Saturday, 2 June 2012

baru mana sama dengan lama??

oleh: karmic

"

Utusan Melayu, 27 Oktober 1988, Mahkamah Tinggi menghalang penyiaran UMNO sebagai “UMNO Baru” kerana boleh mengelirukan orang ramai seolah-olah ada pertubuhan lain yang bernama UMNO juga.

Memang le secara teknikal mahkamah larang guna Umno Baru sebab ameno yang lama dah mati. Sama le kalau nama Abu Bakar bin Ali bin Abu Bakar... nama cucu sama ngan nama datuk... takyahlah nak letak nama Abu Bakar Baru. Tu dah kira habih la bersangka baik...kah kah kah 

Tapi hakikat yang tak boleh disangkal ialah ameno lama dah mati... kaput... berkubur... ghuyub... almarhum. Yang wujud cuma ameno baru dengan kelahirannya di bumi Malaysia adalah pada tahun 1988.

Sumber
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.

Mengikut analogi Abu Bakar b. Ali b. Abu Bakar kat atas nun, boleh ke Abu Bakar yang cucu tu mengaku sama umur ngan datuk dia ? Ya boleh .. kalo didendangkan dikhalayak chai chai ameno yang buduh buduh mengikut kata pengasas ameno baru ni... kah kah kah kah

Sumber : Debik Karmic

No comments:

Post a Comment