- Senyum dengan gaya mengoda pada suami anda. Senyuman boleh memecah suasana tertekan dan boleh beri perasaan senang hati pada anda dan juga suami anda. Senyuman isteri adalah pengubat duka seorang suami. Buat hatinya tertanya kenapa anda senyum. Biasanya lelaki atau suami akan lebih memberi perhatian kepada anda sekiranya anda senyum kerana hal ini menunjukkan ada sesuatu pada anda dan biasanya juga ia akan berusaha untuk mengetahui rahsia disebalik senyuman itu. Senyuman rahsia gembirakan suami.
- Sentiasa berdoa pada Allah untuk tunjukkan jalan yang lurus pada suami anda. Tiada yang mampu menggembirakan suami anda melainkan Allah S.W.T. Setiap usahanya yang baik atau perkerjaan si suami mungkin sukar untuk si isteri membantu secara langsung yang mungkin terbatas disebabkan kemampuan dan kudrat. Oleh itu anda sebagai isteri haruslah sentiasa mendoakkanya beroleh kejayaan. Disebalik suami yang berjaya adalah isteri yang baik berada di belakangnya.
- Jangan terlalu membincangkan mengenai kewangan dengan suami anda. Wang sentiasa akan jadi punca pergaduhan. Elakkan berbincang mengenainya kecuali untuk perkara – perkara tertentu. Hal ini ditekankan lebih-lebih lagi ketika situasi kewangan keluarga menghadapi masalah. Bila suami anda berada dalam keadaan tertekan, berusahala untuk membincangkan perkara lain yang boleh mengembirakan suami. Setelah keadaan reda, dan telah mempunyai situasi yang sesuai, barulah berceritakan soal kewangan.
- Sentiasa pandang tepat ke arah mata suami anda ketika anda berdua sedang berbual. Pandangna mata yang anda beri adalah bukti anda beri perhatian pada suami anda. Bila berbual, selingkan dengan senyuman dan jenaka. Berkelakuan nakal juga boleh mewujudkan suasana manja yang pasti mengembirakan anda berdua namun jangan berlebih kerana ia boleh merubah perbualan menjadi bosan dan menjengkelkan. Berbuallah dengan sesuatu perkara yang baru dan tarik minatnya supaya dapat gembirakan suami.
- Jangan terlalu kisahkan hal – hal yang kecil. Jangan terlalu cepat merajuk atau terasa hati. Jadi seorang isteri yang matang. Bergelar isteri adalah merupakan tanggungjawab. Berusahalah untuk memikul tanggunjawab itu dengan gembirakan suami anda. Jika anda beremosi dan selalu sensitif dengan perkara yang remeh temeh. Berperangai seperti itu akan membuatkan suami anda bosan dan rimas. Tarikan pada suami adalah seorang isteri yang ‘independent’ atau berdikari. Si suami akan mudah berasa gembira sekiranya isterinya tahu perkara yang patut dibuat dalam kebahagiaan rumah tangga. Sebagai contoh, memasakkan lauk kegemaraan atau mengemas rumah sebelum si suami pulang dari kerja sudah cukup membahagiakan dia.
- Dengar apa yang suami anda kata dan ikut segala nasihatnya jika nasihat itu betul dan mengikut lunas. Kadang-kadang, ada situasi arahan dari suami anda mungkin anda tidak setuju, namun sebelum membuat keputusan membidas arahan itu, fikir terlebih dahulu baik buruk keputusan arahan itu, jika kurang sesuai cuba senyum dan perkatakan cadangan anda untuk disesuaikan dengan arahan itu. Bila anda senyum dan mula berbincang dengan tolak ansur, “nasi yang keras akan lembut bila disiram dengan air”.
- Jangan berleter dan lebihkan amalan bercakap apabila perlu. Suami anda pasti akan sakit hati jika anda selalu berleter. Perasaan geram meluap-luap akan timbul bila anda kerap berleter. Hal ini adalah kerana berleter bukanlah sesuatu perkara yang seronok didengar. Ubahlah sikap suka berleter kepada bicara lembut dan penuh pengisian. Bercakap hanya kepada perkara perlu dan ringkas akan membuatkan suami anda senang dan berasa gembira.
- Jika suami anda baru pulang dari kerja, anda berikan dia ruang untuk berehat sebelum memulakan perbualan mengenai masalah rumah tangga. Jika anda lihat dia berehat, bagi masa dia berehat juga sebelum anda merapati dia. Tegur hanya ketika waktu perlu seperti makan atau solat.
- Sentiasa berikan dia dorongan dan semangat. Itu adalah merupakan nafkah zahir yang anda sebagai isteri perlu suapkan kepada suami. Sentiasa menyokong usahanya dengan memberikan sepenuh komitmen untuk anda tunjukkan kesungguhan anda. Tahukah anda, suami akan berasa ceria dan gembira apabila anda menunjukkan minat terhadap kerjanya seperti bercakap banyak tentang hal pekerjaanya itu, dan bertanyakaan soalan yang penuh dengan minat. Lelaki mempunyai sifat ego terhadap kerjayanya dan perkara yang anda perlu lakukan adalah ‘bodek’ suami anda untuk membuatkanya puas dan gembira.
- Berikan segalanya ketika melakukan hubungan seks. Jangan hanya duduk diam sahaja, anda juga perlu beraksi. Suami pastinya suka pada aksi isteri yang melayannya dengan bersungguh. Anda tidak perlu segan, dan perbuatan diam atau malu adalah sebenarnya perkara yang tidak bertanggungjawab. Isteri yang aktif dan kreatif mampu membuatkan si suami gembira dan bertambah sayang.
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Isnin, 25 Jun 2012
isteri wajib sangat baca!
Ahad, 24 Jun 2012
kiblat
Ketika di Makkah, sebelum berlakunya peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW bersolat di bahagian selatan Kaabah supaya Baginda SAW mengadap Baitul Maqdis sebagai perintah Allah, dan dalam masa yang sama Baginda SAW mengadap Kaabah, Qiblat Nabi Ibrahim A.S yang dikasihinya. Apabila Baginda SAW dan umat Islam berhijrah ke Madinah, Allah memerintahkan supaya solat dilakukan secara mengadap ke Baitul Maqdis.
Tujuannya adalah supaya dengan ibadah yang dilakukan seumpama ini, ia akan membolehkan Nabi SAW melembutkan hati orang-orang Yahudi di Madinah untuk menerima Islam. Ia juga sebagai isyarat bahawa Syariat yang dibawa oleh Baginda SAW adalah sama dengan risalah yang diseru oleh Nabi-nabi Bani Israel seperti Musa dan Isa Alayhima as-Salaam.
Akan tetapi sifat mulia yang ditunjukkan oleh Baginda dan umat Islam itu, tidak langsung menggerakkan hati orang-orang Yahudi untuk menerima Islam, bahkan mereka mengejek-ngejek Baginda SAW. Kata mereka “Muhammad itu menentang agama kita, tetapi dalam masa yang sama mengadap Qiblat kita pula. Kalaulah agama kita tidak ada, nescaya Muhammad itu tidak tahu ke arah Qiblat mana dia mahu bersolat!”
Kata-kata seumpama ini amat melukakan hati Nabi SAW. Sehingga diriwayatkan bahawa Nabi SAW menyebut, “aku amat suka jika Allah SWT menghindarkan aku daripada Qiblat Yahudi itu (Baitul Maqdis)”.
Tujuannya adalah supaya dengan ibadah yang dilakukan seumpama ini, ia akan membolehkan Nabi SAW melembutkan hati orang-orang Yahudi di Madinah untuk menerima Islam. Ia juga sebagai isyarat bahawa Syariat yang dibawa oleh Baginda SAW adalah sama dengan risalah yang diseru oleh Nabi-nabi Bani Israel seperti Musa dan Isa Alayhima as-Salaam.
Akan tetapi sifat mulia yang ditunjukkan oleh Baginda dan umat Islam itu, tidak langsung menggerakkan hati orang-orang Yahudi untuk menerima Islam, bahkan mereka mengejek-ngejek Baginda SAW. Kata mereka “Muhammad itu menentang agama kita, tetapi dalam masa yang sama mengadap Qiblat kita pula. Kalaulah agama kita tidak ada, nescaya Muhammad itu tidak tahu ke arah Qiblat mana dia mahu bersolat!”
Kata-kata seumpama ini amat melukakan hati Nabi SAW. Sehingga diriwayatkan bahawa Nabi SAW menyebut, “aku amat suka jika Allah SWT menghindarkan aku daripada Qiblat Yahudi itu (Baitul Maqdis)”.
Oggy
- Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..
- Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
- Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
- Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
- Lipas mempunyai darah berwarna putih
- Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
- Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
- Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
- Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
- Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
- Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
- Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
- Lipas ada gigi di dalam perutnya
- Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
- Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
- Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
- Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
- Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
- Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
- Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
Golf pelik
Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita ini adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang dikongsikan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padanggolf kerana tidak menghormati azan.
Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.
Permainan golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padanggolf di negara ini.
Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.
Marsyal itu menjawab: “Datuk, flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.
Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.
Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.
“Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.
“Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah,” katanya.
Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.
Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya ‘sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.
“Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. ”
Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.
Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).
Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).
Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.
“Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.
Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah fairway.
Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.
Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya.
Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.
Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”
Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.’
Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.
Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. ”
Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini,” katanya.
Langgan:
Ulasan (Atom)
