بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Selasa, 21 Februari 2012
US bond
Antara Bond tersebut bernilai USD1Billion |
Benarkah $6 trillion US treasury Bond yang dirampas oleh pihak berkuasa anti-mafia Itali adalah palsu? Jumlah ini merupakan separuh dari jumlah keseluruhan hutang US berdasarkan nilai mukanya sahaja. Ceritanya nampak pelik macam kisah filem Indiana Jones, " Bond tersebut dijumpai tersembunyi dalam bekas yang tak seberapa di tiga peti simpanan di Zurich ", kenyataan oleh pendakwa di Itali. Pihak kedutaan US di Rome telah memeriksa dokumen tersebut yang bertarikh tahun 1934, dan niali muka $1 billion tiap2 keping. Kenyataan dari sumber tersebut amat ganjil apabila mendakwa.." Individu yang terlibat bercadang mendapatkan plutonium daripada rangkaian Nigeria"...lebih menghairankan lagi bila sumber pendakwa mengatakan.." Penipuan tersebut menyebabkan ancaman serius kepada kestabilan ekonomi antarabangsa"...bagaimanakah jika bond yang sudah jelas palsu itu boleh mendatangkan ancaman? atau benarkah begitu..Seperkara lagi yang tidak dijelaskan kenapakah Versailles Treaty yang mempunyai chop mohor Chicago Fed ada bersama?
Arthur Heinrich Stern seorang lawyer Jerman yang berkhidmat dalam firma Goldwind GmbH telah membuat pendedahan yang memeranjatkan. Firma beliau telah didatangi oleh seorang lawyer Russia sebagai pemegang amanah bond-bond tersebut. Dia telah menerangkan pelanggan yang diwakilinya dan ingin mendapatkan penjelasan;
- Adakah sijil itu sah
- jika dia boleh mendapatkan duit ond tersebut dalam bentuk interest, bagaimanakah dia boleh mendapatkan jumlah terhutang tersebut.
Beliau telah meneliti sijil-sijil yang dikemukakan tersebut dan mendapati bahawa amanah itu telah disandar berdasarkan emas. Emas yang disandarkan sahaja bernilai 25 billion di jamin FDIC (seperti PIDM malaysia). FED telah menjamin 4% interest selama 30 tahun, ini melibatkan jumlah simpanan emas yang teramat besar!
Beliau mendapati interest keseluruhan dari amanah tersebut selama 30 tahun dari tahun 1934 hingga 1964 adalah sebanyak USD 33,000,000,000. Jika dijumlah dengan wang pokok jumlahnya menjangkau USD 58,000,000,000.! Jika warranty sijil tersebut masih terpakai, dan harga emas pasaran kini, jumlah USD25 Billion sijil amanah tersebut menyamai suku budget tahunan US. Jika amanah tersebut tidak dibayar dan dituntut oleh pemiliknya, US secara rasminya menjadi bangkrap? Secara tidak langsung menyebabkan keruntuhan semua institusi kewangan dan bursa saham US.
Hasil penelitian itu beliau membuat kesimpulan, sijil amanah ini dikeluarkan kepada individu, yang memperolehi emas dalam jumlah yang amat besar. Amat jelas jumlah yang amat besar ini tidak mungkin diperolehi secara sah oleh sesiapapun atas dunia ini. Tamabahan pula, pemillik emas ini bukan penduduk Amerika Syarikat kerana pada tahun 1934 Presiden Roosevelt telah menegah rakyatnya dari memliki logam berharga.
Oleh itu emas ini pasti datang dari luar US. Kemungkinan besar dibawa melalui laut, kerana US hanya bersempadan dengan Mexico dan Kanada sahaja. Tidak munasabah emas itu dieksport melalui Mexico atau Kanada kerana ekonomi kedua-dua negara pada masa itu amatlah lemah.
Bond itu dikeluarkan kepada pembawa (bearer). Kemungkinan ia adalah individu atau pemegang amanah. Sudah tentunya individu ini bukan hanya billionaire, tetapi seorang yang berpengaruh dikalangan ahli politik. Tetapi pada zaman Kemelesetan Besar, tidak terdapat negara yang mengeksport emas dalam kuantiti yang sebegitu besar. Kerana semasa krisis, secara lojiknya semua negara akan membeli emas sebagai jaminan dari inflasi bukan menjualnya!
Oleh itu sesiapa yang membawa keluar emas ini sudah tentu mengetahui bahawa emasnya dijamin selamat. Persoalan yang timbul, milik siapakah emas tersebut dan atas alasan undang-undang apakah emas tersebut diambil? Pengeluaran emas dalam kuantiti yang amat besar hanya dibuat dalam kes-kes tertentu; masa perang, revolusi atau ketidak-stabilan politik dalam negara. Oleh itu, emas ini dibawa keluar oleh tokoh politik yang masyhur dan mempunyai hubungan yang rapat dengan presiden US dan diberi bantuan sepenuhnya.
Dari peristiwa sejarah yang berlaku pada masa tersebut, "penderma emas" pada lewat 20an dan awal 30an - kemungkinan China. Pada tahun 1934, China dipimpin oleh Parti Nasionalis Kuomintang oleh Jeneral Chiang Kai Shek. Tahun 1931, wilayah Manchuria dan China Utara menghadapi kemaraan tentera Jepun. Dalam China ketika bibit-bit pernag saudara muncul, Chiang Kai Shek memimpin pasukan tentera partinya terhadap Parti Komunis yang dipimpin Mao Tse-tung.
Oleh itu pada masa tersebut hanyalah Chiang Kai Shek yang berkuasa mengawal simpanan emas China. Ketika itu US mengalami zaman kemelesetan. Beliau mencadangkan kepada D. Roosevelt (ketika itu calon presiden) untuk menyelamatkan ekonomi US dari keruntuhan. dia menawarkan pinjaman dalam bentuk simpanan emas di China. Berdasarkan sijil yang dikeluarkan sebagai resit kepada simpanan emas tersebut, pinjaman pada masa tersebut berjumlah USD 25,000,000,000.
Kapal Perang Houston di gunakan untuk merompak emas China |
US mendakwa simpanan emasnya adalah miliknya yang sah, pembongkaran sejarah membuktikan simpanan emasnya dibina hasil dari perompakan terutamanya emas negara China. Emas yang di bawa lari secara rahsia dari China, lambat laun akan kembali ketempat asalnya semula di China.
US sudah tentu tidak mengaku mereka mengambil simpanan emas China. Tetapi pemimpin China mengetahui berkenaan pencurian emas tersebut tetapi tidak mengetahui secara terperinci apakah yang dicuri dan bagaimanakah untuk membuktikan kesahihannya berdasarkan undang-undang. Kerana itulah US mempertahankan Taiwan dengan 7 buah kapal perang dan bantuan ekonomi $4 billion setahun.
Inilah juga menjelaskan kenapa US ingin menguasai rantau teluk yang kaya dengan simpanan minyak; kerana minyak sahajalah yang dapat mempertahankan nilai dollar. US Federal Reserve telah mencetak dollar tanpa sebarang tambatan emas, kerana perbelanjaan perang Iraq melepasi nilai amat besar, meyebabkan keruntuhan sistem perbankan dan krisis dalam pengeluaran. Bermakna ekonomi US semakin tenggelam. China tidak lagi memerlukan dollar kerana nilainya dijamin oleh emasnya sendiri. China ingin mendapatkan kembali simpanan emasnya.
labur lebur
Oleh: syamkaze
"Selesai solat Jumaat, saya disapa oleh seorang perempuan melayu genit bertudung di pintu keluar di Anjung C. Wajahnya yang cun melecun ditambah bahang mentari jam 2 petang, membuatkan hati saya cair untuk menatap keayuan serinya.
Cerita 1 (2012)
Saya membaca sebuah iklan di akhbar Utusan. Sebuah syarikat bumiputera menjemput orang ramai ke roadshow dan taklimat bisnes plan. Nama program gempak habis. Program USAHAWAN XXX. Jual apa?. Mesin air mineral aje. Modal permulaan disediakan (bukan percuma tapi bantuan pinjaman peribadi). Ianya mungkin satu iklan yang sudah biasa kita lihat, tapi apa yang menarik perhatian saya ialah iklan berkenaan disertakan sekali dengan testimony pujian melangit daripada orang kuat Dewan Perniagaan XXX kononnya sebagai satu program hebat melahirkan usahawan hebat.
Alahai, geli geleman saya mendengornye. OKlah kalau hebat sangat, saya pun teringin juga nak menyertainya. Tetapi sebelum itu pantang saya kalau tidak menggoogle mengenainya dahulu. 2-3 pages pertama. Semuanya hebat. Masuk pages ke-5 saya tertarik ke sebuah laman sembang. Tu dia, begitu banyak soksek-soksek peserta yang mengaku dah jadi mangsa dan teraniaya. Cakap tak serupa bikin. Konon company melayu nak tulung melayu. Akhirnya duit pendaftaran hangus sebab pinjaman peribadi tak lulus. Lebih malang bila ada peserta yang mendakwa pulangan pelaburan tidak seperti yang dijanjikan oleh syarikat. Laa, ini ke program usahawan yang direkomen kuat oleh orang kuat Dewan Perniagaan XXX tu? Ini bukan program nak ajar orang jadi usahawan. Ini program penipuan pelaburan yang berselindung disebalik nama usahawan.
Cerita 2
Masjid Wilayah, Disember 2008.
Selesai solat Jumaat, saya disapa oleh seorang perempuan melayu genit bertudung di pintu keluar di Anjung C. Wajahnya yang cun melecun ditambah bahang mentari jam 2 petang, membuatkan hati saya cair untuk menatap keayuan serinya.
“Mari Cik Abang join program pelaburan kami. Syarikat usahasama antarabangsa dalam pelaburan rumpai laut di Malaysia Timur. Cik Abang hanya perlu beli lot sangkar. Keuntungan lebih 300 persen selepas 12 bulan” aduh! ceritera gadis manis ini bisa merobek jantung hati saya. Kata-kata puitisnya membuatkan saya terpaku mendengar siulan cintanya. Mudah benar kaki saya terkaku dan minda saya terjebak dengan pujuk rayunya. Serapah apa yang digunakannya kerana mudah saja saya jatuh cinta dengan pukulan jampi si gadis ayu. Namun saya sempat menahan sabar, setelah setengah jam mendengar ceritera HEBAT, saya minta lolongan ke kamar opis.
Sesampai di bilik opis yang berhawa beku, seorang kawan lelaki saya menyapa “Hai, asyik benor aku lihat kau mendengar cerita cinta awek cun kat masjid tadi?”.

“Saje sesekali melayan. Kau tak joinke?” Tanya saya.
“aku dah ambil pamplet dia. bohonglah tu semua. Kau jangan percaya!”kata kawan tadi. Ya, betul! memang bohong.
“aku dah ambil pamplet dia. bohonglah tu semua. Kau jangan percaya!”kata kawan tadi. Ya, betul! memang bohong.
Bila saya menyiasat perihal syarikat yang kononnya usahasama antarabangsa tu, terlalu banyak info yang meragukan. Yang pasti hanyalah sepasukan conmen yang berselindung disebalik pelaburan rumpai laut. Tawaran kepada saya adalah untuk membeli lot sangkar pembenihan rumpai laut dan projek telah dirasmikan oleh seorang menteri di Sabah. Peserta fasa pertama telah pun untung 300 persen kerana harga dan permintaan tinggi rumpai laut dari seantero dunia. Tak perlu buat apa-apa. Cuma labor dan tunggu keuntungan selepas bulan ke 13. Wau! Syoknya.
Setahun kemudian, terpampang di tajuk akhbar taiblot perihal penipuan skim pelaburan berkenaan. Opis syarikat dan tapak semaian disebu pihak berkuasa. Pengarah syarikat dah lari ke luar negara dengan wang pelaburan peserta berpuluh juta Ringgit Malaysia.

“waduh, nasib baik aku dengar nasihat kau dulu. Nasible aku tak melabur” jawab saya kepada rakan saya itu semasa duduk minum di kopi korner opis berhawa hamis (aircon selalu rosak). Kawan saya kelihatan menunduk kepala ke bumi. Ada titis jernih saya kesan di wajahnya.
“aku tertipu syam, entah apa gatalnya aku contact salesgirl tu. Saje je nak tanya lebih lanjut pasal pelaburan dan kompeny tu. Dia ajak lepak kat coffee house dengar investment briefing. Last-last aku terjebak dengan pujuk rayunya”
“berapa banyak kau rugi?” Tanya saya dengan simpati.
“puluh ribu jugaklah. Aku siap buat personel loan lagi.”
Sedih saya mendengar cerita malang kawan saya itu. Mungkin itulah agaknya yang dilagukan oleh M. Nasir dalam kias fansuri. ……Siapa Tahu..betapa berat cinta yang ditanggung…Sehingga dia sanggup lakukan….Biar apa saja demi mendapatkan …Restu Sultan cahaya hatinya….
Cerita 3
Bandar Indahpura, April 2008.
Abang Mat, jiran saya di Bandar Indahpura telah selesa menjawat jawatan tinggi di sebuah kilang orang putih di Senai. Jarang benar saya bertembung dengannya kerana dia selalu bertugas disebelah malam. Tiba-tiba satu pagi, saya lihat beliau sedang mencangkul rumput liar di depan rumahnya sambil bersiul senang hati.
“Eh, tak kerjake malam tadi Abang Mat? Biasa jam 10 baru balik.” Tanya saya dengan ramah.

“Abang dah berhenti kerja, Syam. Sekarang abang Mat nak jadi usahawan.
Ternak lintah” Ehhh….Macam biasa je..saya dengar tagline berkenaan..Oh!
Ya..dalam majalah ujang oleh PokCik Kaya….
Seterusnya Abang Mat memberitahu bahawa beliau telah mengikuti kursus ternakan lintah di Lembah Kelang. Siap bengkel 3 hari lagi. Abang Mat cuma perlu cari tanah dan buat kolam. Semua benih lintah, ubatan dan makanan dijual oleh syarikat yang menyediakan kursus lintah berkenaan. Selepas itu, bila lintah dah matang, syarikat akan membeli semula lintah daripada peserta kursus. Dengarnya lintah adalah komoditi berharga yang dijual mahal kepada syarikat ubatan antarabangsa.
Dipendekkan cerita, Abang Mat nekad ingin menjadi usahawan dan penternak Melayu Glokal. Selepas berhenti kerja dari jawatan ribuan hinggit sebulan, beliau berjaya menyewa tanah di hujung desa sawit isterinya. Dengar cerita lebih RM50k beliau dan isteri laburkan. Semua yang bakal diusahakan adalah dari titik peluh benget yang mengalir dari urat tangan yang bersilang kejap. Ini bukan pelaburan dari air liur duduk goyang kaki. Ini pelaburan dari usaha ternak yang berpaksikan keringat, darah dan air mata kata Abang Mat yang berjiwa kental.
Saya anggukkan kepala. Diam dan bersetuju. Tak berani menyanggah walau sepatah kerana di tangan Abang Mat ada mata cangkul. Cangkul kepada seorang usahawan tani atau usahawan ternak umpama mata pedang bagi seorang pahlawan terbilang.
Sesudah itu, saya berhijrah ke Bukit Solaris dan tidak ketemu Abang Mat lagi sehinggalah dua tahun kemudian saya bertembung dengan abang Mat di depan kedai Mamak ketika ingin membeli roti bom di Indahpura. Saya pelawa beliau untuk menikmati segelas teh tarik. Beliau kelihatan sangat tidak terurus.
“Lama jugak kita tak jumpa. Camna Abang Mat dengan projek lintah hari tu?”

“Tak payah tanyalah Syam, buat sakit hati aku aje. Kompeny tu penipu besar!” gerutu Abang Mat. Setelah berjuta peluh jantan Abang Mat curahkan bagi menjayakan projek ternakan lintahnya, barulah beliau tersedar yang syarikat tersebut hanya ingin mengambil kesempatan. Benih lintah, ubatan dan makanan dijual dengan harga yang mahal manakala lintah dewasa yang dibeli daripada peserta projek dengan harga yang rendah dengan alasan penawaran lintah di pasaran banyak kerana sudah ramai peserta. Setelah setahun dan kerugian berpuluh ribu, Abang Mat berhenti dari menjadi usahawan ternak dan membawa teksi di JB.
Inilah 3 kisah yang ingin saya coretkan. Nasihat saya. Janganlah Melabur dan tak perlulah melabur lagi. Kerana apa? Kerna di dunia sekarang lebih ramai conmen seperti lintah-lintah Abang Mat yang kerjanya hendak mengisap ringgit Malaysia manusia yang dungu seperti kita.
3 alasan saya kenapa kita patut hentikan kerja-kerja labor dan lebur ni adalah kerna pertama melabur tak semestinya untung. Kedua dah terlampau ramai manusia yang tidak amanah menawarkan pelaburan amanah atas bermacam nama program usahawan, projek francais dan bermacam amanah saham yang manusia-manusia seperti kita sendiri pun tak paham-paham macaman ianya boleh menawarkan pulangan keuntungan berlipat ganda. Dan ketiga, jika ada manusia jujur dan program yang dibacking oleh kerajaan pun, jika wang dan hinggit terpampang di depan mata, nafsu rasukan boleh menguasai minda. Yang dilabur akan lebur. Wang hinggit boleh diganti tapi kepercayaan sanak sedara dan rakan taulan akan hilang sekelip mata dan kita yang tersilap menjadi agen pelaburan tak bertauliah boleh merana dihina dan dikeji.
Sekiranya ada untung bisnes atau duit gaji yang lebih dan selepas ianya dizakatkan, disedekahkan kepada yang memerlukan, lebihan tersebut wajarlah kita simpan sahaja. Boleh saja menyimpan di dalam tabung atau di bawah bantal. Mana tahu kot-kot esok ada wang perak dibawah tilam kita. Ataupun simpan sahaja di institusi yang lebih dipercayai seperti di tabung Haji atau ASB. Ada atau tidak dividen kita tak ambil kisah. Tinggi atau rendah bonus tahunan kita tak ambil peduli. Kerana apa? Kerana niat kita adalah untuk menyimpan dan bukan untuk melabur. Seperti pesan arwah opah saya dulu, kalau menyimpan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Rupanya orang dulu lebih bijak menyimpan duit dan harta berbanding orang zaman melayu internasional sekarang. Apa ya…pepatah lama orang dedulu tentang labor-melabur ni?
Jika ingin juga melabur, kajilah dulu asal usul kompeni dan orang yang kononnya amanah dalam pelaburan berkenaan. Janganlah hanya melihat keuntungan yang dijanjikan atau rupa cantik jurujual yang buat close up talk. Tapi lihatlah dari pelbagai segi. Seperti kata-kata M. Nasir yang bertanyakan kepada Hud-hud… Lihat Dunia dari mata burung …atau dari dalam tempurung…yang mana satu engkau pilih…
Nasihat saya…tak payahlah melabur. Jika hasrat hati kuat nak melabur, kita mesti rajin menyemak, menyiasat dan menyiasat skim pelaburan tersebut. Lebih baik duit lebih yang kita ada kita simpan atau gunakan untuk memulakan satu perniagaan yang kita sendiri boleh kawal input, proses dan outputnya…jangan jadi seperti Abang Mat, jiran saya yang tidak hanya hilang keringat, darah dan air mata tapi puluhan ribu hinggit.

lelaki kata
Kan sering kita dengar, ada perkataan yg kalau perempuan cakp,so mesti ada makna tersembunyikan? so, ini antara 10perkara yg kalau lelaki cakap dan makna tersiratnya…
1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.
2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.
Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.
3.Kalau lelaki kata: kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.
Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.
4.Kalau lelaki kata: eh….u call ekk?sori.ttdo td.
Maknanya: ye,memang kami tdo pon.
Maknanya: ye,memang kami tdo pon.
5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.
Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.
6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.
Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.
7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.
Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.
8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.
Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.
9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni…mcm tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel ble mrajok.kihkihkih
Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel ble mrajok.kihkihkih
10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.
Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.
P/s : punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea..peace yaww :)
Kebenaran terserlah
Dalam sebuah filem dokumentari terbitan BBC berjudul "The Power of Nightmares" pejabat CIA secara terbuka mengakui bahawa Al-Qaeda sebenarnya merupakan 'rekacipta' yang tidak pernah ada kebenarannya. Pentadbiran George W Bush memerlukan sebuah alasan yang logik sesuai dengan undang-undang sehingga mereka mampu mencari kambing hitam 'the bad guy of their choice' iaitu Undang-undang yang telah dijalankan, dalam rangka melindungi kita dari demonstrasi dan "organisasi pengganas" seperti mafia. Mereka membayar Jamal al Fadl ratusan ribu dolar supaya mencipta 'story line' mengenai Al-Qaeda untuk pentadbiran Amerika Syarikat.
"Al Qaeda bukanlah sebuah organisasi. Al Qaeda sebenarnya merupakan sebuah cara kerja ...tetapi hal tersebut mempunyai hallmark dalam pendekatannya."
Dokumentari penuh The Power of Nightmare
Al-Jazeera
Al-Jazeera merupakan saluran berita Arab terbesar dan yang paling kontroversi di Timur Tengah. Stesen TV itu menawarkan berita dari seluruh dunia selama 24 jam setiap harinya dan memusatkan pemberitaannya pada wilayah konflik terpanas. Ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpusat di Qatar, jaringan berita Al-Jazeera merupakan jaringan berita yang paling cepat berkembang di antara komuniti Arab dan orang-orang yang bertutur dalam bahasa Arab di seluruh dunia.
Al-Jazeera dimiliki oleh Putera Alwaleed Talal, rakan kongki Rupert Murdoch (taikun Yahudi) |
Putera Alwaleed (al-Jazeera) dan Rupert Murdoch (20th Century) |
Ketahuilah bahawa Al-Jazeera sebenarnya merupakan media propaganda utama untuk kepentingan Amerika Syarikat dan keseluruhan rancangannya dilakukan di Amerika Syarikat dengan kerjasama Allied Media Corp. Setiap kali Al-Jazeera melaporkan berita terbaru sama ada melalui video atau audio mengenai Al-Qaeda atau Osama yang mengancam keselamatan Amerika Syarikat, ia sebenarnya telah dilakukan di studio Allied Media Corp. Padahal dengan melakukan hal itu, secara tidak sengaja pentadbiran Amerika Syarikat mengancam keselamatan rakyatnya sendiri. Studio-studio Allied Media Corp membuat video dan audio tape untuk Presiden Bush dalam rangka Amerika Syarikat untuk meneruskan Perang Menentang Pengganas serta perang saraf menentang rakyatnya sendiri (anti-Zionis dan pro-Kristian Katholik) selain negara-negara berdaulat lainnya di dunia.
Hebat...Osama bin Laden juga sudah memakai 'dai' pada jambangnya. hehehe |
George W. Bush telah menggunakan Allied Media Corp dengan mencipta sebuah video dan audio tape yang dilakonkan oleh seorang lelaki berpewatakan seakan-akan Osama. Rata-rata video tersebut memperlihatkan bahawa Osama serta al-Qaeda membuat ancaman untuk menyerang Amerika Syarikat. Ia dilakukan oleh pentadbiran Bush sebagai dalam rangka mempengaruhi serta memaksa Kongres untuk memberikan Bush kekuasaan diktator serta merampok hak-hak sivil dan kemerdekaan rakyat Amerika.
Wajah-wajah presiden dan bekas presiden 'perang' Amerika Syarikat |
Osama tidak menyingkirkan kebebasan anda, Bush di White House-lah yang melakukannya. Bin Laden tidak menyerang Amerika Syarikat pada 11 September 2001, kerajaan andalah yang melakukannya. Bin Laden tidak membuat ekonomi Amerika Syarikat terjejas, kerajaan andalah yang melakukannya. (Sejarah menunjukkan bahawa semua kerajaan besar runtuh akibat pembiayaan yang sangat mahal dalam kampen yang agresif) Bin Laden dan Saddam Hussein tidak membunuh lebih dari 1 juta orang warganegaranya yang tidak bersalah, kerajaan andalah yang melakukannya (Pertama dilakukan oleh pemerintahan Clinton, kemudian semasa pemerintahan George W. Bush dan Dick Cheney dan sekarang ketika pemerintahan Barack Obama.
Kesimpulan
Al Qaeda adalah sebuah organisasi ciptaan pemerintah Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada 'pendekatan matlamat menghalalkan cara' untuk menghapuskan umat Islam di sebelah Timur. Terorisme yang dicipta adalah untuk tujuan sebuah agenda politik Amerika Syarikat semata-mata
Langgan:
Catatan (Atom)