Rabu, 7 September 2011

ada haiwan dalam bahaya....


Percayakah anda, ada banyak haiwan yang merbahaya, tetapi yang paling banyak menyebabkan kematian adalah nyamuk! Yes…Yang kecil itu jauh lebih merbahaya daripada yang besar.
Nyamuk
Kategori Haiwan Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Yup! jangan terperanjat. Walaupun saiznya kecil, namun dianggarkan 2 hingga 3 juta orang kehilangan nyawa di seluruh dunia setiap tahun. Ia menyebarkan penyakit malaria, demam kuning, denggi dan virus West Nile serta beberapa jenis penyakit lain.
Hanya nyamuk betina yang mengigit manusia atau haiwan lain untuk mendapatkan darah sebagai bekalan makanannya.
Ular
Kategori Haiwan Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Ada hampir 2,000 spesis ular yang dikenalpasti pakar haiwan setakat ini. Dan 450 jenis memiliki bisa. Daripada itu, 250 spesis memiliki biasa yang mampu membunuh manusia.
Dianggarkan antara 50,000 hingga 125,000 kematian disebabkan patukan ular berlaku setiap tahun.
Tips: Ular hanya menyerang apabila ia merasa terancam. Ia tidak akan keluar mencari manusia semata-mata dengan niat untuk mematuk. Jadi, jauhkan diri apabila terserempak dengan haiwan ini.
Kala Jengking
Kategori Haiwan Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Sangat berbisa dan sangat hodoh! Hampir 1,500 spesis dikenalpasti dan 25 jenis memiliki bisa. Kematian yang dilaporkan melibatkan sengatan haiwan ini agak tinggi dan ia kerap terjadi kerana banyak klinik dan hospital tidak menyimpan anti-venom untuk bisa kala jengking.
Antara 800 hingga 2,000 kematian akibat kala jengking berlaku setiap tahun. Haiwan ini aktif pada sebelah malam.
Harimau
Kategori Haiwan Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Haiwan yang tidak boleh dibawak main. Sekitar 800 kematian akibat serangan haiwan ini berlaku setiap tahun. Sikap manusia yang menceroboh kawasan harimau menyebabkan haiwan itu menjadi aggresif.
Harimau dan keluarganya seperti singa gunung pada masa ini banyak terdapat di kawasan seperti Afrika, Amerika Utara dan benua kecil India.
Andai terserempak, pakar menasihatkan agar kita jangan lari, kerana harimau akan menangkap kita dengan mudah andai kita lari. Tenung mereka terus ke dalam mata dan jangan pandang ke tempat lain. Jerit, baling batu dan kalau terpaksa, tumbuk hidung dan matanya. Kami di Mynewshub.my, mendoakan jangan ada sesiapa yang terserempak dengan haiwan ini.
Buaya
Menyerang pada kelajuan yang sukar diramal. Menyebabkan ratusan kematian dan adakalanya kematian yang tidak dapat dikesan. Akan mengendap di dalam air sebelum menyerang. Haiwan ini paling banyak dikesan berada di Afrika dan Australia.
Satu tips terpenting, jauhkan diri anda dari kawasan atau sungai yang sudah diketahui dikuasai haiwan pra-sejarah ini.
Gajah
Kategori Haiwan Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Imejnya di mata umum ialah haiwan yang jinak. Namun, ia boleh menyerang dan membunuh tanpa sebarang amaran. Ada rekod penjaga gajah dibunuh gajah yang dijaganya selama 15 tahun. Berat haiwan ini boleh mencapai sehingga 6 tan, dan bayangkan kuasa memusnah yang ada apabila ia naik minyak.
sumber: http://mynewshub.my

Selasa, 6 September 2011

Merdeka dari siapa...????


Apabila tiba musim kemerdekaan satu peristiwa yang sering disebut-sebut dan dibangga-banggakan orang Melayu ialah peristiwa pembunuhan JWW Birch oleh Datuk Maharajalela dan kumpulannya di Pasir Salak, Perak. Inilah yang dikatakan lambang keberanian dan perjuangan orang-orang Melayu yang membenci British campur tangan dalam mencorakkan Tanah Melayu. Selain dari itu peristiwa Left. Adnan, Bukit Kepong dan Embun juga menjadi buah kebanggaan para pencinta kemerdekaan. Namun apakah jerih-perih calon-calon pejuang kemerdekaan ini benar-benar membawa kita kepada sebuah negara yang benar-benar merdeka? justeru Cikgu Hisham ingin mengajak para pembaca sekalian khasnya pencinta kemerdekaan Tanah Melayu untuk merenung dan memahami satu artikel. Mudah-mudahan kita mendapat pencerahan dari perangkap kejahatan sikafir British & USA.

mengapa negara2 penjajah membebaskan tanah2 jajahan mereka semua dengan serentak??

Penjajahan Mental dan Fizikal

Penjajahan pada mulanya adalah berbentuk fizikal dengan melakukan kekerasan kepada penduduk tempatan yang mana mereka mengerahkan kekuatan untuk membunuh dan merompak kekayaan yang ada. Negara penjajah ini tidak membawa apa-apa ideologi kecuali agama Kristian sahaja yang mereka anuti sebagai agama ritual semata-mata. Barangkali gambaran yang paling tepat bagi keserakahan Eropah adalah seperti yang digambarkan oleh sejarawan Amerika, Dagobert Runes, yang berkata,

“Penjajah-penjajah pada abad ke 15, 16 dan 17 menamakan diri sebagai pembawa berita gembira (Missionary) dan penjelajah, sebenarnya adalah perompak-perompak buas dan serakah yang menggunakan bendera salib pada haluan kapal serta tengkorak orang kulit hitam di atas tiang kapal. Para penjajah abad ke-18 dan 19 adalah pemburu hamba sahaya dan cita-citanya adalah untuk menyedut kekayaan dan berlumba-lumba memperolehi pasaran baru, mineral baru, ladang baru dengan cara yang tidak berperikemanusiaan” (Crosscut Through History, ms 111).

Setelah Revolusi Perancis, perubahan paradigma telah berlaku di sana dan ini meletakkan Barat maju selangkah kehadapan di dunia. Peningkatan taraf berfikir mereka ini telah mencetuskan Revolusi Perusahaan dalam permulaan abad ke 19, dan seterusnya telah membawa Barat ke satu ideologi yang mereka anuti, untuk mengembangkan cita-cita dan pengaruhnya. Penjajahan fizikal dan mental telah diterapkan di tanah-tanah jajahan mereka. Jevons mengungkapkan tentang dominasi British pada tahun 1865, katanya, 

Tanah pamah Amerika Utara dan Russia telah menjadi ladang jangung kita, Chicago dan Odessa ialah jelapang bijirin kita, Kanada dan Baltik hutan kita, Australia mengandungi kawasan ternakan biri-biri kita, Aregentina dan di bahagian Barat Prairie Amerika Utara terdapat kumpulan kerbau kepunyaan kita, Peru mengirim peraknya, dan emas dari Afrika Selatan dan Australia mengalir ke London; orang Hindu dan Cina menanam teh untuk kita, sementara kopi, gula dan ladang rempah kita kesemuanya berada di kepualauan Hindia. Sepanyol dan Perancis merupakan ladang anggur kita, dan Mediterrenean menjadi dusun buah-buahan kita, dan ladang kapas kita, yang selama ini berada di Amerika Selatan, kini diluaskan di mana-mana jua rantau dunia” (Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar, ms 200).

Penyebaran agama Kristian tidak penting lagi bagi mereka. Yang paling penting ialah Ideologi Kapitalis. Di negara kita sebagai contohnya, umat Islam dibenarkan bersembahyang, membina masjid tetapidoktrin sekular ditanamkan iaitu urusan politik mesti dipisahkan dari agama. Juga ditanamkan kepada kita bahawa British ini baik. Mereka datang ke sini untuk mengajar kita cara memerintah negara Moden. Penjajahan mental sebegini dapat melahirkan generasi yang berketururnan tempatan tetapi berfikiran Barat. Nampaknya British adalah antara negara yang paling berjaya dengan kaedah ini, sehingga sekarang negara di bawah jajahan British masih menyayangi bekas tuan mereka ini. Buktinya dapat kita saksikan melalui sokongan dan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh negara-negara bekas jajahannya yang digelar sebagai Negara-negara Komanwel.

Manipulasi Istilah Kemerdekaan

Jikalau umat Islam mengkaji sejarah dengan teliti dan mendalam, nescaya mereka tidak akan tertipu dengan slogan kemerdekaan yang dilaungkan oleh British. Penipuan ini dapat dilihat dalam beberapa peristiwa :-

i) British menggunakan laungan Kemerdekaan untuk menjatuhkan Khilafah diTurki.
ii) Peristiwa Kemerdekaan Balkan untuk melemahkan Daulah Islamiah.
iii) Kemerdekaan untuk melawan serangan Sosialis.
iv) Kemerdekaan oleh AS untuk menghancurkan pengaruh British dan sebaliknya.

Umat Islam adalah umat yang satu. Pada masa Inggeris dan Perancis ingin menghancurkan Daulah Islamiah, mereka telah memecahkan kesatuan mereka dengan usaha divide and rule (pecah dan perintah) yang dilakukan oleh British selepas Perang Dunia Pertama ke atas negara Khilafah. British menggunakanasionalisme dan chauvanisme patriotik yang ditanamkan ke dalam minda kaum Muslimin sebelumnya. T E Lawrence merupakan salah seorang dari agen mereka. Pada kesempatan ini, British membangkitkan idea kemerdekaan bangsa Turki. Umat Islam Turki tertipu dengan slogan ini. Mereka merasakan Khilafah adalah penjajah, lantas mereka melaungkan kemerdekaan dari Khilafah, yang akhirnya melahirkan sebuah negara kebangsaan baru Turki. Setelah Khilafah berjaya digulingkan secara rasminya oleh Mustafa Kamal Laknatullah.

Eropah menjajakan idea kemerdekaan untuk melemahkan negara Islam. Semasa Daulah Islamiah melawan dominasi Eropah di Balkan pada abad ke 19, negara Eropah banyak melakukan aktiviti politik untuk melawan aktiviti ketenteraan Daulah Uthmaniah. Walaupun mereka juga menggunakan kententeraan, tetapi sekadar untuk menyokong aktiviti politik mereka. Kes di Balkan, negara Barat menyatakan bahawa Balkan mesti merdeka dari kekuasaan Uthmaniah walhal Eropah tidak berniat langsung untuk melakukan konfrontasi dengan Daulah Islamiah kerana mereka tahu, aktiviti fizikal ini kurang menguntungkan mereka. Namun demikian, mereka tetap memprovokasi dan menghasut, sehingga berlaku pemberontakan di Balkan. Mereka menjajakan idea kemerdekaan dan kebangsaan kepada rakyat tempatan di sana. Harapan Barat nanti apabila Khilafah Uthmaniah terlibat langsung dengan aktiviti ketenteraan di sana, Negara akan menjadi semakin lemah. Agak menyedihkan, Daulah Utmaniah menghantar tentera untuk memadam gerakan pemberontakan di sana, malangnya tentera-tentera ini telah dikalahkan oleh pemberontak. Dalam kes ini kita dapat melihat betapa liciknya Eropah terutamanya British memainkan slogan kemerdekaan untuk membunuh musuh politik mereka.

Kemerdekaan juga digunakan oleh Amerika dan Eropah sebagai topeng untuk melawan Sosialis. Dalam pada itu, Amerika yang menjadi semakin licik dalam aktiviti politiknya telah menggunakan kemerdekaanuntuk membebaskan wilayah yang berada di bawah pengaruh British iaitu saingan politiknya yang utama pada masa itu. Hal ini dapat diterangkan seperti berikut: pada penghujung Perang Dunia Kedua telah timbul kesimpulan yang jelas kepada orang-orang yang memahami percaturan politik dunia iaitu pejajahan mesti dihapuskan lantaran serangan Rusia ke atas sistem Kapitalis yang mereka nyatakan sebagai “puncak tertinggi Kapitalis adalah penjajahan”. Rusia telah memulakan serangan kepada sistem Kapitalis dan imperialisma Barat, memotivasikan penduduk tempatan untuk menggerakkan revolusi menentang penjajah dan merancang berbagai peristiwa yang cukup melemahkan Barat. Amerika sebagai sebuah negara Kapitalis merasakan ancaman tersebut, juga merasakan taktik strategi penjajahan perlu diubah kepada gaya baru (neo-Imperealisme). Hal ini dinyatakan oleh John Foster Dulles, Menteri Luar AS dalam bukunya Perang atau Damai (dalam bab Evolusi Imperialisma Sebagai Tindakan Alternatif Terhadap Pemberontakan Yang Keras dan Kejam) iaitu,


“Sesungguhnya keadaan penjajahan Barat itu selalu diamati secara terus menerus oleh pemimpin Soviet, sebagai satu titik fokus. Di mana pada titik itu Soviet boleh melancarkan pukulan yang mematikan. Ujar beliau lagi, Pada waktu menjelang berakhirnya perang Dunia kedua, satu-satunya situasi politik yang mendapat perhatian yang serius iaitu keadaan politik daerah-daerah jajahan. Kalau negara-negara Barat berusaha mempertahankan daerah-daerah jajahan seperti dengan teknik-teknik yang sedia ada, maka yang pastinya bakal muncul pemberontakan bersenjata dan Barat akan mengalami kekalahan. Maka satu-satunya strategi yang mungkin berhasil adalah dengan cara damai memberikan KEMERDEKAAN yang terhormat kepada 700 juta jiwa manusia yang berada di bawah kekuasaan penjajahan Barat”.

Amerika menerima-pakai idea ini, kemudian mereka mula memerdekakan negara-negara di bawah jajahan mereka. Caranya ialah dengan menyediakan pakej hutang luar negara kononnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, yang sebenarnya satu alat untuk neo-imperealisma. British juga melakukan hal yang sama, diikuti oleh Perancis, Jerman dan lain-lain negara penjajah lagi. Amerika menggunakan sloganKEMERDEKAAN sebagai serampang dua mata, bukan sahaja untuk mempertahankanKapitalis dari serangan Sosialis malahan digunakan untuk menghancurkan dominasi British ke atas negara bekas jajahannya

Tujuan Amerika melontarkan perancangan tersebut adalah untuk mengusir negara-negara imperialis seperti British, Perancis, Belanda, Belgium, di Asia dan Afrika. Kemudian dialah yang mengambilalih kedudukan tersebut. Umat Islam telah dijadikan hamba bagi kepentingan Amerika dengan cara yang licik tanpa disedari bahawa usaha membebaskan diri dari imperialisme sesungguhnya tidak lain adalah melancarkan senario Amerika dalam persaingan antara imperialis. Amerikalah yang merancangRevolusi Algeria dengan terlebih dahulu mempersiapkan agen-agennya untuk dilantik sebagai pemimpin dan dipuja sebagai pahlawan terbilang, contohnya Ahmad bin Billah. Amerika juga yang mendorong Mesir dan negara-negara Arab lain untuk menyokong revolusi itu. Akibat senario tersebut, banyak negara-negara penjajah mula meninggalkan tanah jajahannya.

Namun bagi British dengan segudang pengalaman, sebelum meninggalkan tanah-tanah jajahannya, ia terlebih dahulu ‘menempatkan’ kakitangan di daerah-daerah jajahannya itu yang kelak akan mendahulukan kepentingannya daripada kepentingan masyarakat di negara-negara tersebut.Kemerdekaan yang diberikan sesungguhnya adalah membiarkan kekuatan ekonominya menguasai dan mempengaruhi urusan dalam negeri tersebut. Ini adalah bentuk campur tangan langsung tetapi halus terasa.

Itulah cara-cara yang digunakan oleh British, antara lain melalui sektor perindustrian gergasi, menggunakan pengaruh orang-orang kaya di negeri tersebut, pedagang-pedagang, tokoh ‘keparat’ dan sebagainya. Inilah yang menyebabkan British begitu mudah memberikan kemerdekaan kepada jajahannya. Dalam waktu singkat, muncullah banyak negara merdeka seperti Zanzibar, Rhodesia Utara dan Selatan dan seterusnya.

Perancis pada awalnya enggan berbuat demikian. Hanya setelah Charles de Gaulle, Presiden Perancis pada masa itu, melihat situasi dunia yang begitu cepat berubah, akhirnya mengikut jejak langkah British. Maka lahirlah negara-negara baru merdeka di Afrika, seperti Maghribi, Tunisia, Algeria, Senegal, Gabon dan lain-lain lagi. Sedangkan Belgium, yang menjajah Congo mempunyai kekayaan alam yang amat luar biasa terutamanya uranium di wilayah Katingga tidak dimerdekakan begitu sahaja, memandangkan British menguasai galian tersebut dan jika dimerdekakan, pengaruh British akan bertambah kuat. Apabila AS dan Belgium mengumumkankemerdekaan untuk membunuh pengaruh British, Tchoumby, seorang ejen British di sana mengisytiharkan kemerdekaan kepada Katingga. Amerika membawa kes ini ke PBB, yang mana didominasi oleh Amerika, kemudian PBB menghantar Setiausaha Agongnya pada masa itu, Dag Hjalmar Hammarskjold (Jerman Barat), ke Congo. Malangnya Setiausaha Agong ini mati dalam nahas kapalterbang dalam perjalanannya menuju ke daerah yang kini di sebut sebagai Zambia. Amerika kemudiannya berjaya mengusir Tchoumby, dan menguasai Congo.

Berikutan kejadian ini, British lalu merasa khuatir kalau-kalau daerah Kesatuan Rhodesia Utara dan Selatan serta daerah Nyassland (Malawi, Maladewa) akan mengalami nasib yang serupa. Oleh kerana itu, ia terburu-buru memerdekakan daerah-daerah tersebut dengan terlebih dahulu memecah-mecahkannya menjadikan Rhodesia Utara berubah menjadi Zambia, sedangkan Rhodesia Selatan tetap bernama Rhodesia Selatan dan Nyassland menjadi Malawi (Maladewa). Sehingga sekarang Rhodesia Selatan masih dikuasai British meskipun Amerika terus berusaha menggulingkannya.


Pandangan Islam Tentang Kemerdekaan.
Satu ungkapan yang menarik dari Rabi bin Amir semasa menjumpai Rustum iaitu Ketua Panglima Perang Parsi, beliau berkata,
“Allah Swt mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Allah SWT, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam”.
Al-Mughirah bin Syu’bah jugaberkata,
“Agama ini telah membebaskan dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah”.
Inilah kemerdekaan yang sebenar iaitu kembalinya Umat Islam ke pangkuan Sistem Islam sepenuhnya, bukannya megabdikan diri kepada sistem buatan manusia, perlembagaan Kufur dan dasar-dasar kufur. Secara fizikalnya kita nampak umat Islam merdeka dari kafir tetapi sebenarnya pemikiran mereka masih lagi dijajah. Oleh itu, umat ini memerlukan kemerdekaan pemikiran. Setelah itu, barulahkemerdekaan sebenar dapat dicapai.
Dilihat dari segi pemikiran, umat Islam di Malaysia ini masih lagi dijajah dari segi pemikiran. Pemikiran tentang asobiyyah, patriotisme dan pemikiran sekular masih lagi bermaharajalela. Manakala dari segi fizikal pula, kita dijajah oleh sistem perundangan kufur. Sebagai contoh, lihat sahaja kepada perlembagaan perkara 4(1) yang menerangkan.
Perkara 4(1) itu memperuntukkan "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu."

Kesimpulan

Dengan demikian, adalah jelas bahawa negara Malaysia sebenarnya hanya merdeka dari pemerintahan “orang” British atau dengan kata lain tidak ada “orang-orang” British yang memerintah atau berada dalam kabinet Malaysia TETAPI dari segi sistem (nizham) pemerintahan, Malaysia boleh dikatakan seratus peratus menerapkan Sistem Pemerintahan British/Barat yang berteraskan Sekularisme. Jadi, untuk memerdekakan umat ini, kita memerlukan perubahan sistem pemerintahan iaitu kepada Sistem Pemerintahan Khilafah sebagaimana yang diperintahkan oleh Islam

komen somalia

bashery

"Rasanya kalau sudah terlebih2 sangat Kerajaan BN cuba mencabar minda dan kewarasan rakyat, maka dgn sendirinya rasa tercabar akan timbul, lebih2 lagi bagi kaum wartawan. Syabas diucapkan kpd wartawan2 tsb. yg berani menulis dari hati nurani sebenar berdasarkan realiti sedia ada, dan syabas juga diucapkan kpd The Star yg berani mencetak komentar2 mereka walaupun kolum2 tersebut hanya pada m.s. 27, 28, 29 dan 30.

Cuba baca komen wartawan2 The Star (6 Sept. 2011) :

Shahanaaz Habib, The Price of Getting the Truth (Harga untuk Mendapatkan Suatu Kebenaran),

Mergawati Zulfakar, Failure to Listen Cost a Life (Kengganan Mendengar Nasihat Menyebabkan Kehilangan 1 Nyawa)
Karim Raslan, Grabbing Graft by the Horns (Secara Terus Menentang Rasuah)
Md Ashan Ahmad, (Ikim Views) Right Education Can Stop Graft (Pengajaran yg Benar dapat menghapuskan Gejala Rasuah)  
Antara lain, Shahanaaz menulis,

"Kematian jurukamera TV Bernama Noramaizul Mohd Nor membuatkan aku merasa sedih, marah, dan bersalah. Sedih kerana kehilangan seorang teman sejawat, anak kpd seorang ibu, seorang suami dan juga seorang bapa. Aku marah kpd African Union, atau pemberontak, atau siapa saja yg memuntahkan peluru tersebut, tetapi marahku lebih bertumpu kpd Kelab Putera 1Malaysia kerana membawa  rombongan yg terlalu besar, 55 orang ke negara yg amat merbahaya, dgn latihan yg amat terhad tanpa peralatan keselamatan."
Mergawati Zulfakar pula menulis,

"Pasukan pemerhati awal telah mengesyorkan agar misi ini ditangguh, tetapi tidak diendahkan, dan hasilnya, satu famili, sahabat2 dan rakan2 sejawat meratapi kehilangan yg sia2."

Beliu menulis lagi,
"3 hari sebelum sukarela2 Putera 1Malaysia berangkat, sekumpulan peninjau 7 orang yg terdiri dari Pegawai2 Kerajaan, seorang pegawai atasan ATM, dan beberapa wakil media, sampai di Somalia. Tujuan mereka adalah untuk me recce keadaan keselamatan disana dan memastikan keselamatan para sukarelawan dalam misi nanti. Tujuan menghantar wakil2 media bersama kumpulan itu ialah supaya mereka dapat memberikan maklumat terbaik pd rakan2 sejawat yg akan bersama misi itu nanti.

Keputusan yg diambil dari recce tsb adalah misi itu merbahaya. Mereka memaklumkan Putrajaya keadaan tsb. dan mengesyorkan agar misi itu ditunda sehingga lepas Raya tetapi arahan yg mereka terima ialah mereka harus tinggal disana untuk menunggu kedatangan sukarelawan M'sia.

Lagi satu keputusan yg diambil oleh pasukan recce tsb ialah Dato Azeez hanya perlu menumpukan kpd satu tempat yg dipilih untuk mendirikan klinik, tetapi nasihat ini tidak diendahkan, dan dgn berpindah randah, risiko bencana untuk sukarelawn2 tsb bertambah.
Karim Raslan menulis tentang korupsi yg sedang berleluasa di negara2 Asia termasuk Malaysia,

"Korupsi adalah halangan terbesar kepd kematangan demokrasi di Asia. Pemimpin2 mesti menyedari bahawa kuasa tidak akan ujud tanpa tanggungjawab. Sekiranya pemimpin2 M'sia berfikir bahawa mereka lebih mengetahui dan mengjangkakan bahawa hanya mereka yg layak meneraju negara dari kemusnahan yg tidak dijangkakan, mereka sepatutnya bangun dari tidur, terutama dalam isu korupsi."

Md Ashan Ahmad pulak menulis, 
"Korupsi adalah kemerosotan nilai integriti (keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar...), kemuliaan dan prinsip moral. Ia adalah berlawanan dgn fitrah iaitu suci dan haq.

Menurut Prof. Syed Naguib, pemimpin yg korup akan timbul didalam masyarakat yg korup. Mereka adalah pemimpin2 palsu yg tidak layak untuk memegang tanggungjawab yg diamanahkan kpd mereka.
Kita perlu memastikan yg Universiti2 kita tidak menjadi pusat pembiakan pemimpin2 yg korup, tanpa integriti intelek dan moral.

Professors yg tidak mampu menyemai integriti, bahkan keberadaan mereka hanya sebagai wakil ahli2 politik, tidak seharusnya dibiarkan mengajar di Universiti2 kita kerana mereka hanya akan menambahkan bilangan siswa2 yg penakut dan bermuka2."

Kpd. wartawan2 Utusan, Berita Harian, Sinar....bila lagi?? Takkan dalam facebook saja....YG IDIOT TU KITA KENA PANGGIL IDIOT!

Isnin, 5 September 2011

Bendera Malaysia Punca Jurugambar BERNAMA DiTembak?



Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap. Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.


 


"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.
 
 
 
Ulasan Tok
 
Memang wajar bendera kebangsaan di tukar. Ianya sangat membahayakan petugas negara di luar negara.

Ahli Sejarah mesti J A W A B ...!!

54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun "merdeka…"
1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan.  Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah.  Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ?

5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka.  Apakah maksud pernyataan ini ?

6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita.  Kenapa mereka mati?  Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka.  Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa?

12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat - imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ?

13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya?

14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa?

15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan.  Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka.  Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan?  Apakah signifikan syarat ini?  Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal", dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal.  Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshall yang merancang untuk menggagalkan rundingan ini?  (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara).

23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri.  Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia.

24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama' telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO.  Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?

25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama' seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia?  Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang sosialisme yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya.  Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu takhta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO.

32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang MalayanUnion 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang MalayanUnion pada 1948.  Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain.

34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

37. Kenapakah UMNO terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989.  Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat.

38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat.

39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan.  Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal.

40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini ?

41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih ?

43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh UMNO - apakah dosa UMNO hingga ia semakin dibenci.

44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

45. Kenapa UMNO masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah - tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?
47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah - kenapakah UMNO terus-terusan mahu membela penjajah?  Adakah kita masih belum merdeka?

49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka.  Dari Inggeris atau PKM ?

50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikit daripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli UMNO) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenar perjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini.?

52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini.  Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh UMNO?

53. Benarkah kita sudah Merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversive oleh pemerintah.

54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?