Jumaat, 15 Jun 2012

Persona

KOTA Mekah sedang dilitupi malam. Malam yang pekat sehingga sukar melihat orang berjalan amat terasa akan kesunyiannya.


Sayup-sayup kedengaran pada malam itu suara Nabi saw memecah kesunyian dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di dalam rumah baginda. Di luar rumah baginda seolah-olah ada bayang-bayang manusia sedang mengintip.

Ketegangan pada masyarakat Mekah dirasai sejak Nabi saw keluar berdakwah di siang hari mengajak mereka kepada jalan yang benar. Tetapi tentangan kian bertambah hebat, namun Nabi berpantang undur dan ini menggugat ketenangan hati orang-orang besar dan ternama quraisy, malahan juga sebilangan pengikut Nabi saw.

Orang-orang Quraisy kini telah memikirkan satu rencana penentangan kepada Muhammad pada siang hari. Manakala orang-orang Islam menebalkan keimanan di dalam hati mereka agar tidak akan lemah menghadapi tekanan-tekanan musuh Islam itu.

Pada masa itu, ketika Nabi saw membaca al-Quran di luar rumah baginda terdapat tiga bayangan manusia iaitu orang-orang ternama Quraisy yang datang dari arah yang berlainan.

Masing-masing memikirkan baginda bersendirian tanpa ada siapa yang melihat. Sebenarnya mereka ingin mengetahui apakah yang dikerjakan oleh Nabi saw di tengah malam itu.

Ketiga-tiga mereka ialah Abu Jalah, Sufyan bin Harb dan Akhbas bin Syarik.

Suara Nabi Muhammad saw yang berkumandang membaca ayat suci al-Quran itu telah mempersonakan mereka, meresap menusuk mempengaruhi jiwa masing-masing tanpa disedari telah menitiskan air mata, terlupa dirinya sebagai tokoh musyrik yang selalu menentang Nabi.

Setelah tersedar daripada terpesona itu barulah disedari air mata yang membasahi pipi. Namun antara mereka bertiga masih tidak menyedari bahawa baginda tidak berkeseorangan hanya kepekatan malam yang gelap itu yang memisahkan mereka bertiga. Setelah mengusap air mata, mereka pun berlalu ke arah datangnya dahulu dengan senyap-senyap agar tidak ada orang lain tahu.

Tanpa diduga, mereka bertiga bertemu, tidak seorangpun membuka bicara, mungkin kerana takut didengari orang lain. Tetapi dalam hati masing-masing sudah meneka akan apa yang telah dilakukan kawannya.

”Engkau mendengar ayat-ayat Quran yang dibaca Muhammad ketika bersolat sepanjang malam sampai terbit fajar?”

”Bukankah itu yang berlaku?” demikian Abu Jahal bertanya.

”Benar, aku kira engkau juga demikian,” jawab Sufyan bin Harb.

Abu Jahal tidak menjawab, diam, tetapi wajahnya segera berubah kerana kata-kata Akhnas.

”Kita membohongi diri sendiri dan menyalahi akal. Sesungguhnya, ayat-ayat yang kita sama-sama dengar dari Muhammad itu memang indah sekali. Aku terpesona oleh isinya,” demikian kata Akhnas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan