Khamis, 19 April 2012

Pakcik PTPTpu...


Hari ini, pak cik baca sinar harian, bebudak di dataran merdeka kena pukul. pak cik tengok terus youtube. memang ada mamat pakai cap baju hitam, gengster sungguh terajang budak, nak pukul budak. Wajar ker cara kita tu? betul ker tindakan kita itu? atas sebab dan dasar apa? ko bayar hutang ker atau bebudak tu yang bayar hutang? kalo ko tak belajar dan tak bayar hutang PTPTN, jangan la sentuh bebudak tu!!
Di Malaysia ini, Hanya Tajuddin Ramli sahaja dapat benda free dan boleh buat duit. Pertama, jual saham 8.00 seunit, pasti untung. pastu saham jatuh ke 3.60 seunit, diam-diam. Hutang pulak 500 juta boleh bill-out.
NFC dapat pinjaman mudah dengan interest rendah 2% ajer. diam-diam dan boleh buat projek macam-macam.
Bebudak PTPTN pulak kena pinjaman dengan interest berapa?. Nak bill-out jauh sekali. Kalo pinjaman ini untuk anak miskin, kenapa caj pentadbiran naik mencanak % nya. Kalo anak jantan, pulangkan! itu ker yang pak cik nak dengar. Esok, anak-anak pak cik macam mana nak sekolah? Caranya macam tu jugak ker? itu ker kita mahukan dengan penubuhan PTPTN ini? Itu kena fenomena yang kita nak lihat?
Bila bebudak dah kecoh, cuba tenangkan mereka. Office PTPTN kat sana dengan dataran merdeka bukan jauh. Cuba lawat, dengar keluhan mereka, Dari Putrajaya ke dataran merdeka pun bukan jauh. cuba dengar suara hati mereka dengan telinga sendiri. Susah ker?
Dulu, orang yang memegang jawatan dalam putajaya sekarang, tak pernah hadapi PTPTN. dulu semua banyak JPA sahaja. Masa itu itu banyak dapat pinjaman JPA. pernah tak mereka lalui seperti dengan kerenah PTPTN ini? Ada juga yang dapat biasiswa JPA. Sekarang, macam mana?
Kenapa kita terus mendiam diri? apa sebenarnya tugas kita ini? betul ker sikap kita ini?
Sebenarnya, seluruh rakyat Malaysia ini mengeluh bukan sahaja dengan kos sara hidup yang tinggi. Ianya juga melibatkan isu seperti quality rawatan kesihatan dan juga isu pendidikan. Bila kita tengok isu pendidikan seperti isu PTPTN. adakah itu cara kita?
Mungkin cara bebudak itu keterlaluan, ya betul. adakah selama ini kita mendengar keluhan mereka? apa tindakan kita? takan ini pun pak cik nak ajar? atau terus kita cakap, ini melibatkan atau kambing hitam dalam politik. Itu kah alasan semata-mata untuk melepaskan batuk di tangga?
PTPTN tiada salah disitu, yang salah adalah manusia yang mencipta, mengubal dan menguatkuasakan caj pentadbiran yang tinggi, dan lain-lain kos yang tersembunyi. Itu sahaja, dan mudah bukan?
Apa solution dia, kalo pak cik ada kuasa. Pak cik sendiri turun padang. Kalo PAS+PKR boleh turun padang bersama budak ini. Kenapa pak cik tak boleh turun padang. Sibuk sangat ker? Masih berkenaan politik ker? Seterusnya pak cik mendengar dan mengenal pasti permasalahan mereka. Pak cik akan cuba memenangkan mereka dengan jaminan untuk mengurangkan caj pentadbiran dengan tahap seminimum mungkin. LAGI PUN, SUMBER PTPTN DARI CUKAI RAKYAT JUGAK.
Sebenarnya, hari ini telah berubah. tetapi kita tidak pernah cuba berubah. Kita hanya terus mencipta permainan. Kerana kita sendiri tidak suka pada perubahan. tak kisah la, samaada PKR+PAS+UMNO, lihat-lihat la dan fikirkan la. Kami orang-orang tua, cuma melihat, lagipun PRU 13 ini dah dekat.

Rabu, 18 April 2012

Syurga Allah sebagai ganjaran



Satu pergaduhan bermula lagi di Britain setelah seorang pemandu teksi Muslim menolak memberikan tumpangan untuk keluarga yang membawa sebotol wain, The Daily Mail melaporkan pada hari Ahad, 15 April.

"Kami semua masuk ke dalam kereta dan pemandu teksi berkata: Apakah itu alkohol?" Adrian Cartwright, 46 tahun, menulis di laman Facebook-nya,apabila  mengingati kejadian itu.

"Ketika saya berkata 'ya' jawabnya: Saya minta maaf tapi aku tidak boleh membiarkan alkohol itu di teksi saya, itu melanggar agama saya."

Cartwright, yang pergi bersama keluarganya untuk makan malam di sebuah restoran India dekat Oldham, Manchester, meninggalkan teksi bersama keluarganya.

"Aku tahu bukan waktuya untuk bergaduh sehingga kami harus keluar."

Dia kemudian melaporkan tindakan pemandu teksi yang baik tersebut kepada syarikat Borough Taxi di mana pemandu teksi itu bekerja. Syarikat teksi itu mempunyai kira-kira 70 pemandu Muslim. Sebagai tindakan lanjut, sang majikan telah memecat pemandu Muslim tersebut.

"Saya berharap sesiapa pun yang menawarkan perkhidmatan masyarakat untuk melakukan hal yang sama, dan akan menghubungi jabatan lesen untuk menunjukkan bahawa pemandu dengan sopan diminta untuk melakukannya, atau menyerahkan lesennya kembali."

Syarikat teksi telah meminta maaf kepada keluarga Cartwright.

"Kami ingin meminta maaf kepada Mr. Cartwright dan keluarganya untuk apa yang pemandu teksi tersebut telah lakukan terhadapnya," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan segera setelah pengarah mendengar kejadian ini, satu perjumpaan telah diadakan dan pemandu yang malang itu diberhentikan kerja  dengan segera dalam masa 30 minit selepas kejadian itu berlaku.

Namun sayang, tindakan pemandu yang baik tersebut bukan sahaja myebabkan pemecatan baginya,bahkan pemandu-pemandu lain yang beragama Islam.

Kelebihan Nabi SAW


Ali bin Abi Talib r.a berkata:
"Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin & Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata: 

”Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi
utusan Allah atau malaikat muqarrab.”

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: “Silakan bertanya.”

Berkata orang Yahudi: “Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh
Allah ke atas umatmu.”

Sabda Rasullullah S.A.W.:
”Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah
segala sesuaatu kepada tuhan-Nya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,
maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta
sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit,
terbitnya di antara 2 tanduk syaitan & di situ sujudnya tiap orang kafir.”

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
“Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad,
katakanlah kepada kami apakah pahala yang
akan didapati oleh orang yang sembahyang.”

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang
pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang
mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam
pada hari Kiamat.”

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:
“Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir.

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:
“Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.,
sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.”

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:
“Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap & begitu juga pada hari Kiamat,
maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena
nyalanya api neraka & diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.”

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya:
“Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan
sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan
iaitu dibebaskan dari api neraka & dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
“Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad S.A.W. Kini katakan pula kepada
kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?”

Sabda Rasullullah S.A.W:
“Ketika Nabi Adam A.s memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan
itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan
ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu
adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.”

Kata orang Yahudi:
“Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.”

Sabda Rasullullah S.A.W:
“Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar & haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi:
“Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi”

Sabda Rasullullah S.A.W:
“Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat)”

Kata orang Yahudi:
“Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah & engkau utusan Allah).”



Allah SWT Melukir Kata-Kata Kasih-Nya didalam Novel Cinta, yang bermaksud:
"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
(Fussilat, 41: 36)


Agak-agak kalau kene ganggu tuu,
Jangan Khuatir, Jangan Risau.
Tak yah kalut-kalut cari hp call polis.
Tadah je tangan, mohon doa kat Allah :D
Allah kan Maha Mendengar apa yang kita tak dengar & Maha Mengetahui apa yang kita tak ketahui.
Mudah kann Islam?
Biar diketawakan manusia kerana mengikut syari'at Allah asalkan tidak diketawakan Syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka.

Kisah di klinik gigi


Sementara menunggu giliran......sempat pulak bersembang dengan seorang pesakit yang berusia lebih kurang 65 tahun yang sedang men'telaah' 'suratkhabar deme'.

Tiba-tiba dia bertanya, "Nak cabut ke nak tampal?"

Saya menjawab ringkas, "Biar Doktor tentukan."

Dengan nada sinis dia mencelah, "Mana boleh. Kita kena buat pendirian sendiri."

Dalam hati sempat saya berkata.....orang tua ni nak 'kena' nih.

Saya pulak bertanya kat dia, "Abang nak buat apa?"

Dengan lidah yang fasih tanpa ragu-ragu dia menjawab, "Gigi palsu. Mana nak dapat cuma RM50 aje."

Saya cuba 'test' dia, "Murahlah tu. Kalau kat klinik swasta mahu 5-6 ratus ringgit."

Saya sambung lagi, "Kenapa tak buat kat Klinik swasta?"

Dia menjawab dengan nada separuh mengeluh, "Mana abang mampu. Anak empat orang udah bekerja tapi kena bayar hutang PTPTN lagi...hutang kereta...hutang rumah."

Saya sudah mula tersenyum kerana abang ini sudah masuk perangkap.

Saya cuba 'test-uji' abang ini sekali lagi, "Bagus ke PTPTN tu?"

Dia menjawab, "Baguslah. Abang mana mampu nak tanggung 4 orang tu masuk Universiti."

Saya cepat-cepat mencelah, "Betul tu, tapi yang merananya anak-anak kita, ber'lepek' dengan hutang."

Kepalanya masih beku dengan auta Umno setiap hari dan malam.

Dengan keras hati dia masih mempertahankan hujahnya, "Memang le adat orang berhutang...mesti bayar...tak masuk syurga tahu."

Saya cuba menenangkan keadaan, "Betul tu Bang. Tapi kalau le pinjaman PTPTPu itu diganti dengan Biasiswa mungkin anak-anak kita boleh beri lebih sikit wang saku bulanan."

Saya ingatkan keadaan sudah tenang...rupa-rupanya makin hangat.

Abang itu sempat berkata sebelum nombor gilirannya keluar, "Kau nak bangkrapkan negara ni."

Sebelum dia masuk bilik rawatan, saya sempat me'maku'kan kepala otaknya, "Anak-anak kita bangkrap tak pe ke?"

PTPTN: Universiti rumah kedai dari ahli politik dungu

Dr Rosli Khan,18 Apr 2012



Pendidikan ialah subjek yang sentiasa dekat dengan kerajaan. Dekat, dalam lingkungan dasar, belanjawan, infrastruktur, latihan, kawalan dan pengurusan.

Dalam erti kata lain, kerajaan sentiasa berperanan besar dalam bidang pendidikan; cara anak-anak kita dididik, di mana, mengapa, bila, bagaimana dan oleh siapa mereka dididik amat bergantung kepada kerajaan dan dasar pendidikannya.

Keseriusan sesebuah kerajaan, dedikasi dan keikhlasanya dapat dilihat dalam guru-guru dan pelajar-pelajar yang dihasilkan sistem pelajaran itu.

Maka, ia adalah selamat untuk dinyatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu sistem pendidikan amat bergantung pada kerajaan yang ada hari ini.

Melihat kepada Malaysia hari ini, ia adalah amat jelas bahawa sistem pendidikan kebangsaan telah gagal dengan teruk, untuk terlalu lama dan tidak dibetulkan walaupun pelbagai aduan dibangkitkan.

Ramai ibubapa yang anak mereka di sekolah akan bersetuju dengan kenyataan berbentuk kritikan keras ini.

Ia telah gagal kerana rasuah dan sebahagiannya disebabkan oleh kombinasi pelbagai faktor lain yang menjadi komponen pendidikan.

Wabak rasuah di dalam kerajaan Malaysia adalah tidak terkecuali dalam Kementerian Pendidikan. Saban tahun, pendidikan mendapat keutamaan tinggi dalam peruntukan belanjawan.

Peruntukan untuk pembangunan seperti membina sekolah baru, menyediakan kemudahan seperti komputer dan makmal sains, bekalan komputer, buku teks, alatan pengajaran, bantuan pengajaran, latihan dan sebagainya adalah amat besar.

Namun begitu, terdapat lagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman yang cukup mengerikan, kedua-duanya daripada segi infrastruktur bangunan dan kemudahan.

Sistem pendidikan negara turut berada dalam keadaan menghibakan. Piawaian yang ditetapkan terlalu rendah sehingga ramai kanak-kanak masih tidak boleh membaca dan menulis walaupun beberapa tahun di sekolah rendah. Peringkat menengah juga sama.

Amalan spoon-feeding (menyuap) dan ujian berbentuk penghafalan adalah rungutan besar daripada golongan ibubapa. Sistem yang ada tidak menggalakkan kelahiran pemikir. Dan lebih menyayatkan, para guru yang ada tidak berdedikasi dan dilatih secara lemah.

Malaysia mungkin ialah satu-satunya negara membangun yang mana bidang perguruan dilihat sebagai pilihan pekerjaan terakhir oleh ramai pemuda.

Mereka terlibat dalam perguruan bukan kerana mereka ingin mengajar. Tapi kerana keputusan sekolah mereka lemah sehingga mereka tidak dapat dilatih menjadi jurutera, doktor, akauntan, peguam dan lain-lain.

Ringkasnya, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi guru. Maka, ramai antara mereka yang memasuki kolej perguruan dalam keadaan terpaksa.

Apabila kembali ke sekolah, mereka akhirnya menjadi guru yang tidak berdedikasi dan tidak komited kepada bidang perguruan.

Berdasarkan latar belakang ini dan kombinasi kokurikulum dan cara pengajaran yang lemah, bolehkah kita mengharapkan anak-anak kita untuk cemerlang di sekolah tanahair? Inilah keadaan dan suasana pembelajaran umum yang diwujudkan oleh kerajaan hari ini.

Bukan itu sahaja, para ahli politik daripada kerajaan, setelah merompak peruntukan yang dikhaskan kepada pembangunan sekolah, juga adalah manusia yang menentukan samada bahasa Inggeris perlu apa-apa peranan sama dalam sistem pendidikan yang lemah ini.

Dasar yang flip-flop (berubah-ubah) ini sudah tentu mengurangkan motivasi semua pihak yang terlibat dalam pendidikan; ibubapa, guru dan juga pelajar.

Selain sekolah menengah, kerajaan juga sepatutnya menyediakan kolej dan universiti untuk pendidikan tinggi.

Pada amnya, Malaysia terselamat dengan lima universiti untuk jangka masa yang panjang. Namun, dengan pertambahan populasi penduduk, sepatutnya lebih banyak universiti sepatutnya diwujudkan. Ini adalah pemulaan kepada satu masalah besar yang baru, iaitu PTPTN.

Universiti rumah kedai


Pada masa di mana sepatutnya lebih banyak universiti dan sumber perlu ditambah dan dilakukan, agenda penswastaan pula tinggi.

Sebilangan ahli politik dungu atau ahli keluarga mereka mencadangkan agar pihak swasta perlu diberi peranan dalam pendidikan.

Tidak lama selepas itu, kolej dan universiti swasta tumbuh bagai cendawan di kedai-kedai bertingkat. Tapi mereka masih menggelar mereka sebagai universiti dan tempat untuk mencapai kecemerlangan.

Tapi di sebalik pembaharuan dan liberalisasi dasar pendidikan ini sebenarnya ialah dana kerajaan, yang semua pihak swasta ini menjadikannya sebagai sasaran untuk dirompak.

Sepatutnya digunakan untuk membina lebih banyak universiti awam, wang awam telah diletakkan disatu agensi, PTPTN, yang berpura-pura untuk membiayai pendidikan pelajar tetapi sebenarnya berakhir di tabung kolej dan universiti swasta melalui yuran pengajian.

Ini adalah bijak, untuk kepentigan sebilangan orang. Tapi majoriti pelajar pula berakhir dengan hutang berserta faedah. Selain hutang, sijil, diploma atau ijazah mereka pula tidak berkualiti.

Kolej dan universiti swasta wujud bukan untuk kualiti dan kecemerlangan pendidikan tinggi, lebih-lebih lagi untuk kepentingan negara.

Mereka terlibat dalam bidang pendidikan hanya untuk pendapatan dan keuntungan. Konsep pendidikan untuk dijual bermula di sini. Ini adalah gila. Lagi gila ialah kerajaan yang membiarkan keadaan ini berterusan.
Seperti yang disebut dalam akhbar beberapa hari yang lalu, manusia yang membentangkan Akta PTPTN, pada 1997, ialah perdana menteri sendiri. Cukup kebetulan!

Inilah situasi pendidikan di Malaysia hari ini. Dengan menukarkan pendidikan kepada padang politik juga bukanlah satu tindakan yang bijak.

Banyak negara yang kehilangan kerajaan akibat kegagalannya untuk mengatasi isu yang dibangkitkan generasi muda. Pendidikan adalah satu isunya.

Sudah terang lagi bersuluh, PTPTN ialah satu kesilapan besar dan hutang pelajar mesti dihapuskan. Kita mesti kembali merangka satu dasar pendidikan yang menyeluruh daripada tahap sekolah rendah ke menengah sehinggalah pendidikan tinggi.

Satu formula mesti ditemui. Satu formula yang terbaik untuk negara dan generasi kemudiannya. Dan jika tuntutan itu termasuk satu piawaiaan yang berkualiti, ia tidaklah murah juga.

Namun, dengan cara kerajaan membelanjakan wang rakyat, saya tidak sangsi bahawa kita mempunyai duit yang cukup untuk satu sistem pendidikan yang baru.
------------------------------------------------------------------
Diterjemah dari tulisan asal bertajuk PTPTN, shop-house colleges and the government’s blunder. Dr Rosli mendapat PhD dalam bidang Ekonomi Pengangkutan dari Universiti Cranfield, UK. Beliau bertugas sebagai konsultan dan pengarah syarikat sejak 25 tahun lalu dalam bidang infrastruktor asas dan polisi ekonomi.