Jumaat, 18 November 2011

Persiapan Tempat dan Hiasan KAKOM KMS 2011


LAPORAN POST MORTEM KAKOM 2011 KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT DAN HIASAN

1.         Tugasan yang telah berjaya dilaksanakan oleh Jawatankuasa
            a - Mendirikan ‘marquee tent’ 29 blok (20m x 5m) + lampu bulat + kipas siling + air gate  
                  + sidewall + under layer
            b- Menyediakan pentas kebudayaan bertutup karpet (40’ x 60’) + ramp + 3 tangga
            c - Mendirikan Khemah modular press conferen (6m x 6m) & kelengkapan alatan dan 
                 perabot
            d- Mendirikan Khemah Arabian 60 unit (18’ x 18’) + kelengkapan (1 kipas, 2 lampu
                kalimantang, meja dan kerusi)
            e- Menyediakan Platform astaka
            f- Menyediakan 2 unit Pentas koir (3’ x 4.5’ x 15’)
            g- Menyediakan ramp ke dataran kosmik (4’ x 16’)
           h- Menggantung backdrop, banner dan bunting KAKOM dan menurunkan semula
            i- Menyediakan, menyusun dan mengemas 4000 kerusi penonton
            j- Menyediakan 12 set TV LED dan ‘stand’ untuk telecast
           k- Menyusun meja bangkuet + skirting (8’x3’) di bilik jamuan bangunan Andromeda
          l- Menyusun kelengkapan perabot, ‘mist fan’ dan ‘portable aircond’ untuk majlis
             perasmian dan penutup KAKOM
m-  Menghias pentas, khemah, astaka dan bilik jamuan dengan bunga hidup dan hiasanscaloop (maroon dan putih)
n-    Menyediakan 2 set generator (125 KVa & 250 KVa) untuk majlis TPM, perasmian, penutup dan malam kebudayaan
o- Memastikan semua peralatan boleh berfungsi  dan digunakan
p- Memulang semula dan mengemas tempat setelah tamat KAKOM


2.         Masalah dan Cadangan

            Sebelum KAKOM
MASALAH
CADANGAN
i.    Kekurangan sukarelawan
Tambah sukarelawan
ii.  Tiada penolong ketua JK
Adakan jawatan penolong ketua JK
iii.  Semua AJK adalah staf  dan lelaki
Bilangan pensyarah dan staf mesti seimbang dan ada pensyarah atau staf wanita
iv. persiapan tempat dan hiasan di
     bawah JK yang sama
Pisahkan JK persiapan tempat dan hiasan jadi dua JK berasingan
v. JK lain lambat maklumkan
    kedudukan tempat dan sering   
    berubah
Kedudukan tempat ditentukan lebih awal
           

Semasa KAKOM
MASALAH
CADANGAN
i.                    AJK meminta perubahan tempat saat-saat akhir
 Perubahan tempat tidak akan dilayan
ii.                  Khemah terbalik akibat ribut pada waktu malam
Pasang tali angin pada khemah dan maklumkan segera pada kontraktor
iii.                Masa penggunaan gen-set yang terhad
Pastikan sewaan gen-set termasuk dengan harga diesel (tanpa subsidi RM2.80 seliter)
iv.                Pelan alternatif dirancang saat akhir (pelan B perasmian jika hujan)
Maklumkan lebih awal oleh pihak urusetia
v.                  Penambahan kelengkapan saat-saat akhir
Rancang lebih awal
vi.                Pertindanan bidang tugas antara kontraktor
Buat garis panduan yang jelas agar setiap kontraktor tahu bidang tugas masing-masing





Selepas KAKOM
MASALAH
CADANGAN
i.                    Kelewatan kontraktor mengemas peralatan
Memberi tempoh selewat-lewatnya 2 hari untuk mengemas peralatan
ii.                  Sebilangan kecil kontraktor lewat menerima bayaran sewaan peralatan
Memastikan pembayaran dibuat dalam masa 2 minggu

3.         Hal-hal lain
            - Tuntutan bil telefon
            - Anggap kontraktor sebagai rakan sepasukan dan bukannya sebagai pekerja.
           - Laporan post-mortem secara atas talian di laman blog  
           



Disediakan oleh

------------------------------------
(Mohamad Shehdi b Ragiun)
Ketua JK Tempat dan Hiasan
KAKOM ke-11 KMS

backdrop

TV LED untuk live telecast

Hiasan bunga di hadapan pentas 

Hiasan bunga di rostrum pengerusi majlis

Khemah Arabian dan hiasan scaloop maroon dan putih

Marquee tent pandangan sisi kanan

Marquee tent pandangan sisi kiri

Bilik sidang akhbar

Perabot, peralatan dan hiasan untuk VVIP

flatform di astaka

ramp di pentas
Ramp ke dataran Kosmik

Kerusi bangkuet untuk penonton

Pentas koir

Perasmian penutup KAKOM KMS ke-11















dakwah2









tutup vs bungkus

Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?


Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar. 


Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape? 
Ahmad: Alaaa, nasi lemak. 
Aisyah: Aik? Mne ko tau? 
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak. 
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit? 
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la. 
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni? 
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi. 
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha. 
Aisyah: Ceh. Malas la soal. 


Situasi 2: 
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni? 
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng? 
Aisyah: Salah. 
Ahmad: Telur dadar? 
Aisyah: Salah lg. 
Ahmad: Karipap? 
Aisyah: Salah jugak. 
Ahmad: Fail MQA? 
Aisyah: Ish. Lg la salah. 
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu. 
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit? 
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb. 


Maka pilihlah TUTUP.... :-)

Khamis, 17 November 2011

Ilmu atas amal

ilmuatas001.gif
“Sebenarnya makcik, keadaan kulit makcik ni ialah atopic dermatitis”, kata Dr. Rizal kepada Hajah Jenab, salah seorang pesakit yang sedang dirawatnya.
“Apa benda tu, nak?”, tanya Hajah Jenab.
Eczema”, jawab Dr. Rizal.
Eczema? Apa tu?”, Hajah Jenab semakin bingung.
Protin filaggrin dalam badan kita. Dia berinteraksi dengan keratin di kulit dan bila keadaan dah kronik, kulit kita mengalami penebalan dan jadi waterproof. Macam kulit makcik ini”, sambung Dr. Rizal.
Muka Hajah Jenab sudah merah padam. Nafasnya turun naik.
”Eh, makcik ada asthma ya? Eczema dengan asthma memang saling berkait rapat. Mekanisma dan gen kedua-duanya sama. Kenapa makcik tak beritahu saya yang makcik ada masalah pernafasan”, kata Dr. Rizal sambil mengeluarkan stethescope dari kot putihnya.
”Apa le kaitannya sesak nafas dengan gatal kulit ni? Maleh aku nak melayan kamu. Udah, bior aku balik sapu minyak gamat aje”, Hajah Jenap bangkit dan menepis tangan Dr. Rizal yang mahu memeriksa pernafasannya.
”Eh makcik, tunggu dulu!”, Dr. Rizal menjerit.
Dummm…
Pintu bilik dihempas oleh Makcik Jenap. Nafasnya sesak dan tangannya masih tidak jemu-jemu menggaru siku yang kegatalan.
Saya nukilkan kisah di atas kerana mahu menggambarkan tentang apa yang saya fikirkan, ketika artikel MENJAHILKAN DIRI TERHADAP MUSUH mendapat kritikan yang pelbagai dari pembaca.
Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang membantah. Namun ada juga yang kecewa kerana tidak dapat memahami apa sebenarnya yang sedang dibincangkan.
NASIHAT USTAZ HASAN
Situasi seperti ini, mengingatkan saya kepada perbualan lebih 10 tahun yang lalu di antara saya dengan Ustaz Hasan, seorang pelajar PhD dari Turki yang tinggal serumah dengan saya semasa kami belajar di Jordan.
ilmuatas002.jpg
Kenangan bersama Ustaz Hasan Tuncai di hadapan rumah sewa kami di Amman
”Saya tidak suka dengan ahli sejarah yang terlalu akademik”, saya mengeluh.
”Kenapa?”, tanya Ustaz Hasan.
”Tenggelam dalam dunia sendiri. Tidak mahu turun ke masyarakat. Apa faedahnya sejarah kepada orang ramai kalau begitu?”, saya melayan panas darah muda.
”Tidak semua orang tahu dan pandai turun ke masyarakat”, kata Ustaz Hasan.
”Hmm… kajian sesusah thesis PhD boleh difahami, takkanlah cara turun ke masyarakat tidak boleh dipelajari?”, saya terus merungut.
”Orang turun ke masyarakat, bukan dengan apa yang dia faham dari buku. Dia turun dengan pengalaman dan kemahuan. Yang itu tiada dalam thesis”, kata Ustaz Hasan.
Saya diam. Kepala ligat berfikir.
”Kalau kamu rasa kamu ada upaya untuk memindahkan kajian akademik kepada masyarakat, teruskan Hasrizal. Ia sumbangan yang besar”, nasihat Ustaz Hasan.
Saya terus termenung.

KENANGAN BERSAMA TUAN GURU
Beberapa tahun selepas itu, saya berpeluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di London.
ilmuatas003.jpg
”Tuan Guru tidak rindu kepada kajian ilmiah?”, saya memberanikan diri bertanya. Tuan Guru ketika itu berbual tentang institusi-institusi akademik di England yang mengkaji Islam.
”Di alam realiti, kita seperti kena pilih satu di antara dua. Kalau ikutkan keinginan ambo, memang bab mengaji ni yang ambo paling suka. Tetapi keadaan perlukan ambo jadi oghe politik”, kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz di hening pagi itu, masih segar di ingatan.
Ya, di alam realiti kita semacam perlu memilih satu antara dua.
Tidak mudah untuk menjadi seorang da’ie yang rancak turun ke medan, tetapi dalam masa yang sama, mahu mencari kepuasan fikiran dalam kajian ilmiah. Tidak mudah juga untuk khusyuk menelaah kajian akademik, tetapi dalam masa yang sama, masih ghairah untuk berkuliah di surau, dengan bahasa jemaah surau, jauh dari sentuhan bahasa akademik.
ILMU USTAZ, DOKTOR DAN JURUTERA
Ia bukan hanya dilema Ustaz Rizal. Malah Dr. Rizal juga begitu. Ilmu yang dicedok dengan begitu mendalam melalui sentuhan akademik ”Clinical Medicine” oleh Kumar & Clark, tidak mudah untuk diterjemahkan dalam bentuk penerangan yang boleh difahami oleh Hajah Jenap yang mengadu gatal kulit.
Kurap sahaja isunya.
Tetapi melarat sampai ke Protin FilaggrinKeratin dan entah apa lagi.
Seorang ustaz, doktor, mahu pun jurutera ada tanggungjawab untuk menterjemahkan ilmunya kepada kegunaan masyarakat, seluas mungkin.
Seorang ustaz bertaraf PhD, jangan tersinggung jika ilmu yang mahu digunakan oleh orang kampung darinya, hanyalah doa penguat ingatan, agar tidak lupa kepada doa-doa yang pernah dihafal.
Seorang doktor bertaraf pakar di bidang radiasi leher, jangan tersinggung jika ada saudara maranya yang hanya bertanyakan soalan ubat demam.
Seorang jurutera elektrik bertaraf  Ingenieur (Ir.), jangan tersinggung jika semasa kenduri kendara, ada ahli keluarga yang mahukan khidmat ilmu dan kemahirannya untuk memasang lampu khemah sahaja.
Itulah realiti kehidupan.
Kita perlu belajar sedalam mungkin, setinggi mungkin. Namun, kebijaksaan tetap terletak pada keupayaan kita menterjemahkan sesuatu yang complicated kepada yang ringkas dan boleh difahami.
Kata John C. Maxwell, “genius is about changing something complicated into simple!
MENEPATI HIKMAH DAKWAH
Sebagai seorang pelajar pasca siswazah, dan dalam masa yang sama juga seorang ustaz, penceramah, dai’e dan sukarelawan yang turun ke masyarakat, saya perlu sentiasa mengimbang bahasa dan penampilan diri agar menepati hikmah dakwah. Hari ini saya bertemu top managementbadan korporat, esok pula pelajar sekolah rendah. Lusa bertemu dengan petani yang buta huruf, kemudian berjumpa pula dengan pelajar yang semua A di kolej se’elit’ Kolej Yayasan UEM.
Ada tempat saya perlu tampil dengan setinggi-tinggi bahasa dan minda. Ada masanya saya perlu segera turun berjabat faham dengan serendah-rendah bahasa manusia. Itulah cabaran dai’e. Sama ada ceramah atau tulisan, saya perlu mengimbangkannya.
MUSUH BERTINDAK BERASASKAN KAJIAN
Saya tidak boleh terus sceptic dengan dunia akademik. Susurilah sejarah perkembangan Orientalisma, kita akan dapat melihat dengan jelas, strategi kuasa penjajah seperti Britain, bukanlah datang semberono menguasai negara kita tanpa didahului oleh kajian.
Jangan lupa kepada Napoleon Bonaparte semasa datang ke Mesir di akhir kurun ke 18. Beliau tidak hanya datang untuk menawan Mesir dengan semangat tinggi semata-mata. Beliau membawa ahli akademik yang mengambil peluang untuk mengkaji serba serbi tentang tamadun Mesir. Hasil kajian itulah kemudiannya membolehkan Mesir jatuh dalam sejarah yang buruk ke tangan Perancis dan Britain.
Kebijaksanaan dan dalamnya kajian Snouck Hurgronje itulah yang menyumbang kepada jatuhnya Acheh ke sejarah penindasan ratusan tahun.
Kita mahu bertempur dengan Barat berbekalkan apa? Buluh runcing?
Jangan anti akademik, kajian ilmiah dan kuasa minda, kerana di situlah kita mulakan kerja dan perjuangan. Knowledge of Power, kata Edward Said.
Tetapi dalam masa yang sama, janganlah pula sibuk dengan kajian ilmiah, namun hasil kajiannya hanya berlegar di dalam pagar universiti dan lembaran jurnal.
Kebijaksaan itu perlu untuk menterjemahkan ketinggian akal dan minda, kepada sesuatu yang boleh dijamah oleh seluruh masyarakat.
Saya berusaha keras ke arah itu.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur