Azhar, Balok Kuantan |
Pengeluaran produk dari ‘rare earth’ yang bakal dijalankan oleh LAMP ( Lynas Advance Material Plant) di Gebeng akan menjana lagi pendapatan Negara khususnya bagi Negeri Pahang Darul Makmur. Malah ianya mampu menyediakan peluang pekerjaan yang baik untuk rakyat dengan pendapatan yang tinggi serta menyediakan peluang projek kepada kontraktor-kontraktor tempatan. Maka bolehlah dikatakan bahawa ianya akan menyemarakkan lagi pembangunan dan kemakmuran di sekitar Kuantan khususnya Gebeng, Balok, Beserah dan Sungai Ular. Walaupun pelbagai isu dibangkitkan mengenai ‘Proses dan Pengeluaran ‘ serta pembinaan kilang produk ini termasuk protes-protes yang terus menerus dilakukan oleh pelbagi pihak terutamanya penduduk temptan namun demi menjamin kemakmuran ekonomi negeri dan negara serta menjana rakyat berpendapatan tinggi, maka isu serta protes yang terbangkit ini diketepikan malah mudah dikesampingkan. Di masa hadapan , Lynas akan terus menjadi salah sebuah syarikat yang mampu menjanjikan pendapatan tinggi kepada kakitangannya dan Kuantan terus menjadi lombong emas kepada kontraktor serta peniaga-peniaga untuk memperolehi keuntungan. BAYANGKAN …tiba-tiba tedapat kes kelahiran cacat oleh penduduk sekitar dan beberapa kes terpilih yang disahkan hasil kesan radiasi atau bahan tercemar radiasi. Akibat daripada itu maka ramai yang terkesan dan rasa terancam terutamanya penduduk Gebeng, Balok , Beserah , Sungai Ular, malah di sekitar Kuantan sendiri. Maka barulah kesedaran terhadap ancaman radiasi meninggi di kalangan penduduk yang kemuncaknya ramailah di kalangan mereka terutamanya yang mampu dan berasal dari luar Kuantan mula mencari arah baru sebagai tempat pelindungan mereka. Penghijrahan itu akan terus berlaku dan akan menyebabkan kesan yang teruk kepada perniagaan dan pastinya penurunan ketara harga hartanah. Akhirnya, impak daripada penghijrahan yang berterusan ini barangkali mampu melumpuhkan ekonomi dan aktiviti dikawasan berdekatan tersebut malah Bandar Kuantan sendiri. Hanya mereka yang asalnya sudah bermastautin di situ untuk selamanya, juga barangkali mereka yang merasa dirinya kebal. Lihatlah seperti apa yang berlaku di Sungai Lembing, Kuantan, di mana dahulunya kaya dengan bijih timah sehingga ia merupakan lombong bijih timah yang paling dalam dengan menggunakan tenaga perkerja yang sangat ramai. Pada ketika itu Sungai Lembing adalah merupakan tempat tumpuan pelbagi bangsa untuk mencari rezeki, malah sangat padat dengan penduduk. Namun setelah semuanya berakhir, kini dahulunya sebuah bandar yang meriah dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan pembangunan telah bertukar menjadi sepi. Banyak kediaman telah ditinggalkan begitu sahaja, bandarnya pula seperti hidup segan mati tak mahu. Maka mahukah dan haruskah orang Kuantan melihat sejarah yang sama berlaku sekali lagi di tempat yang kita telahpun pilih untuk bermastautin ini yang mungkin menjadi sepi sesepi Sungai Lembing di mana kita sendiri barangkali akhirnya terpaksa menjadi salah seorang yang terpaksa berhijrah meninggalkan segala kepentingan dan kenangan manis di sini. Oleh itu marilah kita sama-sama memastikan Lynas berhijrah terlebih dahulu dari bumi Kuantan dan Malaysia yang kita cintai ini. |
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 4 Ogos 2011
“STOP LYNAS, SAVE MALAYSIA
Oleh
Puasa
Alhamdulillah……seluruh umat Islam di Malaysia pasti baru selesai bersahur awal pagi tadi. Kita sebagai umat Islam wajib berpuasa pada hari pertama puasa sehingga tibanya waktu berbuka puasa nanti di sepanjang bulan Ramadhan kali ini (Waktu puasa adalah dari terbit fajar shadiq (waktu subuh) sampai terbenam matahari : waktu maghrib)
Bersahur pun adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat. Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur (Hadis riwayat An-Nasaie.)
Nampak? Yang mana terlepas atau malas nak bangun bersahur pagai tadi, boleh mulakan azam pada hari kedua Ramadhan pula ya…..Insyaallah.
Niat Puasa
Niat Puasa (Sebulan Ramadhan)
sumber: beritasemasa.com
Rabu, 3 Ogos 2011
Terbaek...
Benarlah kata orang, sekeping gambar yang kaku dan bisu mampu menceritakan 1001 kisah. Sekeping gambar yang kaku dan bisu juga mampu menimbulkan pelbagai perasaan pada yang melihatnya. Ada orang boleh jadi gembira, sedih, ketawa, kagum, simpati, marah, benci, dan sebagainya dengan hanya melihat sekeping gambar.
"Afghan Girl" - 1984
Info: Gambar ini dirakamkan oleh jurugambar National Geographic. Gadis Afghanistan didalam gambar ini bernama Sharbat Gula. Dianggarkan berusia 12 tahun dan ketika itu sedang ditempatkan disebuah kem pelarian.
Gambar ini menjadi terkenal kerana bukan mudah untuk mendapat peluang merakam gambar wanita Afghanistan pada masa itu. Identiti Sharbat Gula pula hanya diketahui pada tahun 1992.
Jurugambar: Steve McCurry.
"Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" - 1994
Info: Gambar kanak-kanak ini diambil di Sudan ketika negara tersebut dilanda bencana kebuluran. Ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang merangkak menuju ke sebuah pusat bantuan makanan PBB. Seekor burung nasar berdiri berhampiran kanak-kanak berkenaan...menunggunya mati sebelum dimakan.
Gambar ini memberi kejutan diseluruh dunia. Tiada siapa yang tahu nasib kanak-kanak berkenaan selepas itu kerana jurugambar yang merakamkannya bertindak meninggalkan tempat berkenaan sejurus selepas mengambil gambar tersebut.
Tahukah anda, jurugambar yang merakamkan gambar ini membunuh diri 3 bulan selepas itu akibat tertekan?
Gambar ini mendapat anugerah Pulitzer.
Jurugambar: Kevin Carter
"Portrait of Winston Churchill" - 1941
Info: Gambar ini diambil ketika Winston Churchill berkunjung ke Ottawa, Kanada. Gambar ini membuat jurugambar yang merakamkannya menjadi popular dan terkenal dan dianggap sebagai jurugambar potret terbaik pada masa itu.
Harga untuk mendapatkan khidmat jurugambar berkenaan turut naik dengan mendadak.
Jurugambar: Yousuf Karsh.
"Omayra Sánchez" - 1985
Info: Nama kanak-kanak dalam gambar ini ialah Omayra Sanchez. Dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa ketika letusan gunung berapi berlaku Nevado del Ruiz, Colombia yang mengorbankan 25,000 nyawa.
Omayra telah terperangkap didalam air dan runtuhan sisa konkrit selama 3 hari. Dia meninggal dunia akibat gangren dan hipotermia tidak lama selepas gambar diatas dirakam.
Kematian kanak-kanak tersebut mendedahkan tentang kegagalan pihak berkuasa Colombia untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tregedi letusan gunung berapi tersebut.
Jurugambar: Frank Fournier.
"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963
Info: Thich Quang Duc seorang sami Buddha dari Vietnam membakar dirinya hingga mati disebatang jalan yang sibuk di Saigon. Tindakan nekad itu diambilnya sebagai memprotes tindakan kerajaan Vietnam yang menganiaya sami-sami Buddha.
Beliau mahu Buddha diberikan hak yang sama seperti mana Katholik. Dalam masa yang sama beliau juga mahu sami Buddha dan rahib Katholik diberi hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing.
Tahukah anda, semasa tubuhnya dimamah api sami berkenaan langsung tidak menggerakkan badannya? Tubuhnya kekal dalam kedudukan begitu sehingga rentung.
Jurugambar: Malcolm Browne
"Tank Man Of Tiananmen" - 1989
Info: Walaupun gambar ini berjaya menarik perhatian dunia, namun identiti lelaki yang bertindak berani menghalang kemaraan barisan kereta kebal tentera China di Dataran Tiananmen ini tidak pernah diketahui sehingga kini.
Kejadian ini berlaku sehari selepas kerajaan China mengambil tindakan keras hingga mengorbankan ribuan nyawa penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah mahasiswa yang mahukan sistem demokrasi dipraktikkan sepenuhnya di China.
Jurugambar: Selain Jeff Widener, gambar diatas turut berjaya dirakam oleh 3 jurugambar yang lain.
"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932
Info: Gambar ini dirakam ketika sekumpulan pekerja binaan yang bekerja membina bangunan GE di New York sedang berehat sambil makan tengahari diaras 69 bangunan yang sedang dibina itu.
Mereka hanya duduk sambil berjuntai kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan diatas 'girder' yang tingginya adalah beratus-ratus kaki dari permukaan bumi.
Jurufoto: Charles C. Ebbets
" Bliss" - 2000
Info: Gambar ini diambil di Napa County, California. Gambar ini menjadi bertambah popular diseluruh dunia apabila Microsoft Corporation menjadikannya sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan 'wallpaper' dalam produk generasi Windows XP mereka.
Jurugambar: Charles O'Rear
"The Plight of Kosovo Refugees" - 1999
Info: Gambar ini dirakam ketika seorang ibu muda pelarian Kosovo cuba memindahkan anaknya Agim Shala yang berusia 2 tahun dicelah pagar kawat berduri ketika perang Balkan.
Gambar ini juga pernah tercalon untuk menerima anugerah Pulitzer.
Jurugambar: Carol Guzy
"Fire on Marlborough Street" - 1975
Info: Akibat panik kerana rumah yang mereka diami terbakar, Diana Bryant mengambil tindakan nekad untuk terjun menyelamatkan diri bersama-sama anaknya yang masih kecil.
Dia terbunuh dalam kejadian itu namun anaknya terselamat kerana berjaya disambut oleh anggota bomba yang berada dibawah bangunan berkenaan.
Tregedi malang yang menimpa Diana Bryant telah menyebabkan prosuder serta kaedah menyelamat dan memadam kebakaran yang dipraktikkan ketika itu dikaji semula.
Gambar ini turut mendapat anugerah Pulitzer.
Jurugambar: Stanley J. Forman"bersih 2" - 2011Info: Sewajarnya gambar Suwardi ini termasuk dalam katogeri gambar terbaik. Gambar ini dirakam di Kuala Lumpur ketika berlakunya rusuhan BERSHIT 2.0 yang disertai rakyat Malaysia yang dianjurkan oleh Bersih dan berpuluh NGO.Jurugambar : Tidak di ketahui
Janggut vs wanita
Lelaki Berjanggut Bikin Wanita Jatuh Cinta
Bagi jejaka yang masih solo dan sukar mencari gadis idaman hati
untuk dijadikan suri hidup, apa kata ubah penampilan anda. Sekiranya
anda serasi dengan imej wajah ‘bersih’ tanpa janggut selama ini, apa
kata lakukan transformasi dengan mengubah imej tersebut.
Pastinya ada kejutan yang akan bakal anda alami dengan
penampilan baru itu. Siapa tahu, hari tersebut bakal merubah hidup anda
yangs epi tanpa wanita bergelar kekasih sebelum ini.
Justeru, bagi lelaki yang tidak suka menyimpan janggut lebih baik anda
mula mempertimbangkannya hari ini. Kerana berdasarkan satu kajian yang
dijalankan, didapati ramai wanita mudah terpikat pada lelaki berjanggut.
Hasil tinjauan yang dilakukan terhadap beberapa wanita yang berusia
sekitar 18 hingga 44 tahun mendapati lebih daripada 50% wanita memilih
untuk berdampingan dengan jejaka berjanggut. Bagi mengenal pasti lelaki
pilihan mereka, setiap gadis ditunjukkan 15 foto lelaki yang memiliki
imej berbeza-beza, iaitu daripada merea yang dagunya licin tanpa janggut
hinggalah mereka yang menyimpan janggut. Tujuannya adalah untuk
mengenal pasti ciri-ciri lelaki yang dianggap dewasa, romantis, agresif
dan serius dalam menjalin hubungan cinta.
Ternyata hasilnya begitu mengejutkan kerana majority daripada
wanita-wanita tersebut memihak pada lelaki berjanggut. Ini kerana bagi
mereka, lelaki yang tidak bercukur memiliki daya tarikan tersendiri.
Malahan, mereka juga turut memilih lelaki berjambang untuk menjadi teman
hidup mereka. Jadi mulai sekarang jangan cukur janggut kamu wahaii
lelaki huhuhu tapi janganlah biar berserabai hahahhaha…
Bagi jejaka yang masih solo dan sukar mencari gadis idaman hati
untuk dijadikan suri hidup, apa kata ubah penampilan anda. Sekiranya
anda serasi dengan imej wajah ‘bersih’ tanpa janggut selama ini, apa
kata lakukan transformasi dengan mengubah imej tersebut.
Pastinya ada kejutan yang akan bakal anda alami dengan
penampilan baru itu. Siapa tahu, hari tersebut bakal merubah hidup anda
yangs epi tanpa wanita bergelar kekasih sebelum ini.
Justeru, bagi lelaki yang tidak suka menyimpan janggut lebih baik anda
mula mempertimbangkannya hari ini. Kerana berdasarkan satu kajian yang
dijalankan, didapati ramai wanita mudah terpikat pada lelaki berjanggut.
Hasil tinjauan yang dilakukan terhadap beberapa wanita yang berusia
sekitar 18 hingga 44 tahun mendapati lebih daripada 50% wanita memilih
untuk berdampingan dengan jejaka berjanggut. Bagi mengenal pasti lelaki
pilihan mereka, setiap gadis ditunjukkan 15 foto lelaki yang memiliki
imej berbeza-beza, iaitu daripada merea yang dagunya licin tanpa janggut
hinggalah mereka yang menyimpan janggut. Tujuannya adalah untuk
mengenal pasti ciri-ciri lelaki yang dianggap dewasa, romantis, agresif
dan serius dalam menjalin hubungan cinta.
Ternyata hasilnya begitu mengejutkan kerana majority daripada
wanita-wanita tersebut memihak pada lelaki berjanggut. Ini kerana bagi
mereka, lelaki yang tidak bercukur memiliki daya tarikan tersendiri.
Malahan, mereka juga turut memilih lelaki berjambang untuk menjadi teman
hidup mereka. Jadi mulai sekarang jangan cukur janggut kamu wahaii
lelaki huhuhu tapi janganlah biar berserabai hahahhaha…
Selasa, 2 Ogos 2011
Yakin!
''ketika dajjal muncul, seorg lelaki dalam kalangan orang yg beriman mencarinya. Dia bertemu dgn sekumpulan tentera dajjal. Lalu mereka bertanya kepadanya, 'Apakah yg sedang kamu mencari?'Pemuda beriman itu menjawab. "saya mencari org yg keluar".Lalu mereka bertanya kepadanya, "Adakah kamu tidak percaya pada tuhan kami?"
Dia menjawab 'Tuhan kami tidak ada yg meragukan'
Maka tentera dajjal berkata, ' Bunuh saja dia'.
Maka sebahagian drpd mereka berkata kpd org lain, Bukankah Tuhan kamu melarang kamu membunuh seseorg tanpa izinnya?'
Lalu tentera dajjal membawanya (pemuda mukmin itu) ke hadapan Dajjal. Apabila org yg beriman itu melihatnya, maka dia berkata, 'Wahai sekalian manusia, inilah dajjal yg dinyatakan oleh Rasulullah SAW!''
Maka Dajjal segera menyuruh supaya merebahkan tubuh org beriman itu, & memerintahkan supaya menyiat kulit & memukul belakang & perutnya. Lalu dajjal bertanya. "Adakah engkau masih tidak mempercayai kami?'
Dia menjawab, "engkau adalah Dajjal si pendusta."
kemudian diperintahkan supaya (pemuda beriman itu) digergaji dari atas kepalanya hingga kakinya menjadi 2 bahagian, lalu dajjal berjalan di tgh dua bahagian badan yg terbelah dua. Kemudian Dajjal memerintahkan, 'Bangunlah!'
Maka bangunlah & tegaklah dia. Kemudian Dajjal bertanya lagi, 'Adakah kamu masih belum percaya kepadaku?'
Dia menjawab, 'Tidak berkurang pengetahuanku ttg kamu, bahkan bertmbh yakin.'
Kemudian org beriman tersebut berkata. 'Wahai sekalian manusia, Dia (dajjal) tidak dpt berbuat demikian lagi kpd seorang pun.'
Maka die berusaha membunuh kembali org beriman itu. tetapi ALLAH meletakkan antara lehernya & bahagian belakang org itu tembaga, hingga dia tidak mampu disembelih. Kemudian dipeganglah tgn & kaki org tersebut, lalu dilemparnya. Mereka menyangka dia dilemparkan ke dalam neraka, padahal dia dilemparkan ke SYURGA.
kemudian Nabi SAW melnjutkan ceritanya, 'Itulah manusia paling besar kesaksiannya(syahid agung) di sisi Tuhan semesta alam''. SUBHANALLAH~ smoga kita mengambil pengajaran & iktibar serta ilmu dari pe yg telah dibaca ini. ADAKAH KITA SEPERTI INI SATU HARI NANTI? OR SEBALIKNYA? wallahu'alam...sebar2kanlah kepada umat islam yg lain..dakwah kita bersma~(HADIS SAHIH DIREKODKAN IMAM MUSLIM (8/200) & IBNU MANDAH (95/1) DRPD QAIS IBNU WAHAB, DRPD ABU AL WADAK)
Langgan:
Catatan (Atom)