Jumaat, 1 Jun 2012

Bela musuhmu...


Membela orang yang dicintai adalah 1 tindakan yang mulia. Namun membela musuh yang sedang dizalimi jauh lebih mulia. Mampukah kita? Sikap ini cerminan hati yang telah mampu menundukkan nafsunya kepada ketentuan hukum Allah SWT.
Subhanallah..

Ikuti kisah benar di Mesir beberapa masa dahulu. Ia membabitkan 2 orang tokoh ulama di kota tersebut iaitu Ibn Daqiq al-'Id & Ibn binti al-A'azzi. Kerana sebab-sebab tertentu, hubungan mereka diwarnai dengan konflik yang cukup panas.

Suatu hari, Ibn binti al-A'azzi melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan di mata Sultan & Wazir. Mereka lalu berpakat untuk menghukum mati ulama ini dengan mencipta tuduhan palsu bahawa dia telah murtad.

Tuduhan itu ditulis pada selembar surat yang diedar kepada setiap tokoh besar di Mesir. Satu persatu tokoh tersebut menurunkan tandatangan menyetujui kandungan surat tersebut.

Ibn Daqiq al-'Id menjadi tokoh yang terakhir yang menerima surat yang diedarkan itu. Andai beliau turut bersetuju, maka Ibn binti al-A'azzi yang selama ini memusuhinya, tidak akan selamat daripada hukuman mati.

Sejurus menerima surat itu, Ibn Daqiq al-'Id membaca isinya dengan teliti. Semua tokoh yang hadir menggesanya untuk segera menandatanganinya. Namun beliau tidak mengendahkan gesaan tersebut, malah meneruskan bacaannya dengan khusyuk sekali.

Selesai membaca, Ibn Daqiq al-'Id mengangkat kepalanya seraya berkata,
"Tidak halal bagiku menandatangani surat ini."

Kata-kata ini sangat mengejutkan semua orang. Mereka tidak menyangka sama sekali sikap ini yang ditampilkan Ibn Daqiq al-'Id terhadap orang yang membencinya & memusuhinya. Mereka menyangka tokoh ini akan menggunakan kesempatan itu untuk menyingkirkan musuhnya buat selama-lamanya.

Seseorang lalu merayunya dengan berkata,
"Tuan, lakukanlah demi Paduka Sultan & Wazir."

Mendengarnya, Ibn Daqiq al-'Id menjadi marah. Beliau berkata,
"Aku tidak akan ikut serta membunuh seorang Muslim!"

Sikap tegas ini menggagalkan konspirasi jahat itu, menyelamatkan Ibn binti al-A'azzi, sekali gus meninggikan nama Ibn Daqiq al-'Id dalam lembaran sejarah umat Islam sehingga ke hari ini.

ETIKA BERKAWAN & BERLAWAN

Setiap dari kita berada di antara dua macam manusia, iaitu mereka yang saling mencintai & mereka yang saling membenci.

Hati kita terasa lebih dekat kepada golongan pertama & terasa lebih jauh daripada golongan kedua. Namun sebenarnya adakah kita tahu apakah garis panduan cinta & benci yang mesti kita turuti sebagai seorang Muslim?

Islam melarang kita melampau (extreme) dalam mencinta & membenci sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran & bertindak secara tidak rasional. Prinsip terpenting adalah, (moderate).

Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Al-Maidah, 5: 8)

Saiyidina Ali bin Abi Talib pernah berkata,
"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.
Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

Ucapan ini diriwayatkan oleh Hafiz Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Beberapa riwayat yang lain menisbahkan kata-kata ini kepada Nabi s.a.w namun melalui sanad yang sangat lemah.

KEBENCIAN MELAMPAU

Apabila kebencian melampaui garis wasatiyyah (moderate), kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Rasa sesak dada dibuatnya. Setiap kali mendengar nama orang yang dibenci disebut, fikiran menjadi keruh. Jika seseorang memujinya, hati seolah-olah terbakar. Ada pengalaman? Kalau takde, bagus! Alhamdulillah =)

Hati dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang dibenci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Sukar dipercayai bahawa dia juga mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik! Maybe, kita ingat kita ni baik sangat agaknya =D

Tdak dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil mana pun. Malah tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Sibuk membuka aib & keburukan orang itu untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikannya. Na'uzzubilah. Minta dijauhkan oleh Allah dari tabiat seperti ini. Aamiin..

Tahap yang lebih parah, bukan hanya membenci si musuh, malah turut sekali membenci setiap orang yang ada bersamanya. Ibu bapa, kawan-kawan, jiran-jiran & mungkin haiwan ternakan termasuk ayam belaan & kucing kesayangan si musuh pun turut dibenci sekali agaknya. Aduyai..

Saban hari, semakin bertambah bilangan orang yang dibenci a.k.a musuh. Dan saban hari juga, semakin berkurang bilangan orang yang boleh dipercayai. Akhirnya, hidup berada di tengah-tengah ramai musuh & sedikit kawan. Hati pula selalu berada dalam keresahan.

Kebencian yang berlebihan hanya akan merosakkan diri sendiri. Oleh sebab itu, al-Hassan al-Basri berkata, 
"Bersederhanalah dalam mencintai & moderatelah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerena berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang binasa kerana berlebihan dalam membenci."
(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

IBN DAQIQ AL-'ID

Batasan wasatiyyah dalam mencinta & membenci seseorang tidak terlihat oleh semua orang. Ia hanya terbuka apabila emosi & ego telah tunduk kepada al-Quran & Sunnah seperti yang terjadi pada diri Ibn Daqiq al-'Id yang diceritakan pada awal tadi.

Siapakah dia?
Beliah adalah Taqiyuddin Ali bin Wahb al-Qusyairi. Beliau dilahirkan pada tahun 625H di Hijaz, lalu menghabiskan usianya dengan menuntut ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Beliau terkenal sebagai ulama yang sedikit berbicara namun banyak beribadah. Beliau sangat zuhud, warak & penuh taqwa kepada Allah SWT.

Semua sifat mulia ini terserlah pada kisah yang diceritakan tadi.
Apabila menceritakan kisah ini, al-Hafiz al-Sakhawi berkata:
"Betapa tidak?
Beliau pernah berkata,
"Tidaklah aku mengucapkan atau melakukan sesuatu melainkan setelah aku siapkan jawapanku dihadapan Allah SWT kelak."
Beliau wafat pada tahun 695H.

Ya Allah,
kami meminta & memohon agar kami dapat menjaga keadilan dalam cinta & benci kami.
Dan bantulah kami dalam menjaga mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang Engkau timpakan kepada Hamba-Mu di atas muka bumi-Mu ini.
Amiin Ya Rabbal 'Alamiin..

Penulis asal: Umar Muhammad Noor (Imam Assyafaah Darul Hadith, Singapore)

Bacalah Yasin


Assalamualaikum, ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. Dipetik dari Edisikini


Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.

Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sebagai renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.
  
P/s: Jangan lupa kongsikan bersama kawan-kawan lain sebagai renungan dan manfaat bersama :)

BL


Dr. Rosli Yaakop,31 Mei 2012

Siapakah Rakan Kongsi Strategik FGVHB?

Dalam satu siaran akhbar bertarikh 12 Disember 2011 di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, diumumkan bahawa syarikat Bunge North America (BNA), anak syarikat Bunge Limited (BL) yang menguasai operasi syarikat Bunge Limited bagi Amerika Utara telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama dengan TRT ETGO di Kanada.

Syarikat usahasama itu dinamakan Bunge ETGO L.P. yang akan menyatukan aktiviti komersial kedua-dua syarikat berkaitan operasi penglumatan (crushing) dan penafisan (refining) di Kanada, iaitu, kilang milik Bunge Limited di Hamilton, Ontario dan TRT-ETGO di Becancour di Quebec.  Kilang ini boleh digunakan untuk melumatkan biji canola atau kacang soya.

Kombinasi kedua-dua kilang ini menghasilkan kapasiti penglumatan sebanyak 2 juta ton se tahun. Tidak diumumkan struktur pemilikan saham di dalam syarikat usahasama yang baru ditubuhkan itu. Juga, terma-terma kewangan berkaitan dengan penubuhan syarikat usaha berkenaan masih dirahsiakan.

Oleh kerana FGVHB telah pun memulakan usaha sama di Amerika Utara, maka bolehlah dianggap bahawa yang akan menjadi “rakan kongsi strategik” bagi FGVHB apabila ia disenaraikan di Bursa Malaysia nanti ialah Syarikat Bunge Limited ini yang bakal diberi milikan saham sebesar 20% di dalam syarikat tersenarai FGVHB. Usahasama di antara FGVHB dan Bunge Limited di Amerika Utara telah dimetrai dalam bulan Disember 2011.

Siapakah Dia Bunge Limited (BL) Ini?

Bunge Limited (BL) adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam perniagaan agrobusiness dan makanan dengan kakitangan berjumlah 32,000 orang di lebih dari 30 buah negara. BL menjual, membeli, mensetor dan mengangkut pelbagai jenis oilseed dan bijirin gandum di seluruh dunia. Ia juga memproses oilseed untuk menghasilkan protin untuk makanan ternakan dan pelbagai produk edible oil untuk pelanggan komersial dan pasaran pengguna (melalui rangkaian pasar raya), menghasilkan gula dan ethanol dari tebu (sugarcane) dan mengisar dan mengilang gandum dan jagong (corn) sebagai ramuan (ingredient) yang digunakan oleh syarikat-syarikat pemprosesan dan pengeluaran makanan dan menjual baja di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pada masa ini, BL beribu pejabat di White Plains, New York.

BL adalah pengisar (miller) jagong kering (dried corn) Nombor 1 di Amerika Syarikat (melalui anak syarikatnya, Lauhoff Grain) menguasai 18% pasaran, pengeksport gandum (grain) Nombor 1 di Brazil, pengeksport produk-produk kacang soya Nombor 2  di Amerika Syarikat (soymeal dan soyoil), pengeksport gandum Nombor 3 di Amerika Syarikat, pemeproses kacang soya Nombor 3 di Amerika Syarikat., pengeksport gandum Nombor 4 terbesar didunia, pemiliki grain elevator capacity yang ke 4 terbesar di Amerika Syarikat dan pengeksport gandum Nombor 7 di Argentina.

BL memiliki 50 buah grain elevator di Amerika Syarikat kebanyakannya di kawasan sepanjang Sungai Mississipi dari St. Louis ke New Orleans. Ia memiliki sebuah grain export elevator yang amat besar di Quebec City, Kanada.

BL ini adalah sebuah syarikat milik orang Yahudi yang di mana sahaja ia beroperasi dan menjalankan perniagaan matlamatnya ialah “ia mahu menguasai dan memonopoli.” Ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat “food cartel” dunia. Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit. Apabila ianya kelak menjadi “rakan kongsi strategik” kepada FGVHB, maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia.

Dari segi sejarahnya, BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 di asaskan oleh keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Selepas satu abad menguasai perdagangan yang amat lucrative ini, pada tahun 1850, Charles Bunge memindahkan perniagaan keluarga ini ke Antwerp, Belgium.

Di sini, dua anak lelaki beliau menubuhkan syarikat perkapalan yang menguasai pelayaran komersial di Lautan Atlantik. Edouard Bunge menetap di Antwerp sementara Ernest Bunge  berpindah ke Argentina pada tahun 1876.  Bersama abang iparnya, George Born, beliau menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Pada tahun 1897, seorang pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch menjadi rakan kongsi mereka. Pada tahun 1927, Hirsch menjadi presiden syarikat Bunge and Born dan kekal selama 30 tahun.

Hirsch dan lain-lain ahli keluarga Bunge and Born melaksanakan strategi “menguasai dan memonopoli” dengan cara menyalahi etika perniagaan termasuk melalui korupsi dan konspirasi. Di Argentina, mereka berjaya membolot estancias - tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu malah berjuta-juta ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains. Mereka berjaya menguasai ekonomi Argentina. Parahnya penguasaan syarikat Bunge and Born ke atas ekonomi Argentiana terdedah pada tahun 1974 apabila kumpulan Pemberontak Argentina (Montoneros Terrorists) berjaya mencolek Jorge Born dan Juan Born. Dari mereka diketahui bukan sahaja syarikat Bunge and Born ini menguasai dan memonopoli sektor pertanian Argentina tetapi syarikat-syarikat milik Bunge and Born menguasai 40% pengeluaran cat (paint), 67% pengeluaran bekas tin (can), 20% pengeluaran tektil dan senarainya terlalu panjang untuk diturun semuanya di sini.

Bila Juan Peron menjadi Presiden Argentina pada tahun 1946, beliau cuba untuk mengurangkan dominasi Bunge and Born ke atas ekonomi Argentina, khasnya di sektor pertanian yang mengakibatkan petani-petani hidup dalam keadaan tertindas dan melarat. Beliau telah cuba mengurangkan dominasi dan kuasa grain cartel (yang dikuasai oleh Bunge and Born dan beberapa buah lagi syarikat lain) dengan kerajaan sendiri, melalui penubuhan “Institute for the Promotion of Trade (IAPI),” membeli gandum terus dari petani dan mengeksportnya. Mendapati kuasa mereka mula terhakis, ahli-ahli “grain cartel” lalu mengatur konspirasi menjatuhkan kerajaan Peron.

Dalam tahun 1955, Peron dijatuhkan dan IAPI yang beliau tubuhkan ditutup. Juan Peron kembali berkuasa pada tahun 1973 lalu menubuhkan National Grain Board untuk membebaskan petani gandum dari penindasan oleh “grain cartel.” Sekali lagi Peron mendapat tentangan kuat dari syarikat-syarikat “grain cartel.” Bila Juan Peron meninggal dunia pada tahun 1974, isteri beliau, Evita Peron mengantikan beliau dan meneruskan perperangan ke atas grain cartel. Beliau kemudian digulingkan (1976) dan NGB dibubarkan dan syarikat-syarikat cartel kembali menguasai pengeksportan gandum dan daging  Argentina. Petani-petani Argentina sehingga kini terus hidup tertindas.

Parahnya dominasi syarikat Bunge dan Born ke atas Argentina terbukti apabila dua orang eksekutifnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kerajaan Carlos Menim dengan memegang jawatan Menteri Ekonomi, iaitu, mula-mula Mor Roig diikuti Nestor Rapanelli.

Bagi rakyat Argentina, “nasi telah menjadi bubur.”  Dominasi Bangsa Yahudi di dalam kehidupan mereka sudah parah, bukan sahaja mereka menguasai ekonomi Argentina tetapi juga politik dan kerajaan Argentina.

Persoalannya: Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan jenarasi mereka yang akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan, yang ketamakan dan kerakusannya tiada tolok bandingan dan yang matlamatnya tidak lain untuk “menguasai dan memonopoli” sudah berada di ambang pintu? Mahukah dan bersediakan peneroka Felda untuk berkongsi tanah dna kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi?

*Penulis adalah bekas Timbalan Pengarah Bank Negara merangkap Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.

Khamis, 31 Mei 2012

Breath FB :)





























baek fb!


Kebaikan Facebook :

1. Untuk meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
6. Membina komuniti tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya


Keburukan FaceBook :

1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sensitiviti suatu masyarakat dan kaum.
5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat

Sumber penulisan dari seorang Guru Bahasa~