Sabtu, 16 Jun 2012

subuh terakhir


Dikisahkan apabila tiba di penghujung zaman nanti akan terjadilah satu peperangan yang terbesar  dalam sejarah manusia iaitu peperangan diantara umat islam menentang kufar. Perang Dunia ke 3 yang juga dikenali sebagai “Armagedon” ini merupakan perang terakhir antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi sebelum kedatangannya hari kiamat. Dalam perang tersebut pemimpin mereka Dajjal terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh sebanyak 70.000 orang. Itulah peperangan terakhir buat umat islam bersama tentera al Mahdi dan subuh yang terakhir sebelum dajjal terbunuh oleh Nabi allah Isa as. Diriwayatkan apabila hampir subuh maka Imam Mahdi r.a pun memerintahkan tenteranya bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh. Bilal pun melaungkan azan kemudian masing-masing bersolat sunat fajar apabila semuanya selesai. Bilal pun berdiri dan melaungkan Iqomah menandakan solat akan didirikan .
Pada masa yg sama di luar sana 2 malaikat telah turun membawa seorang keturunan bani Israil dari langit, beliau adalah anak seorang perempuan yg suci. Beliau ialah Nabi Isa a.s . Nabi Isa a.s diturunkan ke menara putih di Masjid di mana Imam Mahdi r.a dan kaum muslimin bersolat subuh. Turunnya Nabi Isa a.s untuk membuat perhitungan yg terakhir . Inilah detik terpadamnya fitnah yg menguasai manusia berabad – abad lamanya. Fitnah kaumnya tentang kematiannya disalib akan diperlihat kebenaran Al Quran bahawa jasadnya dinaikkan ke langit dan dikembalikan ke dunia untuk dipersaksikan keseluruhan umatnya yang telah sesat. Tanpa berlengah lagi nabi Isa a.s pun turun ke ruangan solat .Kelihatan ramai manusia sudah berdiri dan bersiap -siap untuk solat subuh .
Di dlm sebuah hadis ada menceritakan ketika Nabi Isa a.s turun ke bumi baginda memakai jubah yg berwarna putih kekuning-kuningan, berambut panjang sehingga mencecah bahu, rambutnya seolah-olah kelihatan basah seolah-olah ada air yg akan menitis ke pakaiannya, apabila di mengibaskan rambutnya jatuhlah mutiara daripadanya.
Diriwayatkan bahawa manusia yang pertama yang mengetahui turunnya Nabi Isa a.s ialah pesuruhnya iaitu dikenali sebagai Zarnab Bar’ala. Beliau hidup sejak zaman Rasulullah saw dan   dipanjangkan usianya melebih 2000 tahun. Pesuruh nabi Isa as. itu ditempatkan di suatu bukit dan di doakan umur yang panjang sehingga turunnya nabi Isa a.s dari langit. Maka Nabi Isa a.s pun mengucapkan salam kepada semua kaum muslimin, semua orang di situ mendengar dengan jelas salam itu lalu mereka semua berpaling ke arah suara itu. Masing-masing tertanya-tanya siapakah gerangan manusia yang baru memberi salam ini, tanpa berlengah maka Zarnab Bar’ala memperkenalkan manusia itu ialah Nabi Isa as Putera Maryam.
Maka tersenyumlah kaum muslimin ,suasana diselubungi perasaan syukur dan gembira . Nabi Isa a.s menyapa dan bersalam-salaman dengan kaum muslimin . Tidak menjadi masalah baginya untuk bermesra dengan kaum muslimin kerana baginda mengetahui banyak bahasa dunia. Tanpa berlengah Nabi Isa a.s dipersilakan ke hadapan untuk mengimamkan solat subuh . Itulah subuh yg terakhir sebelum Dajjal lenyap di dunia yg fana ini. .
Imam Mahdi yg berumur 44 tahun ketika itu mempersilakan Nabi Isa a.s manjadi Imam tetapi ditolak pelawaan itu dengan baik olehnya . Dlm hal ini Rasulullah saw mengulas dlm satu hadisnya …. “perbuatan Nabi Isa a.s adalah satu penghormatan untuk umat ini”
Setelah selesai sahaja Imam Mahdi r.a dan nabi Isa a.s serta kaum muslimin bersolat subuh berjamaah. Nabi Isa a.s memerintahkan supaya pintu kubu di buka ,setelah pintu kubu dibuka maka kelihatan lah Si Mata Satu bersama tenteranya telah berbaris dan bersedia untuk berperang . di pinggang-pinggang mereka terdapat pedang tantinum yg bersalut emas . dan mereka semua bertongga .kaum Yahudi ketika itu berjumlah seramai 70,000 tentera belum lagi termasuk bilanganh jin dan kaum-kaum lain yg terpedaya dan mengikuti dajjal.
Nabi Isa yg berumur 33 tahun itu maju ke hadapan bersama-sama tentera Islam. Nabi Isa ketika mara ke hadapan sambil menundukkan kepalanya, apabila sampai betul-betul setentang dihadapan dajjal barulah Nabi Isa a.s mengangkat kepalanya dan merenung Dajjal dengan matanya . Dengan izin Allah maka keluarlah mukjizat dari mata Nabi Isa a.s dan terkena Dajjal , akibat renungan tajam Nabi Isa a.s itu jasad dajjal menjadi cair . Maka kelihatanlah jelas muka sebenar dajjal dan tubuh badannya. Kaum manusia yg sesat tersihir terkejut melihat perubahan tuhannya(dajjal) itu maka mereka tersedar bahawa mereka telah di tipu dan lari bertempiaran melepaskan diri. Sesungguhnya tuhan yg diikuti selama 37 hari itu sebenarnya adalah dajjal.
Seperti maksud drp potongan hadis, kemudian ia (Nabi Isa a.s) pergi menuju mereka (dajjal dan tenteranya) dan apabila ia dilihat oleh musuh Allah maka ia (dajjal) akan mencair seperti garam yg mencair, sekiranya ia membiarkan hal itu ,sesungguhnya musuh Allah akan binasa…..
Dajjal sangat mengenal manusia yg berdiri di hadapannya itu, sebenarnya mereka sudah pernah bertemu sebelum ini iaitu lebih kurang 2020M tahun yg lampau. Maka dajjal sedar ajalnya sudah sampai, amat bodohlah sekiranya dia cuba untuk memerangi Nabi Isa a.s. Sudah tentu dia akan mati terbunuh dihadapan pengikutnya. Maka habislah gelaran pengiktirafan taraf Tuhan yg baru diperolehi itu drp manusia.
Dajjal mengambil keputusan untuk melarikan diri, secara-tergesa-gesa lari ke arah timur apabila tiba di sana alangkah terkejutnya kerana di dapati musuhnya sudah ada di hadapan nya. Tanpa berlengah dajjal lari ke arah barat, sesampai di sana alangkah terkejutnya buat ke dua kalinya, Nabi Isa a.s sudah ada di hadapannya.
Sesungguhnya pada ketika ini ia merasa dekatnya ajal, dajjal tidak berputus asa lalu dia lari ke arah negaranya iaitu Israil, tetapi sebelum sampai ke kuilnya iaitu di suatu tempat di pintu masuk Lud, Dia melihat Nabi Isa a.s sudah berdiri di situ dengan sebatang lembing di tangannya. Pada kali ini Nabi Isa a.s sudah tidak lagi memberi peluang kepada dajjal.
Nabi Isa a.s merejam lembing ke arah dajjal dan seterusnya lembing itu menusuk tepat ke dada dajjal dan serta merta dajjal pun mati . maka tamatlah riwayat tukang fitnah terbesar di sepanjang zaman. Nabi Isa a.s kembali menemui kaum muslimin dan menunjukkan lembingnya yg dibasahi darah dajjal. Seperti yg diceritakan di sebuah hadis yg maksudnya ….. “akan tetapi Allah mengkehendaki untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa memperlihatkan darah dajjal di hujung tombaknya”.
Kaum yahudi bertempiaran lari lalu bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu , mereka ketakutan kerana tuhannya dajjal  sudah mati dibunuh, tidak ada sesiapa yang akan menaungi mereka.
Kaum muslimin ketika itu nekad mengejar tentera yahudi dan menghabiskan semua kaum yahudi zionis di muka bumi yg berabad mencengkam dunia.
Bukan setakat kaum muslimin memerangi kaum yahudi bahkan termasuklah pokok –pokok dan batu-batu. sekiranya mereka bersembunyi dibelakang pokok-pokok atau batu-batu. Pokok -pokok dan batu-batu itu itu akan bercakap “Wahai muslim dibelakangku ini ada orang yahudi maka bunuhlah ia ! lalu kaum muslimin itupun membunuh yahudi yg bersembunyi itu. Seperti yang diceritakan pada suatu  hadis  yang maksudnya ” Hai Muslim,hai hamba Allah, hai orang yg bertauhid, dibelakangku ada orang yahudi yang bersembunyi, maka datanglah ke sini dan bunuhlah ia ” hadis yang lain menyebut ”…. sehingga pohon dan batu-batun memanggil ” wahai roh Allah di sini ada Yahudi ” maka tidak ada seorang pun pengikut dajjal yg tidak di bunuh oleh Isa “
Di dalam sepotong hadis Rasulullah telah bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, lantas batu dan kayu itu berkata, “Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah ia,” kecuali pohon Gharqad  karena ia termasuk pohon Yahudi”  (HR. Bukhari dan Muslim)
Allahu’alam.

Forex vs saham


Katakanlah A melakukan suatu kebaikan umpama memberikan sebiji durian musang king dari kebunnya kepada B tanpa meminta apa-apa balasan, adakah ianya suatu usaha yang sia-sia kepada si A? Majoriti malah mungkin semua rakan-rakan akan bersetuju yang A akan mendapat "PAHALA" dari kebaikan yang telah saya lakukan tersebut, betul tak?

Bagaimana pula jika B mencuri durian musang king tersebut dari kebun si A, adakah ianya tidak memberikan apa-apa kesan kepada si B? Sudah tentu tidak, B akan mendapat "DOSA" atas perbuatannya itu tadi.*



Dalam interaksi sesama manusia didalam dunia ini, Allah SW telah meletakkan dosa dan pahala itu sebagai "MATAWANG" yang mana matawang inilah yang akan digunakan diakhirat kelak untuk membeli tiket kita samada kesyurga ataupun keneraka.



 Mari kita lihat situasi yang sama akan tetapi urusan yang berbeza. Kali ini A menjual durian musang king tersebut dengan harga RM50 kepada B, dan B membayarnya kepada si A "on the spot" pada ketika itu juga. Mereka berakad dan sama-sama bersetuju dengan urusniaga tersebut jadi masing-masing tiada lagi tergantung sebarang tanggungjawab.

Bagaimana pula jika B tidak mempunyai wang dan meminta pada A agar boleh ditangguh pembayaran tersebut pada satu masa tertentu, dan jika dipersetujui oleh A, maka urusan tersebut tetap juga berlaku akan tetapi terdapat suatu yang tergantung disitu iaitu pembayaran. Jika A sudah kenal rapat dengan B mungkin mereka hanya bersetuju secara lisan sahaja, jika tidak mungkin akan masuk buku tiga lima (buku hutang) untuk mencatitkan urusan yang tergantung tersebut iaitu pembayaran. Dari segi agama pula hutang tidak anggap sebagai dosa akan tetapi suatu yang tidak digalakkan didalam Islam, sebagai contohnya Nabi SAW sendiri tidak mahu memandikan mereka yang mati didalam keadaan berhutang. Jadi kita boleh anggap ianya sebagai satu "TANGGUNGAN".

Jika kita lihat dari dua situasi diatas, boleh kita samakan bahawa "PAHALA" dan "TANGGUNGAN" itu dengan wang atau pun hutang (kredit) yang diperolehi adalah datangnya dari usaha samada yang kita sendiri lakukan atau dari usaha insan lain. Tanpa sebarang aktiviti "usaha" itu kita tidak mungkin mendapatkan "PAHALA", "TANGGUNGAN", wang atau hutang itu tadi, perihal ini terutamanya mengenai wang telah pun saya jelaskan secara terperinci didalam artikel saya sebelum ini iaitu Cerita Wang - Sifat Zahir dan Batin. 

Jadi tidak salah jika saya nyatakan bahawa wang juga sama dengan pahala, dan hutang atau kredit pula sama dengan "tanggungan" cuma bezanya pahala/tanggungan adalah percaturan kita dengan Allah SW dan wang/hutang pula percaturan kita dengan manusia, persoalannya bolehkah saya menganggap wang/hutang itu sebagai komoditi yang boleh dijual beli untuk mendapatkan keuntungan?

Didalam dunia pasaran saham pula terdapat bermacam-macam jenis urusniaga seperi jual beli saham syarikat itu sendiri (share trading), urusniaga kontrak keatas suatu nilai saham, bon, matawang atau komoditi lain (derivatives) hinggalah kepada jual beli hutang yang merupakan asas kepada krisis ekonomi "sub-prime" di Amerika Syarikat. 

Kepada mereka yang merupakan kaki forex dan kaki saham yang memperniagakan wang (matawang/saham) dan hutang (kredit), ingin saya ajukan soalan, bolehkah kita memperniagakan pahala ataupun tanggungan itu untuk mendapatkan keuntungan? Adakah dari segi logik dan moral ianya suatu yang "berakhlak" untuk dilakukan? 

Apabila fungsi wang yang sebenar telah di ubah oleh dunia barat, maka wang yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan seluruh umat manusia sebagai medium pertukaran, pengukur nilai dan juga penyimpan nilai telah diubah fungsinya menjadi satu komoditi yang boleh diperdagangkan. Pada pendapat saya dari segi logik sekalipun, forex atau pun bursa saham itu sendiri adalah suatu perniagaan yang tidak berasas sama sekali.

Pada tahun 2010 saya berkesempatan menghadiri persidangan riba' sedunia yang berlangsung di PWTC, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam ucapan pembukaannya bercakap mengenai dagangan matawang dunia yang berjumlah 4 trillion USD sehari dan jumlah ini bersamaan dengan KDK negara German dalam masa setahun. KDK negara German itu menunjukkan berapa banyak barangan atau perkhidmatan yang telah terhasil dan menjana ekonomi negara tersebut. Barang atau perkhidmatan tersebut sudah tentulah dapat memberi nilai mahupun manafaat kepada insan lain, bagaimana pula dengan Forex atau bursa saham? Apakah sumbangannya kepada manusia kebanyakan selain dari hanya mengenyangkan perut mereka yang terlibat didalam industri tersebut semata-mata? Apakah sumbangan mereka dalam bentuk nilai yang membolehkan kehidupan yang lebih baik dapat diberikan kepada insan-insan lain?

Akan tetapi mungkin ada yang akan berkata "Eh.. ulamak ni cakap boleh, harus, dan sebagainya… kalau on the spot tak jadi masaaalah", respon saya adalah mudah, kaji dan selidik apa sumbangan yang anda berikan kepada insan lain? Jika dinilai dengan pemikiran yang mendalam, tanpa dalil hadis Quran dan sebagainya pun mereka yang waras pemikirannya dapat melihat bahawa forex atau jual beli saham itu adalah suatu yang tidak munasabah. Merujuk pada artikel WSJ yang menyatakan mereka yang rosak otaknya adalah pelabur yang baik, mungkin ini menjelaskan mengapa mereka tidak dapat melihat bahawa apa yang mereka usahakan itu adalah suatu yang tidak berasas sama sekali. Mereka tidak dapat melihat kesan yang akan timbul kepada insan-insan lain akibat perbuatan mereka itu.

Saya tidak memberi hukum halal atau haram kerana saya bukan mufti atau ulamak (walaupun saya telah memberikan "fatwa" haramnya perbankan Islam kepada diri saya sendiri dan keluarga), apa yang saya mahukan adalah rakan-rakan semua merenung hujah-hujah saya ini dan berfikir dengan mendalam mengenainya dan kemudian dengan sendirinya memberikan hukum kepasanya. Urusniaga forex atau saham ini datangnya dari barat sebagai salah satu cara untuk membolehkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Jika mahu berniaga, lakukanlah suatu aktiviti yang memastikan ianya memberi nilai dan manafaat kepada semua umat manusia dan tidak hanya untuk diri sendiri ataupun hanya kepada golongan tertentu semata-mata.

Bermain saham dan forex ini tiada bezanya dengan berjudi ataupun bermain permainan komputer, setiap kali kita mendapat keuntungan ataupun melepasi tahap tertentu didalam permainan, otak akan merembeskan hormon ganjaran dopamine yang membuatkan kita rasa seronok dan lama kelamaan tubuh badan akan senantiasa mahukan hormon dopamine ini, dalam erti kata lain kita akan menjadi seorang penagih, penagih kepada "dadah" yang kita sendiri usahakan. Dan apabila kita senantiasa mengkehendakinya, pertama kita senantiasa didalam keadaan menafikan (denial) yang mana kita mengganggap ianya betul dan artikel saya ini akan dicemuh sebagai tidak berasas, kedua kita tanpa sedar menjadi hamba kepada tubuh badan (sel-sel) kita sendiri yang senantiasa mahukan hormon tersebut sedangkan kita sepatutnya menjadi pemimpin atau khalifah kepada mereka.

Hidup ini hanyalah sementara dan apa yang ada didalamnya hanyalah perhiasan, ujian dan dugaan semata-mata, yang akan kita bawa keakhirat kelak hanyalah pahala sebagai wang untuk membeli tiket ke syurga maka selalulah bertanya kepada diri sendiri adakah dengan forex atau saham ini mampu memberikan pahala atau sebaliknya? Apa ada pada forex dan saham... hanyalah permainan untuk mereka yang terpedaya. Tepuk dada tanya frontal lobe. Wallahualam

*Mungkin akan terdetik difikiran rakan-rakan, "Jika B menerima pemberian dari A, bukankah dia mendapat durian tersebut secara percuma dan tidak tertanggung keatasnya apa-apa tanggung-jawab?", jawapan saya adalah B perlu dan wajib faham bahawa rezeki "percuma" iaitu durian yang diperolehinya itu adalah tanggungjawab yang diberikan kepada Allah SW kepadanya dan ini akan ditanya diakhirat kelak. Adakah B akan makan seorang diri durian tersebut untuk memuaskan kehendaknya seorang diri sahaja (yang mana ianya akan tamat disitu sahaja) ataupun dia akan berkongsi dengan insan yang lain. Jika B memberi atau berkongsi dengan insan lain maka B juga akan mendapat pahala dan A pula tetap akan menikmati pahala itu juga daripada "downline"nya B. Inilah MLM sebenar, MLM untuk akhirat.



link asal: http://syurgadidunia.blogspot.com/2012/06/apa-ada-pada-forex-apa-ada-pada-saham.html

Gantung bertali


Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin… Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

tali gantung

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Muda di Syurga


Apabila disebut sahaja perkataan ‘polis’, apakah yang terbayang di fikiran anda? Majoriti dalam masyarakat akan lebih cenderung untuk membayangkan perkara-perkara yang negatif tentang pasukan beruniform ini. Seperti pengawas di sekolah, polis juga digambarkan sebagai komuniti yang suka mencari kesalahan orang lain. Setiap apa yang kita lakukan, akan diperhatikan oleh mereka setiap masa. Tetapi, adakah tanggapan ini benar ? Mungkin peristiwa yang benar-benar berlaku ini boleh mengungkap sedikit perkara yang anda perlu tahu tentang pasukan penguatkuasa ini. 

Kisah benar yang diceritakan oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim

Sebaik sahaja selesai dimandi dan muka Arwah dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya.

Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Arwah yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah yang berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Arwah meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok

Lama saya terpegun menatap wajah Arwah. Cukup hebat kekuasaan Allah swt hingga dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut diubah-Nya menjadi kembali muda dan tampan. Saya terus menatap wajah dari hujung rambutnya hingga ke hujung dagu dengan rasa yang amat kagum di atas kebesaran Allah swt dan kemuliaan Arwah.

Tanpa disedari, orang semakin ramai dan berpusu-pusu menziarahi Arwah. Seperti saya, mereka juga berebut-rebut untuk menatap wajah Arwah. Dan seperti saya juga, setiap mata yang memandang Arwah pasti akan terus terpaku kepadanya. Sebilangan besar mereka juga tertanya-tanya, benarkah jenazah yang terbaring di hadapan mereka itu adalah Allahyarham.

Eh, betul ke bapa awak yang meninggal dunia ? Bukan adik ? Tanya salah seorang daripada mereka yang nyata tidak dapat mengecam wajah Arwah.

Betul, itu ayah saya, jawab anak Arwah. Bukan dia seorang, malah kebanyakan yang menziarahi Arwah juga begitu. Keseronokan segera terpancar di hati kami. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, saya seperti tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan pengurusan jenazahnya. Sementara keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang menziarahi Arwah terus ingin menatap wajah Arwah.

Walaubagaimanapun, yang pergi perlu diuruskan juga. Jenazah Arwah kemudiannya dikapan dan seterusnya dikebumikan. Sepanjang urusan tersebut, suasana cukup tenang, aman dan menyeronokkan. Tidak ada sebarang masalah yang kami tempuhi, malah orang ramai seperti berebut-rebut ingin membantu urusan pengkebumian jenazah arwah.

Kembali dari pengebumian Arwah, fikiran saya terus menerawang mengingati kemuliaan Allah swt berikan kepada jenazah Arwah. Begitu sekali balasan yang Allah swt berikan kepadanya.

Namun bagi kami yang mengenali Arwah, memang layaknya dia diberikan kemuliaan sedemikian rupa kerana semasa hidupnya, Arwah memang seorang yang bertaqwa. Riwayat hidupnya dipenuhi dengan amal ibadah, bukannya perbuatan-perbuatan mungkar.
Arwah adalah bekas pesara polis yang bertugas di Bahagian Perhubungan Awam, salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Semasa hayatnya, Arwah sangat dihormati kerana beliau merupakan seorang yang pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Tugasnya sebagai pegawai polis digunakan sepenuhnya bagi membantu orang ramai.

Arwah tidak pernah berkata ‘tidak’ bagi setiap orang yang meminta pertolongan, walaupun mereka datang pada jam 2 – 3 pagi. Dikejutkan pada waktu tengah malam dan dinihari ketika di luar tugas juga adalah perkara biasa bagi Arwah dan setiap tetamu yang datang disambutnya dengan muka yang manis.

Ketika orang lain sedang nyenyak tidur , dipeluk kedinginan pagi dan dibuai mimpi, arwah bersengkang mata membantu orang yang datang meminta bantuannya. Dia tidak pernah merungut malah bersedia membantu mereka dengan hati yang gembira.

Selain Arwah, isterinya juga bersikap demikian. Mereka berdua tidak pernah lekang daripada membuat amal jariah, membantu anak-anak yatim dan pelajar-pelajar universiti dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. Anak yatim dan anak angkat yang mereka pelihara telah berjumlah puluhan orang.

Melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Pasti ada sahaja orang yang iri hati dan berprasangka buruk. Walaupun bermacam-macam tomahan dan kata-kata yang cuba melemahkan semangat, namun mereka tidak mengambil peduli. Malah dia tetap seperti biasa membantu orang yang memerlukan pertolongannya.

Bagi Arwah, menghulurkan bantuan lebih besar nilainya daripada wang ringgit. Arwah juga tidak berkira langsung dari segi wang ringgit hinggakan jika tidak mempunyai wang, Arwah sanggup meminjam daripada anak-anak atau isterinya. Ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar demi membantu insan lain. Gaji Arwah bukanlah besar, tanggungannya juga bukan ringan, namun Arwah tidak pernah menunjukkan kesusahannya kepada orang lain.

Selain itu, Arwah juga dikenali masyarakat sebagai seorang yang warak. Beliau adalah merupakan seorang imam surau semasa hayatnya.

Walaupun sudah beberapa tahun Arwah pulang menghadap Ilahi, namun sehingga kini orang masih menyebut-nyebut tentang kebaikannya. Anak-anak angkat Arwah juga masih datang ke rumahnya, bermalam sewaktu cuti dan berhari raya bersama keluarga di situ. Jangan menganggap keakraban itu sebagai biasa kerana sebilangan daripada anak-anak angkat Arwah berasal dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang dari ibu kota ini.

Kemuliaan yang Allah swt berikan kepada Allahyarham itu mengingatkan saya bahawa di dalam syurga nanti tiada orang-orang yang tua. Semua penghuni syurga muda-muda belaka, tampan, cantik dan menawan. Adakah iktibar ini yang ditunjukkan oleh Allah swt menerusi keajaiban yang berlaku ke atas jenazah Arwah ?

Walaupun peristiwa itu berlaku lima tahun yang lalu, namun kesempatan menguruskan jenazah Arwah adalah satu kepuasan kepada saya. Itulah pengalaman paling menarik sepanjang penglibatan saya sebagai sebagai pengurus jenazah. Ia sungguh bermakna dan memberi keinsafan kepada diri saya. –

sayang menyayang


oleh: gentarasa

Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan.
Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik.

Setiap individu, kelompok… pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain.

Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban.  
Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan.

Adab itu lebih utama dipertahankan berbanding ‘perkara ranting’ yang sedang dipertikaikan. Ramai orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan kebijaksanaan dan kasih sayang kita dapat mencari kebenaran… Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan ‘menang’ akhlak. Justeru, selamanya manusia  ’dont care how much you know untill the know how much you care’.

Mudahnya sikap melabel, mempertikaikan akidah, malah hingga ketahap meragui keislaman orang lain yang berbeza disiplin ilmu dengan kita, seharusnya dapat dielakkan. Kekadang saya melihat, soal peribadi sudah mengelabui soal prinsip. Agama di jadikan bukti hujah tetapi kedengkian bersalut dunia itu jugalah yang menjadi motif utamanya. Bukan menuding orang lain, tetapi satu muhasabah buat diri sendiri dan mengingatkan yang lain. 

Pandanglah manusia lain dengan pandangan sayang. Semua muslim bersaudara. Selagi bersaudara kita umpama satu jasad. Melukai hati mereka samalah melukai diri kita sendiri. Sakitnya mesti terasa kerana saraf iman kita sama. Iman itu akar, buahnya kasih sayang. Jika mereka  bersalah sekalipun, mereka masih berhak mendapat kasih sayang kita. Apatah lagi jika sekadar ‘ter’salah.

Kesukaran mendidik diri sewajarnya meningkatkan kesabaran kita mendidik orang lain. Jangan kasar. Jangan marah. Perlembutkan bahasa, lunakkan sentuhan… kemukakan hujah secara ilmiah dengan bujukan dan kemesraan. Begitu Rasulullah saw mengajar kita. Yang benar, mesti diperjuangkan secara yang benar juga. Kesalahan orang lain, jangan diledakkan di khalayak ramai (termasuk laman sosial di internet) tanpa bersemuka dengan yang berkenaan terlebih dahulu. Dan sebelum bersemuka, tanamkan dalam hati… aku berbuat demikian demi kasih sayang dan cintaku kepada saudara muslim ku.

Siapa yang mencari kebaikan, akan bertemu kebaikan. Orang yang baik berhak bertemu dengan orang yang baik sepanjang perjalanan hidupnya. Sekalipun, dia bertemu dengan ‘orang yang jahat’ namun kebaikan jualah yang akan dapat dirasai daripada kejahatan itu. Bukan soal siapa yang kita temui, tetapi siapa kita ketika menemui mereka.

Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik… tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya.

Insya-Allah, jika kita berani berbuat demikian, belenggu yang mengikat hati dan diri kita akan terungkai. Kita akan terbang lebih tinggi setelah belenggu itu terungkai. Dia pun akan melonjak lebih jauh tanpa kehadiran kita di sisi. Begitulah, kekadang perpisahan itu lebih baik daripada pertemuan… asalkan tidak ada permusuhan.

Apapun, sayangilah diri sebelum menyayangi orang lain… kerana itu petanda kesempurnaan iman: 

SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN

“Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini,” kelohnya perlahan.
“Puan telah terkorban,” balas saya juga perlahan.
“Saya terkorban kerana berkorban.”

Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya.

Saya masih ingat kata-kata suaminya, “Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak… “

Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang berusia lewat 40’an ini.

“Puan, berkorban tidak semestinya terkorban…” pujuk saya perlahan.
“Mengapa ustaz kata begitu?”

“Sekarang, puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat,” kilas saya menangguhkan jawapan pada pertanyaannya.
“Entahlah… saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang tinggalkan di rumah sekarang. Sudah dua bulan saya ditahan di rumah sakit begini…”

Saya benar-benar simpati, malah empati melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata suaminya, “Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. Sejak anak-anak masih kecil, siang malam dia memberi tenaga, fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. Risau dan bimbangnya hanya untuk membesarkan anak-anak. “

“Lalu… kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?” tanya saya kepada suaminya.

“Ya. Bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kesihatan, pelajaran, makan-minum, pakaian dan segalanya tentang anak-anak dijaganya dengan rapi. Tetapi makan-minumnya sendiri terabai. “

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ini prinsip hidup lilin…membakar diri untuk menerangi orang lain.

“Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?” tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.
“Salah puan memang ada…” jawab saya.

“Salah saya?” dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.
“Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain,” jawab saya pendek.

“Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!”
“Sekalipun kepada anak sendiri.”
“Itu mementingkan diri namanya!”

“Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan,” pintas saya. Nampaknya, saya telah ‘berjaya’ membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.
“Mengapa demikian?”

“Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang,” terang saya.
Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.

“Puan, sebenarnya hanya orang yang sihat sahaja dapat menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba lihat… apabila puan sakit, siapa yang hendak menjaga anak-anak puan di rumah? Padahal kalau puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang.”

“Saya tak faham ustaz, apa yang sedang berlaku sekarang. Tolonglah jelaskan,” rayu wanita itu.

“Baiklah, mari kita fahami dahulu apa yang telah berlaku. Kemudian kita cuba fahami apa yang sedang berlaku. Dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti.”

Mendengar kata-kata saya dia mula mengubah posisi badannya. Daripada berbaring kepada mengangkat badannya lantas bersandar di birai katil. Alhamdulillah, itu petanda positif. Mengubah posisi fizikal adalah proses merubah emosi dan minda. Bukankah untuk meredakan kemarahan kita dinasihatkan agar menukar posisi badan?

“Apa yang telah berlaku dahulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik dan menjaga anak-anak.”
“Maksudnya ustaz?”

“Jaga diri puan dahulu sebelum menjaga anak-anak. Maksudnya, puan perlu menjaga kesihatan jiwa dan badan puan. Itu bukan pentingkan diri. Tujuan kita sihat ialah agar mampu menjaga kesihatan orang lain. Sayangnya, puan telah tersilap, puan terlalu menjaga anak-anak sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akibatnya, puan jatuh sakit… dan sekarang anak-anak terabai! ”

Saya teringat kata-kata seorang pakar pendidikan, Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri.” Ketika ditanya mengapa, beliau berkata,”Sebab apabila dia sakit, orang lain yang terpaksa menjaga dirinya. Sebaliknya, orang yang menjaga kesihatan diri… akan sihat. Apabila dia sihat, dia mampu menjaga orang lain yang sakit!”

“Betul juga kata ustaz, sekarang, anak-anak saya terabai dan saya sendiri pun sakit. Rugi-rugi…”

“Yang sudah, sudahlah. Kata bijak pandai, sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada kesilapan semalam, ayuh kita lupakan. Fokus kepada hari ini. Sekarang mari kita memahami realiti terkini… Apa yang sedang berlaku sekarang?”

“Saya sedang sakit…”jawab ibu itu.
“Tidak, puan sedang dirawat untuk sihat!”
“Maksud ustaz?”

“Puan mesti bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri. Katakan pada diri, aku layak untuk sihat kembali. InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan itu.”

Dia diam. Mukanya tunduk. Saya menambah kata,”Puan mesti sihat kerana puan memang sayangkan diri puan. Puan mesti sayangkan diri puan untuk menyayangi anak-anak puan. Itulah niat dan semangat yang perlu ada dalam diri puan sekarang. Inilah langkah terbaik untuk memulakan hari ini bagi menghapuskan kesalahan semalam.”

“Ustaz, saya akan sembuh?”
“Yakinlah pada bantuan Allah. Penyakit lahiriah ini akan mudah ditangani jika hati dan jiwa kita terlebih dahulu diubati. Tanamkan keyakinan, harapan dan sangka baik kepada Allah. Ujian sakit ini sebenarnya untuk tujuan itulah… bagi mengingatkan kita agar kembali kepada Allah. Kembali merintih, berharap dan mengadu kepadaNya.”

“Ustaz, tolong doakan agar saya nampak hubungan antara kasih sayang terhadap diri, manusia dan Alllah…”

“Puan, saya pun senasib dengan puan. Masih mencari-cari hakikat kasih sayang Allah. Namun, setakat ini apa yang saya tahu, kita tidak mampu menyayangi manusia lain selagi kita belum menyayangi diri sendiri. Dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi Allah!”