Rabu, 18 April 2012

PTPTN: Universiti rumah kedai dari ahli politik dungu

Dr Rosli Khan,18 Apr 2012



Pendidikan ialah subjek yang sentiasa dekat dengan kerajaan. Dekat, dalam lingkungan dasar, belanjawan, infrastruktur, latihan, kawalan dan pengurusan.

Dalam erti kata lain, kerajaan sentiasa berperanan besar dalam bidang pendidikan; cara anak-anak kita dididik, di mana, mengapa, bila, bagaimana dan oleh siapa mereka dididik amat bergantung kepada kerajaan dan dasar pendidikannya.

Keseriusan sesebuah kerajaan, dedikasi dan keikhlasanya dapat dilihat dalam guru-guru dan pelajar-pelajar yang dihasilkan sistem pelajaran itu.

Maka, ia adalah selamat untuk dinyatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu sistem pendidikan amat bergantung pada kerajaan yang ada hari ini.

Melihat kepada Malaysia hari ini, ia adalah amat jelas bahawa sistem pendidikan kebangsaan telah gagal dengan teruk, untuk terlalu lama dan tidak dibetulkan walaupun pelbagai aduan dibangkitkan.

Ramai ibubapa yang anak mereka di sekolah akan bersetuju dengan kenyataan berbentuk kritikan keras ini.

Ia telah gagal kerana rasuah dan sebahagiannya disebabkan oleh kombinasi pelbagai faktor lain yang menjadi komponen pendidikan.

Wabak rasuah di dalam kerajaan Malaysia adalah tidak terkecuali dalam Kementerian Pendidikan. Saban tahun, pendidikan mendapat keutamaan tinggi dalam peruntukan belanjawan.

Peruntukan untuk pembangunan seperti membina sekolah baru, menyediakan kemudahan seperti komputer dan makmal sains, bekalan komputer, buku teks, alatan pengajaran, bantuan pengajaran, latihan dan sebagainya adalah amat besar.

Namun begitu, terdapat lagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman yang cukup mengerikan, kedua-duanya daripada segi infrastruktur bangunan dan kemudahan.

Sistem pendidikan negara turut berada dalam keadaan menghibakan. Piawaian yang ditetapkan terlalu rendah sehingga ramai kanak-kanak masih tidak boleh membaca dan menulis walaupun beberapa tahun di sekolah rendah. Peringkat menengah juga sama.

Amalan spoon-feeding (menyuap) dan ujian berbentuk penghafalan adalah rungutan besar daripada golongan ibubapa. Sistem yang ada tidak menggalakkan kelahiran pemikir. Dan lebih menyayatkan, para guru yang ada tidak berdedikasi dan dilatih secara lemah.

Malaysia mungkin ialah satu-satunya negara membangun yang mana bidang perguruan dilihat sebagai pilihan pekerjaan terakhir oleh ramai pemuda.

Mereka terlibat dalam perguruan bukan kerana mereka ingin mengajar. Tapi kerana keputusan sekolah mereka lemah sehingga mereka tidak dapat dilatih menjadi jurutera, doktor, akauntan, peguam dan lain-lain.

Ringkasnya, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi guru. Maka, ramai antara mereka yang memasuki kolej perguruan dalam keadaan terpaksa.

Apabila kembali ke sekolah, mereka akhirnya menjadi guru yang tidak berdedikasi dan tidak komited kepada bidang perguruan.

Berdasarkan latar belakang ini dan kombinasi kokurikulum dan cara pengajaran yang lemah, bolehkah kita mengharapkan anak-anak kita untuk cemerlang di sekolah tanahair? Inilah keadaan dan suasana pembelajaran umum yang diwujudkan oleh kerajaan hari ini.

Bukan itu sahaja, para ahli politik daripada kerajaan, setelah merompak peruntukan yang dikhaskan kepada pembangunan sekolah, juga adalah manusia yang menentukan samada bahasa Inggeris perlu apa-apa peranan sama dalam sistem pendidikan yang lemah ini.

Dasar yang flip-flop (berubah-ubah) ini sudah tentu mengurangkan motivasi semua pihak yang terlibat dalam pendidikan; ibubapa, guru dan juga pelajar.

Selain sekolah menengah, kerajaan juga sepatutnya menyediakan kolej dan universiti untuk pendidikan tinggi.

Pada amnya, Malaysia terselamat dengan lima universiti untuk jangka masa yang panjang. Namun, dengan pertambahan populasi penduduk, sepatutnya lebih banyak universiti sepatutnya diwujudkan. Ini adalah pemulaan kepada satu masalah besar yang baru, iaitu PTPTN.

Universiti rumah kedai


Pada masa di mana sepatutnya lebih banyak universiti dan sumber perlu ditambah dan dilakukan, agenda penswastaan pula tinggi.

Sebilangan ahli politik dungu atau ahli keluarga mereka mencadangkan agar pihak swasta perlu diberi peranan dalam pendidikan.

Tidak lama selepas itu, kolej dan universiti swasta tumbuh bagai cendawan di kedai-kedai bertingkat. Tapi mereka masih menggelar mereka sebagai universiti dan tempat untuk mencapai kecemerlangan.

Tapi di sebalik pembaharuan dan liberalisasi dasar pendidikan ini sebenarnya ialah dana kerajaan, yang semua pihak swasta ini menjadikannya sebagai sasaran untuk dirompak.

Sepatutnya digunakan untuk membina lebih banyak universiti awam, wang awam telah diletakkan disatu agensi, PTPTN, yang berpura-pura untuk membiayai pendidikan pelajar tetapi sebenarnya berakhir di tabung kolej dan universiti swasta melalui yuran pengajian.

Ini adalah bijak, untuk kepentigan sebilangan orang. Tapi majoriti pelajar pula berakhir dengan hutang berserta faedah. Selain hutang, sijil, diploma atau ijazah mereka pula tidak berkualiti.

Kolej dan universiti swasta wujud bukan untuk kualiti dan kecemerlangan pendidikan tinggi, lebih-lebih lagi untuk kepentingan negara.

Mereka terlibat dalam bidang pendidikan hanya untuk pendapatan dan keuntungan. Konsep pendidikan untuk dijual bermula di sini. Ini adalah gila. Lagi gila ialah kerajaan yang membiarkan keadaan ini berterusan.
Seperti yang disebut dalam akhbar beberapa hari yang lalu, manusia yang membentangkan Akta PTPTN, pada 1997, ialah perdana menteri sendiri. Cukup kebetulan!

Inilah situasi pendidikan di Malaysia hari ini. Dengan menukarkan pendidikan kepada padang politik juga bukanlah satu tindakan yang bijak.

Banyak negara yang kehilangan kerajaan akibat kegagalannya untuk mengatasi isu yang dibangkitkan generasi muda. Pendidikan adalah satu isunya.

Sudah terang lagi bersuluh, PTPTN ialah satu kesilapan besar dan hutang pelajar mesti dihapuskan. Kita mesti kembali merangka satu dasar pendidikan yang menyeluruh daripada tahap sekolah rendah ke menengah sehinggalah pendidikan tinggi.

Satu formula mesti ditemui. Satu formula yang terbaik untuk negara dan generasi kemudiannya. Dan jika tuntutan itu termasuk satu piawaiaan yang berkualiti, ia tidaklah murah juga.

Namun, dengan cara kerajaan membelanjakan wang rakyat, saya tidak sangsi bahawa kita mempunyai duit yang cukup untuk satu sistem pendidikan yang baru.
------------------------------------------------------------------
Diterjemah dari tulisan asal bertajuk PTPTN, shop-house colleges and the government’s blunder. Dr Rosli mendapat PhD dalam bidang Ekonomi Pengangkutan dari Universiti Cranfield, UK. Beliau bertugas sebagai konsultan dan pengarah syarikat sejak 25 tahun lalu dalam bidang infrastruktor asas dan polisi ekonomi.

3 ulasan:

  1. Depa nak berikan ilmu pengetahuan kepada masayarakat tu.. yang sampai macam tu.... nak wujudkan knowledge society.

    Saya adalah hasil graduan dalam rumah kedai kolej SAL-Yayasan Bumiputra Pulau Pinang dari tasek gelugor yg doktor kutuk tu...
    Saya dapat ilmu dari situ dan sambung ke UKM yang berdiri tegak dalam hutan dan bukit di Bangi.

    Akhirnya saya dapat ilmu .. dulu saya calon sasterawan (sastera) kini saya Usahawan IT di Kampung Halaman saya.. adakah universiti rumah kedai tak bermanfaat kepada masyarakat...

    BalasPadam
  2. Banyak kawan-kawan sezaman kolej saya tu dari alairan agama kini mereka berjaya sebagai programmer dan professional IT di Cyber Jaya... adakah ini tak bermanfaat ..

    BalasPadam
  3. Adakah Sistem Pondok ... contoh Pondok Pak Ya.. yang terbakar itu tak bugus juak...

    BalasPadam