Selasa, 5 Jun 2012

Zainal proton

"Berikut kata-kata perpisahan dan perangsang dari Datuk Seri Syed Zainal Abidin sebelum beliau meninggalkan pengurusan tertinggi Proton, di petik dari laman web paultan.org . Semoga ianya menjadi inspirasi kepada kita semua.



Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.

Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.



Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.

Saudara saudari yang saya kasihi,
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya.

Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri?

Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.

Saudara saudari yang saya kasihi,
Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai.

Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga.

Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON.
Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.

Saudara saudari yang saya kasihi,
Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu.

Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya.

Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.

Saudara saudari yang saya kasihi,
Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON.

Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.

Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.

Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.

“There You’ll Be”
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad ’cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me
In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be
Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me
‘Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always

Salam hormat dari saya, 

Syed Zainal

Ahad, 3 Jun 2012

satu mata

IMEJ Simbol MATA 1 dan perkataan KAFIR pada pesawat BRIGED KFIR ISRAEL SABDA RASULULLAH SAW "Dajjal itu BUTA dan CACAT SEBELAH matanya dan tertulis KAFIR pada dahinya sedangkan Rabb(tuhan kamu)TIDAK CACAT BEGITULAH SISTEM DEMOKRASI. 

YANG MENANG PRU AKAN TETAP TERUS DIMUSUHI OLEH YANG KALAH SELAMANYA.. SISTEMNYA TIDAK ADIL@BERAT SEBELAH@BOLEH DIPANGGIL "CACAT SEBELAH" PARTI KANAN TIDAK AKAN MEMBERI PELUANG@BUAT TAK NAMPAK PADA PARTI KIRI IBARAT BUAT TAK ENDAH DENGAN APA JUA PERMINTAAN DARI PARTI KIRI DALAM SOAL PENTADBIRAN NEGARA@JUGA "BUTA" SISTEM DEMOKRASI ADALAH SISTEM DARI BARAT@ACUAN DARI "KAFIR" SEDANGKAN ALLAH SWT MAHA SEMPURNA@ "TIDAK CACAT" 

SABDA RASULULLAH SAW "Dajjal itu hanya mampu masuk pinggiran kota makkah dan madinah kerana ia dikawal para malaikat" seperi kita ketahui Kota makkah@madinah di arab saudi ini TIDAK AMALKAN DEMOKRASI DALAM CORAK PERTUKARAN PEMERINTAH SIAPA CIPTA DEMOKRASI?ALLAH SWT ATAU MANUSIA?

Apabila kita terima kemerdekaan itulah TAHUN KITA TERIMA SISTEM DEMOKRASI DARI PENJAJAH KERANA CORAK DEMOKRASI ADALAH CADANGAN DARI PENJAJAH..KITA SETUJU ATAS DASAR "MANUSIA BEBAS?".....DAJJAL ITU ADA TAHUN TIPU DAYA DAN FITNAH....BEGITU JUGA DEMOKRASI. apabila hampir aja PRU@bubar parlimen maka TERSEBARNYA FITNAH DAN PENIPUAN ANTARA 2 PARTI YANG BERTANDING....JADI? 

Assalamualaikum saudara/saudari seislamku...artikel mengenai DEMOKRASI kali ini adalah untuk MENJAWAB PERSOALAN OLEH MEREKA YANG BERTANYAKAN KENAPA SAYA KATAKAN DEMOKRASI ADALAH FITNAH@GELANGGANG DAJJAL... 

Dalam sistem DEMOKRASI akan ada 2 PARTI@lebih yang akan BERTANDING dan MEREBUT untuk mentadbir negara apabila sampai TEMPOH MATANG KABINET@BUBAR PARLIMEN dan kemenangan akan diberi kepada parti yang meraih 2/3 pungutan undi majoriti@PALING RAMAI DAPAT UNDIAN PARTI PEMERINTAH DIKENALI SEBAGAI PARTI BERHALUAN KANAN manakala PARTI PEMBANGKANG ADALAH PARTI BERHALUAN KIRI 

Saya tidak mahu sebutkan PARTI KANAN NAMA APA BEGITU JUGA NAMA PARTI KIRI.... Sebab bila menyebut nama-nama parti maka saya akan dituduh PRO@MEMIHAK KEPADA SALAH 1 DARI PARTI SEBAB ARTIKEL INI DITUJUKAN KEPADA SEMUA PARTI-PARTI YANG DIKETUAI OLEH ORANG ISLAM SETIAP NEGARA DIDUNIA 

Cuba ikuti SITUASI dan DIALOG ini.... Setiap kali apabila HAMPIR tiba MASA MENGUNDI PARTI KANAN(PARTI PEMERINTAH)AKAN MENAWARKAN BERBAGAI TAWARAN IAITU -"Kalau undi kami(Parti kanan)akan dapat Jalan baru" -"Dapat bantuan Pokok untuk pertanian dan bantuan baja" -"Dapat HAIWAN TERNAKKAN MACAM LEMBU@KAMBING" -"Dapat BEKALAN AIR YANG BERSIH dan CUKUP" -"Sekolah yang besar dan selesa" -"Duit dan bantuan sara diri" -"Dapat projek dan kontrak" -"Negara kita akan MAJU dan KAYA" -"semua RAKYAT AKAN SENANG" 

TENGOK!!SERONOKKAN DENGAR DIALOG NI KALAU MEMILIH@MENGUNDI@MEMANGKAH PARTI KANAN!!! TAWARAN MEREKA UMPAMA SYURGA DIDUNIA!! TAPI kalau UNDI MERAKA(PARTI KIRI) -"Habislah hancur Negara ni -"Lingkup Negara ni" -"Habislah Lepas ni takder bantuan dari Kerajaan dah" -"Makan ubi la kita nanti" -"Tak dapat apa-apa pun" -"Bukan ada DUIT" TAKUTKAN...??!!KALAU JADI MACAM DIALOG DAN SITUASI NI APABILA PILIH PARTI KIRI...UMPAMA NERAKA DIDUNIALAH...HIDUP SUSAH 

Saudara-saudaraku DARI PARTI KANAN dan PARTI KIRI...setiap situasi dan dialog ini sesuailah dengan salah satu daripada HADIS NABI MUHAMMAD SAW BERKAITAN FITNAH DAJJAL IAITU Sabda Rasulullah saw "DAJJAL ITU MEMPUNYAI SYURGA DAN NERAKA,ikuti tangan KANANNYA SYURGA manakala ikuti tangan KIRINYA NERAKA " "Dajjal itu dapat memberi kamu TUMBUH-TUMBUHAN YANG SUBUR serta HAIWAN TERNAKKAN YANG SIHAT DAN BESAR PINGGULNYA(GEMUK) "Dajjal itu dapat MENGALIRKAN dan MENGUBAH SUNGAI-SUNGAI" SUDAH NAMPAKKAN APA PERKAITAN HADIS NABI MUHAMMAD SAW DENGAN SITUASI DAN DIALOG TERSEBUT BAIKLAH UNTUK SAUDARAKU

PARTI KIRI PERNAH MENYATAKKAN -"Abis tu takkan nak biar aja parti kanan memerintah?" -"Kita kena lawan dan ubah" -"Kita kena dirikan hukum hudud" -"Kita kena dirikan sistem islam" YA!......memang BENAR dan BAGUS saudara-saudaraku parti kiri dengan apa yang dikatakan kalian... TAPI CUBA KITA DENGAR HADIS NABI INI SABDA RASULLULAH SAW "sesiapa yang MENDENGAR TENTANG DAJJAL,HENDAKLAH DIA MENJAUH(elakkan) DIRI DARIPADANYA.Ada nanti orang yang merasa DIRINYA SUDAH KUAT IMANnya kemudian DIDATANGI DAJJAL,lalu dia pun MENGIKUT dajjal itu" BAGAIMANA HENDAK MENJAUHKAN DIRI@elak? SETIAP UMAT ISLAM JANGAN MENGUNDI MAKA SECARA AUTOMATIK FITNAH@GELANGGANG DAJJAL INI AKAN LENYAP DAN PUPUS,

bebaskan diri dari pengaruh sistem DEMOKRASI KERANA IA CIPTAAN MANUSIA DAN IA JUGA CARA NASRANI@AMERIKA KERANA MEREKA JUGA ADA PRU O...jadi..habis tu siapa nak memerintah tak der Pemimpin dan KERAJAAN?huru-hara ler negara.... 

DENGARLAH SURAH INI SAUDARA-SAUDARA SEISLAMKU AL MULK(KERAJAAN) SURAH 67 AYAT 1 "Maha berkat(serta maha tinggilah kelebihan)ALLAH YANG MENGUASAI (Segala) KERAJAAN(DUNIA DAN AKHIRAT) dan dia maha kuasa atas segala sesuatu" JADI KENAPA PERLU FIKIR AKAN HURU-HARA SUDAH DIJELASKAN DALAM SURAH BERKAITAN KERAJAAN DIATAS Ada juga mengatakan TAKKAN NAK BIAR ORANG KAFIR MEMERINTAH? 

Maka dengarlah surah ini pula saudara-saudara semua SURAH AN KABUT AYAT 66 "Biarlah mereka Menginkari NIKMAT yang telah kami berikan kepada mereka dan silakan mereka(hidup)bersenang-senang(dalam kekafiran)MAKA KELAK mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya)" NIKMAT=HASIL@KEMUDAHAN DARIPADA SISTEM DEMOKRASI MAKA KELAK=SETIAP KERAJAAN ADA TEMPOHNYA ALLAH SWT SUDAH TETAPKAN...AKAN SAMPAI MASA KHALIFAH@ISLAM..JAWAPANYA ADA DALAM HADIS NABI MUHAMMAD SAW MENGENAI"PERMASALAHAN KEPEMIMPINAN"..

BOLEH RUJUK ARTIKEL SAYA YANG LEPAS ..... MAKSUD SALAH 1 FITNAH DAJJAL ADALAH KATA-KATA@UCAPAN DARIPADA FITNAH TERJADINYA PERGADUHAN@PERLAWANAN....2 PERKARA NI MEMERLUKAN GELANGGANG...ITULAH SEBAB DEMOKRASI ADALAH FITNAH DAN GELANGGANG DAJJAL.... Maksud FITNAH JUGA ADALAH KATA-KATA DARI KATA-KATA TERJADINYA ARAHAN DARI ARAHAN PERLUKAN SISTEM..ITULAH SISTEM DAJJAL..@demokrasi dan lebih dikenali BENEDICT ORDER 

Para nabi berhijrah apabila TIDAK MAMPU MENYEDARKAN GOLONGAN PEMERINTAH -NABI NOH AS MENAIKI BAHTERANYA -NABI IBRAHIM DAN NABI LUT KELUAR DARI NEGERINYA -NABI MUSA MENYEBERANGI LAUT -NABI ISA DIANGKAT KELANGIT -NABI KITA IAITU NABI MUHAMMAD SAW BERHIJRAH KEMADINAH ADAKAH SAUDARA/SAUDARI SEMUA MENYANGKA ZAMAN KITA TIADA HIJRAH???..... 

Saudara&saudari SUDAH LUPAKAH HADIS NABI MENGENAI DARI TIMUR KEKHORASAN??

ulama2 :)


























Jack Sparrow



JACK SPARROW ADALAH SEORANG ISLAM?






Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward (lebih dikenali sebagai Jack Sparrow) pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.

Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.

Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.

Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.

Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.

Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.

Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.

Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.

Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.

Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.

Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.

Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.

Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.

Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.

Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.

Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.

Watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean

Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).

wallahu'alam

*Cerita ini adalah hasil kajian Imam masjid di Amerika Syarikat, Suhaib Webb.Cuma cerita di dalam filem 'Pirates of the Carribean" kebanyakannya rekaan berbanding yang sebenarnya.

Sabtu, 2 Jun 2012

baru mana sama dengan lama??

oleh: karmic

"

Utusan Melayu, 27 Oktober 1988, Mahkamah Tinggi menghalang penyiaran UMNO sebagai “UMNO Baru” kerana boleh mengelirukan orang ramai seolah-olah ada pertubuhan lain yang bernama UMNO juga.

Memang le secara teknikal mahkamah larang guna Umno Baru sebab ameno yang lama dah mati. Sama le kalau nama Abu Bakar bin Ali bin Abu Bakar... nama cucu sama ngan nama datuk... takyahlah nak letak nama Abu Bakar Baru. Tu dah kira habih la bersangka baik...kah kah kah 

Tapi hakikat yang tak boleh disangkal ialah ameno lama dah mati... kaput... berkubur... ghuyub... almarhum. Yang wujud cuma ameno baru dengan kelahirannya di bumi Malaysia adalah pada tahun 1988.

Sumber
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.

Mengikut analogi Abu Bakar b. Ali b. Abu Bakar kat atas nun, boleh ke Abu Bakar yang cucu tu mengaku sama umur ngan datuk dia ? Ya boleh .. kalo didendangkan dikhalayak chai chai ameno yang buduh buduh mengikut kata pengasas ameno baru ni... kah kah kah kah

Sumber : Debik Karmic