Isnin, 7 November 2011

solat vs sembahyang

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya,
istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
“Syirik.”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
“Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah”
dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai
“menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada
“menyembah dewa yang bernama Hyang.”

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai
“Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
“menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,”
kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa
berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. InsyaAllah....

Artis dapat hidayah

Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripada-Nya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya -melainkan apa yang dikehendaki-Nya- walau kunci pernah berada di tangannya



pesanan Ahmad Yasin

PESANAN BUAT PEMUDA-PEMUDI DARI SYEIKH AHMAD YASSIN AGAR SENTIASA BERWASPADA 1938-2004 


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. 


Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. 


Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. 


Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian. Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. 


Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH...

strong iman

(_♥ WEAK IMAAN VS STRONG IMAAN (_♥

Weak Imaan: Please yourself
Strong Imaan: Please ALLAH ♥

Weak Imaan: Leave it to luck
Strong Imaan: Leave it to ALLAH ♥

Weak Imaan: I’ll start tomorrow
Strong Imaan: Right now! IN SHAA ALLAH ♥

Weak Imaan: Enjoy yourself, you are still young Strong Imaan: Seek knowledge, you are still young ♥

Weak Imaan: Enjoy as if you’ll live forever Strong Imaan: Worship ALLAH as if you’ll die
tomorrow ♥

Weak Imaan: Follow what you believe and your desires
Strong Imaan: Follow the Quran and Sunnah ♥

Weak Imaan: Commit sin; don’t worry, no one will know
Strong Imaan: Stay away from sin. ALLAH is the all seeing, hearing & knowing. ♥

Redha-Mu

ALANGKAH BAIKNYA JIKA... alangkah ruginya bila..
Alangkah baiknya jika kita selalu membaca Al-Quran, mentadabbur ayat-ayat serta pengertiannya,lantas menangis teringatkan azab seksa di neraka..Pasti mata yang menangis kan berbangga, malah turut menangis takutkan Pencipta. Mulut bersyukur kerana dia digunakan untuk melantun ayat-ayat ALLAH.. badan yang sedang duduk merasa tenang. Malah semua anggota turut sama bertasbih memuji ALLAH..

Alangkah ruginya bila kita menggunakan mulut untuk bercerita perihal orang lain, bercakap kasar serta memaki hamun orang lain apabila sesuatu musibah menimpa kita. Pasti mulut kan kembali menjawab dan mengutuk kita, lidah yang dilentur akan mengeras dan membelit hingga kita terasa sakit, hati akan bersuara merasa sakit dek titik hitam yang tercalit.

Alangkah baiknya jika kita sedang duduk di dalam majlis ilmu, serta menghayati pesanan serta nasihat-nasihat agama di dalamnya. Pasti tempat duduk kita akan berbangga, sama-sama mendoakan agar kita mudah menuntut ilmu-Nya, pen yang menulis merasa bahagia kerana dia digunakan untuk kebaikan..

Alangkah ruginya bila kita duduk-duduk bersama kekasih hati ditepi pantai yang indah, makan dan minum bersama..Pasti tempat duduk akan menangis hiba kerana takut bersyubahat sama mendapat dosa dek perbuatan kita..