Isnin, 7 November 2011

Redha-Mu

ALANGKAH BAIKNYA JIKA... alangkah ruginya bila..
Alangkah baiknya jika kita selalu membaca Al-Quran, mentadabbur ayat-ayat serta pengertiannya,lantas menangis teringatkan azab seksa di neraka..Pasti mata yang menangis kan berbangga, malah turut menangis takutkan Pencipta. Mulut bersyukur kerana dia digunakan untuk melantun ayat-ayat ALLAH.. badan yang sedang duduk merasa tenang. Malah semua anggota turut sama bertasbih memuji ALLAH..

Alangkah ruginya bila kita menggunakan mulut untuk bercerita perihal orang lain, bercakap kasar serta memaki hamun orang lain apabila sesuatu musibah menimpa kita. Pasti mulut kan kembali menjawab dan mengutuk kita, lidah yang dilentur akan mengeras dan membelit hingga kita terasa sakit, hati akan bersuara merasa sakit dek titik hitam yang tercalit.

Alangkah baiknya jika kita sedang duduk di dalam majlis ilmu, serta menghayati pesanan serta nasihat-nasihat agama di dalamnya. Pasti tempat duduk kita akan berbangga, sama-sama mendoakan agar kita mudah menuntut ilmu-Nya, pen yang menulis merasa bahagia kerana dia digunakan untuk kebaikan..

Alangkah ruginya bila kita duduk-duduk bersama kekasih hati ditepi pantai yang indah, makan dan minum bersama..Pasti tempat duduk akan menangis hiba kerana takut bersyubahat sama mendapat dosa dek perbuatan kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan