Sabtu, 10 Disember 2011

Abdullah Munsyi


"Sempena hari guru mari kita melihat dan menyelongkar sejarah silam yang telah dirosakkan oleh seorang tokoh kesayangan British dan kawan baik pemberontak Kedah Tua, Ahmad Tajudin al-Marhum Melaka. Namanya Munsyi Abdullahdilahirkan di Kampung Pali pada tahun 1796M di Bandar Hilir dan merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradiknya.
Nama asalnya adalah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau telah dianugerahkan oleh pihak Inggeris sebagai “Tokoh Penulisan Moden” selepas menterjemahkan kitab Bible Matius ke Bahasa Melayu dan membantu memudahkan pergerakan mubaligh-mubaligh Kristian di Bandar Hilir dan Singapura.


Padahal pada zamannya terdapat ramai tokoh-tokoh penulisan besar yang junior dan senior di alam Melayu pada zaman itu yang menghasilkan banyak kitab-kitab yang bernilai tinggi seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Daud Pattani, Raja Haji, Abdul Samad Palambangi dan lain-lain.



Paderi C.H. Thomsen dan paderi W.Milney di tahun 18191825 dan 1830 telah belajar Bahasa Melayu dengan guru mereka Munsyi Abdulllah, ini menyebabkan mereka menjadi mudah membawa orang -orang tempatan ke agama Kristian. Inggeris juga mencanangkan beliau sebagai ” Tokoh Yang Melampau Abadnya “. Ini kerana beliau merupakan penafsir dan jurutulis bukan sahaja kepada Stamford Raffles bahkan kepada pegawai-pegawai British, tentera-tentera upahan British seperti askar-askar Hindu Gurkha, askar-askar kafir Sikh Punjabi dan golongan-golongan gereja Kristian.
————————-
Beliau dikatakan berperanakan Tamil dan Arab, ibunya berbangsa Tamil tetapi ayahnya dipertikaikan keturunannya. Dikatakan ayahnya Arab dari Yaman tapi berbangsa Turki dan ada mengatakan ayahnya berperanakan Tamil campuran Arab, ini menunjukkan kesimpulannya mudah, iaitu ayahnya berketurunan Yahudi seperti kes presiden pertama Republik Turki, Kamal Atarturk yang mana ayahnya tidak berapa jelas keturunannya, rupa-rupanya ayahnya merupakan seorang berketurunan Yahudi.

Tokoh yang tidak jelas keturunannyalah yang selalu menjadi pilihan musuh-musuh Allah, kerana golongan jenis ini selalunya telah diaturkan kewujudan dari mula lagi. Didalam penulisannya Munsyi Abdullah banyak menghina bangsa Melayu kerana mengikut arahan bossnya. Ini disebabkan sejarah silam menunjukkan yang bangsa Melayulah menerima kedatangan ahlul-bait ke alam ini dari Timur Tengah dan melantik mereka menjadi raja atau pemerintah Melayu di nusantara.

Antara kritikan beliau ke atas orang-orang Melayu ialah dia mengatakan orang-orang melayu itu “BODOH” kerana tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris, kerana pada masa itu anak-anak kita dihantar ke Madrasah. Beliau juga mencela orang-orang Melayu kerana tidak berminat belajar Bahasa Inggeris, kerana pada masa itu mereka menghantar anak-anak mereka belajar Bahasa Arab.

PENULISAN MUNSYI ABDULLAH DIBUAT UNTUK MENUTUP SEJARAH TUAN PUNYA (SEMENANJUNG) MELAKA IAITU EMPAYAR KEDAH TUA YANG PERNAH BERSEMAYAM DI KOTA LUKUT, NEGERI SEMBILAN YANG BERADA TAK JAUH DARI BANDAR HILIR
————————
Beliau merupakan sasterawan abad ke-19 dan mahir berbahasa Melayu, Tamil dan Arab. Pada tahun 1840M selepas kematian isterinya seorang yang berbangsa Tamil, beliau telah berhijrah ke Singapura. Ini kerana di tempat kelahirannya beliau dipulaukan oleh orang-orang tempatan kerana tidak suka dengan tabiatnya suka bergaul rapat dengan penjajah-penjajah Inggeris.

Beliau menjadi pujaan bangsa Inggeris dan Belanda kerana memudahkan musuh -musuh Allah ini menunaikan cita-cita Kolonialisme Barat. Beliau pernah mempelajari kitab Bible Matius daripada Dr. Marrison semasa di Singapura. Sebagai P.A kepada Stamfford Raffles, beliau diarahkan mencari buku-buku Hikayat tua Melayu di mana sahaja berada untuk diserahkan kepada kerajaan Inggeris. Selain menyunting kitab tua Sejarah Melayu mengikut selera dan agenda kerajaan Britain beliau juga antara orang yang bersubahat dan dalangmenghasilkan cerita hantu-hantu Melayu di antaranya ialah watak Hantu Penanggal.

———————————————
Seorang pegawai kerajaan yang bernama Faizal pernah menceritakan tentang Munsyi Abdullah ini sewaktu menerima kehadiran bertugas Stamfod Raffles (1781-1826) dari England.

Munsyi Abdullah mengatakan yang bossnya ini sudah fasih berbahasa Melayu ketika hari pertama bertemu dengannya. Ini terjadi apabila Munsyi Abdullah mengatakan ” how are you sir? “, Stamfford Raffles menjawab ” Khabar baik“.

Ketika menerima undangan kenduri, gabenor Inggeris ini juga hadir dan membuka kasut ketika memasuki rumah Munsyi Abdullah. Dan yang lebih menghairankan beliau lagi ia bersalam-salaman dengan orang-orang kampung dan duduk bersila seolah-olah dia sudah biasa dengan adat di tempat itu. Padahal pada masa itu tuan rumah sibuk mencari kerusi yang pada kebiasaannya orang-orang inggeris tidak faham dengan adat istiadat orang-orang Melayu ketika itu. Ketika tuan rumah sibuk pula mencari sudu dan garfu mereka dapati si Inggeris ini sudah makan dengan tangannya sahaja.

Faizal memberi tahu orang-orang Melayu di zaman itu dan Munsyi Abdullah tidak perlu takjub dan hairan tentang kearifan orang-orang inggeris tentang Adat Istiadat Melayu kerana setiap pegawai Inggeris yang akan bertugas di jajahan-jajahan mereka seperti di India, Afrika dan Nusantara perlu mempelajari adat resam orang-orang tempatan di Universiti mereka bahagian Fakulti School of Oriental and African Studies (SOAS) di London.—————-

SIFAT KEBINATANGAN MUNSYI ABDULLAH TERSERLAH APABILA BELIAU MENYOKONG PENGEBOMAN KOTA-KOTA ARTIFAK NEGARA OLEH KERAJAAN BRITAIN DENGAN TERHASILNYA BUKU HIKAYAT BINATANG KARANGAN BELIAU
Beliau pernah mengikut bossnya ke negeri-negeri Melayu sekitar jajahan British dan Belanda di Indonesia juga sekitar wilayah Pantai Timur Semenanjung Melaka ( Kelantan dan Terengganu ). Hasil dari lawatan itu beliau mengatakan orang Melayu ini pengotor, malas, tidak bertamadun dan hidup atas ihsan orang lain.

Sikap benci beliau terhadap Bahasa al-Quran dapat dilihat seperti kata-kata beliau seperti berikut, “Maka belum pernah aku melihat, baik orang Melayu, baik peranakan atau barang yang lain-lain menggunakan Bahasa Arab dalam pekerjannya. Baik dari hal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim salam atau membalas surat, melainkan sekelian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melain dalam sembahyang dan berdoa itulah sahaja.”
Padahal nabi s.aw bersabda : Kebencian kepada Bani Hasyim dan orang-orang Ansar adalah kufur. Kebencian kepada orang-orang Arab pula adalah nifak. ( Hadis Riwayat Tabrani )
————————————

Sebagaimana pemberontak dari Kuala Muda iaitu Ahmad Tajudin al-Marhum Melaka mendapat gelaran dari British sebagai “Penaung Penulisan Sejarah” selepas berjaya menghasilkan Hikayat Hang Tuah dan cerita dongeng “Kesultanan Melayu Melaka“, Munsyi Abdullah (1796-1854) pula di beri gelaran “Bapa Kesusasteraan Moden” kerana jasanya menafsir kitab Hindu Kuno dan juga merupakan guru bahasa kepada Persatuan Mubaligh Kristian.

Semasa Musuh Bisik 1821M beliau berada di Bandar Hilir untuk meyambut ketibaan pemberontak kerajaan Kedah Tua yang bernama Ahmad Tajuddin al-Marhum Melaka. Beliau yang telah berjaya membawa masuk tentera Siam-Thai ke Kota Star, telah diselamat dan dilarikan oleh bossnya ke Bandar Hilir selepas dikejar oleh tentera Kedah Tua di bawah pimpinan Panglima Bukit Gantang Maharaja Melayu Sultan Syed Alang Alauddin (1824-1862) yang bersemayam di Istana Kuning, Kota Star.

Al-Marhum Melaka ini adalah musuh dalam selimut bagi Empayar Kedah Tua Merong Maha Wangsa dan merupakan aset yang penting bagi kerajaan Britain untuk agendanya di masa depan dan beliaulah yang telah berganding bahu dengan Munsyi Abdullah untuk menulis buku dongeng Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan Hikayat Hang Tuah yang isinya penuh dengan dongeng, khurafat, tahyul dan mitos.


GERBANG YANG TELAH DI ‘CONVERT’ GEROMBOLAN KE2 PORTUGIS KAFIR DAN GEREJA BELANDA ATAS BUKIT SAHAJA YANG DIBIAR WUJUD SEHINGGA SEKARANG, MANAKALA YANG LAIN DI BOM. HARI INI BRTISH MENUNJUKKAN BUKTI KONONNYA KOTA INI BUKAN MILIK ORANG-ORANG ISLAM.

Semasa British menguasai Bandar Hilir (kononnya Melaka) gabenornya ialah Major Cook kemudian diganti pula tidak lama selepas itu oleh Colenail William Farquhar. Semasa zaman inilah Kota Portugis Islam dan kota-kota sekitar Bandar Hilir telah dibuang dan dimusnahkan oleh pihak British sebelum musuh-musuh Allah ini menjarah kota-kota yang lainnya di luar Bandar Hilir seperti Kota Lukutkota-kota di Johor LamaMuar , Kota Mengkuang dan lain-lain.

Peristiwa pengeboman Kota Islam Portugis ini berlaku pada masa Munsyi Abdullah berada disana. Di dalam Hikayat Abdullah, sila rujuk muka surat 42, beliau menceritakan tinggi Kota Islam Portugis itu kira-kira 10 depa sampai ke atas dan di dasar tanahnya. Beliau menulis, ” Lebarnya pula ialah 13 depa dan di situlah di aturnya meriam berkeliling dan tebal sepanjang kota itu adalah setengah 3 depa dan di bawah kota ini di tiap-tiap katlumnya ada rumah bawah tanah lengkap dengan perigi dan kandang kuda dan beliau memberitahu kota itu berbentuk empat segi. Kota ini mempunyai empat pintu dan satu pintu besar dengan mempunyai jambatan yang besar. Didalamnya mempunyai pintu yang besar dan terdapat satu pintu kecil. Maka dari pintu itulah orang keluar dan masuk.”


PETA SEBAGAI BUKTI BETAPA BESARNYA KOTA ISLAM PORTUGIS DI BANDAR HILIR UNTUK MENJAGA TUANNYA DI LUKUT IAITU MAHARAJA MELAYUSULTAN MAHMUD KHALIFAH AKHIRUL ZAMAN
————————————
Semasa pihak kafir William Farquhar (1770-1839) hendak meroboh kota ini, mereka cuba mengorek dan menggali hingga ke tujuh delapan depa dalamnya masih tidak bertemu dengan kakinya. Selepas tidak berjaya dengan cara itu pihak British telah mengupah orang ramai memecahkan kota dengan tangan dari sebelah hulu Bukit Cina .

British yang tidak putus asa telah mengerahkan kuli-kuli mereka memecah sekeping batu di situ tiada lah mampu selama dua atau tiga hari. “Ini kerana mereka telah diserang berbagai penyakit ada yang muntah darah lalu mati,” sila rujuk Hikayat Abdulah m.s. 45. “Maka upah memecah batu kota ini menjadi semakin mahal dari hari ke hari. Apabila William Farqular melihat perkara yang semakin rumit ini beliau menyuruh sekali lagi menggali kaki kota itu untuk mencari dasarnya untuk dirobohkan, juga tidak berjaya. Maka beliau mengarahkan sekali lagi memecahkan kota itu dari sebelah laut pula, maka beberapa jenis perkakas digunakan seperti cangkul, penggali, alabangka dan beberapa jenis perkakas habis binasa. Maka pekerjaan itu pun dengan bersakit-sakit. Maka upahnya pun makin naik. Maka terlalulah susah memecahkan kota itu,” sila rujuk Hikayat Abdullah m.s.46.

——————————–
KASIHAN ! BERSUSAH PAYAH KERAJAAN KITA MENCARI SAKI BAKI KOTA-KOTA YANG HILANG, AKIBAT DI BOM DAN DI KAMBUS OLEH BRITISH SEKITAR BANDAR HILIR UNTUK TATAPAN GENERASI BARU KITA YANG TERCINTA.
—————————————————-
Selepas 3 bulan cubaan mereka gagal, maka gabenor Inggeris laknatullah itu pun telah memerintahkan orang-orangnya menggali lubang yang dalam di kota sebelah laut dan dimasukkan ubat bedil (gun powder) di dalamnya. Setelah itu dimasukkan sumbu yang panjang nya diriwayatkan kira-kira 10 depa. Kemudian diiklankan pada jam 8.00 pagi esok hari, tiada sesiapa pun dibenarkan berjalan-jalan di seberang kota ini dan diminta menjauhi kawasan kota sejauh yang boleh.

Keesokan harinya datanglah tuan Farquhar berkuda serta memegang murang di tangannya. Maka disuruh orang naik ke kota untuk menghalau orang di seberang. Maka orang pun larilah sara-bara. Maka dicucuhnya sumbu itu maka setelah itu digertak kudanya kira-kira 10 minitmeletuplah ubat bedil itu seperti petir, maka terbongkarlah batu bata itu sebesar besar rumah dan yang ada sebesar gajah berterbangan ke dalam laut. Maka ada batu yang terbang sampai ke seberang dan mengenai rumah-rumah. Maka terkejut orang semuanya sebab mendengar bunyi itu serta dengan sebesar-besar hairan, sebab seumur hidup mereka belum pernah mendengar bunyi yang demikian dan sebab melihatkan bagaimana besar kuasa ubat bedil itu sampai boleh ia mengangkatkan batu sebesar-besar seperti rumah. Maka baharulah masing-masing percaya yang boleh dipecahkan oleh Inggeris kota itu,” sila rujuk Hikayat Abdullah m.s 46 dan 47.


CUBA LIHAT KOTA ISLAM PORTUGIS ASKAR UPAHAN MERONG MAHA WANGSA INI YANG MEMPUNYAI MENARA MASJID TAPI KONONNYA MENARA SANTIAGO TINGGAL KEPALA KOTA SAHAJA HASIL PENGKHIANATAN MUSUH-MUSUH ALLAH
——————————————–
Setelah pihak British berjaya mengebom Kota Islam Portugis barulah mereka menpunyai pengalaman untuk mengkhianati kota-kota yang lain pula. Selepas enam atau tujuh hari peristiwa pengeboman Kota Islam Portugis tentera Britain ini semakin ghairah untuk memusnah artifak-artifak sejarah negara seterusnya.

Kali ini mereka berangkat pula ke Kota Kampung Keling. Seperti biasa selepas mereka memukul canang untuk memberi arahan kepada orang ramai menjauhi kawasan kota itu, penjarahan kota ini pun berlaku seperti kerajaan Saudi Arabia pada masa sekarang memusnahkan kota-kota Turki Usmaniyyah di Mekah dan Madinah atas arahan dari boss orang-orang Saud dari London, England.

Semenjak itu apabila ada iklan untuk memecah dan pembakaran kota-kota yang lain maka ketakutan akan menyelubungi mereka dan segala anak-anak isteri mereka akan dibawa sejauh yang boleh. “Maka di cucuh oranglah sumbu itu serta berlarilah orang semua. Maka sebentar itu juga meletuplah ubat bedil itu dengan bunyi yang besar. Maka datanglah batu itu berterbangan bergumpal-gumpal, seperti gajah besarnya…Maka orang-orang yang bersembunyi itu pun habislah di tindih batu dan di timbus pasir itu. Maka sebentar lagi riuhlah orang berteriak mengatakan ada empat lima orang sudah mati di timpa batu kota itu,” sila rujuk Kitab Abdullah m.s. 48.
——————————————————–

Maka apabila setiap kali tentera British disiapkan untuk menjahanam dan melupuskan mana-mana kota artifak negara di kawasan jajahannya maka tiap kali itulah rakyat jajahan British ini akan mengalami ketakutan. Di m.s. 49 di dalam Hikayat Abdullah menceritakan “Maka apabila hendak dibakarnya kota itu, maka larilah orang-orang semuanya habis kemana-mana meninggalkan rumah dan segala budak-budak dihalaukanlah jauh-jauh adanya. Hatta maka oleh hal yang demikianlah Raja Farquhar itu memecahkan kota itu dengan mudahnya.” Segala kerjabuat kerajaan Britain ini pula mendapat restu darinya bila beliau mengatakan ”Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah. Itulah alamat dunia ini tiada kekal, yang ada ditidakkan dan yang tidak diadakan berubah-berubah adanya “, rujuk Hikayat Abdullah m.s. 47.

Pada tahun 1854M, Munsyi Abdullah meninggal dunia di Jeddah ketika ia hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji ketika berumur 58 tahun. Ada kenyataan mengatakan beliau mati kerana penyakit Kolera. Ada riwayat lain pula mengatakan beliau di racun oleh musuh-musuhnya yang menunggu peluang beliau keluar dari kawasan jajahan empayar Britain.

Pada ketika itu semenanjung tanah Arab berada di bawah pengaruh empayar Usmaniyyahmanakala kawasan Jeddah, Mekah, Madinah dan Taif pula dibawah seliaan Kerajaan Keluarga Syarif Hussein Ahlul-Bait. Kematian beliau merupakan suatu rahmat bagi orang-orang Islam, jika tidak mungkin beliau akan mencerca dan menghina orang-orang Arab pula didalam penulisannya kerana sesuai dengan pendapat bossnya yang membenci orang-orang Arab dan agama Islam.

Dicatat oleh MEGAT AL-JEFRI
Links ~http://mindaahad.wordpress.com/2011/05/20/munsyi-abdullah-british-dan-kota-islam-portugis/

Wahai bakal guru

Rasa simpati yang amat mendalam terhadap situasi terkini yang dihadapi oleh para guru dan bakal guru di negara ini. Pelbagai masalah dan kerenah melanda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menular menjangkiti sektor pendidikan negara kita. Harapan agar Kerajaan menyelesaikan dengan segera beberapa kemelut yang berlaku.


Pertama 
Isu penghinaan kepada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Pendidikan dan di fakulti-fakulti pendidikan. Menteri Pelajaran dilaporkan telah membuat kenyataan yang menghiris hati mahasiswa dengan mengatakan mahasiswa perlu mencari kerja lain berikutan tiada kekosongan jawatan. Ia telah membawa kepada perhimpunan aman yang telah dianjurkan di Universiti Perguruan Sultan Idris yang dihadiri oleh ribuan mahasiswa.

Kedua 
Kementerian perlu menyatakan kesahihan dakwaan yang mengatakan berlaku kelewatan penempatan sehingga 7 bulan. Graduan ISMP seolah-olah dipermainkan dan diperbodohkan oleh KPM. Persoalan yang timbul ialah apakah ia berpunca daripada tiada perjawatan ataupun kerajaan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pegawai pendidikan.Apa tidaknya, dari bulan ke bulan menanti hingga sekarang borang online masih belum ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa.

Ketiga
Menteri Kewangan membuat pengumuman umur persaraan dinaikkan daripada 58 ke 60 tahun lewat bajet 2011. Apakah kesan pertama dirasai oleh sektor pendidikan? Berlakunya pembekuan kenaikan pangkat dan pengambilan kakitangan baru seperti yang dibahaskan di parlimen yang dinafikan oleh menteri rupanya terjawab. Ia tetap melibatkan guru.

Keempat
Pengumuman dan kenyataan bersimpang siur KPM juga mengecewakan graduan. Termasuklah maklumat yang mengatakan graduan tidak perlu lagi mengisi borang. Tunggu sahaja dan mereka akan terus dipanggil temuduga. Termasuk juga persoalan pihak manakah yang sebenarnya menguruskan penempatan guru. KPM atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan penempatan guru.

Kelima
Polisi KPM membingungkan. Bagi pengambilan 2007, berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia pengambilan dua kali mahasiswa untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tanpa perlu mengikut proses biasa; tidak perlu mengisi borang UPU, tanpa ujian kelayakan guru dan ujian sakhsiah. Hanya dengan borang yang disediakan KPM mereka terus bergelar mahasiswa dengan alasan unjuran KPM kekurangan guru untuk 2011. 80 000 dilaporkan memohon, 5000 dipilih. Akhirnya mereka diminta mencari kerja lain!

Keenam
Kenyataan terbaru berkenaan 5000 graduan sudah ditemuduga juga dilihat amat mengelirukan. Bangunnya ramai graduan ISMP yang mempertikaikan kenyataan beliau. Apa sudah jadi wahai KPM dan Timbalan Menteri. Janganlah buat kenyataan yang bertentangan dengan realiti.

Ketujuh
Kenyataan kerajaan yang ingin membawa 13 000 guru asing juga menambahserabutkan lagi polisi KPM. Kera di hutan disusukan, anak bini di rumah kelaparan dan dihina.

Kelapan
KPM wajar menstrukturkan semula kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau tutup sahaja fakulti dan Universiti Pendidikan sekirannya ia tidak perlu. Janganlah struktur itu akan menambahkan lagi kadar pengangguran warga Malaysia yang sudah dianggarkan 400 000. Pemegang ISMP adalah amat sukar diterima oleh mana-mana majikan apabila tertera pendidikan. Majikan menolak kerana biasanya pemegang ijazah ini biasanya akan berhenti apabila dipanggil untuk bertugas di sekolah.

Cukuplah dengan pelbagai isu yang boleh menimbulkan kegelisahan warga pendidik yang menjadi tonggak pembangunan ilmu warga Malaysia. Isu kuarters guru, isu 9 jam bekerja dan isu elaun pengangkutan dan perpindahan yang belum kesudahan.

Justeru, Kementerian wajib menyelesaikan segera isu ini. Kepada warga guru yang menghabiskan empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Seterusnya dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah. Fikir-fikirkan dan buat pilihan tepat demi masa depan anda..!

Guru menunggu

SAYA ingin meminta pihak yang berkenaan supaya membuka mata dan mengambil berat mengenai masalah menimpa kami, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua).  

Sudah enam tahun kami menghabiskan masa dan kudrat kami di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti demi mendapatkan segulung ijazah.
 
Alhamdulillah, pada pertengahan 2011, kami berjaya menamatkan pengajian kami dan mendapat segulung ijazah yang kami idam-idamkan. Kami ditawarkan biasiswa Kementerian Pelajaran untuk mengambil ijazah TESL dalam program berkembar antara pihak IPG dan universiti.

Malangnya, selepas menunggu lebih kurang lapan bulan, kami masih belum mengetahui status mengenai penempatan kami.

Kami cuba untuk mengajukan soalan mengenai penempatan kami kepada Kementerian Pelajaran, tetapi setiap kali kami menghantar e-mel kepada kementerian, jawapan yang diberikan cukup mudah, “Tiada sebarang tarikh ditetapkan”.  

Beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengeluarkan kenyataan meminta supaya 5,000 pelajar ISMP daripada IPTA supaya tidak menyangka mereka dianaktirikan kementerian.  

Sekiranya mereka yang mengambil ijazah di IPTA berasa mereka dianaktirikan, bagaimana pula dengan kami?
 
Kami ditemuduga oleh kementerian dan kemudian diberi biasiswa untuk mengambil ijazah dalam bidang pendidikan. Bukannya kursus yang kami ambil ini baru diperkenalkan, tetapi sudah bertahun-tahun diperkenalkan.

Kami berharap Kementerian Pelajaran dapat mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah kami.  

GURU TESL, Cohort 4.
 

QF

Fizik Kuantum Dan Falsafahnya Dalam Kehidupan.

Seringkali saya mengaitkan fizik kuantum didalam artikel-artikel saya yang lepas, mungkin ramai dikalangan rakan-rakan yang pernah mendengar perkataan Fizik kuantum ataupun Quantum physic akan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan fizik kuantum itu.

Pada awal abad ke 19, seorang saintis German bernama Max Plank melalui kajiannya mengenai struktur atom dan juga "black body radiation" mendapati tenaga (energy) secara semulajadinya adalah dalam bentuk gumpalan (lump) atau ketulan (chunk) dan bukanlah dalam bentuk gelombang radiasi berterusan seperti yang difahami sebelum itu, ianya dinamakan "quanta" iaitu bermaksud kuantiti, dari situ wujudlah bidang fizik baru yang dinamakan Quantum Fizik atau Quantum Mekanik.

Quantum Fizik (QF) adalah fizik mengenai atom, apa yang membentuk atom itu dan juga bagaimana perilaku "sub-atomic particle" atau zarah-zarah yang membentuk atom itu sendiri. QF juga digelar sebagai fizik baru atau moden dan amat berbeza daripada fizik klasik (sebelum 1900) yang diasaskan oleh Aristotle hinggalah oleh Newton. Menerusi quantum fizik juga, falsafah barat yang dikemukakan oleh ahli falsafah Peranchis pada kurun ke 17 Rene Descarte iaitu jasad atau material dan minda adalah dua unsur yang berbeza atau tiada kaitan antara satu sama lain menjadi goyah oleh penemuan-penemuan baru oleh fizik moden ini. Melalui ujikaji QF, terbukti minda mempengaruhi dunia materialistik yang manusia anggap selama ini diluar kawalan mereka.

Bagaimana pula sifat dan perilaku atom itu mempengaruhi manusia? Kita semua terbentuk dari jutaan-jutaan sel yang bergabung membentuk jasad, dan sel-sel terbina dari molekul, dan molekul pula terbentuk dari atom, jadi jika kita ingin mengkaji kehidupan, bukankah kajian mengenai atom itu sendiri yang merupakan asas binaan tubuh manusia itu amat penting? Hampir kesemua alat elektronik kegunaan manusia moden masa kini amat berkait dengan QF, dari pemain CD, DVD, TV, telefon bimbit, komputer, tenaga nuklear dan sebagainya, semua ini dicipta dengan prinsip QF itu sendiri. Walaupun rata-rata manusia menggunakan alat yang dicipta dengan bantuan fizik moden ini didalam kehidupan manusia seharian, pemikiran manusia itu sendiri masih lagi menggunakan prinsip klasik dalam hampir setiap detik kehidupan yang dilalui. 

Disini saya akan cuba untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian beberapa idea-idea baru dan falsafah disebalik QF yang mana pada pendapat saya amat penting untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Ada sesetengahnya sudah kita gunakan atau alami sehari-harian akan tetapi tidak tahu mengapa ianya sebegitu, contohnya apabila kita tersedak kononnya ada orang menyebut-nyebut nama kita, bagaimana jika saya katakan eksperimen untuk menunjukkan kejadian itu memang boleh berlaku dan terbukti didalam ujikaji yang dijalankan?, dan ini adalah satu konsep didalam QF yang dipanggil "entanglement" yang mana menyatakan zarah, objek mahupun manusia didunia ini berkait dan berhubungan sesama sendiri tanpa perantaraan yang jelas. Saya akan berkongsi beberapa konsep didalam fizik kuantum dan cuba mengaitkan dengan kehidupan kita sehari-harian.

1. Kedudukan Zarah - Hanya Kemungkinan dan Kebarangkalian.

Atom yang kita belajar disekolah adalah seperti planet-planet mengelilingi matahari dimana elektron berputar mengelilingi nukleus yang terdiri daripada neutron dan proton. Walaupun konsep ini diterima pakai untuk menjelaskan kelakuan atom dan bagaimana ia boleh berinteraksi dengan atom-atom lain untuk membentuk molekul dan seterusnya membentuk semua benda disekeliling termasuklah tubuh badan manusia itu sendiri, hasil dari kajian dan eksperimen terbaru atom tidak terbentuk sebegitu rupa, lebih kepada abstrak, suatu yang tidak boleh dijelas atau digambarkan, malah untuk menentukan kedudukan dan perilaku zarah-zarah didalamnya atom itu sendiri hanyalah dapat dilakukan dengan bahasa metematik dan formula yang didalam perkiraannya juga hanyalah memberikan kemungkinan dan kebarangkalian sahaja dimana zarah-zarah itu berada. Antara dua formula yang masyur adalah "Wave Function Equation" oleh Erwin Schrodinger dan "Matrices Mechanic" oleh Werner Heisenberg.

Pada tahun 1927, berlaku satu perjumpaan ahli fizik di Brussel (Solvay Conference) yang mana mereka membincangkan penjelasan mengenai zarah-zarah dunia sub-atomik. Terdapat dua pihak yang bertelagah, iaitu satu pihak yang diwakili oleh Albert Einstein yang menyatakan tidak mungkin zarah ber"kemungkinan" sahaja berada disuatu tempat, Neils Bohr yang mewakili sebelah pihak lagi mengemukakan pendapatnya bahawa secara matematiknya itulah sifat atau kelakuan zarah-zarah didalam atom. Satu ungkapan Einstein yang amat popular dalam perdebatan mereka adalah "Tuhan tidak bermain dadu", Bohr pula membalas "Einstein, berhenti memberitahu tuhan apa yang patut dilakukan".

Berbeza dengan falsafah fizik klasik yang mana semua kehidupan didunia ini adalah berlandaskan 3 hukum gerakan Newton (Newton Law Of Motion) yang mana semua kejadian boleh diramalkan, ini tidak berlaku didalam dunia sub-atomik yang mana hanya kemungkinan dan kebarangkalian sahaja yang boleh dikira. Jika kita kaitkan konsep ini didalam kehidupan sehari-harian, tiada apa yang pasti, semua hanyalah kemungkinan dan kebarangkalian sahaja yang ianya boleh dan akan berlaku. Malah jika kedudukan zarah diketahui, kita tidak boleh mengira momentum zarah tersebut, begitu juga sebaliknya.

Lihat kehidupan yang kita lalui ini, nampaknya seolah-olah ianya juga sebegitu jika kita samakan ianya dengan dunia sub-atomik, dunia seolah-olah tiada kepastian, hanya kebarangkalian dan kemungkinan sahaja, jadi jika tiada kepastian, dari mana pula datangnya takdir? Sebab itu Albert Einstein tidak dapat menerima kenyataan Neils Bohr kerana baginya tuhan tidak menjadikan dunia ini seperti suatu perjudian. Saya juga bersependapat dengan Einstein, akan tetapi apa yang akan menjadikan dunia ini suatu kepastian atau takdir adalah dengan undang-undang kehidupan seperti yang Allah berikan didalam Al Quran. Akan saya jelaskan selepas ini.

2. Dua sifat Elektron - Zarah (Particle) Atau Gelombang?

Cahaya amat berkait rapat dengan atom, cahaya terbina dari unit kecil yang dipanggil photon manakala atom diwakili oleh unsur sub-atomik lebih kecil yang dipanggil zarah samada elektron, neutron atau proton. Atom boleh mengeluarkan tenaga darinya dalam bentuk photon. Sejarah awal kajian mengenai cahaya adalah oleh Christian Huygens dalam abad ke 16, dia mengemukakan pendapat bahawa cahaya berfungsi sebagai gelombang, umpama gelombang apabila seketul batu dijatuhkan didalam kolam. Pada kurun ke 17 pula Sir Isaac Newton meramalkan bahawa cahaya terbina dari zarah-zarah kecil yang dinamakan "corpuscular". Dalam abad ke 18 pula, Thomas Young melakukan ujikaji yang amat mashyur didalam dunia fizik iaitu apa yang dinamakan "Double Slit Experiment" membuktikan bahawa cahaya berkelakuan sebagai gelombang dan bukan zarah. Pada tahun 1905 pula, Albert Einstein yang pada masa itu bekerja sebagai kerani di Zurich mengeluarkan kertas saintifik mengenai "Photoelectric Effect" yang mana menyatakan bahawa cahaya terdiri dari zarah-zarah kecil yang dinamakan photon melalui konsep bagaimana tenaga diserap dan disebarkan. Ini selari dengan penemuan Max Plank yang mana asal nama QF itu bermula iaitu "quanta". Persoalannya mana satu yang betul, adakah cahaya atau sub-atomic bersifat gelombang atau zarah, atau mungkinkah kedua-duanya sekali?

Atom dan cahaya amat penting didalam kehidupan manusia, tanpa atom tiada jasad atau benda yang terbentuk dan tanpa cahaya pula tiada apa yang boleh dilihat oleh manusia. Akan tetapi hasil dari kajian fizik kuantum ini, ahli fizik membuat kesimpulan bahawa keputusan suatu ujikaji yang menentukan samada hasilnya adalah gelombang atau zarah adalah berdasarkan untuk tujuan apa ujikaji itu dijalankan, jika ia untuk mengkaji cahaya atau zarah sebagai gelombang, maka gelombang yang akan dilihat dan begitu juga sebaliknya. Ini apa yang dipanggil sebagai "complimentary principle" sub-atomik yang mana ia boleh bersifat sebagai zarah atau gelombang bergantung kepada niat dan tujuan sesuatu ujikaji itu dijalankan.

Berbalik kepada kisah perjumpaan ahli fizik di Brussel, hasil dari perbincangan mereka terhasilah interpretasi mengenai fizik kuantum, apa yang disebut "Conpenhagen Interpetation of Quantum Mechanic". Ia secara amnya menyatakan kita tidak boleh mengukur atau memeriksa kedudukan sesuatu zarah itu sebelum kita melihat zarah itu sendiri, hanya kemungkinan dan kebarangkalian sahaja zarah itu berada pada suatu lokasi sehinggalah kita melihat atau mengukurnya. Hanya apabila kita mengukur atau melihatnya, apa yang dinamakan "Collapse of Wave Function" berlaku menyebabkan zarah yang sebelum ini berada pada semua lokasi (superposition) pada satu-satu masa itu menjadi suatu yang nyata.

Dari penerangan video diatas, atom berada dalam keadaan "superposition" iaitu semuanya adalah hanya kebarangkalian dan kemungkinan sahaja. Hanya apabila kita membuat pengukuran atau melihat maka ia menjadi suatu yang nyata dan bukan sekadar gelombang (collapse of wave function). Ini yang dikatakan kita mencipta realiti kehidupan, melalui cara kita melihat dunia itu sendiri dari pemikiran. Ini juga rahsia disebalik hukum tarikan (Law of Attraction). Pada pendapat saya, disinilah kita sebagai manusia perlu menumpukan terhadap apa yang kita ingin kan dan sebagai seorang muslim kita sudah ada latihan untuk fokus dan tumpukan perhatian iaitu solat. Akan tetapi berapa ramai manusia yang mampu melakukannya?, maka untuk mencipta realiti hidup amat sukar dan rata-rata manusia akan hidup didalam ketakutan, risaukan perkara buruk akan berlaku kerana mereka adalah lemah dan hanya menjadi mangsa keadaan.

Fahaman baru ini juga amat bercanggah dengan fizik klasik yang mana dunia ini sudah dijadikan oleh tuhan seolah-olah sebuah "Great Machine" dan kita adalah salah satu gear-gear yang berputar didalamnya dan apa yang berlaku pada diri kita adalah disebabkan gear bersebelahan yang berputar, baik atau buruk yang berlaku didalam kehidupan, kita hanyalah sebagai mangsa dan tiada kena mengena langsung dengan sebab terjadinya sesuatu kejadian itu. Akan tetapi hasil dari kajian QF ini mendapati dari pemikiran kita sendiri, iaitu bagaimana kita mahu melihat kehidupan itu sendiri akan mempengaruhi kehidupan sebenar yang akan kita alami.

Adakah bercanggah dengan Islam? Bagi saya tidak kerana Allah itu Maha Pemurah dan apa sahaja yang kita kehendaki pasti akan dikurniakannya.
Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir 40:60)
Akan tetapi mengapa hidup kita penuh dengan duka? Jika dari cara kita melihat atau mengukur dunia ini menentukan baik atau buruk "collapse of wave function" didalam kehidupan kita, cuba selidik rata-rata manusia hari ini hidup dengan pemikiran yang lebih negatif dari positif, manusia sentiasa berada didalam keadaan ketakutan, lihatlah apa paparan utama didalam berita, apa tajuk perbualan utama antara rakan-rakan, maka itu jugalah makin lama makin nampak didalam kehidupan. Sebab itu kita digalakkan sentiasa solat tanda bersyukur, jiwa yang tenang dan bersyukur akan memberikan pemikiran yang gembira lantas akan memberikan lebih kegembiraan didalam kehidupan.

Jika pemikiran kita mempengaruhi kehidupan dan Allah SW itu maha pemurah, mengapa apa yang kita pohon, kita pinta, kita mahukan tak kunjung tiba?
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Surah (Albaqarah 2:186).
Kerana kebanyakan kita hanya berdoa apabila susah dan lupakan Allah dikala senang. Kita beriman kepada Allah tetapi tidak percaya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan kita melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah dengan mudahnya, kemudian merungut Allah tidak perkenankan doa. Allah mahukan "full time" muslim dan bukannya "part time" muslim seperti maksud ayat surah AlBaqarah diatas.

Minda manusia memengaruhi kehidupan sebenarnya dan ujikaji dari bidang fizik kuantum ini telah membuktikannya, kita bukanlah hanya sekadar "mesin ciptaan Allah" dan hidup atas takdir yang kita sendiri tidak tahu samada ianya benar-benar takdir Allah. Manusia yang selalu menyalahkan takdir adalah manusia yang tidak mahu bertanggungjawab, samada mahu lepas tangan, hanya menyalahkan manusia lain atau tidak tahu bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah disebabkan samada dari pemikiran atau perbuatan yang mereka lakukan sendiri, apa yang saya panggil "takdir ciptaan sendiri". Apa? Takdir yang kita sendiri ciptakan? Ya, kita hidup didunia ini bukanlah bebas, ada "certain set of law" iaitu undang-undang yang harus diikuti dan ianya termaktub didalam Al-Quran dan jika kita menyimpang darinya, akan ada "takdir" yang tidak diundang dari sebab menyimpangnya kita itu.

3. Bell Theoram - Aku, Engkau, Kita Dan Mereka Adalah Berkait.

Salah satu fenomena pelik didalam QF adalah dimana prinsip fizik klasik iaitu "locality" menjadi goyah. "Locality" maksudnya sesuatu kejadian itu hanya boleh terjadi apabila ada penyebab secara langsung dan berdekatan. Contohnya sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku hanya kerana orang lain yang letaknya beribu-ribu kilometer melakukan sesuatu. Telah saya berikan contoh pada dalam perenggan yang kelima mengenai gurauan kita terhadap fenomena tersedak, bagaimana pula dengan fenomena siibu yang berasa tak sedap hati atau resah gelisah apabila sesuatu kejadian buruk berlaku terhadap anaknya dirumah sedangkan dia tidak diberitahu pun apa yang terjadi?

Pada tahun 1964, seorang ahli fizik Irish bernama John Bell membuktikan secara matematik bahawa teori kuantum hubungan "non-local" yang digelar "spooky action at a distance" iaitu suatu unsur boleh memberi kaitan kepada sesuatu unsur yang lain walaupun tiada ada hubungan baik maklumat atau kominikasi sesama mereka. Teori beliau dinamakan Bell Theorem yang mana dianggap penemuan paling bermakna didalam abad ke 20 ini. Pada tahun 1972, dua ahli fizik Amerika bernama Stuart Freedman dan John Clauser telah berjaya melakukan ujikaji untuk membuktikan Bell Theoram dan pada tahun 1979 pula ahli fizik Peranchis bernama Alain Aspect berjaya melakukan ujikaji yang diterima secara meluas dalam pembuktian Bell Theoram, kaitan sesama unsur sub-atomik bukanlah lagi hanya menerusi matematik akan tetapi dengan bukti ujikaji yang kukuh.

Jika kita lihat asal kejadian dunia ini dari teori big bang (Surah Al-Anbiya 21:30) hinggalah kepada penciptaan Adam, dari penciptaan atom hinggalah kepada penciptaan manusia, kita semua sebenarnya mempunyai kaitan antara satu sama lain, terdapat perhubungan antara semua benda dan kehidupan ciptaan Allah ini melalui ruang tenaga yang tidaj kelihatan. Masaalah umat manusia hari terjadi kerana kita dibesarkan dengan pendekatan yang salah terutama dengan pemikiran Darwinian yang mementingkan perlunya menjadi yang terkuat, terhebat, terpandai, terkaya dan sebagainya untuk terus hidup, diri manusia itu menjadi semakin terasing. Kita tidak lagi melihat insan dan hidupan lain sebagai sebahagian dari diri kita sendiri ataupun sebagai salah satu dari ciptaan Allah yang perlu dijaga, dihormati, dididik, dikasihi dan sebagainya, sebaliknya manusia lebih mementingkan diri sendiri dan juga keluarga terdekat. Perpecahan dikalangan manusia makin jelas ketara hari ini apabila sianak dan ibubapa ada yang turun naik mahkamah bertelagah.

Apa yang kita lakukan akan menyebabkan sesuatu yang sama juga akan berlaku ditempat lain dan akhirnya akan kembali kepada diri kita semula, inilah janji Allah seperti ayat berikut,
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Surah Al-Isra 17:7.
Pengasihnya Allah itu melarang manusia melakukan sesuatu kejahatan adalah kerana ianya akan berbalik kepada manusia itu sendiri. Inilah antara undang-undang kehidupan yang Allah telah tetapkan. Ambil contoh larangan riba', didalam riba' kita menghisap darah manusia lain dengan memaksa mereka membayar lebih dari apa yang dipinjam, jadi kita hanya goyang kaki tanpa perlu peluh menitik setitis pun menantikan pulangan, kita menjadi perompak terhormat sebenarnya, dan apabila kita merompak orang lain, dari konsep "non-locality" fizik kuantum, kita membentuk diri insan lain menjadi perompak juga yang mana suatu hari nanti mereka ini akan merompak diri kita pula.

Cuba lihat kawasan perumahan masa kini, mengapa kecurian pecah rumah kerap terjadi hingga terpaksa mengupah pengawal untuk menjaga rumah? Mengapa setiap rumah harus dipasang grill? Manusia terpaksa hidup didalam penjara buatan sendiri. Boleh dikatakan hampir 99.99% rumah yang dibeli adalah dengan pinjaman riba' baik riba' ikut pintu depan (konvensional) mahupun riba' ikut pintu belakang (islamik), maka sebab itulah rompakan pecah rumah dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Disebabkan kita merompak manusia lain tanpa sedar iaitu dengan menggalakkan inflasi (melalui lambakan wang pinjaman), menurunkan nilai wang dan menganiaya insan lain terutama yang miskin maka siapa harus dipersalahkan jika tidak diri sendiri? Manusia sendiri yang mencipta perompak yang akhirnya merompak diri mereka sendiri.

4. Tiada Yang Percuma Didunia Ini.

Dunia zarah sub-atomik sebenarnya amatlah sibuk, zarah tidak kekal didalam satu bentuk dan berubah menjadi unsur berlainan dan kemudiannya kembali kepada keadaan asal. terdapat hampir seratus sub-zarah baru dijumpai hasil dari ujikaji mengenai dunia subatomik ini, ahli fizik Kenneth Ford menggelar keadaan ini sebagai "particle zoo". Elektron contohnya tidak hanya kekal sebagai elektron tetapi sepanjang masa mengeluar dan menyerap photon. Keadaannya sebegini, mulanya ada elektron, kemudian elektron dan photon, kemudiannya hanya elektron. Proton boleh berubah menjadi dua unsur iaitu proton dan neutral pion (salah satu unsur sub-atomik), dan kemudiannya kembali kepada proton asal. Lihat photo disebelah yang menunjukkankan diagram untuk fenomena tersebut, diagram sebegini dinamakan Feynman diagram yang di kemukakan oleh ahli fizik Richard Feynman untuk menggambarkan fenomena dunia subatomik ini.

Akan tetapi kewujudan zarah lain ini tidak kekal dan hanya wujud dalam masa yang teramat singkat. Situasi ini amat bercanggah dengan hukum pengekalan tenaga (Conservation Law Of Mass-Energy, ingat e=mc2?) yang menyatakan kita tidak boleh mendapat sesuatu dari tanpa penambahan tenaga atau jisim (energy or mass), tetapi menurut teori kuantum ini, kita boleh mendapatkan sesuatu dari tanpa penambahan tenaga atau jisim, akan tetapi ia hanyalah untuk jangka masa yang teramat singkat iaitu kira-kira satu per trillion saat.

Apabila saya membaca kenyataan ini, terfikir akan saya tentang mereka yang mengambil hak orang lain seperti makan riba', mencuri, makan rasuah dan sebagainya dan menyangkakan bahawa mereka mendapatkan ianya secara percuma dan tidak ada apa yang akan berlaku kepada diri mereka. Apa yang diambil itu tadi hanya wujud dalam masa yang singkat sahaja berdasarkan cerita "particle zoo" itu tadi, hukum pengekalan tenaga itu juga menyatakan tiada yang datang secara percuma, perlu ada suntikan tenaga E atau M untuk mendapatkan sesuatu dan jika diperolehi pun hanya akan kekal dalam masa yang singkat. Jadi ambil contoh mereka yang makan harta riba', mereka yang mencuri, makan rasuah dan sebagainya, jika apa yang mereka ambil itu tidak hilang sebagai wang dalam bentuk kecurian, akan ada cara lain ianya akan hilang samada hilang kegembiraan, hilang kesihatan dan sebagainya. Kerana apa? Kerana Allah itu maha adil dan inilah dia salah satu undang-undang kehidupan tersedia dari awal dunia dicipta hinggalah kehari kiamat. Apa yang dinikmati dengan percuma akan kembali kepada keadaan asalnya.

Bergembiralah mereka yang ditimpa musibah kerana dalam hidup kita hari ini yang penuh dengan riba' baik dari penggunaan wang kertas yang tidak punyai nilai didalamnya hinggalah kepada rumah dan kereta yang kita beli dengan riba' kerana Allah mahu mengembalikan semula tenaga yang bukan hak kita itu. Akan tetapi buat mereka yang mencari perlindungan selain dari Allah, dengan mempunyai pengawal peribadi keliling pinggang, punyai kroni dan pengikut yang memastikan mereka senantiasa di tangga atas menggunakan pangkat dan jawatan untuk menindas, balasan Allah diakhirat nanti amatlah pedih dan tidak mampu terbayang oleh pandangan mata dan jiwa.

Buktinya sudah ada, lihat beza bom kimia dan bom nuklear, bom kimia adalah dari manipulasi kimia dan atom, bom nuklear adalah manipulasi nukleus yang berjuta-juta kali lebih kecil dari atom itu sendiri akan tetapi tenaga yang dikeluarkan amatlah hebat. Bayangkanlah jika ada sebezar zarah sekalipun dosa yang akan dibalas oleh Allah diakhirat, harap gambaran bom nuklear sudah cukup untuk memberi khabar buruk bagi mereka yang tidak percayakan Allah dan meninggalkan segala larangannya itu.
--------------------------------------------------------------------------------

Rujuk kembali kepada sifat atom, walaupun asas kehidupan dan benda didunia itu bersifat penuh ketidaktentuan, manusia tidak mengambil pandangan sebegitu didalam kehidupan. Ambil contoh cara kita mendidik generasi masa kini terutama anak-anak, kita terlalu taksub dengan pencapaian anak kita disekolah dengan catitan markah berdasarkan apa yang boleh dilihat didalam sijil, kerana apa? kerana dari berapa banyak A didalam sijil itulah nanti seolah-olah menentukan baik atau tidak kehidupan mereka dimasa akan datang. Kita semakin hilang pertimbangan untuk menilai sasuatu yang tidak nampak iaitu "ukuran iman" anak kita sendiri. Akan tetapi bagaimana perkiraan iman itu akan diambil kira jika kita sendiri beriman hanya mengikut masa, samada pada hari jumaat sahaja atau pada masa nak nikah kahwin atau cerai, malah lebih teruk lagi hanya apabila nak mati.

Kita semakin hari semakin menolak Allah dengan iman yang semakin nipis, contohnya lari dari hukum-hukum Allah contohnya membenarkan arak dan perjudian didalam sebuah negara yang kononnya negara Islam, jika ditanya pada pemimpin-pemimpin, rata-rata menyatakan kerana mengambil kira kaum lain, walaupun arak dan judi itu sendiri adalah salah satu penyebab utama penyakit sosial didalam kaum tersebut, akan tetapi kerana arak dan judi itu adalah salah satu punca utama pendapatan negara melalui cukai dan juga menggalakkan pelancong asing yang mahukan hiburan, maka "apabila aku membenarkan arak dan judi, pendapatan untuk negara aku akan terjamin, itu sudah pasti dari pengiraan yang aku lakukan", pendapatan dari suatu yang nyata lebih dipercayai sedangkan sepatutnya pendapatan atau rezeki itu hanyalah dari Allah, dari suatu yang tidak nampak, dari suatu yang tidak boleh dibayangkan.

Amat sukar untuk mempercayai suatu yang tidak kelihatan dan tiada kepastian (ganjaran Allah), maka sebab itu manusia hari ini rata-rata hidup dengan kepastian yang ada didalam gengaman mereka, contohnya mengambil rasuah apabila peluang ada, menaikkan harga atau ubah kualiti/kuantiti barang yang dijual untuk keuntungan maksimum, minta gaji yang lebih besar hanya kerana punyai ijazah kelas 1 dan bukan mutu kerja yang dimiliki dan sebagainya. Hidup sebenarnya penuh dengan kemungkinan dan kebarangkalian, dan gembira, duka, baik atau buruk kehidupan itu sebenarnya datang dari diri kita sendiri (dengan izin Allah), kita harus mencuba untuk mendapatkannya (nikmat dunia) akan tetapi disebabkan asas binaan alam ini iaitu atom penuh dengan ketidaktentuan, kemungkinan dan kebarangkalian, nikmat dunia yang sebenarnya hanyalah dengan mengikut landasan-landasan undang-undang yang dibenarkan Allah.

Bagi saya sesuatu yang tidak nampak, iaitu iman (fizik kuantum) itu lebih utama dari ukuran sijil (fizik klasik) kerana hidup ini penuh dengan kemungkinan dan kebarangkalian sahaja. Sedangkan ada kalanya perbezaan beratnya amal walau sebesar zarah itu pun sudah cukup untuk menentukan samada kita kesyurga atau neraka. Ambil contoh perbezaan raksa atau merkuri dengan emas, kedua-duanya adalah logam tetapi raksa dalam bentuk cecair, kurang bernilai malah beracun. Emas pula suatu yang keras dan amat bernilai. Perbezaan antara keduanya hanyalah satu elektron sahaja (raksa emas 79 dan emas raksa 80) akan tetapi keduanya memberi perbezaan yang amat nyata umpama syurga dan neraka.

Kebanyakan manusia beriman tetapi tidak percaya, tidak percaya yang Allah itu maha pemberi, sebab itu kita lebih pasti rezeki dengan menghambakan orang lain walaupun kononnya dengan niat untuk menolong (pembiayaan jual beli), tidak percaya Allah itu maha adil, sebab itu dengan selambanya menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan sendiri dan kroni, rasuah dan sebagainya. Sebab itu didalam Al-Quran apabila Allah SW menyeru manusia Allah menyebutnya "O people who beleive", iaitu wahai manusia yang percaya dan bukan manusia yang sembahyang, puasa dan sebagainya, kerana percaya itu sendiri amat penting. Lepas percaya dengan sepercayanya barulah rukun islam secara automatiknya akan dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dan bukan kerana terpaksa.

Tetapi disebabkan Allah itu tidak kelihatan, maka amat sukar untuk manusia mempercayai Allah itu wujud walaupun Allah SW itu lebih hampir dari urat leher mereka sendiri. Sebab itu kafirun membuat patung berhala, kerana apa? kerana bila nampak tuhan baru percaya, sedangkan fizik kuantum telah membuktikan bahawa sesuatu yang tidak kelihatan itu (nukleus) punyai kuasa yang teramat hebat, jadi jika kita percayakan Allah dengan sepenuhnya maka mencipta sesuatu yang hebat dan mendapat bantuan Allah itu amatlah mudah. Sebab itu para Nabi mampu melakukan mukjizat kerana percaya mereka seratus-peratus dan sepanjang masa dan bukan manusia akhir zaman ini yang percayanya adalah bermusim sahaja.

Inilah sebenarnya janji Allah, semakin kita percaya kepada Allah, semakin hebat sebenarnya kehidupan kita, ambil contoh zaman kegemilangan islam dahulu yang hebat baik dari segi ekonomi hinggalah kepada tamadun ilmu, akan tetapi sedikit demi sedikit ianya lenyap hingga umat islam hari ini seolah-olah diratah oleh kafirun.
Thawban meriwayatkan, Nabi (SAW) bersabda: Orang-orang kafir akan memanggil satu sama lain untuk menyerang kamu sebagaimana orang yang makan menjemput orang lain untuk berkongsi hidangan. Seorang bertanya: Adakah itu kerana jumlah kami yang kecil? Baginda menjawab: Tidak, jumlah kamu banyak umpama sampah2 yg dihanyutkan oleh arus banjir, akan tetapi telah Allah hilangkan rasa takut dari dada orang kafir keatas kamu dan meletakkan "wahn" didada kamu. Seorang bertanya: Apakah itu "wahn". Baginda menjawab: Cintakan dunia dan takutkan mati. Abu Dawud Hadis 4284
Manusia cintakan dunia kerana apa? Kerana dunia inilah bagi mereka suatu yang nyata berbanding dengan syurga yang janji Allah yang tidak kelihatan. Maka dunia materialistik hari ini menjadi mantra kehidupan dan semuanya boleh dicapai dengan ekonomi berasaskan riba', pinjam dan bayar bulan-bulan menjadi hamba kepada bank hinggalah sampai keliang lahat pun hutang tak habis dibayar. Dan apabila cintakan dunia, manusia semakin sibuk dan tidak punya masa lagi untuk mendekati Allah apatah lagi mempercayai dengan sepenuhnya keesaan Allah itu.

Fizik kuantum amat pelik dan sukar diterima oleh minda manusia yang sudah terbiasa dengan fizik klasik malah Albert Einstein sehingga dia meninggal dunia, beliau menganggap fizik kuantum tidak lengkap walaupun kajian dan ujikaji terbaru semakin mengesahkan kepelikannya. Banyak perkara kehidupan yang dapat dijelaskan dengan fizik kuantum, malah hukum tarikan yang menjadi corak pemikiran baru untuk memberi motivasi kepada manusia hari ini juga berasaskan kepada fizik kuantum, akan tetapi ianya juga mengesahkan beberapa hukum yang perlu diikuti. Fizik kuantum juga membuktikan bahawa minda dan pemikiran kita juga adalah suatu yang nyata dan mempengaruhi persekitaran, sebab itu menjaga minda itu amat penting didalam islam baik dengan solat yang khusyuk hinggalah kepada larangan mengambil sesuatu yang memabukkan.

Satu fakta terakhir disini yang saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan adalah struktur atom itu sendiri, selain kedudukan zarah tidak dapat ditentukan, kebanyakan ruang didalam atom adalah kosong, jika saiz atom sebesar Stadium Merdeka, saiz nukleus hanyalah sebesar seekor lalat ditengah-tengah padang stadium itu sahaja. Jika semua ruang kosong dari dalam atom tubuh badan manusia dikeluarkan, manusia itu sendiri lebih kecil dari sebutir garam. Dan jika semua manusia didalam dunia ini dikumpulkan dengan ruang kosong atom didalam badan mereka dikeluarkan, kita semua hanyalah sebesar sebiji epal sahaja, inilah bukti bahawa kita semua seolah-olah berada didalam "genggaman" Allah SW. Harap sedikit perkongsian ilmu ini dapat membantu rakan-rakan agar dapat melihat dunia ini dari sudut yang berbeza, iaitu sudut dunia teramat halus akan tetapi punyai kuasa yang luar biasa, insyaallah.

Rujukan;
1. Zukav, Gary. (1979) The Dancing Wu Li Masters: An Overview Of The New Physics. New York, HarperOne
2. Al-Khalili, Jim. (2003) Quantum; A Guide For Perplexed. UK, Weidenfield & Nicholson.
3. Radin, Dean. (2006) Entangled Mind: Extrasensory Experiences In A Quantum Reality. New York, Paraview Pocket Book.
4. William Arntz, Betsy Chasse, Mark Vicente (2006). What The Bleep: Down The Rabbit Hole. USA: Lord Of The Wind Film.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/05/fizik-kuantum-dan-falsafahnya-dalam_31.html#ixzz1g9DxSdjM

Jumaat, 9 Disember 2011

Riba

Alhamdulillah, selesai sudah persidangan yang amat bermakna bagi diri saya, ianya juga sepatutnya menjadi satu persidangan yang amat penting bagi seluruh umat Islam, akan tetapi melihat pada berita utama di TV pada malam harinya dan begitu juga dengan akhbar tempatan pada keesokan hari, mereka yang mengawal media dinegara kita ini nampaknya menganggap ianya suatu yang tidak penting. Disini saya ingin berkongsi serba sedikit isi kandungan perbincangan di persidangan tersebut agar usaha kearah hidup yang tidak lagi diperangi oleh Allah SW ini (akibat riba') akan dapat dicapai walau tanpa sokongan media massa kebanyakan.

Dr Mahathir Mohammad telah memberikan ucapan pembukaan, beliau membangkitkan isu mengenai ekonomi dunia hari ini yang seolah-olah tiada kawalan dan disebabkan bebasnya ahli ekonomi seperti bank, syarikat pelaburan dan sebagainya untuk melakukan urusniaga sesuka hati seperti memberi pinjaman tanpa mengambil kira risiko dan sebagainya, maka kegawatan ekonomi terutama dibarat hari ini terjadi. Terdapat satu fakta yang dikemukakan oleh beliau yang amat menarik perhatian saya iaitu mengenai urusniaga tukaran wang asing (forex). Menurut beliau urusniaga forex pada masa kini bernilai sebanyak 4 trillion USD sehari, lebih banyak berbanding semasa krisis matawang pada tahun 1997. Jumlah itu bersamaan dengan nilai pengeluaran produk dan perkhidmatan bagi negara Jerman dalam jangka masa setahun, akan tetapi jumlah tersebut telah memberi manafaat kepada negara dan masyarakat negara Jerman itu sendiri dari segi ekonomi sedangkan apakah sumbangan urusniaga forex? Selain dari mengkayakan pengurus forex dan juga pelabur kaya, sumbangan kepada sektor pekerjaan, perniagaan dan ekonomi negara secara amnya hampir tiada.

Bagi kebanyakan penceramah yang lain pula hampir kesemuanya bersetuju bahawa pergolakan ekonomi dunia hari ini adalah kerana sistem kewangan yang diguna pakai itu sendiri adalah suatu penipuan. Terdapat 3 isu utama yang dibincangkan didalam persidangan ini iaitu:
  1. Wang kertas yang diguna pakai hari ini yang tidak disandarkan dengan nilai sebenar samada emas atau perak.
  2. Keistimewaan yang telah diberikan kepada bank baik konvensional atau pun islamik untuk "mencipta" wang mengikut sistem pecahan simpanan (fractional reserve) menerusi kaedah perakaunan mereka.
  3. Riba', bunga atau kadar faedah yang terbina didalam sistem ekonomi moden itu sendiri yang merupakan bisa yang tersembunyi dan melumpuhkan hampir seluruh golongan masyarakat akan tetapi mengkayakan segolongan kecil yang lain. 
 Berapa ramaikah dikalangan kita yang sedar bahawa wang kertas yang kita gunakan setiap hari ini adalah satu penipuan? Mengapa satu penipuan? Kerana wang kertas sebenarnya tidak mempunyai nilai. Wang kertas hari ini dicipta dengan hutang dan bukan berdasarkan kepada komoditi seperti emas dan perak. Akan tetapi mengapa ianya diterima pakai? Kerana ianya termaktub didalam undang-undang negara apa yang dipanggil "legal tender law", dan siapa yang menciptanya? Tidak lain tidak bukan British laknatullah yang telah menjajah negara kita dan hanya setelah dua benih syaitan disemai kedalam sistem pemerintahan negara, baru itulah kemerdekaan diberikan. Dan benih syaitan itu adalah undang-undang "legal tender" yang menjadikan wang kertas sebagai medium pertukaran dan juga pemerintahan sekular yang meletakkan undang-undang ciptaan manusia lebih agung dari undang-undang Allah SW.

Kebanyakan ulamak perbankan tersohor menggunakan fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa pada 1986 yang mana telah membenarkan penggunaan wang kertas. Akan tetapi jika 14 tahun dahulu kita boleh membeli teh tarik dengan hanya 50 sen akan tetapi pada hari ini lebih dari seringgit, maka tibalah masanya ulamak hari ini perlu mengishtiharkan wang kertas adalah haram. Apabila diishtiharkan haram, pasti akan ada usaha yang lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk menghentikan penggunaannya atau paling tidak pun menyandarkan ianya kepada suatu komoditi yang mempunyai nilai. Allah SW tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak mahu berubah, maka sudah sampai masanya untuk fatwa baru dikeluarkan mengenai wang kertas ini.

Antara saranan lain didalam persidangan tersebut adalah membenarkan wang secara bebasnya dicipta oleh semua manusia (free money), ini bukan bermaksud sesiapa sahaja boleh mencipta wang kertas dan mengedarkannya akan tetapi menarik keistimewaan bank atau tidak bergantung lagi kepada mereka untuk mencipta wang (menerusi sistem pecahan simpanan). Setiap individu yang mengusahakan suatu barangan, komoditi atau perkhidmatan, menerusi sistem dan prasarana sedia ada dizaman ini, beliau boleh "mencipta wang" didalam sistem melalui aliran kredit atau debit didalam sistem tersebut. Sistem ini kemukakan oleh Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera menerusi sistem yang dipanggil Multilateral Payment System yang mana nilai untuk barangan dan perkhidmatan itu berasaskan nilai emas dan perak. Sistem sebegini bukanlah suatu yang baru, nama lain untuk sistem ini adalah LETS (Local Exchange Trading System) yang telah banyak digunakan dinegara luar seperti di Australia, Kanada dan Switzerland. WIR Bank di Switzerland telah menggunakan sistem ini dari tahun 1934 hingga kehari ini.

Disebabkan dua unsur iaitu wang kertas dan penciptaan mudahnya oleh bank maka dapat riba' berkembang biak. Apabila nilai wang tidak lagi berada didalam wang, nilai wang boleh dimanipulasi, dan bank pula dengan mudahnya mencipta wang menerusi pinjaman dan kemudiannya mengenakan riba' atas wang yang sebenarnya tidak wujud, bank ibarat lintah yang menyedut darah semua umat manusia baik secara langsung atau tidak, baik bank konvensional atau pun islamik. Secara langsung adalah dengan memaksa peminjam membayar balik dengan jumlah yang berganda, secara tidak langsung pula adalah dengan menurunkan nilai wang itu sendiri atau mencairkannya melalui penciptaan wang baru, maka teh tarik yang dahulunya 50 sen dah naik lebih seringgit. Kebanyakan masyarakat mengeluh mengenai harga barang yang semakin meningkat, ini tanggapan yang salah, sebenarnya bukan barang yang semakin mahal, nilai wang yang semakin menurun. Harga emas yang semakin meningkat dipasaran dunia hari ini adalah petunjuk untuk nilai sebenar dollar US yang semakin hilang nilainya akibat dicetak tanpa bersandarkan apa-apa nilai yang nyata.

Riba' adalah punca utama masalah sosial, dari tamaknya manusia menipu, makan rasuah, rompakan, pecah rumah dan ragut, kerosakan akhlak muda-mudi disebabkan ibu bapa sibuk bekerja hinggalah kepada kemusnahan alam sekitar baik dari perlancongan atau mengkomoditikan segala sumber alam yang boleh diperolehi untuk membayar balik riba' yang berganda akibat pinjaman bank ataupun bersaing untuk mengaut lebih wang akibat turunnya nilai wang (lebih banyak wang diperlukan untuk membayar barang yang sama, rujuk teh tarik), sebab itu lah Allah SW mengishtiharkan perang terhadap mereka yang terlibat dengan riba' malah dosanya lebih teruk dari berzina. Ketika Nabi SWA dinaikkan kelangit ketika Israk dan Mikraj, baginda melihat manusia yang perutnya dipenuhi ular dan apabila baginda bertanya kepada Jibrail AS siapa mereka lantas Jibrael menjawab, mereka adalah golongan yang memakan riba' (Ahmad, Ibn Majah). 

Benih syaitan yang disemai oleh penjajah telah tumbuh subur menjadi pokok besar yang sukar ditebang, bertambah malang lagi apabila kapak penebang hanya berada ditangan kerajaan (dengan menggubal undang-undang), maka rakyat semua perlulah terlebih dahulu sedar dan bersama meminta pemerintah menebang pokok syaitan tersebut. Hampir semua manusia diakhir zaman ini telah bergelumang dengan riba' terutamanya pinjaman rumah dan kereta. Baik islamik atau tidak, keduanya sama sahaja, cuma bezanya satu ikut pintu depan dan satu lagi ikut pintu belakang. Saya sendiri sudah terjebak didalam kancah riba' dan sedang berusaha sedaya upaya untuk keluar darinya. Atas kesedaran ini jugalah saya berusaha untuk menyedarkan rakan-rakan yang lain akan bahaya dan besarnya dosa akibat riba' ini. 

Salah seorang penceramah dipersidangan itu adalah Prof. Aziuddin Ahmad dari KUIS, apa yang memeranjatkan saya beliau adalah seorang ahli fizik, sempat saya berbual seketika dengan beliau dan berkongsi pandangan bagaimana melihat kehidupan didunia ini dari sudut fizik kuantum, alhamdulillah kami mempunyai pandangan yang serupa. Dari sudut fizik kuantum, kita semua berkait melalui ruang tenaga yang tidak kelihatan, apa yang kita lakukan mempengaruhi insan lain dan ianya akan berbalik kepada diri kita sendiri. Semua larangan Allah SW adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, malangnya akibat bisikan syaitan dan percayakan dunia yang sementara ini, manusia beralih dari fitrah yang dilahirkan sebagai muslim kepada sayangkan dunia dan bencikan akhirat. Insyaallah usaha saya memerangi riba' ini akan berterusan hinggalah ke akhir hayat. Walau pun hanya seorang sahaja insan yang akan sedar dari penulisan saya ini, ianya sudah memadai, harapan saya agar peringatan ini berterusan kepada rakan-rakan yang lain agar dunia yang sementara ini boleh menjadi aman dan sentosa


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/11/nota-dari-persidangan-riba.html#ixzz1g7F2lrG1