Jumaat, 20 Mei 2011

Pesawat Peribadi

1. Donald Trump dan Boeing 727-23 nya
Pada awalnya dioperasikan oleh American Airlines, vintage jet 1968 ini adalah rekonfigurasi 23, dengan kerusi kulit pucat, gesper berlapis emas, lukisan minyak, dan lampu kristal Waterford. Logo TRUMP di samping pesawat mempunyai panjang 30 kaki, tinggi 4 kaki , dan dibuat daripada emas 23 karat.


 
 


2. Roman Abramovich dan Boeing 767-33A nya
Pemilik Chelsea ini mempunyai pesawat peribadi , Boeing 767 ini mungkin dilihat biasa di luar, tapi dalamnya dilengkapi dengan kenari dan dihiasi dengan emas. Pesawat ini sering kelihatan di Bandar Udara Luton sekitar 40 mil di utara London, di mana Abramovich menghabiskan sebahagian besar waktunya

 

 

 
 

3. Sultan of Brunei dan Boeing 747-430 nya
Sultan ini membeli Boeing 747 baru pada harga kira-kira $ 100 juta dan telah dilengkapi dengan hiasan dalaman khusus dan fitur seperti wastafel dari emas murni dan kristal Lalique dengan kos tambahan sekitar $ 120 juta. Sultan ini mempunyai beberapa pesawat lain, tapi ini yang terbesar.

 

 



4. Jimmy Buffett dan Grumman HU-16 Albatross nya
Pesawat tentera Grumman HU-16 Albatross yang dimiliki oleh penyanyi-penulis lagu Jimmy Buffett yang dinamakan The Hemisphere Dance . Pada tahun 1996, pesawat itu ditembak di Jamaica oleh polis setempat, yang dicurigai pesawat itu membawa ubat-ubatan.

 
 


4. Mark Cuban dan Boeing 767-277nya
Millioner Mark Cuban, pemilik pasukan basketball NBA Dallas Mavericks, didalam Boeing 767 nya mempunyai kerusi yang dibuat terpasang pada pesawat yang cukup besar untuk menampung pasukannya, dan pemain tinggi.

 




5. Elvis Presley dan Convair 880 nya
Elvis mempunyai pesawat Cenvair 880 , Convair telah diubahsuai dengan 28 kerusi bukan 110 kerusi seperti biasa. Ekor jet sekarang dicat dengan logo TCB, yang merupakan singkatan dari Taking Care Business
 

 
 


6. Bill Gates dan Bombardier BD-700 Global Express nya
Dimiliki oleh Challenger Administrasi LLC atas nama Bill Gates, jet ini boleh membawa hanya lapan orang. Terbang pada ketinggian 51.000 kaki untuk jarak 6.500 mil laut, merentangi tanpa henti Tokyo-New York atau Los Angeles-Moscow.

 

 



7. John Travolta dan pesawat serta garaj pesawatnya
Pelakon ini mempunyai pesawat bersekali garaj pesawat peribadinya.
 
 
 

Gaji..

Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup. Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara, Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri serta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal
Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber 

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia!
Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

Sumber: Detikdaily

10 Negara Tumpuan

Laman bisnes terkemuka, Forbes menyenaraikan 10 negara yang menjadi tumpuan bagi pencari kerja dunia. Iklim bisnes dan prospek yang positif menjadi parameter utama dalam pemilihan ini.


 
 
 
India

Untuk urutan pertama negara tumpuan bagi pencari kerja ialah India. Negara yang mempunyai jumlah penduduk kedua terbanyak dunia dan prospek pertumbuhan ekonomi yang tinggi menjadikan India sebagai salah sebuah negara yang mempunyai modal cukup sebagai negara kuasa ekonomi baru dan dapat bersaing dengan negara-negara industri dunia lainnya.

Berkembangnya sektor-sektor ekonomi mulai dari otomotif sehingga teknologi merupakan momentum yang baik bagi para pencari kerja di seluruh dunia.

Malah Golman Sachs menganggarkan ekonomia India akan terus meningkat sehingga tahun 2020 dan tidak menutup kemungkinan kekuatan ekonomi India akan melampaui AS di tahun 2050.

China

Kedudukan kedua ialah China, negara berpenduduk paling besar dengan pertumbuhan tertinggi dunia sudah dipastikan akan menjadi tumpuan bukan hanya bagi pelabur tapi juga calon-calon pekerja.

Cukup menarik China dapat dilihat dari beberapa keadaan dan apresiasi dari berbagai pihak seperti Fortune yang menilai bahawa China tahun ini berada pada peringkat 29 di Global Competitiveness Index, selain itu beberapa industri tempatannya pun kini mempunyai peluang yang semakin berkembang dimana menurut Fortune, PetroChina merupakan industri perlombongan minyak terbaik di dunia pada masa ini.

Dari segi perbankan, ICBC menduduki posisi ketiga sebagai bank terbaik dunia dan China Mobile menduduki tempat kelima sebagai industri telekomunikasi terbaik di dunia tahun ini.
 
Taiwan

Kedudukan ketiga ialah Taiwan. Pemilihan Taiwan sebagai salah satu tumpuan bagi pencari kerja tidak lain kerana berkembangnya beberapa industri seperti industri teknologi dan telekomunikasi yang dipimpin oleh beberapa industri seperti Acer, Asus, BenQ, HTC, D-Link.

Brazil

Di kedudukan keempat ialah Brazil yang juga termasuk sebagai salah sebuah negara ekonomi baru di dunia. Negara dengan tingkat GDP kelapan terbesar di dunia ini merupakan negara yang kehadapan dalam sektor bisnes di bidang agrikultur dan komoditi yang menjadi penyerap tenaga kerja dan menjadi salah satu tulang belakang ekonomia negara. Industri ethanol, perladangan dan perlombongan pastinya akan menjadi sektor tumpuan bagi pencari kerja.

Turki

Kedudukan kelima ialah Turki yang kini telah menjelma sebagai salah sebuah negara industri berprospek positif di Eropah. selepas bergabung dengan Kesatuan Eropah di tahun 1995, ekonomi Turki kian berkembang. Beberapa industri utama di Turki ialah pembuatan, tekstil dan kejuruteraan berat.

Singapura

Singapura berada di kedudukan keenam, Singapura mempunyai tingkat daya saing ekonomi negara tersebut kian mengalami peningkatan setelah 2 tahun lalu terkena imbasan krisis ekonomi global. Sebagai negara pelabuhan tersibuk di dunia sudah pasti memberikan jaminan bahawa pergerakan ekonomi dan bisnes di Singapura akan terus berkembang dan hal tersebut akan menjadi daya tarik bagi pencari kerja.

Peru

Kedudukan seterusnya diisi oleh Peru. Nama negara ini memang cukup asing di percaturan ekonomi dunia. Namun secara data-data ekonomi Peru mempunyai prospek yang baik dan merupakan salah sebuah negara di Amerika Selatan yang akan mengikuti jejak Brazil. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh IMF, GDP per kapita negara tersebut mencapai tahap 5.195 dollar dan memiliki HDI sebesar 0,723 pada tahun ini.

Sektor utama Peru ialah industri perlombongan seperti emas, tembaga dan zink yang majoritinya merupakan komoditi import dari AS, China dan negara-negara Amerika Selatan lainnya.

Hong Kong

Kedudukan kelapan dikongsi oleh dua negara iaitu Australia dan Hong Kong. Hong Kong mempunyai posisi sentral salah sebuah negara dengan ekonomi terbesar di Asia ini memang cukup dominan.

Bursa saham Hong Kong tercatat dari 7 bursa saham terunggul di dunia dan memiliki nominal IPO terbanyak yang mendominasi IPO di seluruh dunia. Sebagai negara pelabuhan, Hong Kong juga mempunyai potensi yang hampir sama dengan Singapura. Pada tahun lalu, Hong Kong menduduki tempat kelima sebagai negara termahal di dunia.

Costa Rica

Cota Rica menduduki tempat kesembilan kerana mempunyai daya tarikan tersendiri berikutan kian berkembangnya pelaburan asing dan mulai banyaknya industri-industri besar dunia yang telah melabur di negara tersebut. Tercatat beberapa industri besar telah mendirikan pabriknya di Costa Rica seperti GlaxoSmithKline, P&G dan Intel.

Argentina

Negara pada kedudukan kesepuluh ialah Argentina, negara industri utama di kawasan Amerika Selatan ini terus membuktikan posisi sebagai negara yang berpengaruh dalam ekonomi kawasan. Negara anggota G20 ini juga tercatat mempunyai GDP yang ke 31 tertinggi di dunia.

Soalan kepada Ulama Perbankan..

Kenyatan yang dikemukakan oleh Sheikh Imran Hosein bahawa perbankan Islam mengamalkan riba melalui pintu belakang adalah tepat. Kononnya sebagai alternatif kepada umat Islam daripada perbankan riba-kapitalis tetapi hari ini sistem tersebut menjadi peneraju. 

Setiap langkah, setiap jejak perbankan riba-kapitalis pasti akan dituruti oleh perbankan Islam. Mereka hanya menukar istilah bagi menunjukkan ciri ke islaman tetapi hakikatnya sama, contoh Hilah (Capital market), Sukuk (Bond) dll. 


Oleh itu langkah Bank Islam menaikkan kadar faedah sejajar dengan pengumuman Bank Negara adalah tidak menghairankan kerana asas perbankan Islam adalah sama iaitu Riba-Kapitalis seperti tersiar didalam akhbar theedge baru-baru ini.
Bank Islam to raise financing rate to 6.60%Written by Surin Murugiah of theedgemalaysia.com
Wednesday, 11 May 2011 16:13

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd is revising its base financing rate (BFR) from 6.30% per annum to 6.60% with effect from 12 May 2011.
In a statement Wednesday, May 11, Bank Islam managing director Datuk Seri Zukri Samat said the rate revision was due to the rise in Bank Negara Malaysia's Overnight Policy Rate by 25 basis points to 3% cent and Statutory Reserve Requirement ratio to 3%.
The last revision in Bank Islam’s BFR was on July 13, 2010 when the rate was revised from 6.05%to 6.30%.
Bank Islam adalah bank pertama yang melaraskan kadar faedah sejajar dengan pelarasan oleh Bank Negara. Apa yang saya ingin tekankan disini adalah perbankan Islam hanya menuruti setiap langkah yang ditetapkan oleh perbankan riba-kapitalis. Perbankan Islam bukan hanya sekadar penukaran istilah sahaja tetapi dasar, perjalanan dan perlaksanaan kaedah ekonomi masih berteraskan riba-kapitalis. Sepatutnya cendikiawan kewangan Islam perlu mengemukakan sistem perakaunan islam tersendiri yang mengguna pakai formula yang bebas dari faktor interest.

Persoalan bukan sahaja bank seolah-olah broker atas angin sahaja dengan kaedah penjanaan wang dengan sistem Fractional Reserve Banking; iaitu bank memerlukan hanya sejumlah kecil wang sebenar tidak sampai 5% bagi menghasilkan 95% dalam bentuk wang melalui manipulasi perakaunan.

Mari kita teliti bagaimanakah kaedar faedah yang digunakan oleh bank termasuklah perbankan Islam; interest i ditentukan melalui formula berikut;


dimana


dimana P adalah bayaran bulanan, N adalah tempoh pembayaran dan A adalah jumlah bayaran.

Untuk penentuan bayaran bulanan jika kadar interest telah ditetapkan adalah seperti berikut;

Persoalannya; sepatutnya ulamak perbankan jelaskan, apabila jumlah bayaran bertambah berkadaran dengan masa bukankah riba namanya? Bukan setakat bertambah secara mendatar tetapi berganda-ganda?

Wahai ulamak perbankan yang bijak pandai apakah ertinya RIBA? Bukankah riba itu bermakna tumbuh; dan jika ia bertambah dan membiak apabila bertambahnya masa bukankah itu riba yang sebenar-benarnya?
Konsep formula kewangan yang digunakan seperti diatas di namakan Time Value Money. Ini adalah asas kepada teori kewangan riba kapitalis yang mengesahkan keperluan interest (riba). Mengikut teori tersebut, wang sebanyak $100 hari ini yang dilabur selama setahun pada kadar interest 5% akan memperolehi keuntungan masa hadapan sebanyak $105. Sebaliknya kewangan Islam mesti berdasarkan untung-rugi tanpa jaminan keuntungan tetap pada masa hadapan.
Perbankan Islam mengatakan pertambahan harga itu adalah untuk dari mark-up harga yang asal tetapi hakikatnya pertambahan harga itu adalah berkadaran dengan kadar interest seperti jelas dari KENYATAAN RASMI oleh Bank Islam pertambahan kadar caj kewangan adalah berikutan pelarasan kadar interest.

Seperti diketahui umum, kadar keuntungan yang diambil oleh perbankan Islam adalah jauh lebih tinggi dari kadar keuntungan yang di ambil dari perbankan Riba-Kapitalis. Ini adalah terang-terang MEMPEROLOKAN HUKUM ALLAH!

Seperti yang dialami oleh sahabat saya, beliau mengambil pinjaman untuk perumahan yang dibelinya pada tahun 2007. Harga rumah tersebut ialah RM530,000 dan bayaran muka sebanyak RM110,000. Jadi beliau mengambil pinjaman sebanyak RM420,000 selama 19 tahun. 

Bayaran bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM3600. Pada tahun 2010 beliau mengalami masalah kewangan dan menjual rumah itu sebanyak RM580,000. Pinjaman rumah itu dibuat di sebuah bank Islam antarabangsa yang terkenal, bila beliau ingin membuat penyelesaian jumlah yang dikenakan ialah sebanyak RM440,000. 

Beliau begitu terkejut kerana jumlah yang beliau telah buat bayaran adalah sebanyak RM160,000 dan jika dijumlahkan adalah sebanyak RM600,000. Cuba bayangkan untuk pinjaman selama 3 tahun keuntungan yang dikenakan sebanyak RM180,000! Jauh lebih tinggi dari perbankan konvensional. 

Selama ini ulamak perbankan membuat perbandingan antara ayam yang disembelih dan tidak disembelih. Perumpamaan itu tidak betul sama sekali kerana ia bukan sekadar melibatkan akad tetapi nilai yang dikenakan adalah sangat berganda dan melebihi nilai pengiraan sistem RIBA sekalipun! 

Sekali lagi kita bertanya kepada ulamak perbankan dimanakah kedudukan perbankan Islam apabila Allah melarang pengambilan riba

AlQuran dan angka2


Sebuah Kitab yg mengaku dari ALLAH
Harus berani dihadapkan dengan segala macam soalan, segala zaman, segala segi, segala sisi, dari sudut manapun & harus sepanjang zaman.

Dari segi Sastra, matematika, astronomi, sains, tata negara, muamalat, ekonomi, Kode-kode angka, jumlah surah, jumlah ayat, jumlah kalimat, jumlah huruf, segala ilmu, segala abad, sejak penciptaan alam semesta, masa lalu, masa kini, masa depan, sehingga masa kiamat & kehidupan setelah kiamat sekalipun

Dan zaman ini ialah zaman ilmu pengetahuan, apakah Qur'an dapat mengikuti perkembangan zaman???

Ilmu pengetahuan modern kini membuktikan bhw air meliputi 71,111% wilayah bumi, dan daratan menutupi 28,8889%.

Dalam Qur'an disebutkan kata "DARAT" sebanyak 13 ayat, dan kata "LAUT" ialah 32 ayat.

Mari kita tengok baik baik:

Darat=13 ayat
Laut=32 ayat
Jumlah= 45 ayat

Percentage DARAT:
= 13/45
=28.888888889%

Percentage LAUT
= 32/45
=71.111111111%

Jadi
Pendapat Qur'an, Darat = 28.889%, Laut=71.111%
Bukti Ilmiah Nyata, Darat=28.889%, Laut=71.111%

Maka mengapa mereka tak juga beriman?
Mengapa mereka masih memfitnah Rasulullah Muhammad SAW yg mengarang Qur'anul Kariim ini??? Apakah mereka tidak memperhatikan?

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa':82

Allah menyatakan jika bukti kebenaran Qur'an itu ada pada seluruh alam dan termasuk diri kita sendiri.

Qs. 41 Fushshilat:53. Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?

Sekarang, mari kita lihat lagi mukjizat lainnya masih soalan angka.

SHALAT, disebutkan 5 x
BULAN, disebutkan 12 x
HARI, disebutkan 365 x
Apakah ini kebetulan?

Bagaimana dengan keseimbangan jumlah kata dibawah ini:

1. Dunia disebutkan 115 kali. Akhirat disebutkan 115 kali.
2. Malaikat 88 kali, syaitan 88 kali.
3. Kehidupan 145 kali, kematian 145 kali.
4. Kebaikan/manfaat 50 kali, jahat 50 kali.
5. Orang2 50 kali, nabi 50 kali.
6. Iblis(raja syaitan) 11 kali, menyelamatkan diri dari iblis11 kali.
7. Musibah (bencana) 75 kali, syukur 75 kali.
8. Shodaqoh 75 kali, kepuasan 75 kali.
9. Orang2 yg tersesat 17 kali, syuhada 17 kali.
10. Muslimin 41 kali, jihad 41 kali.
11. Emas 8 kali, kehidupan yg mudah 8 kali.
12. Sihir 60 kali, fitnah 60 kali.
13. Zakat 32 kali, barokah 32 kali.
14. Pikiran 39 kali, cahaya 39 kali.
15. Lidah 25 kali, khotbah 25 kali.
16. Harapan 8 kali, ketakutan/kecemasan 8 kali.
17. Berbicara di depan publik 18 kali, pempublikasian 18 kali.
18. Penderitaan 114 kali, kesabaran 114 kali.
19. Muhammad 4 kali, syari'ah (ajaran rasululloh saw) 4 kali.
20. Laki2 24 kali, wanita 24 kali.

Apakah ini kebetulan pulak?
Apakah ini karangan dari Rasullullah Muhammad SAW yg tak dapat menulis & dari zaman 1400 tahun lalu?