Khamis, 28 Jun 2012

Menyentuh kalbu




TINGGAL kenangan. Mohd. Faizal (berdiri belakang) dan adiknya, Aqsa Khan (depan kanan) bergambar bersama saudara-mara mereka.

Pilu hati seorang ibu apabila mendapati sepasang anak kandungnya maut bersama suami yang dipercayai menolak kedua-dua anaknya itu sebelum terjun dari tingkat 21 sebuah kondominium di Batu 9, Hulu Langat, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Ismail Khan, 39, warga Pakistan mengambil keputusan membunuh diri bersama sepasang anaknya, Mohd Faizal, 9, dan Aisar, 6, kerana tidak tahan masalah rumah tangga dihadapi bersama isteri.

Isteri mangsa, Zuraidah Ridhwan, 31, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang berkata, dia sedih dengan kejadian menimpa keluarganya.
Menurutnya, dia dan suami sudah lebih 10 tahun berkahwin dan pergolakan rumah tangga tercetus selepas suaminya yang bekerja sebagai kontraktor gagal dalam perniagaan tiga tahun lalu dan tidak mempunyai pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

“Sejak itu, saya menanggung perbelanjaan keluarga termasuk membayar sewa rumah. Semua kos lebih kurang RM2,000 sebulan.

“Saya mengambil keputusan berpindah ke rumah ibu. Tahun lalu, saya memberitahu suami untuk bercerai sebelum memfailkan perceraian di mahkamah,” katanya.
Zuraidah berkata, suami pernah merayu supaya menangguhkan permohonan cerai kerana mahu menunggu kelulusan taraf tetap kewarganegaraan yang sudah dimohon sejak dua tahun lalu.

Dia berkata, suaminya mengalami tekanan berikutan masalah itu, tambahan pula keputusan perceraian mereka dijangka pada Ogos ini. Sementara itu, pembantu rumah mangsa yang mahu dikenali sebagai Fatimah berkata, biasanya Ismail menjemput kedua-dua beradik terbabit dari sekolah dan tadika sebelum menghantarnya pulang ke rumah.
“Namun, pada hari kejadian, dia tidak menghantar kedua-dua anaknya pulang seperti biasa. Saya menghubunginya dan dimaklumkan mahu membawa anaknya pergi ke taman permainan.

“Saya terkejut apabila diberitahu ketiga-tiga mereka ditemui maut akibat terjatuh dari tingkat 21 kondominium tempat tinggal kami,” katanya.

P/s - Alfatehah.... cuma teman harap ada pakar psikologi yg wat kajian tentang kejadian seperti ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan