Isnin, 25 Jun 2012

isteri wajib sangat baca!


  1. Senyum dengan gaya mengoda pada suami anda. Senyuman boleh memecah suasana tertekan dan boleh beri perasaan senang hati pada anda dan juga suami anda. Senyuman isteri adalah pengubat duka seorang suami. Buat hatinya tertanya kenapa anda senyum. Biasanya lelaki atau suami akan lebih memberi perhatian kepada anda sekiranya anda senyum kerana hal ini menunjukkan ada sesuatu pada anda dan biasanya juga ia akan berusaha untuk mengetahui rahsia disebalik senyuman itu. Senyuman rahsia gembirakan suami.
  2. Sentiasa berdoa pada Allah untuk tunjukkan jalan yang lurus pada suami anda. Tiada yang mampu menggembirakan suami anda melainkan Allah S.W.T. Setiap usahanya yang baik atau perkerjaan si suami mungkin sukar untuk si isteri membantu secara langsung yang mungkin terbatas disebabkan kemampuan dan kudrat. Oleh itu anda sebagai isteri haruslah sentiasa mendoakkanya beroleh kejayaan. Disebalik suami yang berjaya adalah isteri yang baik berada di belakangnya.
  3. Jangan terlalu membincangkan mengenai kewangan dengan suami anda. Wang sentiasa akan jadi punca pergaduhan. Elakkan berbincang mengenainya kecuali untuk perkara – perkara tertentu. Hal ini ditekankan lebih-lebih lagi ketika situasi kewangan keluarga menghadapi masalah. Bila suami anda berada dalam keadaan tertekan, berusahala untuk membincangkan perkara lain yang boleh mengembirakan suami. Setelah keadaan reda, dan telah mempunyai situasi yang sesuai, barulah berceritakan soal kewangan.
  4. Sentiasa pandang tepat ke arah mata suami anda ketika anda berdua sedang berbual. Pandangna mata yang anda beri adalah bukti anda beri perhatian pada suami anda. Bila berbual, selingkan dengan senyuman dan jenaka. Berkelakuan nakal juga boleh mewujudkan suasana manja yang pasti mengembirakan anda berdua namun jangan berlebih kerana ia boleh merubah perbualan menjadi bosan dan menjengkelkan. Berbuallah dengan sesuatu perkara yang baru dan tarik minatnya supaya dapat gembirakan suami.
  5. Jangan terlalu kisahkan hal – hal yang kecil. Jangan terlalu cepat merajuk atau terasa hati. Jadi seorang isteri yang matang. Bergelar isteri adalah merupakan tanggungjawab. Berusahalah untuk memikul tanggunjawab itu dengan gembirakan suami anda. Jika anda beremosi dan selalu sensitif dengan perkara yang remeh temeh. Berperangai seperti itu akan membuatkan suami anda bosan dan rimas. Tarikan pada suami adalah seorang isteri yang ‘independent’ atau berdikari. Si suami akan mudah berasa gembira sekiranya isterinya tahu perkara yang patut dibuat dalam kebahagiaan rumah tangga. Sebagai contoh, memasakkan lauk kegemaraan atau mengemas rumah sebelum si suami pulang dari kerja sudah cukup membahagiakan dia.
  6. Dengar apa yang suami anda kata dan ikut segala nasihatnya jika nasihat itu betul dan mengikut lunas. Kadang-kadang, ada situasi arahan dari suami anda mungkin anda tidak setuju, namun sebelum membuat keputusan membidas arahan itu, fikir terlebih dahulu baik buruk keputusan arahan itu, jika kurang sesuai cuba senyum dan perkatakan cadangan anda untuk disesuaikan dengan arahan itu. Bila anda senyum dan mula berbincang dengan tolak ansur, “nasi yang keras akan lembut bila disiram dengan air”.
  7. Jangan berleter dan lebihkan amalan bercakap apabila perlu. Suami anda pasti akan sakit hati jika anda selalu berleter. Perasaan geram meluap-luap akan timbul bila anda kerap berleter. Hal ini adalah kerana berleter bukanlah sesuatu perkara yang seronok didengar. Ubahlah sikap suka berleter kepada bicara lembut dan penuh pengisian. Bercakap hanya kepada perkara perlu dan ringkas akan membuatkan suami anda senang dan berasa gembira.
  8. Jika suami anda baru pulang dari kerja, anda berikan dia ruang untuk berehat sebelum memulakan perbualan mengenai masalah rumah tangga. Jika anda lihat dia berehat, bagi masa dia berehat juga sebelum anda merapati dia. Tegur hanya ketika waktu perlu seperti makan atau solat.
  9. Sentiasa berikan dia dorongan dan semangat. Itu adalah merupakan nafkah zahir yang anda sebagai isteri perlu suapkan kepada suami. Sentiasa menyokong usahanya dengan memberikan sepenuh komitmen untuk anda tunjukkan kesungguhan anda. Tahukah anda, suami akan berasa ceria dan gembira apabila anda menunjukkan minat terhadap kerjanya seperti bercakap banyak tentang hal pekerjaanya itu, dan bertanyakaan soalan yang penuh dengan minat. Lelaki mempunyai sifat ego terhadap kerjayanya dan perkara yang anda perlu lakukan adalah ‘bodek’ suami anda untuk membuatkanya puas dan gembira.
  10. Berikan segalanya ketika melakukan hubungan seks. Jangan hanya duduk diam sahaja, anda juga perlu beraksi. Suami pastinya suka pada aksi isteri yang melayannya dengan bersungguh. Anda tidak perlu segan, dan perbuatan diam atau malu adalah sebenarnya perkara yang tidak bertanggungjawab. Isteri yang aktif dan kreatif mampu membuatkan si suami gembira dan bertambah sayang.

“Gembirakan suami, Hidup keluarga pasti ceria”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan