Ahad, 17 Jun 2012

sedutan

umnoKita semua menyokong perjuangan Umno. Kita semua sayangkan Umno. Kita akan terus kekal sebagai ahli Umno. Tetapi parti yang kita sayangi, yang kita sokong, dan parti yang kita ingin kekal bersama ini ialah Umno Asal – Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Arwah bapa sapa dan disambung oleh YTM Tunku Abdul Rahman, juga dipimpin oleh Arwah Tun Razak, saya sendiri dan kemudiannya, untuk satu jangka waktu oleh Dr. Mahathir sendiri.

Persoalan saya…dimanakan Umno Asal itu? Umno yang disayangi oleh orang Melayu, yang telah menyatupadukan umat Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain, dimana telah membawa kesejahteraan dan keamanan kepada negara ini dan rakyatnya dan telah dengan jayanya berjuang untuk kemerdekaan – Umno itu sudah tidak lagi wujud. Ianya telah diisytiharkan haram dan terbubar oleh Dr. Mahathir dan rakan-rakanya dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan Umno Baru. Sekiranya kita membandingkan bentuk dan struktur Umno baru dengan Umno Asal, sama ada dari sudut perlembagaan ataupun prinsip, dimanakah persamaanya? Penubuhan Umno Baru adalah satu tindakan pengkhianatan yang tidak boleh diampun, sama ada oleh ahli-ahli Umno Asal ataupun Umno baru. Walaupun kesihatan saya tidak begitu memuaskan termasuk serangan jantung, Saya berjanji bahawa saya akan berjuang untuk menentang pengkhianat-pengkhianat ini sehingga akhir."

Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990)
(Mantan Presiden UMNO, Perdana Menteri Malaysia ketiga )


Berikut pula ialah perutusan Tunku Abdul Rahman.

"Saya memimpin orang-orang Melayu apabila Dato Onn mahu menukar perlembagaan Umno untuk membuka pintu kepada rakyat Malaya yang lain. Saya dipilih untuk menggantikan Dato Onn. Apabila Dato Onn keluar dari Umno, Dato Onn sendiri memberitahu saya " Inilah orang yang paling layak untuk memimpin Umno kerana Umno dilahirkan di istana dan sekarang ianya dipimpin oleh kerabat Istana." 

Dato onn tidak menggunakan kuasanya untuk terus memimpin Umno walaupun dia memegang tampuk kuasa pada masa itu. Dia sedar bahawa sekiranya dia terus memimpin Umno, perpaduan Melayu itu akan pecah. Dia berundur. Apa yang penting baginya ialah Orang Melayu kekal kuat dan bersatu. Dato Onn berundur secara terhormat.

Selepas saya, Tun Razak menjadi Presiden Umno. Masa berubah. Keadaan politik juga berubah. Perikatan ditukarkan menjadi Barisan Nasional dan membuka pintu kepada beberapa parti politik lain. Umno kekal kuat dan bersatu. Rakan-rakan kami bertambah apabila parti-parti politik dari Sabah menyertai kami untuk kepentingan negara. Tun razak digantikan dengan Tun Hussein Onn. Keahlian Umno bertambah, begitu juga keahlian Barisan Nasional. Kemudian datang orang yang bernama Dr. Mahathir yang dilantik oleh Tun Hussein Onn untuk menggantikannya. Tidak ada perubahan diperingkat awal. Tetapi tidak lama selepas berkuasa, dengan perlahan dia mengubah perlembagaan negara dan undang-undang untuk memperkuatkan kuasanya. Ini telah menimbulkan rasa kekecewaan dikalangan ahli dan menyebabkan mereka marah".

Dalam Perhimpunan Agung Umno 1987,
Dr. Mahathir hampir-hampir tewas dalam jawatan Presiden. Oleh kerana terdapat beberapa cawangan yang tidak berdaftar turut menghantar perwakilan ke Perhimpunan, keputusan pemilihan diisytiharkan tidak sah. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Dr. Mahathir ialah mengadakan pemilihan semula dan membetulkan keadaan. 

Tetapi dia enggan melakukanya kerana takut kalah dalam pemilihan sekiranya diadakan pemilihan baru. dia lari dan menubuhkan satu parti baru yang didaftarkan sebagai "Umno Baru". Dia melantik dirinya sebagai Presiden. Dia mempunyai hak untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda Umno. Dan dia juga mempunyai kuasa untuk melantik Ketua Bahagian. 

Sekarang, bagaimana seseorang itu boleh membandingkan diantara Umno Asal dengan Umno Baru?

Mereka yang menentang tindakan Mahahtir ini disingkir dan tidak dibenarkan menyertai Umno Baru. Pemimpin pembangkang ditangkap dibawah ISA. Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas disingkir. Apabila lima Hakim Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan tindakanya, mereka digantung. Tiga diambil semula tetapi dua disingkir.

Tindakan terhadap Ketua Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Persekutuan ini merupakan tindakan yang paling biadap yang pernah dilakukan dalam sejarah negara.

Dato Abdullah Badawi, Naib Presiden Umno Baru, dalam ucapanya di Taman Maju, Parit Raja, yang disiarkan dalam The Star bertarikh 12 Oktober 1988, memberitahu bahawa perubahan ini memberikankuasa penuh kepada orang Melayu untuk memerintah Malaysia. Hakikatnya, kita sudahpun mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir kesemuanya termasuk pertahanan dan keselamatan negara, kecuali ekonomi dimana ianya didalam genggaman orang lain. Sekiranya kita menggunakan kekerasan dan penguasaan terhadap perniagaan, ekonomi kita akan terjejas. Kita perlu berkongsi dan bekerjasama dengan rakan niaga dari seluruh kaum dan peringkat untuk kepentingan ekonomi dan kesejahteraan negara.

Kuasa yang diperolehi oleh Umno Baru adalah untuk kepentingansebilangan pemimpin Melayu, manakala selebihnya terpinggir. apabila orang-orang Bukan Melayu tidak dibenarkan melakukan aktiviti perniagaan disini, negara kita akan menjadi mundur. 

Akhirnya, kita tidak mempunyai wang untuk membangunkan negara untuk kepentingan rakyat. Malah, sekarang ini, Kerajaan Malaysia menghadapi hutang luar yang tinggi. Golongan berpendapatan rendah mengalami kesukaran, tiada kenaikan gaji tetapi harga barangan kian meningkat.

Saya masih ingat cerita anjing dengan bayang-bayang. Ketika melintas titi, anjing tersebut melihat kedalam air dan melihat seekor anjing yang lain sedang menggonggong tulang – yang sebenarnya hanyalah bayang-bayang. Tetapi oleh kerana tamak, dia membuka mulut untuk merampas "tulang" didalam mulut anjing yang didalam air dan akhirnya kehilangan tulang yang digonggongnya. 

Pengajaran yang diperolehi dari cerita ini ialah, sikap tamak itu akan merugikan kita semua. Kita harus berwaspada dengan seseorang yang tamak yang mahu merampas semua yanga da dinegara ini untuk memuaskan hawa nafsunya.

Dia mengatakan ini semua adalah untuk orang Melayu tetapi hakikatnya adalah untuk dirinya. Apabila negara ini mencapai kemerdekaan, kita berkuasa dengan kerjasama kaum-kaum yang lain. Kita mampu mengurus negara kita sendiri. Kita tidak perlu tamak dan merampas seluruh kekayaan negara. Seperti kata pepatah Melayu, "Perutnya masih penuh, tetapi masih mahu merampas hak orang lain." Kita perlu bersikap adil terhadap orang lain dan hidup dalam persefahaman diantara semua kaum dinegara ini kerana hanya itu caranya kita boleh menjamin keamanan dan kesejahteraan.

Oleh itu, kita perlu megambil alih pemerintahan negara ini, menghidupkan kembali Umno Asal dan kembali ke sistem Demokrasi Berparlimen. Semua kuasa ditangan rakyat, sekiranya rakyat menggunakan kuasa itu dengan waras. Kesepaduan ini hanya boleh dicapai melalui Umno, Umno yang Asal, Bukan Umno baru–atau pun Umno Dr. Mahathir."


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 
(8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)
(Mantan Presiden UMNO, Perdana Menteri Malaysia pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.)

AL-FATIHAH.





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan