Sabtu, 14 April 2012

Stres di tempat koje

Stres di tempat kerja dalam semua sektor

15/04/2012 12:21pm

ROMPIN — Tekanan atau stres di tempat kerja tidak tertumpu pada pekerjaan tertentu, malah boleh berlaku dalam semua sektor pekerjaan, termasuk bidang sosial seperti kewartawanan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.
Maznah yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagaimana pun berkata, tekanan di tempat kerja jika dibiarkan berterusan boleh memberi kesan kepada prestasi kerja seseorang dan persekitaran pekerjaannya.
"Sudah pasti stres perlukan perhatian, ini kerana Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah mengenal pasti tekanan di tempat kerja merupakan satu yang berbahaya di kalangan pekerja-pekerja abad ini.
"Dalam kes-kes yang ekstrem, tekanan yang dihadapi bukan setakat mempengaruhi tindak-tanduk mangsa, malah turut menjejaskan prestasi rakan-rakan sekerja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Rumah Program Bantuan Skim Pembangunan (SPKR) Kesejahteraan Rakyat kepada tiga penduduk daerah Rompin di Kampung Menchali, dekat sini, semalam.
Maznah mengulas mengenai kes kematian seorang doktor pelatih di Hospital Kajang yang didakwa menyuntik ubat secara berlebihan akibat tekanan kerja.
Sehubungan itu katanya, beliau akan meminta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menghubungi pakar-pakar kesihatan bagi berbincang mengenai isu ini dan mencari kaedah terbaik bagi membantu majikan dan pekerja dalam pengurusan tekanan di tempat kerja secepat mungkin.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan