Ahad, 25 Disember 2011

Ledakkan kejayaan mU...!

Selalu kita bicara soal kejayaan. Mahu berjaya dalam pelajaran. Berjaya dalam pekerjaan. Berjaya dalam segala-galanya. Tapi...

Siapa dia kejayaan? Apa bagusnya dia, hingga dirinya amat diperlukan sebagai syarat tergolong di dalam golongan yang memiliki kesudahan yang baik? Mengapa mesti dia? Mengapa bukan yang lain?

Ini soalan psiko, supaya kita ragu-ragu tentang erti kejayaan, ciri-ciri pemilik kejayaan dan keperluan terhadapnya. Maka dengan itu, kita akan berfikir semula tentang kemahuan terhadap kejayaan. Kejayaan tentulah bererti sesuatu kebaikan yang tercapai dan itu kebaikan yang dimahukan. Untuk mencapai kebaikan yang dihajatkan pula, perlu ada cara. Tanpa cara, maka pincang dan tempang. Tidak sempurna.

Dan semestinya, cara yang hebat hanya diamalkan oleh mereka yang hebat pemikiran dan tekadnya. Jadi, bagaimana mahu berusaha untuk mencapai tahap ‘golongan yang hebat’ tersebut?

Barangkali tidak semua mampu disenaraikan di sini, tetapi resepi kejayaan sebilangan besar mereka yang mereka berjaya sebenarnya sangat mudah dan ringkas perkataannya. Namun hebat pada makna dan hasilnya. Insya-ALLAH.

1.        Matlamat
2.        Semangat
3.        Nekad
4.        Tegas
5.        Muhasabah
6.        Strategi
7.        Ikhlas
8.        Tenang
9.        Inkuiri
10.     Sangka baik
11.     Optimis

Untuk kali ini, ayuh sama-sama kita rungkai tentang salah satu ciri pemilik kejayaan- optimis.
Optimis pada definisinya diertikan sebagai harapan yang tinggi, juga jangkaan yang baik terhadap sesuatu perkara. Jika melakukan sesuatu, maka harapannya perbuatan tersebut akan berkesudahan dengan kebaikan. Jika berdepan masalah, maka jangkaannya supaya akhirnya masalah tersebut akan berjaya diselesaikan dengan penuh bijaksana.

Bererti di sini, untuk mencapai kejayaan, seseorang itu amat perlu untuk memiliki pemikiran positif. Jika kita sekarang ini tergolong dalam golongan yang bertentangan dengan ciri-ciri pemiliki kejayaan di atas, maka bermula saat ini, perlu bersama-sama kita fikirkan tentang langkah untuk berubah. Langkah pertamanya adalah mind setting.

YOU ARE WHAT YOU THINK
Di dalam Al-Quran, seringkali diperkatakan, “jika kamu orang-orang yang memikirkan.”“jika kamu orang-orang yang berakal.”“jika kamu orang-orang yang waras”. Bererti sebenarnya ALLAH sangat mahukan kita semua memikirkan dan menilai tentang setiap perkara dalam hidup. Tersurat dan tersirat.

Dalam Al-Quran juga, ALLAH berfirman,
“Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.”
(Surah Al-Mulk, 67:13)

Isi hati. ALLAH memperkatakan soal hati. Ertinya, hati dan akal saling berkaitan. Jika kedua-duanya saling bertautan  berkerjasama, maka akan terhasil kekuatan luar biasa. Yakni, semangat dan kemahuan. Insya-ALLAH.

Maka, untuk menggapai apa juga tujuan, perlukan usaha yang serentak dari kedua-dua hati dan akal tersebut. Tidak boleh salah-satu, kerana tidak akan lengkap. Hati fungsinya sebagai pusat idea kepada segala aktiviti jasad. Akal pula berfungsi untuk mengatur dan menyeimbangi kemahuan hati. Bagi orang-orang yang hebat, akal dan hati adalah komplementari. Saling melengkapkan.

Bayangkan, jika hati saja yang mahu. Namun akal tidak. Hati berkehendak, tetapi akal tidak merancang kemahuan hati. Di situasi lain pula, akal saja yang merancang. Jika hati kosong tanpa sebarang kemahuan, maka apalah hasilnya. Merancang tanpa sebarang matlamat untuk dijadikan garis panduan pasti sia-sia.

Matlamat hebat tanpa strategi, rugi. Strategi tanpa matlamat mendalam, tenggelam.

MAKA PENYELESAIANNYA...

Lantas, bagaimana mahu mencerna matlamat dan memantapkan strategi?

Baik, kejayaan seringkali dibahagi-bahagikan kepada dua. Kejayaan di dunia, kejayaan di akhirat. Inilah sebenarnya yang membuatkan kita (umat Islam) bingung kekeliruan. Sedangkan ALLAH menetapkan bahawa kejayaan itu hanya satu. Setiap manusia, pilihan kejayaannya cuma satu. Jika beriman, maka kejayaannya dunia akhirat. Bukan dunia atau akhirat. Jika kufur, maka dunia saja perolehannya. Mengapa? Kita akan cuba rungkai satu persatu dan di penghujung nanti, kita akan melihat jawapannya. Insya-ALLAH.

Sebuah hadis menegaskan, ‘jika mahu dunia, maka dengan ilmu. Jika mahu akhirat, maka dengan ilmu. Jika mahu kedua-duanya, juga dengan ilmu.’

Kita umat Islam yang hebat. Lantas andainya benar pernyataan ini, maka jangan pilih salah satu. Dunia atau akhirat. Sebaliknya jadikan dunia dan akhirat, pilihannya adalah berjaya. Umat Islam tiada sebarang pilihan melainkan untuk berjaya dunia dan akhirat. Kerana itulah ALLAH menghantar kita ke dunia ini. Supaya tertadbir bumi ini mengikut cara-Nya. Namun jika kita sendiri lemah, hanya memilih salah satu, dunia atau akhirat, maka untuk apa ALLAH mengirimkan kita ke dunia ini? Sia-sia.

Lantas untuk langkah pertama ini, kita kupas dahulu berkenaan kejayaan di dunia.

Sebenarnya jika mahu berjaya dalam apa juga bidang, konsepnya tetap sama. Matlamat perlu muncul dimantapkan oleh strategi. Sepanjang jalan, matlamat perlu sentiasa diperbaharui supaya jelas dan mudah untuk menyusun strategi. Tujuan strategi ini hanyalah untuk memastikan kelancaran dan kekemasan perjalanan sepanjang menuju ke arah matlamat. Strategi pula dibahagikan kepada tiga. Strategi untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Untuk jangka masa pendek, kita perlu fikirkan tentang langkah pertamauntuk memulakan sesuatu yang baru dalam hidup ini. Perkara baru tentulah agak janggal untuk dipraktikkan pada awalnya. Tentu-tentunya, niat yang baik pasti dipasakkan di dalam hati. Minta redha dan bantuan ALLAH semata supaya positif hasilnya.

Lantas amat perlu untuk kita perhati dengan mata dan hati yang tajam, siapa yang sesuai dijadikan sasaran untuk dijadikan teman yang positif. Perhati pula latar masyarakat, supaya mudah kita mencelah melarikan diri dari cas-cas negatif mereka.

Ya, dengarnya seperti kita agresif mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan terhadap masyarakat sekitar. Tidak sebenarnya. Kita sememangnya sedikit mementingkan diri, kerana kita yang akan menjawab segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan pada diri. Lantas tiada salahnya jika kita sedikit individualism.

Namun bukan pula bermakna kita peralatkan teman yang positf tadi. Bayangkan jika kita dan dia sama-sama positif. Dia pasti akan semakin memperbaiki dirinya. Juga sudah tentu dia senang terhadap positifnya kita. Cas-cas negatif dari masyarakat pula bukan bereti kita ujub dan sombong. Bukan kita menjauh diri dari mereka. Sebaliknya kita kenal pasti kelemahan mereka supaya mudah kita kendalikan keadaan sekiranya muncul situasi di mana kita perlu melawan arus. Itu sebenarnya.

Seterusnya, tetapkan siapa manusia paling berjaya yang mahu dijadikan contoh, dan apa punca kejayaannya. Kemudian, tiru taktik dan caranya. Bagi manusia yang hebat, tentu saja mereka memilih Rasulullah. Kerana baginda saja yang selayaknya dijadikan contoh. Jika pelajar, maka baginda sebenarnya turut pelajar. Belajar dari Jibril. Jika peniaga, maka baginda juga peniaga. Sebut saja, apa jenis perkara. Insya-ALLAH, pasti beliau contoh terbaik sebagai ikutan.

Guru, pengatur strategi, ahli psikologi, kaunselor, imam, ustaz, sahabat, suami, pemimpin, ahli politik, pakar kesihatan, malah jurutera sekalipun. Jelas terbukti sewaktu pembinaan masjid pertama dalam Islam. Baginda bersama-sama umat Islam lainnya menyiapkan binaan.
Untuk jangka masa sederhana pula. Kategori ini merupakan ruang di mana penyelesaian terhadap setiap konflik sepanjang perjalanan nanti. Jika gagal, maka akan kecewa. Semangat luntur. Lantas bagaimana mengatasinya. Muhasabah diri, di mana silapnya. Tentukan strategi seterusnya dan bangkit semula sebelum matlamat hilang dari kotak akal. Segera dan lebih mantap.

Kemudian, sekiranya usaha telah menunjukkan hasil. Maka apa cara mengatasi konflik ini? Kita perlu ingat, sebenarnya kejayaan awal juga merupakan konflik, malah inilah konflik yang amat diberi perhatian oleh orang-orang yang hebat. Semuanya kerana kejayaan awal bukanlah penentu di penghujungnya. Bila-bila masa saja akan merudum tersungkur.

Jangan pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Tetapi bersyukur itu wajib. Jadi apa bezanya berpuas hati dan bersyukur?

Berpuas hati, adalah istilah di mana kita guna untuk menunjukkan bahawa ini adalah yang terbaik dan tidak akan mampu lakukan atau terima yang lebih baik dari ini. Bersyukur pula, menghargai dan berbahagia dengan kebaikan yang diterima. Ini adalah yang terbaik untuk waktu ini. Namun hati meyakini bahawa selepas ini akan ada yang jauh lebih baik yang mampu kita lakukan. Amat jauh beza berpuas hati dan bersyukur. Lantas itu, usah takut untuk bersyukur. Takutlah untuk berpuas hati.

Untuk jangka masa panjang, kita seharusnya memikirkan bagaimana kesudahan perancangan ini. Setelah berjaya nanti, ke mana mahu kita teruskan langkah. Adakah terhenti setakat di situ cuma. Apa kesudahan kejayaan. Di dunia ini pasti banyak perkara perlu ditempuhi, dan semestinya amat banyak kejayaan yang kita terima. Insya-ALLAH. Lantas apa kesimpulan terhadap seluruh kejayaan itu? Secara mudahnya, mudah kita katakan di mana mahu kita dapatkan purata kejayaan?

Kejayaan memberi impak besar terhadap kehidupan. Hati akan bahagia, jiwa tenang. Wajah berseri, tubuh cergas. Namun jika difikirkan semula, masakan itu saja ganjaran terhadap segala kepayahan selama ini? Kebahagiaan akan lenyap sekelip mata, bila-bila masa saja. Lantas di mana sebenarnya mahu kita rehatkan dan sematkan kejayaan itu?

Sudah tentu pada ALLAH. Bayangkan, kejayaan membuatkan kita berada di puncak tertinggi. Semakin tinggi kejayaan, semakin tinggi puncaknya. Namun kejayaan sebenarnya bukanlah suatau perkara yang stabil. Kita perlu berusaha lebih untuk mengekalkannya. Bererti, sewaktu berada di puncak, kita tidak akan stabil untuk menjaga sendiri kejayaan. Tika itu hati sedang bergembira. Besar potensinya untuk tercuai. Sayangnya jika terlepas kejayaan itu dari genggaman. Perlu mendaki semula untuk kembali memperolehinya.

Lantas seperlunya, di awal-awal inilah kita perlu merancang ke mana harus kita serahkan kejayaan jika bukan pada ALLAH. Sewaktu kita sedang tinggi, maka ALLAH Maha Tinggi. Jika kita sedang hebat, maka ALLAH Maha Hebat. Serah pada Dia, insya-ALLAH kejayaan itu stabil dalam jagaan-Nya.

Di awal-awal inilah perlu kita jelas tentang apa yang mencetuskan niat, seterusnya menetapkan visi. Bagi mereka yang memilih kejayaan dunia akhirat, pencetus niat dan matlamat mereka hanyalah janji ALLAH dan semangat rasulullah. Visi pula tentu-tentu saja untuk meraih keredhaan ALLAH.

Dunia saham akhirat. Orang-orang yang berjaya menyedari, hidup ini diamanahkan padanya untuk dikendalikan dengan jayanya. Masa adalah amanah, saudara-saudara seagama adalah amanah, malah apa juga yang dikurniakan dalam hidup ini adalah amanah. Amanah yang menyebabkan kita terbayangkan satu beban besar menghempap diri. Lebih-lebih lagi dengan situasi dunia hari ini.

Namun, optimislah!

Usah gentar tidak mampu memikul amanah, kerana ALLAH kenal kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri. Usah juga resah mengenang keadaan dunia hari ini. Yakinlah pada pertolongan ALLAH.

Lebih besar amanah, bererti lebih berat. Lebih berat, bererti perlu lebih bersemangat dan strategi. Setelah terbiasa dengan gaya hidup positif ini, bererti akan mantaplah peribadi, akan gempaklah hasilnya. Insya-ALLAH.

Amanah yang lebih besar juga membawa erti, lebih banyak peluang meraih keredhaan ALLAH. Masakan mahu kita bazirkan peluang ini. Maka, kejayaan demi kejayaan di dunialah yang akan mengisi ruang-ruang peluang ke arah keredhaan-Nya.
Subhanallah.

Inilah yang telah dijanjikan awal-awal tadi. Dan kini telah terjawab, insya-ALLAH. Umat Islam tiada pilihan melainkan berjaya dunia akhirat. Untuk berjaya di akhirat, maka kejayaan di dunia perlu dicapai dahulu. Itulah yang dimaksudkan ALLAH, memilih akhirat. Kerana penghujung yang sebenar-benarnya hujung adalah akhirat, bukan setakat di dunia. Disebabkan itulah, sekiranya umat Islam memilih untuk gagal di dunia dan berhajat untuk berjaya di akhirat saja, maka besar potensi untuk gagal kedua-duanya. Bererti, umat Islam tidak diberi pilihan supaya gagal, kerana muslimin dan muslimat itu, tempat paling layak buatnya adalah semata-mata dalam cinta ALLAH.

Lantas, ayuh kita berkempen kejayaan!

Wallahu’alam.

Rabu, 21 Disember 2011

Ingat la yang gaji cuma Rm530

mereka yang berada di dalam Kumpulan Premier hanya berjumlah 36 dan sekiranya SBPA dilaksanakan nanti bagi menggantikan Sistem Saraan Malayasia (SSM) yang digunakan sekarang, KSN akan menerima kenaikan gaji amat tinggi sehingga RM60,000 sebulan.     

Katanya, selain itu, KSN akan turut menerima bayaran-bayaran lain termasuk imbuhan tetap sebanyak RM9,300 sebulan, elaun perumahan RM3,750 sebulan, elaun pembantu rumah sebanyak RM2,000 sebulan, elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas. 

"Mereka yang berada di dalam Premier 2 akan menerima gaji RM42,000 sebulan, Premier 3 sebanyak RM40,000 sebulan dan Premier 4 sebanyak RM35,000," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. 

Imbuhan tetap bagi mereka yang berada di dalam Premier 2 sebanyak RM8,200, Premier 3 (RM8,100) dan Premier 4 (RM8,000), manakala elaun perumahan masing-masing sebanyak RM2,750 sebulan dan elaun pembantu rumah sebanyak RM1,000 sebulan. 

Mereka juga akan turut menerima bayaran-bayaran elaun lain yang agak tinggi termasuk elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas. 

Beliau difahamkan mereka yang berada dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula akan menerima kenaikan gaji agak tinggi sehingga sebanyak RM5,000 sebulan.

"Ini menjadikan gaji minima mereka yang berada dalam Turus (VU4/VK4) sebanyak RM15,850 dan maksima RM25,230, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas A atau Jusa A (VU5/VK5) sebanyak RM14,760 dan maksima RM22,880 sebulan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. 

Gaji minima bagi mereka yang berada dalam Gred Utama Khas B (Jusa B) sebanyak RM13,775 dan maksima RM20,750 sebulan, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas C atau Jusa C sebanyak RM12,000 dan maksima RM17,770 sebulan. 

Selasa, 20 Disember 2011

ilmu ---->> vs MLM

Semasa saya masih kecil dahulu, mungkin semasa saya masih disekolah rendah, saya selalu berangan-angan dan membayangkan, pada satu hari nanti apabila saya menjadi dewasa, saya mahu menjadi seorang yang kaya raya dan dengan kekayaan saya itu saya akan membantu orang lain terutama golongan miskin. Apabila saya tamat belajar dan mula bekerja, saya cuba berusaha untuk menjadi kaya, untuk berniaga saya tidak mempunyai modal jadi saya mula berjinak-jinak dengan kegiatan seperti MLM, ajen unit amanah, pemasaran internet dan sebagainya akan tetapi semuanya itu tidak dapat saya lakukan dengan baik (akan saya jelaskan kemudian mengapa) dan tidak pun membuat saya menjadi kaya raya.

Semasa kecil dahulu juga saya amat berminat dengan kapal terbang. Kereta mainan yang Abah saya belikan habis saya "baraikan" dan melakukan ubahsuaian untuk menjadikan ianya seperti kapal terbang, contohnya saya akan keluarkan enjinnya dan saya pasangkan diatas bumbung kereta, kemudiannya saya ukir dari batang aiskrim untuk menjadikannya kipas pesawat (propeller) dan hasilnya kereta yang bergerak dengan tujahan angin dan bukannya dengan pusingan roda.


Apa pula kena mengena antara angan-angan mahu menjadi kaya dan aktiviti semasa kecil semasa kecil saya dengan tajuk artikel ini iaitu mengapa saya berkongsi ilmu?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya mula mengenali riba', memahami konsep riba' dari asalnya datang riba' itu sendiri kepada kesannya pada individu dan juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Didalam dunia perniagaan hari ini, mungkin tidak kesemuanya bagi perniagaan kecil-kecilan akan tetapi bagi perniagaan besar-besaran yang mana tuan punya perniagaan tersebut boleh menjadi kaya raya dengan keuntungan besar yang diperolehi, tidak ada perniagaan yang tidak melibatkan diri dengan riba'. Dari pinjaman untuk membesarkan perniagaan kepada kemudahan "overdraft", semua itu adalah riba', jadi mana mungkin kita boleh mengatakan sesuatu perniagaan itu halal secara keseluruhannya. Halal dari aktiviti perniagaan tersebut contohnya mereka yang membuka pasaraya besar, menjual barang-barang runcit dan sebagainya tetapi pada masa yang sama ber"perang" dengan Allah SW dengan menggunakan landasan riba'.

Kebanyakan manusia pada hari ini lebih melihat kepada sesuatu yang fizikal, suatu yang nyata untuk membuat penilaian akan tetapi tidak mahu melihat apa yang terselindung disebaliknya iaitu suatu yang halus, yang ghaib dan tidak kelihatan. Kerana apa? Kerana kita tidak pernah dilatih untuk berbuat sedemikian. Contohnya dari sekolah lagi kita dibasuh minda dengan teori evolusi bahawa manusia berasal dari monyet sedangkan teori evolusi itu sebenarnya adalah salah dan tidak boleh diterima akal. Tuhan iaitu suatu yang ghaib, yang tidak kelihatan tidak pernah diambil kira didalam pembinaan minda masyarakat jadi apabila generasi ini membesar meninggalkan sekolah dan bekerja, di"dodoi"kan pula dengan budaya hiburan, musik, sukan dan facebook, maka ilmu dan pendekatan terhadap Pencipta itu tidak lagi diambil kira. Ini apa yang dipanggil pemikiran sekular. Lihatlah masyarakat kita hari ini yang rata-ratanya adalah "part-time" Muslim, lebih menyedihkan lagi kerana golongan ini juga yang menjadi pemimpin.

Didalam artikel saya sebelum ini saya telah membicarakan perihal "getaran", contohnya didalam bab mencari pasangan, hanya mereka yang mempunyai getaran yang sama dengan kita sahaja yang akan menjadi serasi dan mampu menjadi pasangan kita yang baik (dan ini sudah tentu jugalah dengan keizinan Allah SW). Dari pemikiran saya, unsur-unsur getaran ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk menjelaskan konsep mencari pasangan, ianya boleh menjelaskan mengapa kita tidak mempunyai minat atau semangat untuk melakukan atau melibatkan diri dalam perkara-perkara lain. 

Sekarang ini saya sudahpun memahami akan mengapa saya tidak berjaya didalam usaha mencari kekayaan wang ringgit dengan perniagaan, MLM, unit amanah dan sebagainya, kerana apa? Kerana kesemuanya itu melibatkan riba' dari skala kecil hingga yang sebesar-besarnya. Dan riba' itu adalah satu penindasan dan ianya bercanggah dengan keinginan saya untuk membantu insan-insan lain. Getaran yang ada pada diri saya ini tidak serasi dengan dunia "orang kaya" yang mana pasti melibatkan diri dengan riba'. Cukuplah setakat "debu" riba' sahaja yang terkena pada saya iaitu melalui penggunaan wang kertas sehari-hari, tidak perlulah saya menambahkan riba' itu lagi dengan aktiviti-aktiviti untuk menjadi kaya-raya yang jika dilihat dengan "satu mata" amat menarik dan menggoda akan tetapi jika dilihat dengan "dua mata" ianya penuh dengan penindasan, penipuan, penganiayaan dan perhambaan. Akan tetapi jika saya tidak bergiat didalam aktiviti mencari kekayaan ini, mana mungkin saya boleh merealisasikan impian masa kecil saya untuk membantu manusia seramai mungkin terutama golongan miskin?

"Imaginasi lebih penting dari ilmu pengetahuan"
Albert Einstein
Saya amat percaya bahawa dengan keizinan Allah SW, kita mampu mencipta realiti hidup kita sendiri. Dari pemikiran ianya akan menjadi kenyataan. Apa yang saya imaginasikan semasa kecil dahulu menjadi kenyataan, dari bermain dengan kapalterbang, saya sekarang ini bekerja dengan kapalterbang. Dan alhamdulillah melalui kerjaya saya sekarang ini juga ianya memberi kesempatan kepada saya untuk menambahkan ilmu, merantau, berfikir dan melihat keadaan dunia yang sebenarnya.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Surah Al-Haj 22-46
Takdir Allah SW telah membuatkan saya berani merantau keluar dari tanah air dan mencari rezeki di luar negara 8 tahun yang lalu. Dan alhamdulillah saya dapat merasakan bahawa jika saya masih kekal ditanah air, pasti saya masih kekal sebagai seorang yang jahil, buta dan tidak dapat melihat kebesaran Allah SW melalui pembacaan ilmu-ilmu baru dan juga pengalaman merantau keseluruh dunia. Dan dari ilmu-ilmu yang saya dapati ini juga, saya berkongsi dengan rakan-rakan sekalian dengan harapan ianya mampu mengubah kehidupan seseorang itu kearah yang lebih baik, semakin hampir kepada Allah SW dan juga moga bersama dapat mengubah dunia agar ianya menjadi bertambah baik buat insan-insan lain juga.

Jika ditangan saya ada wang seringgit dan saya berikan ianya kepada insan lain, tiada lagi wang yang tinggal untuk diberikan kepada insan lain. Akan tetapi jika saya mempunyai ilmu dan ilmu itu saya berikan kepada insan lain, ilmu itu tetap berada pada diri saya dan saya masih boleh memberikan ianya kepada insan lain. Dan insan itu juga boleh menyampaikannya pula kepada insan yang lain. Inilah MLM yang diberkati Allah iaitu menerusi perkongsian ilmu. Dan inilah juga apa yang saya lihat sebagai realisasi kepada impian saya semasa kecil iaitu untuk membantu insan-insan lain bukan dengan wang ringgit akan tetapi melalui perkongsian ilmu. Umpama mengajar insan lain untuk memancing dan bukan terus memberikan kepadanya seekor ikan. Dengan ilmu tersebut seseorang itu perlu berusaha untuk mendapatkan sejoran pancing dan kemudiannya boleh mendapatkan ikan sebagai rezeki dan kemudiannya mampu mengubah keadaan hidupnya.

Jika saya renungkan kembali liku-liku kehidupan saya ini, semua yang berlaku baik kejadian baik ataupun yang buruk, ianya membawa saya kearah mencapai realisasi impian dan keinginan saya semasa kecil. Berminat dengan pesawat, saya bekerja dengan pesawat, ingin membantu manusia lain, saya berkongsi ilmu, akan tetapi dapat saya rasakan yang perjalanan saya ini masih jauh dalam usaha membantu umat manusia. Saya tidak tahu keadaan mendatang, akan tetapi ianya sudah pun saya imaginasikan dan insyaallah ianya akan tercapai. Dan jika tidak sekalipun saya tidak akan berduka cita kerana Allah SW itu tahu keikhlasan hati kita dan tidak sekali-kali membebankan dengan sesuatu yang diluar kemampuan. Moga artikel ini dapat memberi ketukan minda dan inspirasi kepada rakan-rakan yang lain agar turut serta menjadi seorang yang lebih memberi dan bukan hanya menerima, insyaallah.

bunga beracun

by 


Dalam kehidupan kita seharian.. kita pasti dapat melihat atau terjumpa bunga-bunga yang cantik seperti yang di tanam di sekolah, pejabat, atau pun tempat-tempat awam..tapi tahukah anda, bunga juga memiliki racunnya sendiri yang amat kuat yang boleh membawa maut..antara bunga-bunga tersebut ialah..


1. Daphne

Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya.

Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang akan menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan.

Jika buah daphne diguna secara berlebihan, akan menyebabkan koma malah boleh menyebabkan kematian.



2. Lyly of the valley


Lyly of the valley kelihatan sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak akan menyakiti orang dewasa.

Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.



3. Belladona


Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan anak-anak.

Akibat dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kegilaan. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf menyebabkan gangguan pernafasan, berpeluh dan berdegup jantung.



4. Angel’s Trumpet


Jangan terkejut dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang sangat bahaya untuk manusia dan haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.



5. Rhododendron


Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu dari bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat kejang-kejang hingga menyebabkan kematian.



6. Oleander


Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri. Berbagai macam racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem peredaran darah, dimana ke semua itu terjadi secara serentak.

Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh bergetar, rasa sakit, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kekaburan pada mata.



7. Autumn Crocus


Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah

Kreatif

by 



ni keter kancil ubahsuai jd 4wd kekononnye...



yg ni plak kenari...



wira jadi limo...uols mampu???



ni lg langsung tak pakai minyak...sape kate org malaysia tak setanding org jepun, jerman, bla bla bla dan sewaktu dengannye tu? 

kredit to only in malaysia..