7C Sebab Suami Benci Isteri: C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Isnin, 10 Oktober 2011
Cinta kasih sayang hati
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
...
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
pencen 60?
Kenaikan gaji tahunan SBPA
Gred 1-16 : RM80
Gred 17-26: RM120
Gred 27-40: Rm160
Gred 41-48: RM220
Gred 52-54: RM260
JUSA A,B,C: RM320
situasi di opis gomen... huk huk
Gred 1-16 : RM80
Gred 17-26: RM120
Gred 27-40: Rm160
Gred 41-48: RM220
Gred 52-54: RM260
JUSA A,B,C: RM320
situasi di opis gomen... huk huk
Ahad, 9 Oktober 2011
Sejarah yang menipu..
Kontroversi Tanah Melayu tidak pernah dijajah |
Ismail Abu Bakar| abisma82@yahoo.com |
Tuan Pengarang , Ramai rakyat Malaysia prihatin termasuk saya terkejut, terpinga-pinga , tertanya-tanya dan ternganga-nganga kehairan apabila mendengar kenyataan Prof Zainal bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah hanya di NAUNG, kecuali tiga Negeri-negeri Selat iaitu Singapura,Pulau Pinang dan Melaka. Prof Zainal juga telah menyatakan bahawa Tanah Melayu hanya dijajah semasa pemerintahan Jepun ,selepas Jepun menyerah diri dan semasa Gagasan Malayan Union tahun 1946 sehingga awal tahun 1947. Prof Zainal juga menambah bahawa dalam Perjanjian Pangkor 1874, tidak tercatat Tanah Melayu khususnya Perak akan dijajah penjarah Inggeris dan Perjanjian tersebut telah ditandatangan di Singapura! Saya dan warga prihatin merasakan ianya suatu penipuan dan igauan disiang hari yang terkeluar dari minda dan mulut seorang cendikiawan yang telah kekeringan ilmu dan idea yang terhakis oleh usia yang lanjut ( walau pun baru 67 tahun ) lantaran pukulan seorang yang bernama Mat Sabu. Seluruh Negara Malaysia terkejut beruk apabila mendengar kenyataan Prof itu walau pun ada dua ex yang bersetuju iaitu ex-PM Mahathir yang mudah lupa dan ex-KPN Hanif yang hendak kembali kezaman sebelum diNAUNG Inggeris ( dia boleh balik pakai tengkolok, keris dan berlaga ayam! ). Oleh kerana Zainal seorang Prof yang dianggap pakar dalam sejarah walau pun bukan bidang khusus beliau, ramai merasakan sukar untuk menyanggah kenyataan itu, mungkin juga ramai yang buta sejarah terutama golongan remaja lantas menyetujuinya atau ada yang tidak kisah langsung. Rasanya tidak perlu pakar untuk mengetahui dan memahami Sejarah Tanah air, yang penting ia mesti jujur dan telus. Namun saya sebagai orang kebanyakan dan rakyat prihatin ingin menarik perhatian dan penghayatan seluruh pembaca kepada persoalan berikut:- I ) Mengikut sejarah yang saya pelajari , buku-buku dan artikel-artikel yang saya baca; pada tahun 1511 Kerajaan Islam Melaka telah kalah kepada Portugis yang dipimpin oleh Alfonso d’ Albuqurque, dan Melaka terus diperintah oleh Portugis sehingga ditawan Belanda. Adakah Melaka hanya dinaung Portugis bukan dijajah? 2 ) Dalam tahun 1641 Belanda telah menyerang dan berperang dengan Portugis, akhirnya berjaya mengalahkan Portugis dan mengambil alih pemerintahan Melaka . Adakah Belanda itu hanya menaung Melaka bukan menjajah? 3 ) Dalam tahun 1795 Melaka telah diserahkan kepada Inggeris oleh Belanda kerana bimbang kemungkinan serangan Peranchis. Pulau Pinang adalah sebahagian dari Kedah, Francis Light telah menipu dan merampasnya dari Sultan Kedah juga tahun 1795. Singapura pula adalah takluk Johor, tetapi Stamford Raffles merampasnya dengan memujuk Sultan Husin yang dibuang daerah dan melantik semula sebagai Sultan Johor, kemudian membuat perjanjian secara terpaksa dengan Raffles pada 6 Februari 1819. 4 ) Prof Zainal menyatakan hanya Negeri-negeri Selat sahaja yang dijajah, bukankah asalnya Pulau Pinang, Singapura dan Melaka itu sebahagian dari Tanah Melayu, yang memecahkan Tanah Melayu kepada tiga bahagian,Straits Settlements,Federated Malay States dan Unfederated Malay States itu Penjajah Inggeris. Ini pun menunjukkan satu petanda dan bukti bahawa Tanah Melayu dijajah Inggeris! 5) Pada 20 Januari 1874 Perjanjian Pangkor telah ditandatangani oleh Sir Andrew Clarke Gabenor Negeri Selat dengan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak diatas kapal HMS Pluto di Selat Dinding, kawasan perairan antara Lumut dengan Pulau Pangkor (Prof Zainal telah menyatakan bahawa perjanjian tersebut ditandatangani di Singapura,ini satu kesilapan fakta atau penipuan yang disengajakan !) Perjanjian ini dengan secara langsung membenarkan Inggeris mencampuri urusan pemerintahan Negeri Perak . Persetujuan dan kebenaran ini merupakan kesilapan besar Sultan Abdullah yang membawa kepada campurtangan dan penjajahan British.Apakah tindakan ini tidak tercatat dalam perjanjian itu dan mencampuri urusan itu bukan penjajahan namanya? Kalau tidak dijajah kenapa Datuk Maharaja Lela dan orang-orangnya boleh menentang dan membunuh Residen Inggeris J.W.W. Birch?Apakah perjuangan Pahlawan-pahlwan Melayu yang menentang Inggeris seperti Mat Kilau dan lain-lain itu bukan kerana tidak akur dengan penjajahan Inggeris? 6 ) Bermula dengan tiga buah negeri Melayu yang dipanggil Negeri Selat oleh penjajah Inggeris berlaku pula peristiwa di Perak, Inggeris terus berusaha untuk mendapatkan ( menjajah ) negeri-negeri Melayu yang lain dengan memujuk dan menipu Raja-raja Melayu serta menjadi orang tengah dalam peperangan saudara dikalangan negeri-negeri itu.Sebagai contoh Negeri Pahang, apabila berlaku pertembungan antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad, akhirnya Wan Mutahir kalah lantas British mengiktiraf Wan Ahmad sebagai Sultan dan bersetuju menerima Residen Inggeris, dikuatkan pula dengan pembunuhan seorang China rakyat naungan British. Residen J.P.Rodger yang ditempatkan di Pahang telah mencampuri urusan percukaian dan hasil Pahang, lantas ditentang oleh Dato Bahaman dan orang-orangnya yang akhirnya dituduh sebagai pendurhaka kepada British dan Sultan. Apakah tindakan Residen bukan sebagai penjajah? Bukankah Dato Bahaman itu bangkit menentang penjajah Inggeris! 7 ) Di Kelantan, salah satu Negeri yang tidak bersekutu, British telah campur tangan dalam urusan tanah negeri tahun 1909, Tok Janggut atau Haji Hasan Munas tidak bersetuju dan telah menentang dengan cara berjihad. Pada 25 April 1915 Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya menyerang bandar Pasir Puteh dan bertempur dengan Pasukan Malay State Guides ( askar berbangsa Melayu upahan British). Akhirnya pada 24 Mei 1915 Tok Janggut telah mati syahid, mayatnya digantung kepala kebawah dan diarak seluruh bandar Kota Bharu . Ini adalah kerja penjajah Inggeris yang biadab, zalim dan mencampuri urusan pemerintahan negeri. Juga berhasrat terus menjajah seluruh Tanah Melayu! 8 ) Setelah seluruh Tanah Melayu dijajah,Raja- raja Melayu masih dikekalkan,kecuali Negeri-negeri Selat; Penjajah British yang diwakili Residen telah mengambil alih semua kuasa pentadbiran Negeri kecuali urusan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Bidang ini kekal dibawah kuasa Raja-raja Melayu hingga kini. Inilah kesan dan implikasi dari penjajahan yang dikatakan tidak pernah menjajah tadi! 9) Seawal tahun 1937 pula, era penentangan terhadap penjajah Inggeris telah bermula iaitu apabila Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) yang dipimpin oleh Allahyarham Ibrahim Haji Yaakob telah ditubuhkan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Selain dari itu banyak lagi pertubuhan orang-orang Melayu yang berjuang menentang Penjajah seperti PKMM,AWAS,API dan sebagainya. Akhirnya mereka ini dicap kumpulan kiri dan pro-komunis! Mereka ini bukan sahaja menjadi seteru Penjajah malah ditentang oleh UMNO yang pro-British pada ketika itu. 10 ) Selepas Jepun menyerah tahun 1945, Parlimen British telah mencadang dan meluluskan Gagasan Malayan Union tahun 1946. British menghantar Harold Mc Michael untuk memujuk Raja-raja Melayu supaya menerima cadangan itu untuk dilaksanakan di Tanah Melayu. Mengetahui muslihat jahat PENJAJAH ini , orang-orang Melayu dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah bangun menentang dengan membuat demonstrasi awam secara besar-besaran. Bukankah ini tandanya British menjajah Tanah Melayu! ( Catatan: Dato Onn yang menubuhkan Umno 1946, meninggalkannya tahun 1951!) 11) Setelah Malayan Union gagal dikuatkuasakan, dalam tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan oleh British yang mengecualikan Singapura telah ditubuhkan , serentak dengan itu golongan pejuang kiri yang bukan dari Umno ditangkap,parti yang dianggap kiri diharamkan dan dharurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Ada diantara pemimpin ini yang lari, ada yang dipenjara dan ada yang bersekongkol dengan Parti Komunis. Penjajah mesgisytiharkan perang terhadap komunis dan orang-orang yang bersekongkol dengan nya seperti Rashid Mahidin, Abdullah C.D, Shamsiah Fakeh dan lain-lain termasuk Mat Indera yang menjadi kontroversi sekarang. Siapakah yang melakukan semuanya ini? pastinya Penjajah Inggeris! 12 ) Dalam tahun 1955 Pilihan Raya telah diadakan sebagai persediaan untuk kemerdekaan, kemudian Tunku dan kumpulan Perikatan telah pergi ke London untuk berunding menuntut kemerdekaan dengan Kerajaan British, tempat perundingan ialah di Pejabat Koloni British di London. Dalam tahun 1956 Tunku dan rombongan telah beberapa kali pergi ke London untuk berunding dan menetapkan tarikh KEMERDEKAAN.Kalau tidak dijajah kenapa berunding dengan Inggeris dan di Pejabat Koloni ? 13 ) Apabila hendak Merdeka, untuk menyelesaikan masalah penyatuan kaum di Tanah Melayu iaitu Melayu, China dan India, diadakan Kontrak Sosial dan dijadikan asas Perlembagaan Tanah Melayu khususnya artikel 153. Penjajah Inggerislah yang bertanggung jawab dalam isu ini! 14 ) Dalam tahun 1956 Perlembagaan Negara hendak disesdiakan, Penjajah British melantik Lord Reid sebagai Pengerusi Panitia Penggubal, ahli-ahlinya ialah Ivor Jenning dari England ,Hakim Malik dan Hakim Hamid dari India dan Pakistan. Tiada seorang pun wakil dari Tanah Melayu. Ini bermakna British yang menentukannya sebagai penjajah yang berkuasa keatas Tanah Melayu! Kenapa pula Britiish yang merangka Perlembagaan Tanah Melayu? 15 ) Persetujuan telah dicapai bersama Kerajaan British,tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Pada tarikh tersebut satu sambutan besar-besaran telah diadakan dan Tunku Perdana Menteri Pertama telah melaungkan KEMERDEKAAN sebanyak tujuh kali. Kalau tidak dijajah mengapa ada kemerdekaan dan disambut tiap-tiap tahun mulai tarikh tersebut, cuma tahun 2011 sahaja digantikan dengan Hari Penubuhan Malaysia pada 16 hb September, itu pun idea dan saranan Pakatan Rakyat! 16 ) Orientalis mencatat sejarah kedatangan kuasa Barat ke Timur selepas Perang Salib tahun1097- 1292, bertujuan untuk membeli dan berniaga rempah ratus, sebenarnya tujuan hakikinya ialah untuk meluaskan tanah jajahan dan mengembang Ugama Kristian. Lantaran itu banyak negeri-negeri Timur yang dijajah dan ramai anak negeri yang dikristiankan seperti di Indonesia, Filiphina, Tanah Melayu sendiri. Mereka mendirikan gereja,sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah sekular mereka serta menerapkan korukulum mereka dalam sistem pembelajaran dengan mengenepikan pelajaran Agama Islam. Dasar Pelajaran hanya dipinda sedikit dengan Penyata Razak tahun 1956 dan diubahsuai oleh Penyata Rahman Talib 1960. Di Melaka contohnya terdapat kumpulan Serani hasil kacukan Melayu/Portugis, kumpulan ini hampir semuanya beragama Kristian,inilah hasil penjajahan dan proses kristianisasi yang dijalankan Penjajah . Selepas itu British pula menjalankan usaha yang sama tetapi lebih bercorak penjajahan minda dan diplomasi. Kita boleh lihat sendiri berapa ramai orang Melayu/Islam yang dimurtadkan contoh Natrah awal 1950an,Hartina Kamarudin,Asiah Bohari dan lain-lain tahun 90an-awal 20an dan bagaimana pula sistem pemerintahan Negara dan corak peradaban masyarakat dan minda rakyat khususnya pemimpin sekarang? Apakah ini bukan kesan penjajahan? 17 ) Negeri-Negeri Tanah Melayu pada asalnya Islam dan menjalankan Hukum Islam dalam pemerintahan , tetapi apabila dijajah ia menjadi sekular dan Islam tidak dipraktik lagi hingga sekarang walau pun terlepas dari NAUNGN British. Hukum dan Peraturan Islam sudah menjadi asing walau pun kepada orang-orang Islam sendiri dan Negara kita yang pada asalnya Islam. Gara-gara siapakah perkara ini berlaku, pastilah Penjajah! Kesimpulan dari rasional dan fakta yang saya kemukakan diatas ternyata kenyataan Prof Zainal yang Tanah Melayu tidak dijajah itu suatu ungkapan yang tidak boleh dipercayai dan tidak masuk akal orang yang tahu serta rakyat Malaysia yang prihatin. Saya berpendapat Prof cuma melakukan pengalihan tumpuan rakyat dari isu yang lebih besar yang melanda Negara dan kepimpinannya sekarang. Oleh kerana isu Mat Indera yang dikaitkan dengan komunis, dibangkitkan oleh Mat Sabu seorang ahli politik alternatif, tindakan ini dilakukan oleh mempamirkan kesalahan Mat Sabu kepada masyarakat bahawa beliau salah. Apa yang dituntut ialah agar ahli sejarah tidak memadamkan peranan yang dimainkan oleh golongan lain dalam menuntut kemerdekaan bukan YTM Tunku dan orang-orang Umno sahaja. Jelaslah tindakan Prof Zainal yang terlalu pro-Umno, cuba membutakan mata masyarakat khususnya orang-orang Melayu dan cuba menafikan golongan lain yang dianggap kiri dan pro-komunis itu telah mula berjuang menuntut kemerdekaan sejak tahun 1937 lagi, berbanding Umno yang berbincang dan menerima kemerdekaan seawal tahun 50an sahaja iaitu selepas Umno bertukar pemimpin dari Dato Onn kepada YTM Tunku Abdul Rahman. Kenyataan Prof itu ternyata salah dan palsu, tambahan pula YAB Timbalan Perdana Menteri telah memperakui Tanah Melayu telah dijajah seperti kenyataan beliau dalam parlimen pada 4 Oktober yang lalu, YM Dato Prof Zainal ternyata cuba mengabui mata rakyat seluruhnya. Sebenarnya fakta sejarah tidak boleh diubah, yang boleh hanya memasukkan fakta-fakta yang sengajakan ditinggalkan tentang perjuangan menentang penjajah dan perjuangan menuntut Kemerdekaan oleh golongan yang dianggap penderhaka dan golongan kiri yang dianggap pro-komunis! “YANG LOREK ITU KENDI, YANG MERAH ITU SAGA, YANG CANTIK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA. Terima Kasih, Wassalam! |
Antara Isi-si penting Pembentangan Bajet 2012
1) Peruntukan rancakkan pembangunan
- Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2) Kereta hibrid
- Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
- Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah
- RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan
- Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara
- Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan
- Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012
- Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global
5) Gaji penjawat awam
- Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus
- Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
- Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
- RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
- RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
- Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
- Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
- Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
- Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
- Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
- Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
- Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
- Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
- Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
- Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
- Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
- Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
- Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
- Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
- Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
- Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
- Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
- Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
20) Rancangan Tebatan Banjir
- Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
- Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
- Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
- Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Langgan:
Catatan (Atom)