Isnin, 2 Januari 2012

tragedi berdarah UPSI 2012

demo upsi 2 Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun Baru 2012? [UPDATE VIDEO]
Dalam keadaan malam tadi ramai yang tertumpu untuk menyambut tahun baru 2012, tetapi berlainan pula buat kalangan mahasiswa yang bertindak buat demo kebebasan akademik di UPSI. Tetapi lain pula jadi….
Apabila polis didakwa bertindak membelasah sekumpulan mahasiswa yang berhimpun. Dalam ramai-ramai mungkin ada kalangan yang membuat provokasi atau tidak ikut arahan & amaran yang diberikan oleh polis sehingga menyebabkan polis “hilang sabar & pertimbangan” seterusnya bertindak sebegini rupa. Mungkin?
Tetapi walaubagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk pihak polis membelasah sesuka hati. Tindakan kasar yang dilakukan bukanlah satu tindakan yang sangat bijak daripada pihak keselamatan negara sebenarnya.
demo upsi Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun Baru 2012? [UPDATE VIDEO]
Apatah lagi, Malaysia yang sudah termaktub dalam perlembagaan meletakkanhak untuk rakyatnya berhimpun. Bagaimana kita rangka undang-undang, kemudian kita pijak semula undang-undang tersebut?
demo upsi 4 Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun Baru 2012? [UPDATE VIDEO]
Kalau tidak boleh, katakan tidak boleh daripada awal. Bukannya undang-undang yang ada terpakai hanya untuk satu dua kelompok sahaja. Pastikan semua menggunapakai undang-undang yang sama.
Semakan video di bawah ini memaparkan keadaan yang berlaku semasa demo UPSI daripada kalangan mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik pada malam tadi :
P/S : Kepada mahasiswa yang terlibat, pastikan perjuangan yang cuba anda tegakkan “berjalan seiring” dengan penimbaan ilmu anda selama mana anda di universiti. Apatah lagi peperiksaan akhir akan berlangsung tidak lama lagi.
PP/S : Satu lagi kena ingat demo bersifat provokasi tidak akan mampu sebarang masalah dengan baik
sumber: beritasemasa.com

teguran

“Sesiapa ingin menasihati sultan (pemerintah) dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi (pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan tanggungjawabnya sendiri.” (Riwayat Tarmizi)

So, aku rasa hadis ini senang untuk difahami yang mana ianya menerangkan cara untuk menegur pemimpin iaitu tidak boleh tegur secara direct, on the spot, suara yang kuat dan dihadapan orang ramai sebaliknya mestilah memegang tangannya dan time tu baru boleh menegurnya. Samada pemimpin tersebut nak terima atau tidak, terpulanglah kepada beliau, tugas kita sebagai si penegur dah selesai.

*mungkin orang yg dimaksudkan bukan pemerintah, so go down and see more*

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para da`ei supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para da`ei mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).

Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para da`ei ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.
Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan.

Renung2kan dan selamat beramal :)

Ahad, 1 Januari 2012

UAI 2

zain-ys

Ustaz Azhar Idrus terus mengorak langkah ke hadapan bila malam tadi sempena sambutan tahun baru 2012 yang dihadirinya berjaya menghimpunkan seramai lebih 80 ribu pengunjung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Turut serta dalam acara berkenaan ialah beberapa selebriti terkenal, antaranya ialah Zizan Raja Lawak, Ustaz Akhil Hayy dan lain-lain.

Apa yang menggemparkan ialah Zizan berganding dengan Ustaz Azhar Idrus mengendalikan slot soaljawab agama. Tambah menggemparkan lagi ialah bila ustaz Azhar menunjukkan kemahiran bermain gitar manakala Zizan mengiringinya dengan menyanyikan lagu cina.

Sebelum ini, golongan literalis yang bertubi-tubi menyerang ustaz Azhar melalui pelbagai cara antaranya melalui status-status di Facebook dan klip-klip video yang di-edit dan dipotong-potong dengan cara yang tak bermoral dan memualkan. Selain itu mereka juga menggelarkan ustaz Azhar sebagai ustaz Maharaja Lawak, raja sesat dan sebagainya.

Selepas gambar, audio dan berita ustaz Azhar bermain gitar disiarkan melalui FB, golongan literalis ini merancakkan serangan mereka terhadap ustaz Azhar. Rata-rata melihat serangan berkenaan timbul kerana rasa cemburu terhadap fenomena Ustaz Azhar Idrus yang terus mara ke hadapan.
Antara serangan terhadap ustaz Azhar IdrusAntara serangan terhadap ustaz Azhar Idrus
Antara yang memberi pandangan di FB ialah Ustaz Wan Ji, katanya:
Kagum dengan fenomena ust azhar jika.mahu dibandingkan dgn fenomena2 sebelum ni. Dulu ada fenomena anwar, hadi, mawi dll. Kerangka mereka agak terpilih. Anwar, fenomena dikalangan ahli politik. Hadi, fenomena dikalangan ahli gerakan islam, mawi, fenomena yg golongan agamawan agak menjauhkan diri. Tp fenomena ust azhar, boleh dikatakan merangkumi semua pihak hingga dipandang hina oleh ulama muda umno.








Last Updated on Sunday, 01 January 2012 21:32
 
Disclaimer: Pihak al-ahkam.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan komen yang diberikan oleh para pengunjung melalui sebarang saluran yang disediakan di web ini (FB, twitter, shoutbox, forum dsbnya). Ia adalah pandangan peribadi pengirimnya dan menjadi hak miliknya. Ia tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian pihak al-ahkam.net

exam

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusiasedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.."
(Yunus 10:44)



WHEN WE ARE IN EXAMINATION HALL AS AUNIVERSITY STUDENT...
1) WE ARE NOT ALLOWED TO COPY OR CHEAT FORM OTHERS
2) WE ARE NOT ALLOWED TO OPEN A BOOK WHEN WE FORGET
3) WE ARE NOT ALLOWED TO HELP ANYONE ELSE TO PASS THE EXAM!
"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya."
 (An-Najm, 53: 39)


HOW EASY IS THE EXAM OF ALLAH FOR US=)
1) WE ARE TOTALLY ALLOWED & GET PERMISSION FORM ALLAH TO COPY THE RIGHTEOUS & THE PIOUS
2) WE ALWAYS HAVE THE BOOK WHICH IS THE QURAN KAREEM TO OPEN & REFER FROM IT WHEN WE FORGET
Sunan Al-Tirmidhi, Volume 6, Chapter 31, Hadith No 3788:
Zaid bin Arqam narrated that Muhammed said:
"Indeed, I am leaving among you, that which if you hold fast to them, you shall not be misguided after me. One of then is greater than the other: (First is) The book of Allah is a rope extended from the sky to the earth & (the second is) my family, the people of my house (ahlul bait), and they shall not split until they meet me at the hawd, so look at how you deal with them after me."
(Sahih).
3) WE ARE EVEN ENCOURAGED TO HELP THE OTHERS IN THIS EXAM & BY DOING THIS, SO WE GET BONUS POINTS TOO FORM ALLAH
"BARANGSIAPA YANG MEMBERI CONTOH KEBAIKAN DALAM ISLAM, MAKA BAGINYA PAHALA TERSEBUT & PAHALA ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN SETELAHNYA, TANPA MENGURANGI PAHALA MEREKA SEDIKIT PUN."
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)


ISLAM IS THE MOST WONDERFUL DEEN =)


“Sungguh, Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.” 
(Fath, 48: 1)

For those who are seating an examination for this semester either in local or overseas universities especially to all IIUM students, bitaufiq wan najah & wish all of u the best of luck. Aamiin Ya Rabb..
Keep on praying & never hesitate until you try it because Allah is always by ourside.
May Allah grants our du’a. Let’s renew our intention!
Searching knowledge only for the sake of Allah =)



sumber: http://allahseeker.blogspot.com

Off c

Budak oversea, bila selalu bergaul dengan orang lain yang kulit putih sikit, dari Ireland, US, Canada, Portugal, Spain, Greece, Jerman dan sebagainya, dianggap bagus, pandai bergaul, berkeyakinan tinggi, integrasi dan macam-macam lagi.
Tapi budak oversea yang selalu bergaul degan orang lain yang kulit putih dan hitam, dari Turki, Palestin, Pakistan, Syria, Iraq, Saudi, Mesir dan sebagainya, dianggap jumud, tak pandai bergaul, kurang keyakinan diri, tidak integrasi dan macam-macam lagi.
Budak oversea, bila tiap-tiap weekend pergi parti, disco dan pub, dianggap pandai berkawan dengan orang local.
Tapi, budak oversea yang tiap-tiap weekend pergi program dakwah, halaqah, iktikaf, dianggap eksklusif. Asyik dengan geng-geng dia je..
Budak oversea, bila  selalu kawan dengan mat-minah saleh, sampai dah tak reti cakap Melayu, rambut warna brown, mata warna biru, baju sendat-sendat, dianggap moden dan bijak menyesuaikan diri dengan suasana setempat.
Tapi, budak oversea bila selalu kawan dengan pak-pak arab, sampai boleh cakap arab sikit-sikit, simpan janggut, mula pakai jubah, dianggap kuno dan tertutup. Nak jadi arab ke..
Budak oversea kalau organize program suka-suki, tari-menari, nyanyi-nyanyi, happy-happy, campur-campur lelaki perempuan, dianggap pandai mempromosikan budaya kita.
Tapi, budak oversea kalau organize program-program Islam, iftar, qiyamullail dianggap tak hargai budaya Malaysia, nak tiru arab ke..
Budak oversea, aktif dengan kerja dakwah tapi tak lulus exam, orang akan cakap, “Korang jangan la buat sangat dakwah-dakwah ni, nanti jadi macam dia tu, tak lepas exam.”
Tapi, budak oversea yang memang tak study langsung, asyik enjoy je, lepas tu tak lulus exam, orang akan cakap, “Kesian dia tu, takde rezeki.”
Budak oversea, yang suka party kat rumah kawan-kawan non-muslim, dianggap nak cuba berdakwah dengan orang non-muslim.
Tapi, budak oversea yang suka duduk kat masjid, dianggap tak pandai berdakwah. Asyik duduk dengan set-set masjid je. Nanti siapa nak dakwah kat orang non-muslim?!
Budak oversea, yang mempromosikan slogan, “Enjoy your life” atau “It’s Europe, feel it!” atau “Dah balik Malaysia tak rasa dah. Jom r..” dianggap bijak menggunakan peluang duduk di tempat orang.
Tapi, budak oversea, yang slogan hidupnya, “Allahu ghayatuna, Ar-rasul qudwatuna, Al-Quranu dusturuna, Al-jihadu sabiiluna, Al-mautu fi sabilillahu asma amanina” dianggap nak jadi ekstemis!
Nak jadi budak oversea macam mana kita ni?
Anda nak jadi budak oversea macam ni?
Atau macam ni?

http://jalanjuang.wordpress.com---->> tq vvmuch :)