Soalan Bangang Yang Buat Orang Lagi Bengang !! Ggrrrrrr !! Tibai kot !!
1)Bila orang nampak anda baring tutup mata....
Soalan: Hyee! tidur ke?
Jawapan: Tak la,aku training mcm mana nak mati nanti...
2)Imagine anda bawa tv anda yang rosak gi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak:
Soalan: Nak repair tv ke?
Jawapan: Tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2.
3)Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda:
Soalan: Hyep! da bangun?
Jawapan: Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan...
4)Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: Hello?.. Ada mana ?
Jawapan: Kat sini haa ,kat bus stop!!!
5)Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah..
Soalan: Eh baru mandi ke?
Jawapan: Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!!
6)Anda di dalam toilet , pintu berkunci , ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda..
Soalan: Ada orang tak?
Jawapan: ( *Suara Kiut* ) Mana ada orang!! Taik yang bercakap ni!!
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Isnin, 31 Oktober 2011
Ahad, 30 Oktober 2011
Pesan Imam Syafie
1.Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba mencerobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
2 .Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
3.Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah orang pilihan di sisi Allah.
4.Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
5.Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan ‘A’uzubillahi minashaitanirrajim”. Kita perlu bersabar jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat dari perang sabil.
6.Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
7.Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
8.Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
9.Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
10.Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
11.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membantumu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang salih.
12.Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
rakyat marhaen
DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kita masih dipanjangkan usia; dapatlah kita memuzakarahkan isu semasa, kali ini kita menyentuh hal yang paling asas dan dekat dengan manusia itu makanan. Makanan adalah antara tiga keperluan asas manusia selain rumah (kediaman) dan pakaian.
Bagi keluarga miskin, sebahagian besar daripada pendapatan mereka (mungkin 60 peratus) digunakan untuk menampung keperluan makanan ini. Misalnya jika pendapatan isi rumah sebuah keluarga dengan empat anggota keluarga adalah RM500 sebulan, RM300 daripadanya digunakan untuk membeli makanan.
Namun semakin tinggi perolehan rakyat, semakin kuranglah peratusan pendapatan mereka digunakan untuk membeli makanan. Misalnya sebuah keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan dua anak dengan pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan, jika mereka memperuntukan RM1,000 sekalipun untuk membeli makanan, itu hanya 10 peratus daripada pendapatan mereka.
Berdasarkan hujah ini, orang miskin perlu berhati-hati dalam perbelanjaan mereka hatta dalam membeli makanan sekalipun.
Misalnya jika RM300 sudah diperuntukkan untuk membeli makanan, sedikit kenaikan dalam harga barangan keperluan akan menjejaskan kehidupan rumah tangga mereka.
Jika berlaku peningkatan lima peratus dalam kenaikan harga barang, mereka sudah ‘menggelupur’. Ini kerana RM15 terpaksa ‘dikorek’ daripada baki wang RM200; jadi bertambah sukarlah mereka hendak menjelaskan bayaran lain seperti sewa rumah, perbelanjaan sekolah anak-anak dan tambang pengangkutan.
Keluarga yang berpendapatan RM10,000 tadi tentunya tidak banyak terasa kenaikan barangan sebanyak lima peratus itu. Jika itu berlaku, pertambahan perbelanjaan makanan mereka hanya meningkat kepada RM1,050 sahaja. Pertambahan belanja makanan sebanyak RM50 tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada mereka, jadi mereka tidak terasa apa-apa.
Orang berketurunan kaya dan berdarjat yang tidak pernah terbabit secara terus membeli barangan keperluan seperti gula kopi, asam belacan dan ikan ayam (tidak pernah ke pasar), sebaliknya hanya tahu menikmati makanan lazat dihidangkan di atas meja berkilat oleh pembantu, lagilah tidak tahu akan kesan kenaikan harga barangan.
Jika ditanya sekilogram harga beras pun mereka tidak tahu, apatah lagi barangan seperti ikan ‘koman’ makanan rakyat marhaen seperti cencaru, kembong dan gelama yang harganya sentiasa turun naik di pasaran. Mungkin mereka pun tidak tahu harga ‘ikan makanan orang kaya’ seperti parang dan tenggiri yang sudah melambung lebih RM20 sekilogram.
Antara kumpulan orang yang paling arif tentang harga barangan keperluan adalah suri rumah. Biasanya si suami akan me nyerahkan perbelanjaan dapur kepada si isteri; katakan RM300 sebulan seperti contoh dinyatakan. Daripada RM300 itu; puratanya mereka hanya mampu berbelanja RM10 setiap hari. Apa yang dapat dibeli dengan RM10? Kasihan, pening suri rumah tadi memikirkan hal ini.
Harga ikan kembong paling murah pun sudah RM8 sekilogram; udang usah cakaplah sudah mencecah RM16 sekilogram; manakala sekilogram daging tempatan RM18 manakala ayam RM15-RM20 seekor!
Itu baru lauk-pauk, bagaimana bahan asas seperti beras, tepung, gula, kopi, asam garam dan minyak yang biasanya dibeli sekali untuk keperluan sebulan? Kalau keluarga yang ada bayi, bagaimana keperluannya seperti susu yang bukan murah; setin saja yang berjenama sudah mencecah RM50! Kemudian lampin pakai buang dan jika anak dihantar kepada pengasuh, kosnya sudah ratusan ringgit.
Inilah masalah yang dihadapi kebanyakan rakyat di negara ini. Harga barangan keperluan yang mahal inilah yang perlu pemerintah fikirkan, bukan seronok mempublisitikan makanan murah, sarapan boleh didapati dengan harga RM2 manakala makan tengah hari RM4 melalui Menu 1-Malaysia.
Malah dipublisitikan PM dapat merasai makanan tengah hari dengan lauk dua ketul ayam, daging goreng, sayuran tauge dan popadum dengan harga RM3. Jika dengan RM3 PM boleh makan ayam dan daging, dengan belanja RM10 sehari seorang suri rumah pula hanya mampu menyediakan juadah nasi berlaukan ikan kembong dan sayur goreng untuk keluarganya. Itupun bersyukurlah kerana ada yang makan nasi berlaukan sayur lombong malah ada yang makan cuma sekali sehari!
islam dan melayu
“Mujur aku kenal Islam terlebih dahulu sebelum aku kenal Melayu, kalau tidak mesti aku tidak akan tertarik dengan Islam.”
Saya percaya, ramai dari kita pernah mendengar ungkapan sebegitu. Ungkapan yang menunjukkan bahawa bangsa Melayu yang cukup sinonim dengan agama Islam di Malaysia sedang berhadapan dengan krisis identiti yang cukup parah.
Tanpa perlu melihat kepada statistik masalah sosial remaja, lihat sahaja di mana-mana dan kita akan dapati, bahawa juara kepada masalah sosial di mana-mana adalah dari bangsa melayu.
Namakan apa sahaja masalah, buang bayi, merempit, curi motosikal, lepak, ponteng sekolah, dadah, merokok di sekolah, bergaduh, pergaulan bebas, kemiskinan, rasuah, pelacuran dan macam-macam lagi, maka kita akan dapati bahawa belia dari kalangan bangsa Melayu adalah juaranya.
Pergilah ke KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Mid Valley atau Jalan TAR, dan lihat juga di panggung wayang, di konsert-konsert dan pesta, lihatlah siapa penghuninya dan siapa yang paling banyak terlibat dalam masalah ‘couple’ dan pergaulan bebas.
Pergi juga ke sekolah-sekolah , universiti-universiti tempatan dan tanyakan pada guru-guru dan pensyarah-pensyarah tentang siapa yang bermasalah dalam akademik dan syakhsiah.
Itu belum dikira bilangan yang solat 5 waktu sepenuhnya, yang menutup aurat dengan sempurna, yang iltizam dengan akhlak dan adab-adab Islam seperti solat berjemaah dan tilawah Al Quran harian.
Kalau tidak percaya, buatlah satu tinjauan rambang di mana-mana sekolah atau IPTA di Malaysia, dan tanyakan pada pelajar-pelajar Melayu Muslim, berapa ramai yang solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Jangan terkejut dengan hasilnya.
Belum lagi kita membincangkan tentang masalah ekonomi orang melayu yang jauh ketinggalan dalam setiap aspek.
Lebih menakutkan jika kita melihat kepada bilangan yang murtad di Malaysia.
Jika kita lihat dengan mata, kita renung dengan perasaan dan kita faham betul-betul realiti ini maka kita akan dapati bahawa bangsa ini tidak lagi menjadi contoh yang terbaik kepada bangsa-bangsa lain. Usahkan hendak menjadi contoh, bahkan sekarang ini mula kedengaran ungkapan-ungkapan dari mereka yang berbangsa melayu sendiri yang malu dilahirkan sebagai bangsa ini.
cinta Allah
Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.
Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.
Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.
Beberapa tahun berlalu…
Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:
- Mana ibumu?
- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?
- Tidak!
- Di mana pula abangmu?
- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.
- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?
- Tidak!
- لا حول ولا قوة إلا بالله
- Kakakmu di mana?
- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.
- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?
- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…
Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!
Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?
Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?
Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.
Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
Langgan:
Catatan (Atom)