Sabtu, 28 April 2012

Allah Maha Mengetahui.....!!! T A K B I R..!!!!

rakyat Mesir hidup merempat di negeri sendiri. Kerajaan Mesir tidak hirau masalah rakyat kerana Mubarak tidak perlu menghadapi apa-apa pilihanraya.

Kesemua pilihanraya yang diadakan penuh dengan penipuan. Secara mudahnya, apabila sistem pilihanraya di negara tersebut telah rosak dan dipenuhi penipuan, kerajaan boleh membiarkan sahaja rakyat negaranya merempat dan mengemis untuk sesuap nasi.

Perkara yang sama bakal berlaku di Malaysia sekiranya Pengundi Hantu tidak dibersihkan dari Daftar Pemilih. Dengan pengundi hantu, UMNO dan Barisan Nasional boleh menang setiap pilihanraya yang mereka adakan dengan majoriti 2/3.

Misalnya, sekiranya Pengundi Hantu tidak dibuang dan dibersihkan bulan Jun 2012 ini, Barisan Nasional akan menang majoriti 2/3 di Parlimen.

Dengan kemenangan besar sebegitu, mereka bebas:

A. Menaikkan harga minyak
B. Menaikkan kadar tol
C. Memberi kontrak jutaan ringgit kepada anak beranak mereka i.e. NFC
D. Menggenakan GST dan cukai yang melampau yang bakal membebankan rakyat umum.
E. Tindas dan pukul rakyat serta tangkap rakyat sesuka hati
F. Biarkan kenaikkan harga barang yang melampau
G. Tidak perlu ambil kesah kebajikan dan kesusahan rakyat.

Pendek kata mereka akan bebas melakukan apa sahaja kepada kekayaan negara. Mereka tidak perlu risau kemarahan rakyat kerana rakyat tidak akan menentukan siapa yang akan memerintah Malaysia.

Yang akan menentukan keputusan pilihanraya adalah PENGUNDI-PENGUNDI HANTU yang mereka telah letakkan di dalam Senarai Daftar Pemilih.

PENGALAMAN RAKYAT SABAH DENGAN PENGUNDI HANTU

Akibat pengundi2 hantu dari Filipina, UMNO/BN boleh terus menerus menang pilihanraya di Sabah tanpa memerlukan sokongan rakyat tempatan.

Hasilnya, setelah lebih 15 tahun keputusan pilihanraya di Sabah di tentukan oleh Pengundi Hantu, rakyat Sabah telah jatuh ke standard Bangla dan Myanmar.

Padahal Sabah lebih kaya dari seluruh negara Myanmar mahupun Bangladesh.

Sepatutnya rakyat Semenanjung yang BERDUYUN-DUYUN berhijrah ke Sabah mencari rezeki, bukan yang sebaliknya.

KALAU MAHU ANAK CUCU ANDA JATUH KE TAHAP BANGLA/MYANMAR, teruslah sokong Barisan Nasional.

http://www.malaysiawaves.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan