidi dengan nasihat dari PEMANDU

Jumlah rakyat Malaysia yang miskin dan akan bakal terus miskin di tanah air sendiri dan tidak berumah adalah tinggi. Sebabnya sama dengan faktor kenapa rakyat berhutang. Baru-baru ini PM Najib mengumumkan berita baik (kononnya) kepada golongan muda berumur 35 tahun dan ke bawah bahawa mereka layak memohon pinjaman 100% untuk membeli rumah pertama di bawah satu skim yang baru diwujudkan. Sepatutnya kerajaan menawarkan rumah sewa beli tanpa R I B A kepada rakyat marhaen. Bukannya pinjaman bank. (RIBA adalah dosa besar di sisi ISLAM) 



Contoh: harga kos rumah semasa teres 2 tingkat rm70k. pemaju jual rm228k. untung 200%. Margin keuntungan dalam ISLAM sekitar 15-35% sahaja dari harga beli. (betulkan sila silap). Sepatutnya Juallah rumah sekitar rm90k. (untung 29%). Kita nak keberkatan. Lagi sket untung lagi berkat. tak perlu bayar deposit dan RIBA... Mungkin kerajaan boleh bagi rebat untuk masukkan elektrik dan air (rm2k)... wat dulu... baru tau.Ingat... Bukan pinjaman bank... tapi sewa dan beli--->>> hapuskan R I B A rujuk surah alBaqarah ayat 275-279. baca tafsirnya sampai faham


Rungutan rakyat terhadap tol yang terpaksa di bayar juga mendapat perhatian. Rakyat mahu tol dihapuskan tetapi kerajaan hanya bagi diskaun tol 10% atau 15% sahaja kepada rakyat pada musim perayaan terpilih. Inilah jenis kerajaan yang mendakwa rakyat didahulukan. Memang sahlah mereka ini........ fikirlah sendiri..! 


P/s- Allah bagi akal suruh fikir... fikir apa? fikir masalah... masalah untuk apa??? untuk diselesaikan...


bukannya bagi akal untuk fikir cam ne nak susahkan lagi orang lain. fikirkan

Jauhi Fitnah...!!!

Hidup di dunia era moden penuh dengan fitnah dan mehnah. Insan-insan yang baru mengorak langkah ke alam kematangan terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran ini. Mereka akhirnya kecewa dengan dunia yang kian parah penyakitnya, seolah-olah tidak lama lagi malaikat maut akan menamatkan riwayat dunia ini atas arahan Allah SWT.

Lihat sahaja dalam masyarakat, begitu mudah untuk kita saling berpecah hanya kerana lidah. Manusia menjadi ringan mulutnya menuduh, menghina, memfitnah dan mengumpat. Berlesenkan hak kebebasan bersuara, kehormatan saudara ditoreh begitu sahaja, ikatan persaudaraan terputus dan terbiar tanpa disambung kembali, maruah agama menjadi taruhan, seolah-olah pahala dosa adalah perkara yang remeh.

Yang lebih menghairankan, mereka yang ringan mulutnya tadi pada zahirnya sama seperti kita. Apakah mereka menyangka mereka jauh lebih mulia daripada yang lain? Atas dasar apakah mereka mengangkat diri mereka sebagai mulia?

Padahal, yang layak memuliakan dan menghinakan manusia ialah Allah SWT. Mulianya manusia di sisi Allah kerana tingginya tahap takwa dan iman mereka, walaupun dipandang rendah dan hina di mata dunia. Hinanya manusia di sisi Allah kerana rendah iman dan takwa dalam hati mereka, walaupun mereka diberikan kemuliaan keduniaan.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Demikianlah masyarakat kita pada hari ini. Kita adalah suatu masyarakat yang begitu ringan lidahnya. Bahkan, lebih menyedihkan, kita adalah masyarakat yang retorik semata-mata. Words speaks louder than works.

Umpama sebilah pisau yang tajam, terhiris sedikit pasti melukakan. Demikianlah lidah diibaratkan. Hatta, para ulama sendiri menyimpulkan lidah ini saghir al-jism kabir al-itsm (benda yang kecil tetapi besar dosanya).

Lihat sahaja, bagaimana Bani Israel mendapat laknat daripada Allah sehingga ke hari ini, dek kerana lancangnya lidah mereka. Allah SWT menceritakan: Dan orang-orang Yahudi berkata, Tangan Allah terbelenggu. Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu, padahal tangan (kekuasaan dan kemurahan) Allah terbuka. (Surah Al-Maidah ayat 64)

Menurut Ibnu Abbas, pada saat ayat ini turun, Nabbasy bin Qais, seorang Yahudi, telah mengeluarkan kenyataan di hadapan Rasulullah SAW: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu itu sangat kikir dan tidak mahu memberi. (Hadis riwayat At-Thabrani)

Kerana mulut badan binasa. Sedikit sahaja ucapan kita menentukan nasib kita di akhirat. Walaupun kita mengira ucapan kita itu biasa-biasa sahaja atau ringan, tetapi tiada siapa yang tahu kerana ucapan kita itulah, akhirnya kita akan meraung kesakitan akibat dibakar hidup-hidup dalam api Neraka.

Kerana itu, Rasulullah SAW sentiasa menekankan kepentingan menjaga lidah. Banyak hadis Rasulullah SAW yang menganjurkan kita untuk mengucapkan kalimah yang baik. Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW: Kalimah yang baik ialah sedekah. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW berpesan: Sesungguhnya Allah membenci kepada kamu tiga perkara: dikatakan dan orang itu berkata, membuang harta dan banyak bertanya. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Nawawi, dikatakan dan orang itu berkata ialah terlalu banyak membicarakan tentang perkhabaran manusia dan menceritakan sesuatu yang tidak bermanfaat, manakala banyak bertanya ialah menanyakan perkara yang tidak berlaku dan tidak diperlukan. (Imam Nawawi, Sahih Muslim bi-Syarh an-Nawawi)

Begitu prihatinnya Baginda SAW, sehingga Baginda mengaitkan lidah dengan keimanan. Sabda Rasulullah SAW: Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengatakan perkara yang baik atau diam. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam menghuraikan hadis ini, Al-Uthaimin menjelaskan: Di antara faedah hadis ini bahawa diperbolehkan menafikan keimanan daripada seseorang kerana tidak sempurna (sesuatu bahagian), sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Menafikan iman daripada diri seseorang terbahagi kepada dua. Pertama: menafikan secara mutlak. Dengan dinafikannya iman secara mutlak, maka orang tersebut menjadi kafir dan keluar dari agama Islam.

Kedua, menafikannya secara relatif. Ini bererti bahawa orang tersebut kafir pada bahagian itu, akan tetapi asas keimanan masih ada di dalam dirinya. Inilah yang dikatakan oleh ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah bahawa manusia kadang kala dalam dirinya menyatukan sebahagian keimanan dan juga kekufuran. (Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin, Syarah Al-Arbain An-Nawawiyah)

Menjaga lidah bermakna menjaga iman kita. Kelalaian kita memelihara lidah boleh membawa kita jatuh ke dalam kekufuran. Hiasilah lidah kita dengan kalimah toyyibah dan diam. Basahilah lidah kita dengan zikrullah. Semuanya adalah lambang kesyukuran kita kepada Allah SWT.

Nescaya Allah SWT menambahkan rezeki dan nikmat buat mereka yang bersyukur. Sebaliknya, Allah SWT akan menurunkan azab-Nya yang pedih buat mereka yang kufur akan nikmatnya.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.(Surah Ibrahim ayat 7).

Remaja dan cinta.... bacalah...! :)

Remaja dan cinta, suatu yang tidak mampu dipisahkan. Cinta ialah ujian, dan cinta juga ialah cabaran buat setiap yang bergelar manusia, terutamanya remaja.

Selepas membaca sebuah artikel panjang di laman sosial Facebook, dan membaca hujah-hujah serta perbahasan berkenaan artikel ini, saya dapat memahami sesuatu dan ia akan saya kongsikan dengan kalian di sini.

Tapi sebelum itu, saya sangat berharap agar kalian dapat menghadam terlebih dahulu akan apa yang terkandung dalam dua pautan ini.

  1. Couple dan zina hati
  2. Perbahasan dan perbincangan tentangnya.
Pertama sekali, saya nak kata saya sangat serabut dengan manusia yang sikit ilmu tapi banyak bercakap. Bercakap itu bukan hanya terbatas dengan mulut, tetapi dengan tulisan dan juga dengan membuat video atau snippet murahan. Baru sebentar tadi saya bukak you-tube dan menonton beberapa buah video yang sangat kontroversi, yang disiapkan oleh orang yang dangkal dalam agama dan banyak mulutnya.

Keduanya, islam ialah agama wasatiyyah iaitu bersifat sederhana. Tidak extreme, dan tidak juga terlalu longgar. Malangnya, dalam soal cinta, wujud golongan extreme yang menolak untuk berada di jalan pertengahan, seterusnya membelakangkan prinsip islam yang asli tadi, iaitu besederhana dalam perkara-perkara yang bukan pokok. Islam mengajar ummat untuk tegas tentang soal pokok (akidah) tetapi berlapang dada dalam soal cabang (furu').

Sebelum menulis, saya ada merujuk kepada artikel-artikel Ustaz Hasrizal di laman sengsawang beliau. InsyaAllah, jika artikel yang saa tulis ini ada benarnya, maka terimalah tetapi jika ada yang silap, saya berlindung dengan Allah daripada kelemahan diri saya ini.

Isu Lapuk.

Isu cinta, saya kira menjadi satu bahan perbualan dan perbincangan yang masih tidak temui sudahnya. Ada yang meletakkan berbagai definasi bagi cinta, tetapi saya meletakkan cinta itu sebagai sebuah kekuatan yang mendorong si pemilik cinta untuk memiliki apa-apa yang dia cintai itu.

Sungguh! Cinta itu ialah satu fitrah kurniaan Allah. Al-Quran ada bercerita tentang cinta, bagaimana cinta itu banyak bahagiannya. Cinta kepada kebaikan, keimanan, kekuasaan, harta benda, nafsu dan lain-lain. Maka, satu kesimpulan dapat dibuat, iaitu cinta itu boleh mendorong manusia kepada melakukan kemungkaran dan boleh juga mendorong manusia untuk melakukan kebaikan.

Cinta yang membawa kebaikan itu jelas, dan cinta yang membawa kemungkaran itu juga jelas. Antara keduanya, ada satu lagi isu yang dinaikkan sejak mutaakhir ini iaitu berkenaan zina hati.

Dan banyak sekali soal jawab berlaku tentang zina hati, kerana ia sangat rapat juga dengan persoalan couple yang menjadi trend dan budaya remaja tidak terkecuali orang dewasa. Dan berkenaan zina hati, ramai yang bersikap egois dan menidakkan cinta, kerana bimbang terjebak dalam kancah zina dalaman ini.

Ya Allah. Berilah petunjuk kepada aku untuk meneruskan penulisan.

Saya berkongsi sebuah cerita tentang Abang Ben dengan isterinya Kak Long. 

Beberapa tahun dahulu, Abang Ben meminati seorang akhawat medic yang belajar di Mesir, Kak Long. Perkenalan mereka aneh-aneh sahaja. Tidak pernah bersua muka, tidak pernah juga mendengar suara. Hanya kerana sebuah tanggungjawab dan komitmen dakwah, Abang Ben mengenali Kak Long dan ia hanya terhad kepada hasil tulisan Kak Long sahaja.

Abang Ben yang masih belajar pada masa itu hanya mampu memendam rasa, tapi dalam masa yang sama, dia memberanikan diri untuk menegur kak long. Entah dari mana kekuatannya, akhirnya Abang Ben sanggup meluahkan hajatnya untuk memperisterikan Kak Long. Masa itu, mereka masing-masing di usia awal 20-an.

Kak long terkedu. Diam sesaat. Mukanya merona merah. Ya! Siapa sangka, rupanya Kak Long juga memendam rasa yang sama.Tanpa masing-masing sedar, rupanya sedia wujud rasa yang aneh antara mereka.

Abang Ben meletakkan sebuah janji- dia mahu meminang Kak Long dalam tempoh dua tahun lagi. Abang Ben di Malaysia, dan Kak Long pula di Mesir. Cadangan Abang Ben itu disambut baik oleh Kak Long. Tetapi awal-awal lagi Kak Long memberitahu bahawa kuliahnya masih belum habis dan dia masih akan terus berada di Mesir, paling kurang untuk 4 tahun yang mendatang. Tempoh 2 tahun yang Abang Ben kata tadi ialah tempoh untuk Abang Ben menamatkan kuliahnya, dan terjun ke dalam alam pekerjaan.

Rancangan dua insan yang sedang berkongsi rasa ini tidak diketahui oleh ibubapa masing-masing. Ini hanya janji yang dipahat antara mereka berdua dan pasti, Allah sebagai pemerhati mereka.

Abang Ben pernah ditanya, "Jika dalam tempoh 2 tahun itu, ada lelaki lain melamar Kak Long melalui ibubapanya... Abang Ben nak buat apa?"

Sambil tersenyum, Abang Ben menjawab. "Jika ibubapa dan Kak Long sendiri menyenangi lelaki itu, maka abang hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka. Tetapi abang tahu... jodoh kita sememangnya Allah telah tentukan. Jika benar Kak Long itu jodoh abang, abang yakin Allah akan mudahkan semua urusan kami dan satukan kami. Abang yakin itu... dan abang hanya mampu berdoa dan berusaha..."

Abang Ben sangat memahami konsep usaha dan takdir. Dua tahun telah berlalu. Abang Ben menghantar rombongan untuk meminang Kak Long. Majlis dijalankan sederhana cuma, kerana Kak Long pun masih dalam kuliahnya. Mereka bertemu, dan berpisah dek komitmen masing-masing. Tapi tautan hati mereka kekal utuh, hingga kini dan selamanya, insyaAllah.

Dan persoalannya, adakah Abang Ben dan Kak Long berzina hati sepanjang dua tahun itu?

Saya akan katakan ia bukannya zina hati, tetapi motivasi. Abang Ben, saat tersedar bahawa Kak Long menantinya, dia tidak lagi cuai dalam pelajarannya. Dia bersungguh-sungguh dalam program dakwah dan tarbiyyahnya. Dia juga berusaha keras menjadi insan yang berdikari. Segala ilmu yang kurang, dia tambah. Segala harta yang tiada, dia cari. Segala kematangan yang tumpul, dia asah. Segela kelemahan yang bocor, dia tampung. Tempoh 2 tahun tadi menjadi satu tempoh untuk dia berubah, menjadi a better muslim.

Kak Long juga sama. Dia bersungguh-sungguh dengan kuliahnya. Dia juga semakin menjaga diri dan pergaulannya. Dia juga semakin hebat amal ibadahnya, juga ilmu agamanya, dan tak lupa, akhlak cermin dirinya. Tempoh dua tahun itu menjadi satu tempoh yang paling bersejarah dan saksi diri- menjadi a better muslimah.

Inilah yang saya ucapkan kepada kawan-kawan yang bertanya tentang cinta.

Cinta itu fitrah. Allah beri kepada sesiapa yang dia kehendaki. Kita tidak boleh memaksa diri mencintai orang kerana perasaan yang beputik dalam hati, segalanya kurniaan Allah. Dan islam melayan perasaan-perasaan itu sebagai suatu fitrah.

Salahkah jatuh cinta?

Sungguh! Ia bukan suatu kesalahan. Tetapi mengapa ramai yang meletakkan 'kau telah melakukan dosa besar' hanya kerana seorang ikhwan itu jatuh cinta kepada seorang akhawat?

Ada jalannya! iaitu bernikah!

Dan inilah juga saranan saya kepada orang yang bertanya tentang cinta kepada saya. Soalannya, "Saya ada teman wanita. Apa perlu saya lakukan?". 

Orang itu tanya orang A, orang A kata, "Kau putus sekarang!".
Orang itu tanya orang B, orang B kata, "Kau telah melakukan zina hati".

Atas alasan mengingati orang lain lebih daripada Allah

Ya. Saya akan katakan tidak wajar untuk mengingati orang lain lebih daripada Allah kerana dalam surah al-Anfal ayat 2, sifat mukmin sejati itu ialah "apabila disebutkan nama Allah, maka gementarlah hati-hati mereka"

Satu nota refleksi. Kebanyakan kita, apabila disebut nama orang yang kita suka itu, gementar hati kita. Rasa terbuai-buai, sedangkan apabila nama Allah disebut, tidak pula terasa apa-apa! Adilkah kita membahagiakan hati kita dengan cara begini?

Sambungan kisah Abang Ben...

Sepanjang tempoh 2 tahun tu, dia dengan Kak Long banyak berbincang. Antara yang dibincangkan ialah perancangan selepas kahwin. Dan dalam masa yang sama, Abang Ben berfikir beberapa perkara dan bersedia dengan solusi pada situasi itu.

1- Bolehkah aku menerima hubungan jarak jauh Malaysia-Mesir?
2- Mampukah aku menerima doktor sebagai teman hidup? 

Itu antara benda yang dia fikirkan dan bersiap.

Dan saya nak bertanya lagi kepada orang yang suka menggunakan perkataan zina hati. Adakah rancangan Abang Ben-Kak Long untuk bernikah ini dikira zina hati?

Kerana 'zina hati' itu kerap dikaitkan dengan 'orang yang macam faham agama', maka saya terkilan kerana ada juga manusia yang lebih berkenan untuk berpisah daripada mengajak teman lelaki/wanita yang sedia ada untuk berubah sama-sama. Sama-sama jadi baik.

Ustaz Kamaruddin Shaadan selalu berpesan kepada anak muda. "Kepada sesiapa yang sudah ada teman lelaki atau teman wanita, maka silalah ajak mereka berubah sama-sama. Katakan saja, jika kamu tak mahu berubah, maka saya tidak akan teragak-ragak untuk tinggalkan kamu".

Bukan sedikit yang berubah melalui cinta. Tapi banyak juga yang dilalaikan oleh cinta!

Sebagai contoh bagaimana cinta melalaikan kita:
  • Selepas bercinta, tumpuan untuk beribadah jatuh merundum.
  • Selepas bercinta, tumpuan untuk menimba ilmu hilang.
  • Selepas bercinta, banyak terjebak dengan benda sia-sia
  • Selepas bercinta, jadi lebih banyak buat dosa samada kecil atau besar.
  • Selepas bercinta, jadi lebih utamakan awek daripada sahabat
  • Selepas bercinta, jadi makin banyak membazir dan boros
  • Selepas bercinta, lupa Allah
  • Selepas bercinta, lupa keluarga
  • Kesimpulannya, yang buruk-buruk belaka.
Hah! Di sana barulah betul jika kamu nak salahkan cinta! Tetapi banyak orang yang menyalahkan cinta sedangkan cinta yang patut disalahkan ialah apa-apa yang datang bersama cinta yang tidak dikawal ini!

iaitu rasa nak enjoy!

Jika di saat ini kalian sudah ada pacar, maka jalan terbaik ialah nikah! Jika tidak mampu, maka buat macam Abang Ben dan Kak Long buat iaitu BERUBAH KEPADA KEBAIKAN, kerana apa yang saya nampak pada Abang Ben dan Kak Long ialah cinta mereka bermatlamat!

Cinta Yang Bermatlamat.

Iaitu cinta yang meletakkan syurga Allah sebagai destinasi. Dengan sendirinya, pihak lelaki dan pihak wanita akan merubah diri. Apa yang Allah suka, itulah apa yang sepatutnya pasangannya suka. Dengan ini juga, tidak akan berlaku....
  • Bergayut di telefon, kerana kedua-dua belak pihak faham yang ada banyak benda yang mereka patut dahulukan
  • Membazir beri hadiah selalu, kerana mereka faham selepas kahwin lagi banyak duit nak kena pakai
  • Bermanja-manja, kerana mereka faham bahawa itu ialah nikmat selepas nikah
  • Dan lain-lain...yang banyak remaja sedang buat.
Kesimpulan.

Jika ada lagi orang yang datang bertanya saya tentang cinta, maka saya akan ulang jawapan ini.

"Kita cuma perlu ubah cara kita bercinta, dengan menjadikan cinta itu bermatlamat, iaitu syurga"

Wanna break the relationship? I hope not. Better change then!


SUMBER:  http://iqbalsyarie.blogspot.com/2011/05/cinta-abang-ben-dengan-kak-long.html