Sabtu, 20 Ogos 2011

Isu BI

Oleh periapahit 


"Tahap meluat aku kepada Bend sudah sampai ketahap GABAN. Sebab itulah bila aku membuat ulasan isu-isu semasa kini aku tidak lagi mahu mengguna bahasa yang lunak lagi !@#$%^

Dalam isu pengambilan 300 guru dari Amerika untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia, nampak sangat !@#$%%. Perkara yang kecil macam tu pun dia tak nampak besar impaknya, macam mana nak nampak pekara yang lebih besar impaknya.

Semua tahu pelajar Malaysia mengunakan English 122 iaitu bersilibuskan United Kingdom. Satu dunia tahu bahawa dialek English Amerika amat sukar difahami berbanding English UK. Sebab itulah apabila pelajar Malaysia mengambil kursus atau jurusan TESL (Teaching English as a Second Language), mereka ditempatkan di UK bukan Amerika (kalau yang layak belajar di luar Negara). Pelajar-pelajar Malaysia yang nak menyambung pelajaran ke Amerika pula terpaksa menduduki kelas persediaan TOFEL sebelum melanjutkan pelajaran ke US. Ambil orang Amerika untuk ajar dialek orang UK.

Lagi satu, pasai apa nak pi ambik mat salleh dari us tu yang langsung tak tahu pasal bahasa melayu. Kalau hantar mat salleh ni pi sekolah pun belum tentu cikgu-cikgu yang ada kat Malaysia ni boleh faham dialek dia orang. Aku yang sering pi overseas pun kalau cakap dengan puak-puak US ni pun terpaksa bagi perhatian lebih sebab dahlah slang, cakap pun cepat. Macam orang Malaysia juga, kalau pergi utara, lain loratnya, pi Timur, lain loratnya dan kalau kat KL lain pula loratnya. Macam tu jugalah dengan puak-puak US ni.  Buat apa Malaysia pergi hantar budak-budak belajar TESL kat UK kalau kebolehan mereka tidak digunakan. Buat apa UIA buat kursus TESL kalau mereka-mereka ini tidak digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris disini.

Bahkan di Malaysia sahaja ada begitu ramai guru English yang berpengalaman untuk berkhidmat. Tak perlu mat salleh dari US ni. Yang jadi masaalah sekarang ni ialah pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seorang guru English tak akan dapat menerap istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana itu bukan opsyen beliau dan seorang guru sains dan matematik sukar untuk membudayakan bahasa inggeris dalam pengajaran mereka kerana itu bukan opsyen mereka.

Aku ambil satu contoh, ada seorang rakan aku yang pernah mengajar bahasa inggeris disebuah sekolah di utara tanah air menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dalam pengajian bahasa inggeris. Cara dia mengajar menimbulkan kegemparan di sekolah tersebut sehingga beberapa guru senior mengadap pengetua membuat komplein pasai dia ajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu.

Bila ditanya, dia kata apabila dia ajar dalam bahasa  inggeris, bila ditanya murid-murid semua kata “UNDERSTAND………………………………….”. Bila buat ujian, “GAGAL………………………………………………”. Jadi apa guna kita syok sendiri. Yang rugi pelajar kita kata beliau. Jadi beliau menggunakan kaedah bahasa melayu. Mula-mula dia terangkan apa itu “PAST TENSE, kemudian PRESENT TENSE. Dia ajar apa itu SINGULAR dan apa itu PLURAL. Bila budak-budak itu dah mula faham semua itu, dia mulakan dengan olahan berita pendek dalam bahasa inggeris dari akhbar-akhbar Bahasa Inggeris untuk ditranslate ke Bahasa Melayu. 

Dari situ dia kata dia akan dapat melihat tahap kefahaman para pelajar. Bila tahap kefahaman dah samapi ke satu peringkat, dia akan meminta para pelajar mengolah berita pendek bahasa Malaysia dari akhbar untuk ditranslate ke bahasa inggeris. Selepas berpuas hati dengan tahap pemahaman para pelajar tersebut, barulah dia menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar . Itu pun tak sepenuhnya.

Bila aku dengar penjelasan dia, maka aku terfikir, sebenarnya kita memerlukan kaedah bukannya guru-guru dari US ini. Kalau sekadar memiliki guru dari US ini tetapi macam ayam dengan itik hubungan mereka dengan pelajar apa gunanya.
Mat Sembab janganlah memperkecilkan keupayaan guru-guru di Malaysia. Kalau tak yakin dengan guru-guru di Malaysia dan juga pelajar-pelajar Malaysia yang belajar TESL tu tak diyakini, lebih baik bubarkan saja kursus tu.

Akhir kalam tolonglah, kalau dah terserlah kebangangan tu... jangan la ajak orang lain jadi lebih bangang...

Naik Harga

SAFAR JUMAAT
SUKAR untuk menolak anggapan rakyat terbanyak, Bend semakin popular dengan singkatan ‘Barang Naik’. Malahan, di kalangan mereka yang berada di bawah payung Bend sekalipun, tidak dapat menolak dakwaan itu.
Pemimpin Bend di Putrajaya dan mereka yang berpejabat di Menara Dato’ Onn, PWTC mungkin tidak merasa apa-apa dengan sungutan rakyat di bawah, bahawa semua barang keperluan semakin mahal, kerana mereka tidak berada di arus bawah dek sebaliknya sedapnya berkerusi empuk di pejabat masing-masing.


Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memantau harga juadah di bazar Ramadan sebenarnya satu penghinaan kepada peniaga-peniaga kecil Melayu tetapi dia tidak pula mengeluarkan kenyataan mahu memantau harga jualan di pasaraya-pasaraya milik taikun asing.

Acapkali rakyat mengeluh. Kenaikan harga barang menyebabkan hidup mereka yang berpendapat kecil dan sederhana benar-benar tertekan, tetapi kerajaan akan menjawab nanti, kurangkan guna gula untuk membendung kenaikan harga gula.

Jika harga sayur-sayuran melambung, sungutan rakyat akan dijawab kerajaan, bercucuk tanam di rumah untuk mengurangkan belanja membeli sayur-sayuran di pasar.

Begitulah seterusnya, jika harga minyak yang naik, kekecewaan rakyat akan kerajaan jawab, kurangkan makanan berminyak dan yang bergoreng.

Sebenarnya, harga ubat-ubatan pun melambung. Kalau seseorang itu memerlukan ubat, bolehkah kerajaan atau menteri memberi kenyataan, kurangkan makan ubat bagi membendung kenaikan harga ubat?

Dulu, bila harga minyak naik, kerajaan akan kata ini bukan kenaikan harga minyak, tetapi ini penyesuaian subsidi yang menyebabkan kenaikan berlaku.
Sesekali akan ada kenyataan dari menteri, gunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana untuk mengurangkan penggunaan minyak.

Yang belum menteri keluarkan kenyataan, gali minyak sendiri jika sesiapa ada terjumpa sumber minyak dari bumi dan belum kedengaran menteri memberi nasihat kepada rakyat, berjalan kakilah ke pejabat kerana dengan cara itu akan menyebabkan kita sihat kerana peluh sentiasa mengalir.

Soalnya, sampai bila kerajaan mahu menepis keluhan ini dengan kenyataan-kenyataan kurang cerdik ini?

Adakah kerajaan memang beranggapan rakyat Malaysia adalah dari kalangan mereka yang kurang cerdik, maka mereka harus dilayan dengan cara kurang cerdik?

Satu hal lagi yang rakyat meluat dengan kerajaan ialah kenyataan dari menteri setiap kali ada pertanyaan mengenai kenaikan harga barang, mereka akan menjawab, di negara-negara jiran lebih tinggi harga barangan ini jika dibandingkan dengan harga di negara kita.

Belum pernah pula mereka berkata, gaji dan pendapatan di negara jiran lebih tinggi dari negara kita, indeks rasuah dan penyelewengan tidak pula mahu mereka bandingkan kecuali membandingkan harga barangbarang keperluan yang betul-betul menjerut leher rakyat.

Mana mungkin rakyat boleh menerima kenaikan tambang bas sekolah, harga pakaian sekolah dan alat-alat tulis?

Mungkinkah menteri akan membuat kenyataan, jangan pakai uniform ke sekolah untuk menjimatkan belanja?

Ketika rakyat menghadapi kesukaran yang tak terucap ini, kerajaan dibelit dengan cerita inflasi dan cerita seorang isteri pembesar negara berbelanja sakan di luar negara hingga timbul cerita pembelian cincin yang berhaga RM24 juta.

Hati mana yang tak sayu mendengar cerita seperti ini? Siapa yang tidak geram. Walaupun kesahihannya boleh diragui, tetapi jika ada isteri pembesar mampu membeli cincin yang berharga RM2.4 juta pun, ia sudah dikira merobek kesetiaan rakyat terhadap sokongan yang mereka berikan selama ini.

Malahan, jika harga cincin yang dibeli itu bernilai RM240 ribu sekalipun, ia sudah cukup untuk rakyat memberitahu Bend, cukuplah. Berilah peluang parti lain pula memerintah.

Apa yang sudah Bend berikan kepada rakyat selama ini, terima kasih tetapi kalau rakyat terus memberikan sokongan kepada Bend, seolah-olah rakyat merestui ceritacerita pembelian cincin bernilai RM24 juta, RM2.4 juta dan RM240 ribu.

Itu baru satu cerita. Belum lagi cerita penyelewengan dalam pemberian tender dan projek-projek pembelian senjata dan kapal selam. Rakyat terus merintih, kerajaan terus membazir dan tidak mahu memperbaiki kelemahan.

Bila ditegur, nanti mereka akan menafikan dengan kata-kata, banyak perkara lain yang perlu kita utamakan. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap pembangkang. Pembangkang memang hanya tahu membangkang tetapi mereka tidak menjawab teguran mengenai pembaziran dan isu perbelanjaan tidak berhemah.

Menjelang Aidilfitri ini, pastinya banyak barang-barang keperluan akan dinaikan harga. Menteri akan mengeluarkan kenyataan, bekalan ayam, telur, minyak dan tepung mencukupi untuk umat Islam menyambut Syawal tetapi usaha membendung kenaikan harga barang, ternyata kerajaan tidak mampu membendungnya.

Apakah kerajaan akan terus meminta rakyat menerima apa sahaja yang berlaku ini dan dalam masa yang sama, mereka yang sedang berkuasa sibuk menghabiskan wang kerajaan yang ada bagi kesenangan mereka dan tujuan kepentingan politik mereka.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang sedang seronok dengan kempen 1Malaysia, terdesak merasmikan kedai 1Malaysia yang dikatakan menjual barangbarang keperluan dengan harga murah tetapi tahukah beliau bahawa bukan orang di sekitar kedai 1Malaysia itu sahaja yang memerlukan barang-barang harga murah, sebaliknya setiap rakyat negara ini menentang kenaikan harga barang-barang keperluan.

Mereka yang duduk di kerusi empuk sekarang ini tidak pernah merasakan kenaikan harga barangbarang keperluan ini, lebih-lebih lagi mereka semuanya kaya-raya dan duduk di rumah yang kecil sedikit dari Istana Negara tetapi rakyat yang mereka anggap kurang cerdik sudah boleh berfikir, apakah kerajaan ini perlu disokong lagi atau tidak.

Bak kata orang-orang tua, kalau ada duit, macam-macam boleh beli, tapi kalau tak ada duit macam-macam boleh jadi. Maka, mereka akan berusaha untuk menumbangkan kerajaan yang dilihat sudah tidak berkemampuan membendung kenaikan harga barang-barang.

Apakah alasan yang hendak dicipta kerajaan apabila kenaikan harga barang-barang ini berterusan?

Apakah menteri akan memantau Bazar Ramadan sahaja dan tidak pedulikan kenaikan faedah pinjaman dan macammacam kenaikan terpaksa alat ganti kenderaan dan kelengkapan rumah?

Jadi, kalau ada rakyat yang beritahu kepada Bend, cukuplah. Sudah lama kami memberi sokongan dan peluang untuk BN memerintah, tetapi kebajikan kami tidak pernah dipedulikan, apakah Bend akan marah kerana rakyat seperti ini dianggap seperti tidak tahu mengenang budi?

Nanti mereka akan kata, kamilah yang memerdekakan negara. Kamilah yang membina stadium dan kamilah yang membina landasan kereta api. Kalau kami tak bina stadium, di mana pemain bola sepak nak bermain bola sepak dan jika kami tidak bina landasan kereta api, di manakah keretapi nak lalu?

Cuma, mungkin mereka tidak berkata, tanpa landasan keretapi, pemain bola sepak boleh bermain di tapak landasan kereta api dan di tapak stadiumlah nanti kereta api akan menurunkan penumpangnya! Rakyat bukan bodoh.

Serbuan JAIS DUMC


sophia murtad (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan GerejaTempohari, kami telah menyiarkan sedutan video mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ke atas gereja.Dan pada hari ini, kami menyiarkan pula laporan penuh JAIS berhubung insiden tersebut.
LAPORAN OPS AKIDAH di GEREJA
1. PENDAHALUAN
Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan “THanksgivng DInner” sepertimana alamat di atas.
2.2 Tindakan dibuat berdasarka peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam sendiri.
2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.
2.4 Program Thanksgiving Dinner ini diyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.
2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan SEA PArk.
3. PELAKSANAAN OPERASI
3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.
3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.
3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.
3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda namaDream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.
3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.
3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.
3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya “Sofea” dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan.
3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.
3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan seorang “tetamunya” cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan  undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.
3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.
3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat pendaftaranb dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian kagu – Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif sepertimana dilampirkan.
tentatif jais gereja (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja3.12 Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.
kuiz islam gereja (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja3.13 Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada dewan tersebut.
3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan barang kes).
isu murtad malaysia (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja3.15 Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):
i)   Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
ii)  Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)
iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
iv)  Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
v)   Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
vi)  Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
ix)  Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
x)   Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
xi)  Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246
3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.
4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah “Thanksgiving Dinner” yang berunsurkan Kristian.
4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam.
4.3 Walaupun majlis itu adalah “Thanksgiving Dinner”, terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:
4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.
4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.
4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.
4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.
4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan).
4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.)
4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang dilakukanb oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia.
4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab “I Believe in God” dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kadpengenalannya jelas beliau seorang Islam.
5. PENAFIAN
5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.
5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan.
5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS.
6. PENUTUP
Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.
Disediakan oleh:
Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh: 4 Ogos 2011

selipar ku dicuri orang....

"Aaaaaa!!!! Seliper ilang sebelah!!!" tekezut org sekeliling mendengar raungan seorang belia selepas solat jumaat tadi.. Belia tsebut mundar mandir mencarik2 seliper jename crocs sebelah kirinye yang tidak kelihatan dek pandangan mate kasarnye sambil mulutnye terkumat kamit berzikir memaki hamun si pencurik...

Dalam masa yang sama, dia tidak terfikir akan nasib orang lain yang kehilangan dua belah selipar.. "Aduyai..mane la ilang seliper aku ni...!@#$%^&*" seperti belia tadi, pakcik ini juga membasahi lidahnya dengan alunan maki hamun kepada si pencurik..

Ketika itu juga, dia tidak terfikir akan orang yang kehilangan sebelah kaki..
"AARRGGHHKKK!!!! ni sume ko punye pasal kaki aku kene potong...!! potpetpotpet!!" encik ini
menempiaskan air liurnya sambil memarahi pemandu kereta yang terlanggar kaki kiri beliau hasil kecuaian encik itu sendiri..

Dalam masa yang sama, dia tidak terfikir akan orang yang kehilangan kedua belah kaki..
"Ko kejam!!! !@#$%^&*" perempuan ini menjerit-jerit sambil menyalahkan orang yang terlepaskan asid yang berbahaya menyebabkan terkena kaki perempuan itu..

Ketika itu juga, dia tidak terfikir akan orang yang kehilangan satu badan..
"........" abang ini hanya terdiam kerana satu badannya lumpuh. Di dalam hatinya, dia sentiasa bersyukur kerana masih dapat terus hidup untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.

Begitulah karenah manusia di muka bumi Allah ini. Ramai yang tidak bersyukur sekiranya ditimpa satu musibah. Mereka tidak memikirkan perihal orang lain yang diuji dengan ujian yang lagi besar dan hebat. Dan adakalanya, musibah yang melanda itu adalah balasan daripada perbuatan kita 
sendiri.

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan perkara yang terbaik untuk kita.
Kadang kala, perkara yang kita sangka buruk itu, merupakan perkara yang terbaik untuk kita.
Dan kadang kala, perkara yg kita sangka baik itu, merupakan perkara yang buruk untuk kita.
Berdoalah kepada Allah semoga kita mendapat yang terbaik untuk diri kita di dunia dan di akhirat



sumber: http://hilmi-atudisma.blogspot.com

Khamis, 18 Ogos 2011

nenek ubi beca


Situasi sebenar : 
Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."