Selamat bersukan wahai anak didik ku sumer...! :)
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Selasa, 20 September 2011
Andai itu taqdir-Nya
Andai itu takdirnya terimalah seadanya. Sudah tentu terselit hikmah disebalik musibah. Cuba kita perhatikan bunga mawar yang mekar kemerahan, sungguh cantik. Namun awas durinya mampu melukakan kita. Begitulah setiap yang indah bukannya mampu diraih dengan mudah namun perlu meredah berbagai mehnah, gunung perlu didaki lurah perlu dituruni. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Kadangkala kita sering lupa bahawa kita hanyalah hamba di bumi tuhan.Tidak layak kita membantah takdirnya. Namun kekadang tersungkur jua. Hati dalaman membentak ganas."Mengapa tuhan?" Jika begitu cepat-cepatlah kembali kepada fitrah. Kita hanyalah seorang hamba tumpangan yang singgah sebentar menyemai amal untuk hari yang dijanjikan tuhan.
Siapa berusaha dia berjaya. Man jadda wajada waman zara'a hasoda. Hasilnya berlandaskan keikhlasan dan teguhnya iman. Siapa banyak amalnya, sekelip mata lepas titian sirat, siapa kurang amal timbangannya, mungkin terjatuh di tengah perjalanan. AWAS!
Andai itu takdirnya, katakanlah Ya Allah aku redha dengan pemberianmu. Biar setinggi mana halangan akan ku sahut, biar sejauh mana haluan, akan ku tempuh. Biar bermandi darah sekalipun akan ku berjuang hingga ke titik yang terakhir. Tidak sekali ku mengalah walaupun sesekali lelah. Indahnya jika begini wahai sahabat. Namun bukanlah semudah lafaz bicara. Hanya orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa yang mampu lakukannya. Jadilah diri kita menuju kearah itu. Insya-Allah.
Lipatan sejarah terpapar. Kesusahan mengajar erti kematangan. Kegetiran mendidik erti kecekalan. Junjungan Besar kita dari kecil di duga, kehilangan bapa ketika masih belum sempat melihat dunia, kemudian ibunya menyusul pergi ketika baginda masih memerlukan seorang ibu. Jadilah baginda yatim. Tanpa berkeluh baginda tempuh. Ketika masih dahaga curahan kasih dari datuknya, Allah terlebih dahulu memanggil.
Tinggallah pula baginda bersama bapa saudaranya. Di situ terpapar jiwa besar baginda. Biarpun masih kecil baginda sudah bekerja. Mengembala kambing benar-benar mendidik baginda supaya sabar dan cekal. Ini hasilnya. Baginda mampu menyebarkan Islam di bumi tuhan walau berbagai rintangan dan cabaran. Di situlah hikmah sabar. Di situlah terselit kemanisan berjuang. Misi diimpi menjadi realiti.
Lihat pula Bilal bin Rabbah si hamba habsyi. Di hatinya hanya ada tuhan. Tidak sanggup menyerah demi akidah. Ahad! Ahad! Ahad!. Kemudian, Si Hamzah singa Allah. Tidak sesekali hatinya gerun. Demi Allah dan Rasulullah dia sanggup berjuang.
Biar hati dilapah namun Syurga yang diterjah. Sungguh Indah! Ramai lagi yang berjiwa besar. Namun mereka tetap sabar. Kerana mereka ada buah iman, mereka punya akar takwa. Sesukar mana dugaan bukan halangan. Cuma semangat yang perlu dikocakkan. Iltizam yang perlu dinyalakan. Mereka sudah membuktikan, kita bila lagi!
Andai kita diuji dengan kematian orang yang kita sayangi, jangan terlalu bersedih doakanlah untuknya. Sampai masa kita pula menyusul.
Andai kita diuji dengan sebuah perpisahan, yakinlah jika kita tidak berjumpa di dunia. Insya-Allah di syurga yang kekal abadi.
Andai kita diuji dengan kemiskinan bersyukurlah kita masih lagi mampu bernafas di bumi tuhan. Jadi banyakkanlah amal supaya kita kaya di sana.
Andai kita diuji dengan kesenangan. Ucaplah Alhamdulillah akan aku agihkan rezeki tuhan kepada yang memerlukan.
Andai kita diuji dengan kesusahan janganlah goyah. Sahutlah cabaran dengan hati yang gagah kerna itu yang mendewasakan kita dalam musafir panjang.
Wahai sahabat andai itu takdirnya. Terimalah seadanya. Janganlah berkeluh lalu lumpuh. Ayuh kita semarakkan perjuangan di bumi tuhan agar kita mendapat manfaatnya di hari kemudian. Setiap musibah ada hikmah. Ubat itu pahit namun menyembuhkan. Jika ingin ke puncak mesti mendaki. Bukannya hanya merenung tanpa bertindak. Yakin akan janjinya. Tuhan tidak pernah berdusta
Isnin, 19 September 2011
Open house 2011
Assalamualaikum wbt...
Antara tetamu yg hadir...
Terima kasih kepada sumer tetamu yang hadir memeriahkan rumah terbuka teman. Insya Allah panjang umur murah rezeki raya tahun depan teman jemput lebih ramai orang. Maaf andai ada terkurang sepanjang majlis berlangsung. Kepada sumer yang tak sempat teman jemput... pohon kemaafan. harap tak berkecil hati.
Semoga Allah merahmati majlis yang telah berlangsung! Amin...
Azli n famili |
baca doa besday |
Dari kiri... Tuan Pengarah KMS, Timbalan dan KJ PP |
KJ Sains... Jiran berkongsi lantai dan siling |
Terima kasih kepada sumer tetamu yang hadir memeriahkan rumah terbuka teman. Insya Allah panjang umur murah rezeki raya tahun depan teman jemput lebih ramai orang. Maaf andai ada terkurang sepanjang majlis berlangsung. Kepada sumer yang tak sempat teman jemput... pohon kemaafan. harap tak berkecil hati.
Semoga Allah merahmati majlis yang telah berlangsung! Amin...
Ahad, 18 September 2011
Kemerdekaan
Hizbut Tahrir -Khalifah
Pertubuhan Hizbut Tahrir Malaysia menempelak kenyataan profesor Zainal Kling selaku Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya (MPN) bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dan sepatutnya rakyat Malaysia menghadiahkan kepada British sebuah ‘kesyukuran’ di atas ‘jasa baik’ British selama ini yang telah ‘menaungi dan melindungi’ negara kita. Berikut kandungan pandangannya dari edaran risalahnya baru-baru ini.
Hanya dengan sedikit fakta tentang Mat Indera yang disentuh oleh Mat Sabu mengenai isu perjuangan kemerdekaan di dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, Timbalan Presiden PAS itu sehingga kini masih teruk ‘dibelasah’ oleh UMNO dan para penyokongnya. Sudah tiga minggu isu ini dimainkan oleh media arus perdana untuk menghentam Mat Sabu habis-habisan, yang hakikatnya telah menambahkan lagi populariti pemimpin nombor dua PAS itu. Bermula dengan isu Mat Sabu sokong Mat Indera dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong, kemudian berkembang menjadi isu Mat Sabu sokong komunis, kemudian berkembang lagi menjadi isu PAS sokong komunis. Disusuli selepas itu dengan isu fakta sejarah negara yang diberi amaran oleh UMNO agar tidak diubah oleh PAS.
Kali ini, UMNO nampaknya mengerahkan seluruh kekuatannya dari Perlis hingga ke Johor untuk men’diskredit’kan Mat Sabu yang disifatkan sebagai ayam sabung PAS itu. Pendek kata, selagi ada peluru, walau sekecil mana sekalipun, selagi itulah UMNO terus menembak musuhnya itu. Mat Sabu, disamping mengemukakan pelbagai bukti dan hujah untuk mempertahankan pendapatnya, dalam masa yang sama menganggap bahawa isu ini sengaja diperbesarkan oleh UMNO untuk menutup segala kepincangan parti Melayu terbesar itu sekaligus mengalihkan isu ‘pilihanraya bersih’ yang diperjuangkan oleh PAS dan beberapa NGO lainnya. Dari isu ini juga, UMNO nampaknya cuba menyerlahkan ‘kebaikan’nya dengan terus memuji dan mempertahankan bekas polis dan tentera beserta keluarga mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong yang selama ini tidak pernah diambil peduli pun.
Setelah segala berita dan putarbelit dimainkan untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap Timbalan Presiden PAS itu dengan menuduh beliau menyokong perjuangan komunis, UMNO nampaknya masih belum berpuas hati kerana masih ada isu yang belum mereka jawab iaitu berhubung dakwaan Mat Sabu bahawa pemimpin awal UMNO dan juga pasukan keselamatan yang bertugas di Bukit Kepong adalah mereka yang berkhidmat di bawah penjajah British.
Dalam menjawab isu ini, Majlis Profesor Negara (MPN) dilibatkan untuk menolak dakwaan bahawa anggota polis dan pemimpin negara seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman di zaman pentadbiran British di Tanah Melayu sebagai ‘polis British’ atau ‘pegawai British’. Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling tiba-tiba muncul di arena dan membuat satu pengisytiharan mengejutkan bahawa, meskipun British mengetuai seluruh pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu, namun Tanah Melayu bukan tanah jajahan British! Menurutnya,
Tanah Melayu adalah negara naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya termasuk institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadikan semua pegawainya adalah pegawai Tanah Melayu dan bukannya pegawai British. “Oleh itu, apabila golongan kiri seperti komunis menentang anggota polis maka mereka menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu, meskipun ianya diketuai oleh Pesuruhjaya British,” katanya.
Ini berdasarkan perjanjian Pangkor yang ditandatangani di antara Sultan Perak dengan pentadbir British pada tahun 1874 di mana dipersetujui bahawa Tanah Melayu sebagai ‘protectorate’ (tanah naungan dan lindungan), tegas Zainal (UM 10/09/11). Nah! Kita menyaksikan kini satu peristiwa baru yang amat bersejarah telah tercipta di Malaysia, yang bakal menukar sejarah hitam Malaysia selama ini menjadi putih, bahawa sebenarnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British, malah British adalah negara ‘penaung dan pelindung’ Tanah Melayu!!!
Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah?
Serangan terbaru ini merupakan kesinambungan dari serangan bertubi-tubi tanpa henti UMNO ke atas orang nombor dua PAS itu, di mana polemik ini bukan sahaja telah memuakkan rakyat, malah kini telah masuk ke tahap tak masuk akal dan menjadi bahan ketawa! Semua ini angkara keangkuhan UMNO yang tidak mahu mengaku bahawa para pemimpin awal mereka yang selama ini dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, hakikatnya adalah merupakan orang yang berkhidmat untuk British! Sautun Nahdhah dalam siri ke-84 (tahun 2006) yang bertajuk “Erti Sebuah Kemerdekaan” telah pun mengungkap tragedi Bukit Kepong yang merupakan serangan oleh sepasukan komunis terhadap polis yang berkhidmat di bawah British.
Seribu satu persoalan telah dan boleh diajukan kepada MPN dengan kenyataan amat naif yang telah dikeluarkan itu, yang hakikatnya telah menjatuhkan kredibiliti MPN di mata orang-orang yang berfikir. Soalan pertama yang seharusnya dijawab oleh Zainal ialah, kenapa baru sekarang beliau mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Kenapa selama puluhan tahun menjadi profesor, beliau tidak pernah mendedahkan hal ini kepada umum? Atau mungkin lebih baik beliau mengaku sahajalah bahawa kenyataan ini sebenarnya adalah sebuah “kenyataan politik”, bukannya kenyataan akademik, yang dikeluarkan kerana adamya sebuah keperluan.
Ramai pihak sebenarnya menuntut jawapan dari Zainal dalam hal ini, kerana jika benar kita tidak pernah dijajah, maka tidak timbul soal kita ‘merdeka’! Bagaimana mungkin boleh ada kemerdekaan jika tidak ada penjajahan? Kemerdekaan dari siapakah yang disambut besar-besaran oleh kerajaan setiap tahun pada 31 Ogos, jika British tidak pernah menjajah Tanah Melayu? Bukankah Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota Commonwealth yang mana Commonwealth hakikatnya adalah pertubuhan negara-negara bekas jajahan British? Kenapa ada istilah ‘pejuang kemerdekaan’?
Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, maka ini bermakna kita tidak sepatutnya ada pejuang kemerdekaan, malah para pemimpin UMNO yang dijulang selama ini sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ merupakan satu fakta yang salah. Gelaran ‘Bapa Kemerdekaan’ yang telah diberi kepada Tunku Abdul Rahman juga sebenarnya adalah gelaran sia-sia yang tidak seharusnya wujud. Malah, kematian Tok Janggut dan ramai lagi yang berjihad menentang British, kesemuanya adalah sebuah kebodohan dan kematian sia-sia kerana mereka mati menentang orang yang datang untuk menaungi dan melindungi kita!!!
Lebih naif, bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya itu merujuk kepada Perjanjian Pangkor untuk menegakkan pendapatnya dengan mengatakan bahawa di dalam perjanjian tersebut British tidak pernah menyatakan bahawa mereka ingin menjajah tetapi ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai ‘the protected Malay State’ atau disebut sebagai ‘protectorate’ (negeri naungan dan lindungan). Persoalannya, mestikah ada perjanjian bertulis dari penjajah (dan dipersetujui oleh pihak yang dijajah) yang mengatakan bahawa “kami dengan ini menjajah kamu”, barulah sesebuah negara itu ‘sah’ dikatakan dijajah? Adakah wujud penjajah ‘sebaik’ ini yang akan buat perjanjian terlebih dahulu sebelum menjajah, dan tidak akan menjajah sesebuah negara jika negara tersebut tidak bersetuju? MPN nampaknya macam sebuah badan yang langsung tidak cerdik untuk memahami kelicikan kuffar British selaku musuh Islam di dalam menjajah Tanah Melayu sebagai salah sebuah tanah umat Islam.
Penjajah British Yang Licik
Sesungguhnya British adalah negara penjajah. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Sewaktu zaman keemasannya, British telah menjajah puluhan negara umat Islam, baik di Asia Barat, Asia Tengah mahupun Asia Tenggara. British adalah negara penganut dan pengembang ideologi Kapitalisme. Orang yang buta sekalipun mengetahui bahawa musuh utama ideologi Kapitalisme adalah ideologi Islam dan juga ideologi Sosialisme/Komunisme. Tiga ideologi di dunia ini adalah ideologi yang saling bertentangan antara satu sama lain dan saling cuba menguasai di antara satu sama lain.
British, sebagai salah sebuah negara di Eropah yang rata-rata penduduknya terdiri dari penganut agama Kristian, sememangnya telah memusuhi Islam sejak sekian lama. Dendam kesumat mereka terhadap umat Islam sejak Perang Salib tidak pernah padam. Namun, kesan dari Perang Salib dan lain-lain peperangan mengajar mereka bahawa umat Islam amat sukar untuk dikalahkan di dalam peperangan fizikal. Oleh kerana itulah mereka telah menukar serangan mereka ke dunia Islam dengan melakukan serangan pemikiran dan antara serangan pemikiran yang telah memberi kejayaan besar kepada mereka ke atas dalam dunia Islam adalah serangan assabiyyah (bangsa) dan wathaniyyah (tanahair).
Dari segi sejarah, penjajah kuffar Britsih telah berjaya menjajah negara Islam satu per satu setelah sebelumnya mereka sebarkan dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah yang menyebabkan umat Islam berpecah. Di waktu umat Islam berada di bawah kesatuan Negara Khilafah dan di bawah kepimpinan seorang pemimpin (Khalifah), puak kuffar British ini menusukkan jarum assabiyyah dan wathaniyyah ke dalam diri setiap Muslim agar cintakan bangsa dan tanahair masing-masing. Di zaman Khilafah Uthmaniyyah yang berpusat di Turki, dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah inilah, British telah berjaya menumbuhkan kebencian bangsa Arab terhadap bangsa Turki dan sebaliknya.
Akhirnya British berjaya menggerakkan kekuatan Arab untuk menentang Khilafah di Turki yang menyebabkan berlakunya peperangan sesama Muslim atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah di mana umat Islam ketika itu ‘ingin merdeka’ dan memerintah tanahair sendiri. Perasaan ingin merdeka ketika itu hakikatnya adalah kemerdekaan yang diingini oleh umat Islam dari Daulah Khilafah. Inilah yang diingini dan dirancang oleh British dengan licik.
Ringkasnya, dengan bantuan British, satu demi satu tanah umat Islam telah ‘merdeka’ (terlepas) dari kesatuan Khilafah yang mana akhirnya British dapat masuk menjajah dengan mudah. Setelah satu demi satu tanah Islam terkeluar dari Daulah Khilafah, tanah-tanah Islam ini akhirnya diperintah secara langsung oleh British dengan menerapkan undang-undang kufurnya dan Negara Khilafah yang tersisa menjadi semakin kecil dan lemah. Perasaan assabiyyah dan wathaniyyah yang telah ditanam oleh British inilah antara penyebab kepada runtuhnya Daulah Khilfah dan dengan kehancuran Daulah Khilafah, kerja British untuk memusnahkan kekuatan umat Islam menjadi lebih mudah.
Kuffar penjajah ini kemudiannya melantik dan melatih pemimpin dari kalangan umat Islam untuk menjadi ejennya, yang memerintah dengan cara yang mereka kehendaki (sekular) dengan mencampakkan kesemua hukum-hukum Allah dari pemerintahan negara. Mereka melatih, menjaga, mendidik dan membesarkan ejen-ejen ini sehingga mereka benar-benar berpuas hati bahawa pemimpin ini akan pasti mengikuti telunjuk dan ‘menyembah’ mereka dari satu generasi ke satu generasi dan ke generasi seterusnya. Setelah yakin bahawa para pemimpin ini akan memerintah dengan sistem kufur yang mereka ajarkan dan setelah yakin para pemimpin ini tidak akan menyatukan semula umat Islam di bawah kesatuan Khilafah, maka satu per satu tanah jajahan ini ‘dimerdekakan’ oleh British. Tanah Melayu juga tidak terkecuali dari kelicikan yang sama dilakukan oleh kuffar British ini.
Antara Hak Dan Batil
Di antara kelicikan penjajah British adalah ‘mengangkat’ para pejuang assabiyyah dan wathaniyyah sebagai hero sehingga setiap orang Islam berebut-rebut ingin menjadi atau termasuk ke dalam kategori ‘pejuang bangsa dan tanahair’. British tidak akan membunuh para ‘pejuang bangsa’ ini kerana inilah yang dikehendaki oleh British, yakni lahirnya seramai mungkin pejuang bangsa dan tanahair. Tetapi British akan membunuh ‘pejuang Islam’ seperti Tok Janggut dan lain-lain kerana pejuang Islam adalah musuh British.
Begitu juga dengan pejuang komunis, akan dibunuh oleh British kerana komunisme adalah musuh kapitalisme. Ringkasnya, sesiapa yang menentang British atas nama bangsa dan tanahair, akan ‘diredhai’ oleh British dan dilayan dengan baik, tetapi sesiapa yang menentang British atas nama Islam (atau Komunisme), akan diperangi oleh British. Kerana itulah kita menyaksikan bahawa nama-nama pejuang bangsa dan tanahair seperti Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar dan lain-lain ‘diangkat’ oleh British, manakala nama-nama pejuang Islam (dan pejuang Komunis) dianggap sebagai pengkhianat oleh British.
Justeru, tidak hairan sekiranya kita melihat UMNO menjulang para pejuang bangsa dan tanahair kerana itulah hakikat perjuangan UMNO, yang telah terbius dengan didikan dari British selaku bekas tuannya. Dan tidak hairan juga sekiranya kita melihat pemimpin UMNO (melalui pasukan polis) memantau, menangkap dan memenjarakan para pejuang Islam yang berdakwah ingin menegakkan Islam di Malaysia, kerana inilah juga didikan British yang telah dicerap oleh UMNO sejak sekian lama yakni agar UMNO kekal sebagai pejuang sekularisme dan memusuhi Islam serta para pejuang Islam.
Kalau kita mengambil kira pandangan MPN, nampaknya, kerajaan Malaysia kena memohon maaf kepada British di atas keceluparan selama ini yang menuduh British sebagai penjajah. Mungkin Dr. Zainal seharusnya menjadi orang yang pertama memohon maaf kepada British di atas keterlanjuran kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia selama puluhan tahun lamanya menuduh British sebagai penjajah. Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan rakyat Malaysia juga seharusnya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada British kerana mereka sebenarnya datang ke Tanah Melayu bukan untuk menjajah, sebaliknya adalah untuk menaungi dan melindungi kita! Ya, British telah datang ke Tanah Melayu untuk ‘menaungi dan melindungi’ Tok Janggut dengan cara menyeksa dan membunuh pejuang Islam ini.
British datang ke Tanah Melayu dan ‘menaungi’ kita dengan ideologi kufur mereka, dengan undang-undang dan sistem kufur mereka dan mereka memastikan yang pemimpin Tanah Melayu, setelah peninggalan mereka, tetap menaungi kita dengan undang-undang dan sistem kufur yang sama. British datang ke Tanah Melayu dan telah ‘melindungi’ para pemimpin dan penduduk Tanah Melayu daripada Islam sehingga para pemimpin ini langsung tidak nampak Islam sebagai cara hidup untuk mengatur negara. Inilah naungan dan perlindungan yang telah diberikan oleh kuffar British kepada kita di Malaysia! Justeru, patutkah kita menghadiahkan kepada British sebuah ‘kesyukuran’ di atas ‘jasa baik’ British selama ini yang telah ‘menaungi dan melindungi’ kita semua dengan kekufuran mereka?
Kesimpulan
Kerana masih terpengaruh dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah, kita menyaksikan percakaran yang berlaku di antara UMNO dan PAS sekarang hanyalah seputar isu siapakah pejuang bangsa dan tanahair. Perbalahan mengenai siapakah hero kemerdekaan negara yang sebenar, yang panas sejak tiga minggu lepas, adalah satu perbalahan yang langsung tidak ada kena mengena dengan Islam, bahkan tidak menguntungkan Islam sedikitpun. Baik Mat Indera mahupun Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar dan lain-lain (yang dikategorikan sebagai nasionalis kiri dan kanan), selama mana mereka berjuang atas nama bangsa dan tanahair, maka ini bukanlah satu perjuangan Islam dan merupakan satu perjuangan yang tidak perlu diperbalahi atau diangkat atau dibangga-banggakan. Ini kerana berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis, perjuangan bangsa dan tanahair ini merupakan sebuah keharaman yang jelas lagi nyata! Sabda Nabi SAW,
“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah, orang yang berperang kerana assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Dawud].
Malaysia sebenarnya tidak pernah merdeka dalam ertikata yang sebenar. Kemerdekaan Malaysia daripada British hanyalah kemerdekaan dari kehadiran tubuh badan orang-orang kafir British, namun hakikatnya pemikiran, sistem dan undang-undang kufur British masih tertancap kuat dan dalam, di dalam pemikiran para pemimpin di Malaysia. British menjajah Tanah Melayu dengan menyebarkan ideologi kufur mereka dan sehinggalah ke hari ini, kita menyaksikan betapa undang-undang dan sistem pemerintahan di negara kita hakikatnya saling tidak tumpah dengan undang-undang dan sistem pemerintahan British, sama-sama diasaskan kepada ideologi Kapitalisme yang bertentangan dengan Islam.
Perlembagaan yang digubal oleh si kafir Lord Reid yang masih dipegang kukuh, ditaati baik oleh pemerintah mahupun pembangkang merupakan bukti betapa pemikiran, undang-undang dan sistem kufur masih menebal di dalam pemikiran sebahagian besar pemimpin dan umat Islam di Malaysia. Justeru, semua perbalahan yang sia-sia ini harus ditinggalkan segera dan kesemua pihak harus kembali kepada perjuangan Islam!

Sejarah sundal
Oleh Sakmongkol AK47
Kita mahu ucapkan tahniah kepada Mat Sabu. Kerana telah berjaya menggelabahkan orang UMNO dengan versi persejarahan Malaysia. Versi sejarah yang di nyatakan oleh Mat Sabu dalam suatu ucapan ialah bahawa bukan orang UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka berjuang menentang penjajahan. Mat Indera yang mengepalai serangan keatas balai polis di Bukit Kepong Muar pun adalah wira. Mat Indera pun menentang pendukung pemerintahan penjajahan.
Pilihan contoh yang di gunakan Mat Sabu untuk menyampaikan mesej nya, adalah unfortunate. Sebab yang mati dalam serangan tersebut ialah polis Melayu. Yang menyerang pula ialah pengganas bangsa Cina. Ia adalah resipi perbalahan kaum yang cukup enak. Resipi ini kegemaran parti politik seperti UMNO.
Pengunaan serangan Bukit Kepong sebagai contoh dengan segera di gunakan sebagai bukti bahwa Mat Sabu menyanjung komunis. Orang UMNO dan orang Melayu semua tahu, Mat Sabu tidak melakukan demikian. Tapi ia mesti di politikkan sebagai suatu yang besar kerana inilah peluang UMNO menunjukkan ia merwirai dan menjuarai bangsa Melayu. Yang mati ialah Melayu. Yang membunuh ialah Cina. Saya percaya, jika polis yang mati itu berbangsa cina, mana Mat Sabu akan di biarkan.
Bagaimana penentang2 Mat Sabu react? Mereka telah melakukan overkill. A series of overkill bahkan. Versi persejarahan Malaysia oleh Mat Sabu di nyatakan dalam suatu ucapan. Ucapan bukanlah suatu perlakuan akademik yang teknikal. Jadi kenapa suatu ucapan mahu di beri layanan yang luar biasa?
Jawapan nya ialah, ucapan Mat Sabu itu membawa implikasi politik kepada UMNO sendiri. Ia nya akan menyebabkan KAJIAN SEMULA keatas peranan UMNO dalam menuntut dan berjuang untuk kemerdekaan. Apa yang sebenarnya UMNO lakukan? Tidak ada orang UMNO di tangkap British. Tidak ada orang UMNO yang di penjarakan. UMNO menyudahkan larian yang di mulakan oleh parti2 lain.Pusingan terakhir yang UMNO sudahkan ialah sabsidi dari parti politik lain.
Namun oleh sebab sejarah di tulis oleh mereka yang menang, maka hanya peranan UMNO yang di perbesarkan. Tapi UMNO lupa, bahawa di mana mana negara, pengulang-kajian sejarah atau historial revision di lakukan. Pembukaan dan perjumpaan Amerika sekarang di lihat sebagai proses penaklukan keatas suatu bangsa yang di bunuh dengan penyakit, pencabulan, rogol, rompakan dan keganasan. Mereka yang dahulu di lihat sebagai mangsa yang tewas, hari ini di hidupkan kembali dan di beri tempat yang wajar dalam sejarah. Mat Sabu melakukan ulangkaji persejarahan nya sendiri. Mat Indera jangan di lihat sebagai CT.
UMNO tidak boleh mengambil risiko peranan nya di sangsikan. Ini lah modal politik mereka yang terbesar. Selagi UMNO dapat memonopoli peranan dan kedudukan sebagai satu satu nya pejuang kemerdekaan, kesetiaan orang Melayu keatas UMNO tidak akan goyah. Musnahkan monopoli tersebut, modal terakhir UMNO mengekalkan legitimacy sebagai wkail mutlak orang Melayu turut musnah.
Apa perlu di lakukan? Celakakan Mat Sabu- itu misi baru penyokong UMNO. Namun, dalam zaman ini dengan ujudnya kebebasan bersuara dan memberi pendapat di laman web, mencelakakan Mat Sabu tidak semudah ABC.Permintaan meminta Mat Sabu mohon maaf, akan di 'pantatkan'.
Dengan membayangkan bahawa bukan UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan, asas kesasihan UMNO menuntut kesetiaan mutlak dari terutama nya orang Melayu, akan musnah. Bangsa lain sudah sejak 2008, mempersetankan UMNO. Jika kesetiaan mutlak UMNO itu retak, dan kita tahu bahawa survival UMNO hari ini bergantung semata mata keatas keupayaan nya ‘mengikat’ fikiran orang Melayu, masa depan UMNO itu sendiri amat muram. Menyedari perkara ini, UMNO sudah bertindak dengan overkill.
Suatu cara yang mudah ialah mengkomuniskan Mat Sabu. Overkill yang di lakukan ialah melibatkan PAS bersekali dengan Mat Sabu. Jadi kita lihat percubaan meluaskan pendirian Mat Sabu sebagai juga pendirian PAS. Disini lah kebodohan penentang Mat Sabu. Ianya meletakkan PAS, yang hdup mati politik mereka ialah Islam sebagai penyokong komunisme? Mana lah ada kebodohan yang melebihi ketongongan yang mahu meletakkan PAS yang bergerak atas landasan Islam sebagai penyokong komunisme? Adakah UMNO mempunyai cukup bekalan mempertahan dakwaan mereka bahawa Mat Sabu dan PAS itu penyokong komunisme? Kepada saya ini overkill yang UMNO tidak akan menang.
Kemudian kita ada cara muslihat yang menjadi kesukaan pihak lawan yang kehabisan modal penghujjahan. Discredit keperibadian lawan mereka. Maka kes moral Mat Sabu yang lama, di siarkan kembali. Nyonya mercenary Jocelyn Tan dari akhbar star mengungkit kembali kes khalwat Mat Sabu seolah olah kes tersebut akan menghapus kontroversi dan ancaman keatas golongan berkuasa. Apa pun yang boleh di fahami dan di terjemah dari kes khlawat Mat Sabu itu tidak bermakna Mat Sabu tidak mampu memberi kredibiliti keatas versi sejarah Malaysia nya. Mat Sabu’s morality issue does not destroy the possible legitimacy and validity of his version of history. Ertinya, walaupun kita cuba mendiskreditkan peribadi Mat Sabu, ianya tidak akan menyekat kesangsian umum keatas monopoli puak UMNO keatas sejarah Malaysia. Tambahan pula, membawa isiu moral kedalam perbincangan politik akan mendedahkan pimpinan UMNO kepada isiu yang serupa. Dalam keadaan ini, pemimpin UMNO harus menyedari signifikens perpatah Inggeris- mereka yang mendiami rumah kaca, jangan membaling batu. Cerita moral pimpinan UMNO lebih dari 30 juzu’.
Masuk pula Dr Mahathir ke dalam gelanggang. Dr Mahathir telah hentam PAS kerana menghina Tunku Abdul Rahman. Kita sedia maklum, dalam soal menghentam Tunku Abdul Rahman, bidang ini di kuasai oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir lebih dahulu menghentam Tunku Abdul Rahman dan biasa nya condemnations keatas Tunku di lakukan oleh Dr Mahathir diatas pentas PAS. Ketika itu , Dr Mahathir senditi tidak laku dalam UMNO. Hari ini Dr Mahathir membela Tunku dan kondem PAS kerana mengangkat martabat pejuang kemerdekaan yang bukan dari UMNO.
Tapi bila Dr Mahathir menyetujui bahawa Malaysia tidak pernah di jajah, sekali lagi, Dr Mahathir sebenarnya kondem Tunku. Sebab jika negara kita tidak pernah di jajah, maka peranan Tunku dalam mencapai kemerdekaan negara tidak ujud. Jadi perdana menteri kita yang pertama sebetulnya tidak ada peranan apa apa dalam ‘kemerdekaan’ negara kita. Oleh yang demikian, bagaimana Tunku Abdul Rahman boleh bergelar kemerdekaan sedangkan ‘peristiwa merdeka’ itu sendiri tidak ujud. Bagaimana Tunku jadi bapa kepada sesuatu yang tidak ujud? Bila Dr Mahathir kata kita tidak pernah di jajah, dengan sendiri Merdekah! UMNO itu suatu pembohongan dan helah UMNO untuk terus menghamba-abdikan minda orang Melayu.
Hanya untuk menundukkan pendapat Mat Sabu, kita sanggup menggadaikan maruah dan prinsip? Kita jadi politikus dan professor pelacur? Kita sanggup mengatakan bahawa negara kita tidak pernah di jajah dan kerana itu, sesiapa dan mereka yang berkorban nyawa mempertahankan sebuah negara yang tidak pernah di jajah itu apa? Kita menipu untuk membolehkan kita berkata mereka adalah loyal subjects negara dan yang membunuh mereka adalah petualang?
Kita lakukan ini semua, hanya untuk membuktikan perkara ini? Dimana moraliti pimpinan UMNO? Dimana sense of self respect kita sebagai orang Melayu? Tokoh2 pejuang kebangsaan Melayu yang kita agung2kan dan kita politikkan ketika masa runcing dan genting sebetulnya petualang?
Jika Malaya tidak pernah di jajah dan zaman pemerintahan Inggeris sehingga 1957 menjadikan Malaya sebuah protectorate, maka semenjak tahun 1946, yang di perjuangkan UMNO itu apa sebenarnya? Apa peranan UMNO sebetulnya jika demikian? Running dog atau anjing lumba untuk imperialism Inggeris?
Politikus UMNO dan professor penyokong nampak nya menggali lubang yang lebih besar untuk UMNO.
UMNO itu dan UMNO ini. UMNO memperjuangkan kemerdekaan. Demikian bunyinya fakta yang di tanam dalam benak kita. Buku sejarah pula membenarkan fakta tersebut. Professor pula mempertahankan fakta tersebut.
Tetapi tiba tiba, kita di beritahu, Malaysia , Malaya dan Tanah Melayu sebetulnya tidak pernah di jajah. Perkara ini di nyatakan oleh seorang bekas professor UM. Pendapat tersebut turut di sokong oleh Dr Mahathir yang di anggap sesetengah orang, masih lagi PM Malaysia. Kepada saya, kenyataan mutakhir Dr Mahathir mengenai kemerdekaan kita, mengonfirmkan tanggapan saya, bahawa sesungguhnya Dr Mahathir sememangnya, boleh berjalan di atas permukaan air. Like Jesus, he can walk on water.
Ini menyebabkan semua orang berfikir. Adakah UMNO menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa kita di jajah sebenarnya suatu pembohongan UMNO yang di perpanjangkan oleh UMNO untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?
Tidak ada perkara yang lebih menyatupadukan orang Melayu selain daripada meyakinkan mereka, bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan. Tapi UMNO kata kita tidak pernah di jajah. What does that make UMNO? UMNO adalah Don Quixote yang menjadikan penjajahan kincir angin yang di khayalkan sebagai seekor naga zalim.
Jika British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan sebagai sheriff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri negeri yang sovereign. Jika ini pendirian UMNO yakni selama ini, semenjak British datang ke Tanah Melayu , negeri Melayu semua adalah sovereign states, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri negeri tersebut adalah pendukung negeri negeri yang sovereign. They were loyal subjects dan sesiapa yang membunuh loyal subjects adalah pengkhianat.
Maka demikian, celaka sungguh lah UMNO. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa rupa nya. Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?
Jika demikian, apa sebenarnya peranan UMNO dalam sejarah orang Melayu? Jika ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di jajah dan para pemimpin nya memperakui hal demikian, maka UMNO sebenarnya tali barut imperialism Inggeris.
UMNO merupakan the biggest apologist keatas penaklukan Inggeris keatas negara kita. Ini juga bererti UMNO itu pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa imperialis seperti Inggeris.
Ianya membuat saya berfikir adakah Dr Mahathir juga pembhong besar- sebab untuk beberapa tahun ketika saya hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, Dr Mahathir sebagai presiden akan menyebut dalam ucapan dasar nya, umat Melayu telah di jajah selama 400 tahun lebih. Sekarang Dr Mahathir kata, kita tidak pernah di jajah. Adakah perlakuan demikian menjadikan Dr Mahatihir running dog and greatest apologist for modern day imperialism?
Adakah kita rela menjadi intellectual hypocrites semata mata mahu disprove dan discredit Mat Sabu dan deny Mat Indera kedudukan yang respectable dalam sejarah Malaya? Ini intellectual dishonesty yang paling tinggi. Gelaran professor kepada mereka yang sanggup melakukan silap mata seperti ini harus di tarik balik.
Kekeliruan yang terbit dari kontriversi cetusan fikiran Mat Sabu telahpun menyebabkan kesan yang saya khuatir akan terjadi- yakni ia menyebebakan wholesale review keatas peranan dan sumbangan UMNO di dalam merdeka tahun 1957. Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di tubuhkan, tahun tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya Penjajahan dalam bentuk yang abstrak yang di cipta oleh pimpinan UMNO. Adakah UMNO penipu terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita di JAJAH? Tujuan UMNO tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu bergantung kepada nya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu.

Langgan:
Catatan (Atom)