Bagaimana sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya
Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin
Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna
Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka
Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya
Setiap lepas mengerjakan ibadah hatinya sentiasa sedih dan susah
Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya
Setiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada Tuhan
Hatinya menangis atau matanya menangis
Kerana itulah hamba ini dia lupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikannya
Dia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikan
Kalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanya
Hatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanya
Dengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannya
Bahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannya
Taubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putus
Untuk mengambus dosa-dosanya
Dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan
Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya
Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri
Tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya
Maka dia baik sangka sahaja dengan orang
Tetapi jahat sangka dengan diri sendiri
Begitulah sikap seorang hamba yang baik
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 10 Jun 2011
Kenali Tuhanmu...
Di dalam ajaran Islam, mengenal Tuhan lebih dahulu
Adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal syariat-Nya pula
Tujuan mengenal Tuhan agar hamba-hamba-Nya
Di kalangan manusia cinta kepada-Nya
Pepatah Melayu ada berkata:
Tidak kenal maka tak cinta
Percaya sahaja adanya Tuhan tapi tidak kenal Tuhan
Sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Tuhan
Syariat-Nya orang tidak akan menghormati
Mari kita mengenal Tuhan
Agar kita cinta kepada-Nya
Tuhan adlah ALLAH yang mencipta dunia
Akhirat dan seluruh isinya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui
Maha Melihat, Maha Mendengar
Maha Berkehendak dan Kehendak-Nya
Tertunai segala-galanya
Tuhan adalah mengadakan dan mentiadakan
Mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat
Kerana keadilan-Nya
Tuhan adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum
Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa
Memberi rahmat dan nikmat
Memberi nikmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan
Dan undang-undang-Nya
Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk Syurga adalah dengan rahmat-Nya
Tuhan adalah Zat yang Maha Esa
Tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha Suci daripada penyerupaan
Dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan
Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang menetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa
Dapat menguasai
Kuasa atau Qudrat-Nya bukan dengan tenaga
Kehendak-Nya bukan dengan perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaa macam manusia
Yang berkuasa dan berkehendak adalah zat-Nya
Begitu juga melihat, mengetahui
Mendengar adalah Zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan Jabbar
Tuhan adalah sumber segala kebaikan
Mintalah apa sahaja kalau Dia menerima
Dia boleh bagi apa sahaja
Dia adalah cahaya langit dan bumi
Petunjuk kepada manusia menuju Tuhannya
Dia adalah Maha Agung, maha Besar, maha Hebat
Maha Cantik mengikut ukuran Tuhan
Bukan ukuran makhluk
Cantik secara Khaliq bukan secara makhluk
Dia adalah maha Sempurna tidak perlu disempurnakan
Dia adalah penentu segala-galanya, Dia tidak ditentukan
Kekayaan-Nya tidak berkesudahan
Pemberian-Nya tidak akan berkurangan
Tuhan adalah pemimpin bagi orang yang bertaqwa
Dan menjadi musuh kepada orang kafir
dan orang yang ingkar
Dia adalah Cinta Agung
Sepatutnya semua manusia mencintai-Nya
Sepertimana dia juga patut ditakuti
Dia adalah pemimpin, Dia adalah idola
Dia patut diagungkan, disembah dan dipuja
Dia tempat bermesra dan tempat bermanja
Tempat mengadu, tempat meminta
Tempat menyelesaikan segala masalah
Dia adalah penenang jiwa
Tempat harapan tiada kecewa

Khamis, 9 Jun 2011
Rokok Haram..>!
Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikum
Kepada tuan yang dirahmati,
Semoga sentiasa dalam keredhaanNya.
Tuan,
PERINGATAN BERKENAAN DENGAN HUKUM MEROKOK
Adalah diingatkan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 pada bersidang pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa:
“Amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam”.
Huraian : Majoriti ulama mengharamkan perbuatan merokok kerana merokok boleh memudaratkan kesihatan selain dari melakukan pembaziran yang jelas haram disisi Islam. Hanya mereka yang mempunyai kepentingan akan berpendapat bahawa merokok adalah dibolehkan.
Berhentilah merokok mulai sekarang agar anda tidak menyesal di hari kemudian.
“Transforming Ummah for a Sustainable Tomorrow”
“Membangun Bersama Islam”
Yang benar,
______________________
Hamba Allah

Surat Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Nora Elena
Surat Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Nora Elena
Pernahkan korang menonton drama Nora Elena?...iaitu sebuah drama yang tengah top kat TV3 sekarang ni...sampaikan aku pun layan sekali (walhal tak pernah pon layan cita kat slot Akasia ni), tepat pukul 7.00 jer aku terpacak depan tv nak tengok drama ni..haha
Serius sebelum ni aku tak layan sangat slot Akasia ni...tapi, drama ni yang membuatkan aku layan....terbaik!kan...haha. Lagipun drama ni adaptasi novel iaitu Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha memang patut pon best, sampaikan sold out la novel ni....(CikHaney pinjam novel kau..hehe)
Tapi, tahukah anda ada juga yang tak suka drama ni siap buat surat bantahan lagi..haha, korang nak tengok tak? ni ha...bawah ni sila baca ....kelakar kot.
_________________________________________________________________
Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya
TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.
i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?
ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!
iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.
iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess
v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha
vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..
vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati
"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan
3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana
Sekian,
"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"
( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya
________________________________________________________________
Sebelum tu nak bagitau korang...ini hanyalah entry suka-suka jer, bukan betul2 pon...haha. surat ini dikarang oleh CikGeli...ni link entry tersebut di blog beliau << SINI! >>
Yang aku jelos tu...surat bantahan CikGeli ni siap masuk portal Gua lagi., yang best tu Gua nak bagi hadiah kat dia lagi tu...huhu (jelos). Mencanak traffic blog dia naik pasni...haha

Rabu, 8 Jun 2011
matrikulasi vs meritokrasi
PUTRAJAYA: Pemilihan 35,000 pelajar yang merayu untuk memasuki program matrikulasi sesi 2011/12 dibuat secara telus dan berdasarkan merit bagi memastikan hanya mereka yang layak serta memenuhi syarat saja diterima masuk. Mereka yang merayu termasuk 113 pelajar diploma tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menolak tawaran dan ingin mengikuti pengajian dalam program matrikulasi.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jumlah yang merayu adalah besar namun pihaknya tidak mempunyai cukup tempat untuk menampung semua pelajar.
Katanya, isu mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak diterima ke program berkenaan juga tidak timbul kerana pemilihan dibuat berdasarkan merit ditetapkan.
“Ada yang mempertikaikan kenapa ada pelajar yang mendapat 8A diterima masuk, sedangkan pelajar yang mendapat keputusan 10A tidak diterima.
“Sebenarnya, kita melihat kepada empat subjek utama untuk diterima masuk ke program matrikulasi iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik serta Biologi, jika pelajar 8A mendapat A + dalam empat mata pelajaran berkenaan, sudah pasti dia akan diterima.
“Tetapi jika pelajar yang mendapat 10A hanya mendapat A+, 2A- dan 1A dalam keempat-empat mata pelajaran itu kita tidak terima, dan syarat itu membabitkan semua pelajar sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Sesi 2011/2012 kepada parti komponen Barisan Nasional di sini, semalam.
Pada majlis berkenaan, beberapa wakil daripada MCA, MIC, Gerakan dan PPP hadir untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa kekeliruan yang timbul mengenai pengambilan pelajar matrikulasi bagi sesi berkenaan. Dr Mohd Puad berkata, taklimat berkenaan dibuat selepas mendapat arahan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya semua pihak jelas mengenai pengambilan pelajar matrikulasi terutama bagi bukan Bumiputera.
Menurutnya, selain rayuan, pelajar juga keliru mengenai pengkhususan dalam program berkenaan. Katanya, isu pelajar tidak diberitahu mengenai pengkhususan tidak timbul kerana perkara itu tidak pernah wujud dan ia timbul berikutan kekeliruan pelajar sendiri.
Saringan ketat masuk matrikulasi
Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 8 Jun - Kementerian Pelajaran melaksanakan saringan yang cukup ketat dan telus dalam membuat keputusan berhubung 35,000 kes rayuan bagi kemasukan ke program matrikulasi sesi 2011/2012 di bawah kendaliannya. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, antara saringan yang digunakan adalah latar belakang keluarga calon dan mereka juga perlu memperolehi A+ dalam empat subjek iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi.
Menurutnya, keputusan itu turut bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada serta penglibatan calon rayuan itu dalam aktiviti kokurikulum. ''Walaupun keputusan rayuan telah dikeluarkan pada 4 Jun lalu tetapi kami merasakan penjelasan perlu dibuat bagi memastikan tidak timbul sebarang persepsi negatif yang seolah-olah kami tidak telus. ''Jumlah yang merayu ada 35,000 calon dan ia satu jumlah yang besar, maka sebab itulah kita pilih mereka berdasarkan merit yang ketat serta telus," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini. Taklimat lebih sejam yang bermula 11 pagi itu dikhususkan kepada MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP). Program tersebut menawarkan 25,000 tempat di 15 buah pusat matrikulasi di seluruh negara dan sesi pengajiannya bermula bulan depan.
Pada sidang akhbar sama, Dr. Puad memberitahu, program matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran tidak pernah menawarkan sebarang pengkhususan bidang pengajian kepada calon yang layak. Menurutnya, apa yang ditawarkan oleh program tersebut adalah tiga jurusan pengajian iaitu sains, perakaunan dan teknikal. ''Ia samalah seperti program matrikulasi universiti awam yang lain. Mana ada pengkhususan bidang pengajian kecualilah institut pengajian tinggi swasta (IPTS), mungkin kerana mereka berniaga," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)