RUKANAH atau nama yang amat terkenal di kota Mekah sebagai seorang yang kuat dan bertubuh sasa. Hampir tiada seorangpun yang tidak mengenalinya. Seorang yang perkasa dan jarang ada orang yang berani menentangnya.
Rukanah adalah seorang jaguh gusti yang ulung. Oleh kerana itu beliau berasa bangga dengan kekuatannya, malah beliau berani mencari lawannya.
Nabi Muhammad saw mengetahui akan kemayshurannya itu. Kekuatan dan keangkuhannya sering diperkatakan orang ramai. Terlintas dala, fikiran Nabi saw jika Rukanah ini dapat diajak memeluk agama Islam, beliau boleh mendatangkan kesan kepada usaha dakwah baginda.
Pada suatu ketika, datanglah kesempatan Naboi untuk berdakwah dengan baik kepada Rukanah dan baginda berharap berhasil apa yang dilintas dalam fikirannya itu.
Waktu itu Rukanah berada di Syi’ab (jalan dekat bukit Mekah). Nabi saw bertemu dengannya dan mengajak beliau beradu kekuatan sebagai satu jalan mendakwahkan Rukanah.
”Wahai Rukanah!; Belumkah engkau akan bertaqwa kepada Allah dan menerima agama yang aku sampaikan?” demikian Nabi saw berkata kepadanya.
”Muhammad, apakah buktinya sebagai tanda di atas kebenaran agama engkau?” jawab Rukanah.
”Bagaimana jika aku dapat mengalahkan engkau dalam bergusti, adakah engkau beriman kepada Allah dan RasulNya?” tanya Nabi lagi.
”Baiklah, wahai Muhammad,” Rukanah menyambut pelawaan.
”Bersiaplah engkau,” perintah Nabi.
Rukanahpun menyiapkan diri dan berasa yakin akan dapat mengalahkan Rasulullah. Ketegapan tubuh badannya boleh membanting Muhammad dalam waktu yang singkat saja dan dia menganggap tentangan Nabi adalah olok-olok dan main-main saja. Setahunya Nabi saw hanya berdakwah sepanjang hari, tiada berlatih tenaga untuk menghadapinya.
Dalam keadaan kesombongan sebagai jaguh gusti, rukanah bersiap sedia dalam kebiasaan beliau bergusti. Nabi sawpun segera mendekatinya dan mengambil tempat dan menungguh kesempatan untuk menghempas dan mengalahkan lawannya.
Nabi saw dapat memegang badang Rukanah dan dengan cepat membantingnya. Rukanah menjadi terkejut dan amat hairan kenapa Nabi berhasil mengalahkannya sedangkan beliau mengira akan dengan mudah dapat menjatuhkan Nabi. Sesungguhnya dia berasa tidak puas hati dan minta perlawanan itu diulangi lagi.
Nabi saw dengan senang hati menyanggupinya.
Sekali lagi baginda dapat membanting Rukanah dan mengalahkannya. Manakala Rukanah bertambah hairan seolah-olah dia tidak mampu bertahan seperti yang sudah-sudah dia beradu tenaga.
Perlawan diteruskan buat kali ketiga dan akhirnya keputusan yang sama seperti tadi. Dia akur kekalahannya itu.
”Sungguh hairan aku dengan keadaan engkau, Muhammad !” demikian katanya kepada Nabi selepas beradu.
Selain Rukanah, Nabi saw juga telah berjaya menentang seorang jaguh iaitu Abu Aswad al-Jumahi yang masyhur dengan keistimewaannya sendiri. Pernah dia tegak atas sekeping kulit lembu dan menyuruh sepuluh orang cuba menarik kulit dan beliau tegak berdiri bagaikan batu besar, malahan kulit itu pula yang koyak dan terpisah kerana tarikan tersebut.
Nabi telah mengajaknya berlawan sebagai satu jalan dakwah kepadanya memeluk Islam.
”Jika engkau dapat menjatuhkan aku, aku akan beriman kepada engkau,” demikian kata Abu Aswad kepada Nabi.
Dia sendiri yang memberikan syarat, berlainan dengan Rukanah yang diajak Nabi untuk beriman jika kalah.
Cabaran Aswad itu diterima oleh Nabi saw.
Nabi berjaya menjatuhkan Aswad sehingga dia mengalami kekalahan yang memalukan. Walaupun begitu dia telah tidak menepati janjinya, dia tidak jadi beriman seperti yang dikatakan sebelum ini.
Betapa juga keadaannya, hakikatnya Nabi saw telah berjaya menundukkan jaguh-jaguh yang terkenal gegah perkasa di Mekah.
Sesungguhnya tenaga luar biasa Nabi itu berasal dari iman yang kuat kepada Allah. Baginda telah melakukan dakwah kepada orang ramai menurut kemampuan dan keadaan mereka masing-masing.
Jaguh-jaguh gusti dihadapi baginda bukan seperti menghadapi masyarakat dan orang-orang ternama quraisy dengan ayat-ayat Allah.
Walaupun kesannya belum mencapai seperti pengharapan Rasulullah, tetapi keberanian dan ketabahan Nabi saw menentang orang kuat Mekah menjadi perhatian umum akhirnya. Aswad yang tidak menepati janji itu bukan saja kalah tetapi kemudiannya berdusta telah menjatuhkan maruahnya sendiri dan Nabi saw berjaya meningkatkan dakwahnya.
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 14 Jun 2012
kaunter tutup
| Dr Rosli Yaakop, | 14 Jun 2012 |
Pengapongan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) pada 28 Jun ini berkemungkinan besar tidak akan membawa berita gembira kepada bakal pelabur. Masa dan ketika pengapongan amat tidak kena memandangkan arah aliran yang tidak menentu di dalam pasaran saham Malaysia dan dunia sekarang. Tambahan lagi, ekonomi dunia tidak sihat dengan beberapa negara Eropah menghadapi krisis hutang dan pelbagai negara lain termasuk Malaysia berdepan dengan kadar pertumbuhan rendah dan menurun. Justeru, ada kemungkinan harga saham FGVHB akan jatuh di bawah harga IPO (harga tawaran awam awal) pasca pengapongan sepertimana yang telah menimpa saham Facebook dan pelbagai lagi saham syarikat yang senasib dengannya.
Maklumat terpercaya memberitahu pada mulanya harga IPO saham FGVHB dicadangkan pada RM5.85 se saham tetapi akhirnya bila pengapongan diluluskan Suruhanya Sekuriti Malaysia, harga didapati telah diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunaan sebanyak RM1.20 atau 20.5% dari harga awal. Ini mengambilkira - berasaskan akaun terkini yang terkandung di dalam prospektus yang telah diluluskan - prestasi FGVHB yang tidak berapa memberangsangkan kebelakangan ini. Juga, penurunan harga IPO terpaksa dibuat memandangkan pasaran saham yang lemah dan tidak menentu. Harga yang terlalu tinggi (over-pricing) boleh memantulkan selera pelabur sehingga mereka mengambil sikap berhati-hati sebelum melanggan saham termasuk saham FGVHB yang bakal diapongkan ini. Penerbit (Felda) saham pula tidak mahu berdepan dengan situasi saham yang diterbitkan bermasalah untuk dijual sehingga badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, KWAP dan seumpamanya terpaksa dikerah untuk menyelamatkan keadaan.
Pada harga RM5.85 se saham, pengapongan 2,188,890,000 (2.2 bilion) unit saham FGVHB menjana kira-kira RM12 bilion tetapi pada harga RM4.65 dana dijana hanya kira-kira RM10 bilion, kerugian sebagayak RM2 bilion. Hatta, belum disenaraikan pun harga telah jatuh, maka kemungkinan bahawa harga pasca pengapongan juga boleh jatuh tidak boleh ditolak sama sekali.
Felda, yang bakal menawarkan seluruh sahamnya dalam FGVHB untuk dijual, iaitu, berjumlah 1,208,890,900 (1.2 bilion) unit atau 33% dari seluruh saham yang bakal diapongkan, akan kerugian RM1.4 bilion akibat daripada penyemakan menurun harga IPO saham FGVHB ini. Pada harga RM 5.85 se unit, ia menjana RM7 bilion tetapi pada harga RM4.65 se unit, ia hanya menjana RM5.6 bilion.
Mengambilkira harga yang tidak memberangsangkan ini, sepatutnya cadangan penyeneranain FGVHB ditangguhkan ke suatu waktu yang lebih baik supaya Felda tidak rugi besar. Soalnya: Kenapakah Perdana Menteri mahu menyenaraikan juga FGVHB dalam suasana pasaran yang tidak menentu yang jelas menyebabkan kerugian besar kepada Felda? Sikap ini amat sukar difahami. Penganalisis berpendirian penyenaraian FGVHB dibatalkan sahaja kerana tiada apa-apa untungnya kepada 112, 635 orang peneroka dan 1.6 juta ahli keluarga mereka.
Wajar bakal pelabur-pelabur mengambil iktibar dari bencana yang telah menimpa saham Facebook kerana pengapongan saham Facebook di Bursa Saham New York, Amerika Syarikat pada 18 Mei 2012 lalu adalah yang terbesar di dunia setakat ini dan pengapongan saham FGVHB pula adalah yang kedua terbesar. Tidak boleh ditolak bahawa bencana yang telah menimpa saham Facebook boleh juga menimpa saham FGVHB. Lagi pun, Perdana Menteri telah menjadikan pengapongan saham Facebook sebagai tanda aras (benchmark) kepada pengapongan saham FGVHB.
Pengapongan saham Facebook pada 18 Mei pada harga IPO USD38 se saham menjana USD104 bilion untuk Facebook, yang tertinggi di dunia tetapi sejak pengapongan, harga telah jatuh teruk mencecah harga terendah USD25.52 se saham, iaitu, jatuh sebanyak 32.8%. Untuk menyekat kejatuhan harga berterusan, Facebook melancarkan kempen perhubungan awam besar-besaran mulai hari Selasa, 12 Jun 2012 tetapi harga hanya pulih sedikit kepada USD27.40 pada waktu tutup perniagaan pada hari berkenaan, menunjukkan bahawa pengiklanan secara besar-besaran pun tidak mampu menghasilkan kesan yang diharapkan. Prestasi lemah saham Facebook ini memeranjatkan ramai pelabur. Dengan membeli saham Facebook, ramai pelabur mengharapkan untuk menjadi kaya dengan segera tetapi dalam tempoh sebulan sejak penyenaraian, satu pertiga daripada nilai pelaburan telah terhakis. Ramai yang menjadi papa.
Selain daripada saham Facebook, banyak lagi saham yang menerima nasib seperti Facebook, iaitu, harga merudum pasca pengapongan. Setakat 30 Mei 2012, harga saham syarikat-syarikat berikut (ini contoh sahaja) telah jatuh teruk selepas pengapongan:
Nama Syarikat
|
Tarikh Pengapongan
|
Kejatuhan Harga Sejak Pengapongan
| |
1
|
Zeltiq Aesthetics
|
19 Oktober 2011
|
-66%
|
2
|
Vanguard Health Systems
|
22 Jun 2011
|
-57%
|
3
|
Horizon Pharma
|
28 julai 2011
|
-57%
|
4
|
Groupon
|
4 November 2011
|
-45%
|
5
|
Taomee
|
9 Jun 2011
|
-44%
|
6
|
C&J Energy
|
29 Julai 2011
|
-40%
|
7
|
Zynga
|
16 December 2011
|
-40%
|
8
|
KiOR
|
24 Jun 2011
|
-41%
|
9
|
Compressco Partners
|
15 Jun 2011
|
-35%
|
10
|
Pandora
|
15 Jun 2011
|
-34%
|
Ini menunjukkan dengan jelas bahawa masa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk mengapongkan saham apatah lagi saham yang amat besar jumlahnya sperti FGVHB ini.
Kini, ramai pelabur mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook. Pada hari Rabu, 13 Jun 2012, tiga pelabur telah memfailkan saman menuduhFacebook dan penanggungnya (its underwriters) gagal mendedahkan kepada pelabur-pelabur maklumat bahawa penganalisis telah menyemak turun unjuran hasil bagi suku tahunan dan tahunan 2012 sebelum hari pertama urusniaga saham berkenaan bermula (Jumaat, 18 Mei 2012). Maklumat ini adalah “material information” yang wajar didedahkan kepada semua pelabur-pleabur.
Saman ini kemudian (pada hari yang sama) disusuli oleh satu tindakan saman berkumpulan (class-suit action) yang difailkan oleh firma guaman Robbins Geller Rudman & Dowd, menamakan Facebook, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg dan penanggung-penangung utama penyenaraian itu termasuklah Morgan Stanley, JPMorgan Chase, Goldman Sachs, Merril Lynch dan Barclays Capital sebagai tertuduh. Menurut siaran akhbar firma berkenaan, mereka dituduh melanggar Securities Act 1933. Saman berbunyi:
“Pada atau sekitar 16 Mei 2012, Facebook memfailkan dengan SEC Borang S-1/A Penyata Pendaftaran (Registration Statement) untuk IPO. Pada atau sekitar 18 Mei 2012, Prospektus yang merupakan sebahagian daripada “Registration Statement” menjadi efektif dan tertuduh (defendants) telah menjual 421 juta saham biasa Facebook kepada orang awam pada harga USD38 se saham dan menjana hasil jualan melebihi USD16 bilion.
Saman menuduh bahawa “Registration Statement” dan Prospektus yang diterbitkan berhubung dengan IPO berkenaan adalah falsu dan menyeleweng (false and misleading) menyalahi Securities Act. Penuduh berkeyakinan bahawa tertuduh telah gagal mendedahkan maklumat bahawa Facebook telah mengalami penurunan yang ketara di dalam pertumbuhan hasil (revenue) berpunca dari penambahan penggunaan Facebook app atau sesawangnya melalui “mobile devices” berbanding melalui traditional PCs. Pada masa IPO, Facebook telah mengarahkan penanggung-prnanggungnya menurunkan unjuran prestasi bagi tahun 2012. Penyemakan semula ini adalah “material information” yang sewajarnya dikongsi dengan semua pelabur-pleabur tetapi tertuduh hanya mendedahkannya secara berpilih-pilih kepada pelabur-pelabur tertentu (certain preferred investors) dan telah tidak memasukkan “material information” berkenaan di dalam Registration Statement dan/atau Prospektus.”
Seorang peguam sekuriti yang pakar, Chris Keller (rakan kongsi firma guaman Labaton Sucharow) berpendapat bahawa “kes ini (saman terhadap Facebook) besar dan agak kuat.”
Sesetengah penganalis pasaran melihat bahawa kejatuhan berterusan harga saham Facebook mulai hari Jumaat, 18 Mei 2012 (hari ia mula diniagakan) di sebabkan oleh “too many shares were offered at too high a price causing a supply-demand imbalace that lead to the stock falling as much as 18% from it $38 offering price.” (“terlalu banyak saham ditawarkan pada harga yang terlalu tinggi menyebabkan penawaran dan permintaan tidak seimbang menyebabkan harga saham jatuh sehingga 18% dairpada harga tawaran $38”).
Penganalisis pasaran menganggap pengapongan saham Facebook adalah “botched IPO” dan pengawalselia pasaran kewangan, iaitu, Securities and Exchabge Commision dan Senate Banking Committee dilaporkan telah mengambil maklum akan hal ini dan akan bertindak.
Kalau Facebook dikatakan gagal mendedahkan “material information” kepada pelabur, maka penganalisis melihat bahawa di dalam kes penyenaraian FGVHB terlalu banyak “material information” yang gagal didedahkan oleh pengurus terbitan dan bank-bank penangung kepada bakal pelabur. Diperhatikan bahawa prospektus ditulis di dalam Bahasa Inggeris yang memang tidak difahami langsung oleh peneroka-peneroka Felda yang bakal melabur di dalam sahm FGVHB ini. Tidak ada usaha dan program yang teratur untuk memberi kefahaman secukupnya kepada bakal pelabur mengenai pengapongan saham FGVHB ini. Malah, ada permohanan dibuat oleh penerbit saham bagi dikecualikan dari mendedahkan maklumat mengenai prestasi anak-anak syarikat FGVHB di luar negara. Kalau Facebook disaman oleh pelabur-pelaburnya, maka adalah lebih wajar kalau pelabur-pelabur juga menyaman FGVHB.
Penganalis berpendapat bahawa harga saham FGVHB setelah diapongkan dan dijual beli nanti berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dihadapi saham Facebook, iaitu, harga akan jatuh di bawah harga IPO menyebabkan kerugian kepada pelabur-pelabur. Sebabnya, antaranya ialah, pertama, memandangkan terlalu banyak unit saham ditawarkan berbanding permintaan, sama seperti dalam kes saham Facebook. Kedua, masa dan ketika saham FGVHB diapongkan tidak kena kerana pasaran saham dalam negeri dan dunia seluruhnya sedang berdepan dengan suasana ketidaktentuan dan aliran menurun. Ketiga, faktor-faktor fundamental bagi syarikat FGVHB itu sendiri tidak memberangsangkan – produktiviti ladang yang rendah dan menurun kerana lebih 50% pokok sawit sudah tua dan perlu ditanam semula, projek-projek pelaburan di luar negara milik FGVHB masih di peringkat belum mampu menjana keuntungan dan harga komoditi yang diunjurkan beraliran menurun.Keempat, diperhatikan saham FGVHB didominasi oleh pelabur institusional menyebabkan aktiviti jual beli saham tidak aktif dan meluas menyebabkan harga sentiasa tertekan. Kelima, keadaan ekonomi dunia yang tidak sihat menyebabkan pelabur-pelabur saham antarabangsa (hot money investors) akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan. Keenam, isu perundangan berkaitan penyenaraian FGVHB – misalnya, pelanggaran peruntukan GSA 1960 dan tidakturut sertanya KPF, pemilik majoriti Felda Holding Berhad (yang mana asetnya dipindahkan kepada FGHVB) - berpotensi menimbulkan risiko tidak diduga.
Memangkan faktor-faktor di atas, pelaburan dalam saham FGVHB berkemungkinan berisiko besar. Penganalis mengambil sikap mengelakkan dari membeli saham FGVHB. Pelabur-pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum melabur.
Harapan penganalisis, analisis yang didedahkan ini salah.
Awan di KK
"
Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.





Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa'. Awan tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku.
Foto diatas bukan edit, bukan malapetaka dan sila jangan buat kesimpulan suka-suka
Ya Allah... bantulah kami umat islam!!!
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.
(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)
Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.
Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.
Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.
Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.
Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.
Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.
Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.
Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.
Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.
Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.
Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.
Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.
Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.
Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .
Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.
Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.
Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM
bala Allah

Menurut akhbar Harian Metro, sekarang ni ada satu trend penculikan yang diikuti dengan samun dan rogol, dihadapi wanita seawal-awal pagi hari di bandar raya Kuala Lumpur dan sekitarnya. Sudah ada peristiwa yang berlaku. Perhatikan
1. Pada 22 Februari, 2012, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki untuk bertemu sebelum dia diculik dan kemudian dirogol bergilir-gilir.
2. Pada 24 Mac, 2012, seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya. Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi (bekerja secara sambilan).
3. Pada 30 Mac, 2012, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong. Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol. Mungkin kerana takut hukuman yang lebih berat jika tertangkap akibat merogol gadis bawah umur.
Dan terkini…
4. Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau. Dia diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun. Yang sedihnya, kejadian rogol itu dirakam oleh lelaki-lelaki itu konon untuk koleksi peribadi. Selepas jadi habuan nafsu buas mereka, mangsa dibebaskan lantas membuat laporan di Balai Polis Travers, Bangsar.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Mangsa jalan sorang diri ke kedai. Masa tu, dia dihampiri dua lelaki tidak dikenali. Kedua-dua suspek kemudian pegang tangannya. Yang sorang, lepas tu letakkan pisau di lehernya.
“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,”
Di dalam kereta, kepala mangsa ditutup menggunakan kain. Dia dirogol di situ, dalam kereta itu!
“Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong. Di rumah itu, penderitaan mangsa berterusan. Dia terus dinodai kumpulan berkenaan, dengan dirogol secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga haiwan bertopeng manusia itu. Dah puas, baju mangsa diserahkan. Episod berakhir dengan penculik, perogol dan penyamun itu mengambil telefon bimbit dan wang tunai RM100 miliknya. Kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan,”
Mangsa ditemui orang awam yang membantu dan menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi belum ada tangkapan dibuat setakat ini. Polis berusaha keras memburu kumpulan itu. Kami masih meneruskan siasatan. Dan, polis tidak menolak kemungkinan kes-kes di atas saling berkaitan.
Kesimpulan
Culik, rogol dan samun – serangan ‘tiga serangkai’ digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka ‘tawanan’ melampiaskan nafsu.
Awas, wanita!
Kumpulan ini bergerak dengan kereta Proton Waja hitam, berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana anda yang berjalan sendirian.
Jadi, berhati-hati, ya!
Langgan:
Ulasan (Atom)










