Selasa, 26 Jun 2012

Dr Mohammed Mursi


MANTAN pembantu Profesor di Universiti Californoa Northridge, Dr Mohammed Mursi telah diisytiharkan sebagai Presiden baru Mesir sejak himpunan berdarah rakyatnya di dataran Tahrir terhadap penyingkiran Mubarak semalam.
Mursi, pemimpin daripada Ikhwan Muslimin yang dikatakan sama fikrah dengan PAS telah memenangi 51.73 peratus undi berjaya menewaskan pencabar terdekatnya Ahmed Shafiq yang hanya mengaut 48.27 peratus undi.
Muhammed Mursi Isa’al-Ayyat, telah dilahirkan pada 20 Ogos 1951 di Sharqia Governorate, utara mesir telah menerima pendidikan di peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada 1975 dan 1978.
Kemudian Mursi melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat doktor falsafah di Universiti California Selatan, Amerika Syarikat pada 1982.
Selepas menjadi pembantu profesor di universiti berkenaan Mursi telah kembali semula ke Mesir dan mengajar di Universiti Zagaziq.
Pada 30 April 2011, beliau dilantik sebagai Pengerusi Parti Kebebasan dan keadilan (FJP) yang diasaskan Ikhwanul Muslimin selepas berlakunya revolusi Arab pada tahun berkenaan.
Sebelum ini, Mursi adalah seorang ahli Parlimen Mesir sejak tahun 2000 hingga 2005 dan menjadi Ahli Pejabat Bimbingan kumpulan Ikhwanul Muslimin sehingga wujudnya FJP pada 2011 yang mana beliau dilantik sebagai presiden pertama parti berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan