بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم
و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami
guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY
اهلا وسهلارمضان 1446
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
2. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
3. maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini,
4. Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Al-Ikhlas 3x
Ayat penggerak 3x(Bismillahillazi....wa huwassami' ul a"lim)
Keluar rumah melangkah kaki kanan sambil membaca doa keluar rumah (Bismillahi Tawakkal....Azim)
Semasa sampai di kedai atau majlis:
Quraish 1x
InnALLAHa Qawiyun Aziz 3x
Ayat pengerak 3
Masuk dengan kaki kanan ke dalam majlis. Jika ada petanda seperti loya, pening dsb, itu adalah petanda yang tempat tersebut mempunyai pelaris.
Mengikut pengalaman perawat2 islam, jika ada sihir di dalam makanan, pinggan atau cawan akan pecah. Cuba amalkan untuk kesejahteraan bersama. InsyaALLAH ALLAH beserta kita yang sentiasa ingat padaNya.
Semua orang tahu bahawa ekonomi Amerika Syarikat sudah berada di ambang bahaya.Krisis ekonomi di Amerika masih lagi belum pulih dan hasil penurunan taraf dari AAA kepada AA+, menunjukkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat diambang kemelesetan.
Sebelum itu, kami ingin anda lihat video dibawah tersebut sebelum kami membuat kesimpulan.
Video di atas merupakan penerangan ringkas mengenai masalah ekonomi Amerika Syarikat yang berada di ambang kegawatan sekarang.Perbelanjaan AS sekarang hampir mencecah $4 trilion setahun berbanding dengan pendapatan $2 trilion setahun.Kekurangan pendapatan ini, dinamakan defisit, dimana defisit perbelanjaan AS adalah $2 trilion setahun.
Seperti mana-mana penyelesaian praktikal bagi negara-negara lain juga, untuk mengatasi masalah ini, caranya adalah dengan meminjam wang.Ini termasuk juga dengan negara AS.Pinjaman mereka diberi dalam bentuk BON.BON ini boleh dijual kepada bank tempatan,pelabur-pelabur yang terdiri dairpada rakyat biasa mahupun negara-negara yang berminat.Malaysia juga merupakan pembeli BON Amerika Syarikat.
Apabila kita menjual BON,ini bermakna pada sampai satu ketikanya nanti, penjual perlu membaya hutangnya beserta faedah yang dijanjikan untuk pembeli BON tersebut.Dalam kes ini, AS yang menjual BON tadi, tidak mempunyai duit untuk membayar faedah tersebut.
Jadi, apa yang AS lakukan,adalah dnegan menjual lebih banyak BON untuk membayar faedah tadi.Senarionya, bolehlah disamakan dengan membuat hutang lain untuk membayar hutang lain.Gali lubang, tutup lubang.Dan ianya dilakukan berualng-ulang kali sehinggalah Amerika Syarikat sekarang ini dibebani hutang dan faedah hampir 14 trilion!
Kerana terlalu banyak meminjam, AS sekarang hampir ketandusan untuk mendapatkan pinjaman,serta berusaha pula untuk meningkatkan syiling hutangnya yang sudah pun terlalu banyak,berbanding pendapatan tahunan negara mereka.Oleh sebab itu, antara cara AS boleh mengatasi masalah ini adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan menaikkan cukai.
Mencetak lebih banyak duit tanpa bersandarkan pada rizab emas, bermakna harga duit tersebut bakal berkurang nilainya.Ini akan membuatkan harga komoditi seperti minyak, emas, dan makanan menjadi lebih mahal.Ini yang bakal kita kenali sebagai inflasi.Inflasi di Malaysia sahaja pada tahun 2010 adalah 3.4 peratus.
Berbalik kepada ekonomi AS tadi,pada negara yang memberikan pinjaman kepada AS tersebut,nilai duit negara mereka juga akan turut jatuh.Dolar AS akan kelihatan lebih mahal berbanding matawang negara yang memberikan pinjaman.Oleh itu,kos untuk sesuatu produksi atau pekerja akan menjadi lebih murah untuk negara yang memberi pinjaman.
Contohnya, banyak kilang-kilang jenama besar sepert Nike,Adidas dan juga Apple,menjadikan China sebagai kilang produksi barang mereka,kerana kos pekerja yang sangat murah.Ini bakal membuatkan rakyat Amerika sendiri, akan lama kelamaan,kehilangan kerja dan sumber pendapatan.
Apabila jumlah pekerja semakin kurang, maka semakin kuranglah pendapatan cukai negara AS.Ini akan menyumbang kepada kemelesetan ekonomi.Nak naikkan cukai, inflasi akan semakin tinggi.Nak pinjam duit lagi,memang boleh, tapi hutang dan faedah $14 trilion tadi pun tak mampu nak bayar, inikan pula nak pinjam lagi?
Bila AS tidak membayar faedah dah hutang kepada pelabur BON tadi, bermakna pelabur ini kemudiannya tidak akan mempunyai wang.Bank yang membeli BON pula tadi, tidak mampu untuk mengeluarkan duit lagi kepada pengguna mereka.Kredit pinjaman juga tidak akan diberikan.
Bagi negara yang membli BON tadi, kemelesetan juga akan sedikit sebanyak memberi kesan.Ini bakal merugikan negara yang membeli BON tersebut.Faktanya, hampir semua negara membeli BON AS, atas sebab spekulasi bahawa ekonomi Amerika Syarikat adalah kukuh dan berkembang pesat.
Dan apabila berlaku kemelesetan ekonomi AS ini, inilah yang membuatkan kejatuhan ekonomi dunia.Apabila ekonomi AS jatuh, banyak negara dan pelabur kembali kepada komoditi emas.Inilah yang membuatkan harga emas semakin meningkat dan menarik ramai pelabur untuk melabur keatasnya.
Setiap kali kita makan nasi…tahukah kita dari mana datangnya beras itu? Bila kita makan ikan, dari mana datangnya ikan itu? Bila kita makan ayam, dari ladang mana ayam itu? Pengguna sudah tak kisah kalau peha ayam dari Manjong, kepak ayam dari China, dada dari Vietnam. Itu tak penting…yang penting kita makan saja.
Bila kita makan sayur, tahukah kita sayur itu dari Indonesia atau dari Australia? Ramai pelawat ke Cameron Highlands suka mencari ubi keledek rebus Cameron Highlands. Ubi keledek ni special sebab kurang serat dan manis. Apa yang orang tak tau… ubi ini dari Indonesia tapi dijual di Cameron Highlands.
Baru-baru ini, heboh pasai telur tiruan dijual di Pulau Pinang. Dulu pun ada orang jual telur ayam murah di Kuala Kangsar. Kalau telur ayam biasa, satu tray antara RM8-10. Tapi ada orang jual hanya RM5.00 untuk satu tray (30biji). Belum sempat keluar lori dah habis. Ramai orang beli carrot dan broccoli kat Cameron Highlands…tapi apa yang orang tak tau, carrot dan broccoli itu semua dari Australia. Carrrot Cameron Highlands kecik-kecik dan dijual dengan daunnya sekali.
Pengguna hanya mahu barangan yang murah tanpa mahu mengetahui dari mana asal usul barangan itu dan berapakah kos yang munasabah. Depa tak peduli kalau telur ayam itu telur reject dari pusat penetasan anak ayam.
Maklumat rangkaian makanan ini sengaja diputuskan untuk memastikan pengguna boleh ditipu. Sekarang ini berapa ramai yang tahu sama ada ikan itu datang dari Pangkor atau Narathiwat? Berapa ramai yang kenal mana kobis Cameron Highlands, kobis Indonesia atau kobis China? Peduli la…yang depa tau kobis murah atau kobis mahal.
Keselamatan makanan tak termasuk dalam spesifikasi. Peduli la kalau penuh dengan racun. Kadang-kadang aku kesian tengok pelancong ke Cameron Highlands yang kemaruk strawberry. Sampai saja terus petik..dan terus masuk mulut. Pengguna menetapkan spesifikasi tentang barang yang depa mahu. Murah, segar, dan sedap. Kalau makanan yang sudah siap…spesifikasinya ialah , bau rupa, rasa.Hangpa nak bubuh apa…itu aku tak peduli.
Cuba fikir…strawberry tak tunggu hujung minggu atau hari cuti baru dia nak masak. Strawberry tak tunggu pelancong untuk masak. Dan untuk memastikan buah strawberry masak serentak dengan kedatangan pelancong..macam-macam depa bubuh. Kalau mahu racun-racun yang diharamkan, yang diseludup masuk dari Thailand…pergi Cameron Highlands. Tapi kena ada kabel la.
Sama macam mana sistem pendidikan dipisahkan dari masyarakat..pertanian juga dipisahkan dari pengguna. Kalau ibubapa sudah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku disekolah, pengguna juga sudah tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku diladang atau kebun.
Dalam pendidikan, ibu bapa hanya mahu tahu anak depa dapat berapa "A". Depa tak peduli kalau sistem pemarkahan itu dimanipulasi untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang dapat "A". Depa tak peduli kalau markah lulus untuk Additional Mathematics ialah 1. Dapat satu markah pun lulus!!
Kemudian datang hypermarket. Mula-mula dulu Giant, Carrefour,Makro,tapi yang paling agresif ialah TESCO. TESCO dianggap "berjaya' kerana dibantu oleh ajensi kerajaan seperti FAMA ataupun Pertubuhan Peladang. Dalam pertanian, pengguna hanya mahu sayur yang segar dan murah. Hangpa nak buat macam mana..itu hangpa punya pasal.
Kriteria utama TESCO ialah M U R A H. Kalau harga cabai masak di pasar awam berharga RM10.00 sekilo, TESCO mesti jual antara RM6.00-8.00. Kalau harga di pasar awam jatuh kepada RM4.00, TESCO akan jual lebih murah lagi.
Itu harga jualan runcit. Berapa harga diladang? Katakan TESCO ambil untung 30%. Pembekal yang meraih dari peladang perlu ambil minima 70%.
Ramai orang ingat orang tengah ambil untung atas angin dan mencekik darah…tapi kena ingat…orang tengah kena bayar petrol, tol PLUS, tol JPJ, tol trafik. Berapa yang petani dan pekebun dapat? Sedangkan harga baja, upah pekerja semakin meningkat!
Pembekal kepada TESCO ini juga perlu menanggung modal yang tinggi. Setiap kali penghantaran belum tentu dapat bayaran dalam masa sebulan. TESCO jual barang secara tunai dan duit tu depa masuk dalam bank. Dua bulan dah berapa interest yang depa kutip? Manakala orang tengah kena pinjam dari bank untuk menanggung kos dan terpaksa membayar interest.
Pengguna pula dah tak mahu beli sayur di pasar awam sebab mahal. Petani pula tak sanggup nak jual kepada pembekal TESCO sebab harga yang terlalu murah. Akhirnya…lebih baik tanam sawit.
Tapi…kalau petani tak mau tanam sayur, apakah TESCO tak dapat bekalan? Depa buat hubungan dengan cukong-cukong kaya untuk membuat ladang sayur Hi tech yang memerlukan modal jutaan ringgit.
Hangpa seronok makan broccoli, cauliflower, salad ataupun sayur-sayur iklim sederhana. Kacang panjang, terung, kobis..macam dah tak ada standard. Dari mana datang sayur-sayuran ini?
Siapa yang duduk sekitar Nilai tentu tau ladang sayur Sime Fresh. Ladang ni tak tanam sayur kat tanah…tapi menggunakan teknologi Aeroponik. Ingat lagi siapa businessman yang pergi Israel zaman Mahathir dulu? Teknologi Aeroponik ini diimpot dari Israel.
Akhirnya? Petani-petani susah nak cari makan disebabkan TESCO. Memang pada mulanya, TESCO dikenali sebagai cuba membantu petani. Ramai pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan FAMA menyanjung TESCO tapi kalau pernah berurusan dengan TESCO…tau la. Seperkara lagi, setiap kali TESCO membuka cawangan baru, kedai-kedai kecil terpaksa tutup. Macam mana nak bersaing dengan TESCO? Cuma yang kreatif sikit…yang dapat bertahan.
Benarkah harga barang-barang di TESCO itu murah? Apa definasi murah?
Tak perlu serabut kepala. Cuma tengok harga kereta. Kalau nak dibandingkan, semua orang akan kata harga Proton murah. Memang murah kalau dibandingkan dengan kereta lain. Tapi nilai sebenar Proton berapa? Harga Proton murah kerana harga kereta lain dinaikkan dengan menaikkan cukai impot.
Dalam pertanian pun macam itu. Sebelum TESCO datang..harga baja dan harga racun serangga, racun kulat jauh lebih murah. Sayur-sayuran pun murah. Tapi pasai apa sekarang mahal?
Kita semua kena tipu sebab kita tak peduli macam mana TESCO berniaga. Mampuih pi la dia nak buat macam manapun, janji aku boleh beri barang dengan harga murah. Mampuih pi la kalau ada petani yang jual kebun…janji aku dapat beli barang dengan harga yang murah. Kalau TESCO nak impot barang dari China pun..mampuih pi la kat depa.
Kita tak peduli Menteri nak buat apa dengan sistem pendidikan…janji anak kita dapat 8A.
Kita tak peduli peniaga nak buat apa..janji kita dapat beli barang murah.
Hey…kita juga tak peduli orang politik nak buat apa…janji hidup kita senang
p/s- Lu olang fikirlah sendiri... ini sumer fitnah dajjal sejak 700 tahun dahulu