Sabtu, 15 Oktober 2011

senjata melayu

Oleh: rajaibrahimpetra96

"

Beribu-ribu tahun dahulu... di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam; kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi. . . hancur semuanya. . . . bangkit kembali membina empayar. . . perang saudara. . . kedatangan bangsa Eropah yang tamak.... dijajah... dijajah... dijarah...

Bangkit kembali. . . tentang penjajah. . . akhirnya merdeka. Kemudian bina negara. . . bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi. . apa dilihat lagi? Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi. . . . gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi. . . selak lagi. . . gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.

Dalam artikel saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Saya akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api. . Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?

'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu


Pada tahun 80-an, satu filem telah diterbitkan berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi. Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing. Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik serta unik dan menimbulkan pelbagai misteri.

Apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala? Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan? Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan? Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden? Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita? ?

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma. Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI? 

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS, KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI. 

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam, Lela*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka*Flintlock Musket=Istinggar*Blunderbuss=Pemuras*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:

Pemuras


Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.


Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa


Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka, Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

Terakol




Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


*Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar


Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka


Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.


Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam, pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu. Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.


Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris? JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak. Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk paramusketeers(ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India. Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu. Lucu dan aneh. Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri, sebagai contoh Tulisan Jawi, Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan. Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri, siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri? ? Orang asing? ?

SEbagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang. Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.

Masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu. Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh. Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh, saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu.

Jadi fikirkan, adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit, lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik, kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali. Para musketeers dangunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini. Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.


Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas. Dan ini adalah benar, dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan, dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas, masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dancannon?

Bibliografi:
Melayu Nusantara
Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain. "

JPNS

Cikgu misteri di N. Sembilan? Utusan Malaysia - 14 Oktober 2011. KAMI guru-guru kanan matapelajaran yang telah 'dilantik' pada Ogos tahun 2008 ingin menyatakan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) kerana mengarahkan kami melalui kerani sekolah masing-masing, memulangkan semula Elaun Tanggungjawab sebanyak RM120 dari mula kami dilantik sehingga Ogos 2011.

Pihak kami sudah meminta penjelasan daripada JPNS melalui Unit Perkhidmatan. Mereka akui berlaku kesilapan sewaktu mula pelantikan kami pada 2008 kerana alasan sekolah Gred B difahamkan waktu itu tidak layak menerima Guru Kanan Mata Pelajaran melalui pekeliling Kementerian Pelajaran tahun 2002.

Namun perkara itu baru disedari pada tahun 2011 oleh pengurusan yang baru.  Walaupun kami merayu, namun jabatan mahukan kami memulangkan elaun tersebut secara potongan ansuran dari gaji kami selama enam bulan atau merayu memanjangkan tempoh.

Dari kiraan kami jumlah bayaran balik mencecah RM5,000. Ini amat membebankan. Tidak adil. Sebagai satu cubaan bersikap lepas tangan. Dalam usaha pihak kerajaan memperbaiki kebajikan guru, nampaknya, pihak jabatan sendiri secara tidak langsung telah menganiayai hampir 200 orang Guru Kanan sekolah Gred B khususnya di Negeri Sembilan yang dilantik secara 'misteri' oleh mereka. 

Bagaimana mereka boleh tidak tahu pekeliling tersebut amat mendukacitakan kami sama sekali. Ini satu kerja lalai yang amat serius sama sekali. Apa yang lebih mendukacitakan ialah tenaga Guru Kanan tersebut telah dipergunakan sepenuhnya oleh Pengetua sekolah terbabit selama tempoh 'pelantikan misteri' tersebut sehingga ada antara sekolah Gred B tersebut mendapat Penghargaan Baiah seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini.

Kemudian mereka diminta pulangkan balik elaun tersebut setelah tenaga mereka dipergunakan?  Puncanya ialah sekolah terbabit Gred B. Kenapa sekolah ada unsur diskriminasi? Difahamkan di Seremban sahaja ada sekolah Gred B seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang dan SMK Seremban Jaya.

Murid mereka mencecah seribu lebih. Bagaimana pula di Jelebu, Jempol dan lain-lain? Kami dengan ini meminta Menteri Pelajaran menyiasat, meneliti dan menimbangkan semula perkara ini dengan serius kerana kesilapan dan diskriminasi sebegini telah menjatuhkan maruah dan menganiayai guru-guru terbabit dan bertentangan dengan akta pekerjaan dan dasar integriti nasional serta dasar rakyat didahulukan.

GURU KELIRU

Negeri Sembilan
Sumber: www.utusan.com.my"
 

sms seram dari nates..!

"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...'


Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang
sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya
memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya
dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu
daripada semua ini....

*****************************************************************

1.
salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama
sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy
harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab
ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try
sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik
sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3.
Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2
tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4.
awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak
pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk
dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate
cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk
da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6.
Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy
utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk
pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan
je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk
syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq
ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8.
Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat
utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn
risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji
kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10.
Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh
pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12.
Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory
ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh
xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14.
Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg
ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa
pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan
abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg
cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just
nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16.
Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg
special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg
cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg
janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24.
sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak
dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut
syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg
mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan
masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau
kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin
kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....

Projek lembu anak beranak...


feedlot23 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
Siapa yang nak jadi kaya di Malaysia tiada masalahnya, tidak kisahlah mereka ini Melayu, Cina ataupun India. Rasanya orang tidak akan melenting apatah lagi menyimpan perasaan dengki sekalipun dengan golongan kaya seperti ini asalkan mereka berjaya hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri. Tetapi, yang menjadi pertikaian & persoalannya kalau ada kalangan “mereka-mereka” yang mengumpul kekayaan dengan dengan jalan pintas, atas kapasiti mereka ada kuasa ataupun mempunyai hubungan baik dengan “pihak-pihak yang berpengaruh & berkepentingan” sehingga begitu mudah :
  • Mendapat anugerah projek-projek mega diberikan secara terus kepada mereka
  • Atas nama kuasa & pengaruh juga, mampu beli berjuta unit saham. Ehem…
  • Rakyat kebanyakan punyalah ramai yang bercita-cita tinggi hendak jadi usahawan bagi memulakan perniagaan, tetapi bantuan perniagaan termasuklah bantuan kewangan punyalah sukar untuk dipertimbangkan. Tetapi……
Tetapi….ada sebuah projek mega yang melibatkan sebuah syarikat yang berkepentingan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.
“Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri,” katanya. Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.
Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat. (sumber : Malaysiakini)
Yang pastinya menteri tersebut adalah menteri wanita. Jadi siapakah menteri wanita yang telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini? Kalau dalam senaraian kabinet Malaysia nak senaraikan menteri-menteri wanita yang ada tidaklah susah mana pun. Menteri wanita dalam kabinet Malaysia sekarang ini pun tidak ramai. Antaranya ialah :
  • Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
  • Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
  • Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
  • Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
  • Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Industri)
  • Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
  • Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
feedlot8 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
Jikalau anda perhatikan gambar di atas, pastikan anda akan mengesan siapakah menteri yang dimaksudkan ini. Ya…..gambar di atas merupakan anak kepada menteri tersebut. Kalau sebelum ini, Malaysia amat bergantung dengan bekalan daging daripada luar negara seperti Australia, New Zealand, Brazil, China serta India. Sehinggalah projek fidlot peringkat nasional/kebangsaan yang berimpak tinggi ini adalah sebahagian daripada yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 telah diperkenalkan :
  • Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu (fidlot) secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas.
  • Projek usahasama di antara kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dibina di Gemas
  • Di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di keluasan tanah 2000 hektar
  •  Menjadi pembekal daging lembu segar dalam negara serta mampu menjadi pengeksport utama daging segar
feedlot62 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?Dan projek ini telah dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC) yang mana . Yang mana antara tulang belakang disebalik syarikat ini adalah – Gambar dari (kiri), Wan Izzana Salleh selaku Pengarah Ekskutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wan Shahinur Izran dan juga Wan Izran Salleh. Wan Izzana Salleh pada ketika “menerima anugerah” melaksanakan projek melibatkan pelaburan sejumlah RM250 juta ini sahaja berumur 20 tahun dan tidak pernah ada pengalaman di dalam sektor penternakan lembu secara besar-besaran seperti ini
Restoran Meatworks Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
Kalau anda teragak nak makan “daging’ yang sedap dan lembut”; boleh pergi ke Solaris – Restoran Meatworks di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Ia turut dimilki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil. Di bawah ini merupakan sebahagian gambar atas lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin ke Pusat Fidlot Nasional Gemas. (Gambar : N9kini.com)
feedlot12 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
feedlot131 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
feedlot11 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut sebentar tadi?
Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 1,000 orang usahawan contohnya kesan gandaan kepada ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan limpahan kesejahteraan yang lebih meluas kepada rakyat terbanyak. Akhirnya, ramai rakyat yang mendapat “manfaatnya”. Bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan. Mana yang lebih baik?
sumber: beritasemasa.com

Inflasi 3.1 %

Kementerian kewangan telahpun mengeluarkan laporan ekonomi 2011/2012 di mana menunjukkan kadar inflasi di Malaysia terus meningkat kepada 3.1 peratus pada tujuh bulan pertama untuk tahun 2011. Adakah anda sekarang sedar dengan tahap inflasi yang berlaku dalam negara kita? Apa faktor yang menyumbang kepada kenaikan inflasi? Antara yang dikaji ialah :
  • kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol
  • pengangkutan serta perumahan,
  • air, elektrik, gas dan bahan lain,
  • Secara keseluruhannya ia telah menyumbang kepada 2.5 mata peratusan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).
Selain faktor bekalan, kenaikan inflasi juga disumbang sebahagiannya oleh rasionalisasi subsidi bagi beberapa barangan keperluan pengguna termasuk gula, petrol RON97 dan tarif elektrik.
inflasi3 Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya?
Kadar inflasi di Malaysia berdasarkan rujukan halaman Trading Economics adalah antara terendah di rantau Asia Tenggara (3.3%) berbanding negara lain seperti Singapura (5.7 peratus), Filipina (4.29 peratus) dan Thailand (3.27peratus).
Antara usaha kerajaan Malaysia setakat ini untuk membendung kesan kenaikan kadar inflasi di Malaysia adalah :
  • Kenaikan kos sara hidup sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan tujuan utama mengenal pasti langkah bagi membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
  • Bagi menangani kesan kenaikan harga makanan, kerajaan antara lainmelancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bermula di Lembah Klang. KR1M menawarkan 250 barangan runcit berjenama 1Malaysia pada harga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi meringankan beban kumpulan mudah terjejas di kawasan bandar
  • “Menu Rakyat 1Malaysia” juga diperkenalkan tahun ini dan sehingga kini 728 pengendali restoran seluruh negara telah menyertai program ini yang menawarkan hidangan set sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4
  • Langkah lain termasuklah melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi mengawal harga barangan dan caj perkhidmatan serta menghalang aktiviti pencatutan.
inflasi10 Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya?
Ya…..benar, mana-mana negara sekalipun akan ada inflasinya. Tetapi, kami beranggapan lonjakan inflasi di Malaysia masih lagi sukar dilaksanakan selagi kerajaan masih lagi mengamalkan protectionism dalam kebanyakan sektor!! Tiada masalahnya jika kerajaan contohnya nak melindungi industri lembu dengan cara mengenakan cukai ke atas daging import  dan dalam pada masa yang sama memberikan subsidi dan bantuan kepada golongan petani. Sebab, kita sebagai rakyat Malaysia beli tidaklah sampai untuk membuat pinjaman bank untuk membelinya kerana ada alternatif lain yang boleh dijadikan pilihan termasuklah ayam, kambing dan babi (untuk golongan bukan Islam).
Tetapi, tetapi……yang menjadi masalahnya sekarang kerajaan dilihat “begitu senang” melindungi industri simen dan keluli, bahan asas yang digunakan untuk membina rumah. Apabila hartanah meningkat berganda, kita pula sebagai rakyat Malaysia pun menjadi hamba selama berpuluh tahun dengan “bayar kepada bank” pada kadar yang tinggi. Kepada golongan pertengahan dan berpendapatan rendah, kalau rumah dah mahal, mereka nak duduk di mana?
inflasi5 Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya?
Sesebuah rumah teres (tidak bertingkat) berharga kira-kira RM50,000 ke RM78,000 di Kuala Lumpur pada 30 tahun yang lalu, kini satu unit apartment di Kuala Lumpur bernilai sekurang-kurangnya RM300,000, purata harga rumah telah melonjak kepada RM480,000 – bersamaan enam ke tujuh kali ganda harga rumah di Kuala Lumpur berbanding 30 tahun yang lalu. Menurut anggaran pakar hartanah dan pemaju, harga rumah di Kuala Lumpur melonjak pada purata 10%-20% setiap tahun.
Yang keduanya, kerajaan terus menerus melindungi industri automatif tempatan. Kita dikehendaki membayar jumlah yang sekali ganda jikalau nak memiliki kereta import. Mahu tidak mahu, rakyat Malaysia “dipaksa secara halus” untuk membeli kereta tempatan dek kerana tiada pilihan lain. Ada juga kalangan yang masih tak mampu membeli kenderaan yang dijual pada kadar yang tinggi, akhirnya terpaksa menggunakan motosikal yang mana kes kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal amatlah tinggi. Nak harapkan pengangkutan awam?
30 tahun dahulu, sebuah kereta import hanya berharga RM17,000. Sekarang ini, sebuah kereta import yang biasa memerlukan sekurang-kurangnya RM85,000 hingga RM100,000. Biarpun harga kereta tempatan yang secara perbandingannya lebih murah, misalnya Myvi, ia memerlukan RM45,000 hingga RM50,000 – yang mana ia masih berkali ganda perbandingan harganya berbanding 30 tahun yang lalu.
Akhirnya rakyat terus dibebani hutang yang tinggi atas dasar protectionism kerajaan. Rakyat tak untung apapun dengan dasar sebegini, yang untung hanyalah golongan atasan sahaja.
Walaupun rumah dan kereta adalah keperluan asas rakyat Malaysia sekarang ini. Tetapi, hakikatnya pengiraan kadar inflasi di Malaysia yang melibatkan kos pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar inflasi. Sebaliknya kerajaan “lebih berminat” untuk memilih bayaran perkhidmatan awam. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan lebih memilih kadar rumah sewa. Tetapi, jikalau kedua-dua ini dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar inflasi di Malaysia bukan setakat 3.1% sahaja tetapi lebih daripada angka tersebut.
sumber: beritasemasa.com